Sabtu, 25 Mac 2023

JANGAN BIARKAN KEGANYUTAN DIKETAWAKAN ?

 



                    



 


JANGAN BIARKAN KEGANYUTAN DIKETAWAKAN ?  


Jangan biarkan

Keghairahan  terus menguasai

Sehingga rasa penghormatan yang diperolehi

Telah hilang bagaikan dirampas rasa keegowan dan kerangkusan

Amat memalukan keturunan bangsa kalua genarasi muda menilai  keganyutan kita?

 

Sebaik insaflah

Dimana hilangnya penghormatan

Jikalau keghairahan kita waktu madu masih

Menguasai akan nafsu serakah kita yang begitu tamak dan haloba

Sehingga dunia sekeliling luar dan dalam negara mentertawakan usia keganyutan?

 

Bukan menghina

Sekadar peringatan yang total

Buat seorang yang bernama dan dihormati

Perlulah menjaga tingkah laku dan adap sopan yang berwibawa

Akhir patun mengingatkan hutang emas boleh dibayar hutang budi dobawa mati ?

 

Oleh Pena Runcing,

Catatan jam 9.30 pagi

Hari Isnin  Tarikh 20/3/2023


Tiada ulasan: