Isnin, 28 Disember 2015

ADA ORANG TERPAKSA MENIPU






154.ADA ORANG TERPAKSA MENIPU

Ada orang mahu hidup senang
Terpaksa menipu orang lain
Bagi meluluskan dirinya sendiri
Kerana ingin melihat dia hebat!
Selalunya orang suka menipu ini
Mungkin dalam keadaan terpaksa
Untuk mendapatkan sesuatu
Kalau suami yang berkahwin dua
Selalu saja terpaksa menipu
Alasannya Kekadang tidak logik
Tidak masuk akal melainkan tipu saja.
Begitu juga dengan lelaki Casanova
Berapa ramai wanita-wanita cantik
Terpedaya jadi mangsa penipuannya
Tujuannya cuma ingin memperdaya
Dengan tipu daya dan muslihat
Dan berbagai cara dan ragam gayanya
Bila dia sudah dapat mangsanya
Habis madu sepak dibuangkannya
Waspada dengan orang lelaki sebegini
Yang hidup memaksa diri terpaksa menipu ….

Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 4.50 petang
Tanggal 23hb Disember 2015.  
          

5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sewaktu muda tak mahu beajar bila dah besar pandai pula nak bergaya. Inilah akibatnya nak cepat senang cari jalan dengan menipu saja.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Nasihat orang tua tak mahu dengar , berakit-rakit dahulu berenang-renang ke tepian , bersakit-sakit dahulu barulah boleh bersenang-senang kemudian.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Ini tidah waktu belajar malas , banyak ponting kelas, bila tengok kekawan ramai yang berjaya , dia pula tak senang duduk nampaknya. mula cari jalan macam mana nak senang jalan mudah menipulah akhirnya

nurimanja49@gmail.com berkata...

Itulah yang masuk sekim cepat kaya atau meniaga lain macam MLM . jual dadah , merompak menyamun , tak boleh berjaya juga menipu ...

nurimanja49@gmail.com berkata...

Mereka tak tahu kerja menipu ini selalu hidup tak berekat , senang macam mana pun rezeki yang di makan tidak halal, contoh rasuah, mencuri dengan menipu haram. Duit dapat bagi makan anak bini. Daging yang tumbuh dengan harta yang tidak halal(haram)Maka api neraka sedia mengidamkannya.