Jumaat, 5 Ogos 2022

SELEPAS 20 HARI BARU ADA MIMPI

 




SELEPAS 20 HARI BARU ADA MIMPI 
 
Walau pun
Hati dalam kesedehan

Tidak ada mimpi bertemu aruah
Siang dan malam masih terbayang wajahnya
Tetapi baru kini setelah 20 hari terdapat satu mimpi aruah anak.
 
Walau pun
Masa hayatnya sedih
Sebelum pergi wajahnya kurus
Tubuhnya tidak bermaya hanya kulit tulang
Tetapi dalam mimpi wajahnya bersiri berpakaian benang emas?
 
Walau pun
Semasa di dunia dulu
Hdupnya amat rasa tertekan
Kerana Covid 19 dan pergerakkan terkhas
Tetapi dalam mimpi dia sihat sedang melipat kain benang emas?
 
 
Oleh Nurimanja,
Catatan jam 3.00 pagi
Hari  Ahad  Tarikh 24hb Julai  2022.




Tiada ulasan: