Rabu, 30 Disember 2015

BILA AKU JADI GELADANGAN






152. BILA AKU JADI GELADANGAN

Aku bukan ingin jadi geladangan
Aku juga tidak mahu merempat
Tetapi apa yang aku boleh buat
Jika sudah nasibku jadi merempat.

Di sini aku cuma ingin berteduh
semalam atau dua malam sahaja
lusa aku belum tahu ke mana pula
jika keadaan telah pun memaksa.

Aku kini tidak punya apa-apa
Melainkan hidup miskin dan hina
Tangkap lah aku tidak ada masalah
Bila ditahan ada  makan percuma.

Oleh: Nuri Manja,
Catatan Ahad 8.00 pagi
Tanggal 20Hb Disember 2015.

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Puisi lahir ketika membaca akhbar tempatan kosmo bila berlaku pihak berkuasa menbuat serbuan dan menangkap orang geladangan yang tidur di merata kaki lima . Anda boleh buat ulasan sendiri.