Rabu, 15 Mac 2023

DUA MURIDKU MAN DAN MAT NOR?





DUA MURIDKU MAN DAN MAT NOR?. 



Maafkanlah guru

Lamanian guru melupai kalian

Mengapa begitu lama baru teringat ?

Sejak meninggalkan SRK Abg Galau 1982

Wajah kurus kering kalian berdua

Masih bermain disudut hati guru

Yang dahulu selalu sahaja

Menemani guru ke mana sahaja

Dalam Kampung Kuala Rajang ,

Adakah kalian masih ingat ?

Saban pagi kalian akan berlari

Pulang ke rumah masing-masing

Bersiap sedia untuk ke sekolah

Kalian selalu sahaja menemani guru

Di Sebuah Quates kerajaan

Di tengah kampung berhamperan sekolah

Malah sanggup tidur dirumah guru

Kerana simpati guru selalu kurang sihat

Kini Guru telah 18 tahun bersara

Pastinya Man dan Mat Nor

Telah bekerja dan berumah tangga .

Selamat dan salam sejahtera .

 

Oleh Qalam Mutiara

Jam 9.30 malam

Selasa Tarikh 14/3/2023,

 


Tiada ulasan: