Jumaat, 5 Ogos 2022

PENGASUT RAJA SONGSANG

 






PENGASUT RAJA SONGSANG
 
 
Lalu haderlah
Pengasut Raja Songsang
Bagi menghidupkan budaya songsang
Setelah berjaya mengcelarukan minda rakyat jelata
Kini rakyat yang menyokong puak ini sedang menempah api neraka.
 
Perlu diIngat
Berwaspadalah kita rakan
Apabila musibah menimpa negara kita
Allah S.W.T akan memborong kesemua makhluknya
Tidak kira lagi yang baik atau yang jahat semua akan terpalit nanti.
 
Mengapa mesti
Yang salah benar sahaja
Apa yang benar selama ini salah pula
Inilah penyakit paling tenat menyerang negara kita
Musibah melanda, ekonomi tergugat, kesihatan pendidikan tersekat.
 
 
Oleh Nurimanja,
Catatan jam 3.00 pagi
Hari Sabtu  Tarikh 23hb Julai  2022.

 

Tiada ulasan: