Rabu, 23 Disember 2015

TELAH DATANG LELAKI PILIHAN





150. TELAH DATANG LELAKI PILIHAN

Telah datang seorang lelaki pilihan Allah S.W.T
Ahmad atau Muhamad Al Amin namanya diberi
Kehadirannya Membawa rahmat sinar seluruh alam.

Dia lahir di tengah-tengah dunia penindasan
Bangsa Arab dalam kancah  keruntuhan akhlak
zaman masyarakat dibelenggu kejahilan dan kegelapan.

Ketika itu manusia menyembah berhala
Kepercayaan mereka pada  Al La ta dan Al Uza
hidup  berasakan pada kekuasaan dan kebendaan

Kehidupan masyarakat suka bertenung nasib
bermain judi minum arak, tarian dan  pelacuran.
suka  penyeksaan dan memperdagangkan hamba abdi.

Malah sanggup  menanam anak hidup-hidup.
Jika si isteri melahirkan seorang anak perempuan
Kerana di takuti malu terjebak dalam lembah pelacuran …

Oleh: Nuri manja,
Catatan 7.30 ptg 
Tanggal 24hb Disember 2015.

5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sempena hari kelahiran Nabi Muhamad SAW ini sesamalah kita banyak bersolawat ke atasnya .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Allah telah mengutuskan sebagai seorang nabi dan rasul pilihan yang
telah membawa rahmat dan sinar seluruh alam.

nurimanja49@gmail.com berkata...

12 Rabiul awal tahun Gajah lahirnya nabi junjungan , di malam itu ada sinar cahaya melintasi kota Mekah.

nurimanja49@gmail.com berkata...

sebuah tasek yang lama kering kontang kembali di penuhi air, dan Obor kebanggaan kaum kapir Qurais beratus tahun yang bernyala tetiba padam.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Inilah penda Dia Muhamad telah menjadi lelaki pilihan Al Amin gelaran namanya diberi . Sebaik contoh dan akhlak yang patuk kita contohi. Amin.