Selasa, 29 Disember 2015

NIAGALAH KITA ORANG MELAYU






153.NIAGA LAH KITA ORANG MELAYU

Bukankah rezeki itu Allah berikan
Kepada makhluk di muka bumi ini
9 daripada 10 dari hasil perniagaan
Hanya orang niaga saja yang tahu
Nikmatnya hasil rezeki dari niaga.

Niaga itu kerja jualan harian kita
Bila berniaga dibeli dengan wang
orang berniaga sentiasa berwang
berbeza orang bekerja makan gaji
selalu cemas  menanti hujung bulan.

Berniaga sama dengan kerja sendiri
Kita bebas untuk melaksanakannya
Bila-bila masa kita boleh ambil cuti
Soal wang tidak perlu bersusah hati
Bila ada pembeli ada wang kita nanti

Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 2.00 ptg.
Tanggal 21hb Disember 2015

15 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Berniagalah kita orang Melayu, hidup kita masalah kita , tidak ada orang lain untuk menyelesaikan masalah kewangan kita dan makan minum kita bersama keluarga.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sebenarnya ramai orang yang berjaya dalam hidup ini buat kerja lebih daripada dua kerja . Kenapa orang china kaya ? Mereka selain bertugas makan gaji , ada lagi kerja sendiri tanpa kita ketahui. Malah kerja lebih dari satu ini telah diamalkan seluruh rakyat di dunia.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Ada seorang India muslim, jam 4 pagi potong kepala ikan di market. Jam 7 pagi hantar atau jual surat khabar . 11 pagi kerja kedai perabut , jam 8 malam kerja bantu kawan jual begger di tepian jalan . memang senang dia .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kebanyakkan orang china kerja apa sekali pun kebanyakkan hati mereka dan lkeluarga mereka berniaga , mereka akan membantunya . Kawang saya seorang guru di Batu peringgi, siang mengajar sekolah rendah Telok Bahang. malam buka restoran dekat hotel Rasa Sayang , dia punya.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Jadi kalau ada sesiapa menghalang dan beri berbagai alasan supaya jangan buat dua kerja terpulang kepada dia , Siapa yang rasa tak cukup wang untuk belanja perlulah beriktiar dan berusaha , kalau nak ikut tak cukup masa , sampai mati pun kita tidak akan cukup masa, melainkan kita pandai mengunakan masa. Bernioagalah wahai orang melayu kita?

saizul maizav berkata...

BILA ANGIN PUTING BELIUNG

Tatkala awan kelabu songsang berarak
bakal menghamburkan jelaga dan keladak
bersama bayu melintang berhembus laju
tiada lagi sepoi-sepoi bahasa seperti dahulu
ke mana agaknya kita akan berginjak dan berlalu
sebelum halilintar ganas menuju
puting beliung menerjah bertalu?
Agaknya ke mana kita selepas itu
jika rumah sendiri telah terkunci
penghuni lain telah berkuasa didepan pintu
mereka tak diundang itu tidak pernah kita kenal
kita yang tiada apa-apa lagi
terpaksa berlalu dan pergi
sekadar memberontak dalam diri
lewat penyesalan bersilih ganti

Saizul Maizav
sajak sinis buat kerajaan di pulau pinang
hrp melayu tidak ditindas lagi
air itam 29disember

Naga Samudera berkata...

TEWAS

Jangan salahkan ketewasan
kerana tiada apa-apa mampu kita lakukan
melainkan melihatnya dari sudut teladan.
Kesatkan air matamu putera wira padang
meskipun telah kau ketahui
dukaku melirih di hujung sanubari.
Pejamkan matamu senyumlah selalu
seimbangkan emosi kukuhkan jati diri
kita gali kembali muhasabah diri dengan berani
di situlah kita akan temui
tewas ini harganya kita tebus nanti
maruah bola sepak kita secara hakiki.
Bangkitlah berhemah usah tersadung
akhlak mulia juga pasti disanjung.

Naga Samudera
sajak utk bola sepak kedah yang tewas sbb sy sendiri
ada kat stadium sbb sy kerja kat stadium darulaman

seri suri berkata...

WARNA WARNI

Warna-warna kelam dihati ini
mula mengalir laju
berlumba mengisi sempadan diri
Bak air turun tatkala hujan,
yang terselit pelangi di celah sinaran.
jadi Dimana lagi harusku berdiri,
Agar diri tidak lagi sunyi,
Dimana lagi harusku berlari,
Agar bahgia sering menemani,
Dimana lagi harusku mencari,
Agar kasih tenang di hati.

Seri Suri
sajak simbolik
perak 2015

Ali Conan berkata...

ROSAK PERSAHABATAN KERNA

persahabatan tak terungkapkan dengan perkataan,
tetapi bercambah di dalam kalbu
membesar menjadi rimbun, berbunga, berbuah
bukan untuk satu tetapi buat semua merasa
redup kesejahteraan meriah keamanan dan manis kehidupan.
seperti sejenis ikatan dengan tali pengorbanan
persahabatan rosak kerna pengkhianatan oleh dendam dari dalam.
yang tertanam di jantung yang mengalir bersama darah
tertancap di tulang-temulang bersemarak di perdu hati
jadi jangan cuba merosakan sesuatu persahabatan

Ali Conan
sajak persahabatan
kuala lumpur 2015

Raja Muda berkata...

LELAKI TINGGI TEGAP

lelaki itu tinggi dan berdiri tegap
menghadap cermin dengan yakin
walau hatinya hanya tuhan yang tahun
dia cuba gagah tenang untuk menatap seantero dunia
bagi mewarnai jiwa semua dengan sepenuh harapan
agar tiada kesangsian yang berlaku lagi
walau dituduh agar menipu rakyat
hingga memerangkap orang yang mendengar
tetapi dengan kemasyhuran yang dicapai
bukanlah harga yang dicari
tetapi kepercayaan yang ditagih
penjuang rakyat ini harus dicontohi

Raja Muda
sajak buat PM
selangor 2015

Hero Kampung berkata...

USAH PERCAYA

Usah percaya riuhnya ayam
lalu menyangka ia sudah bertelur
usah percaya guruh mendentum
lalu menyangka hujan nak tiba.
Usah percaya gemuruhnya kompang
lalu menyangka dah tiba mempelai
usah percaya hebohnya orang
lalu menyangka YB yang sampai.
Usah percaya buah di pokok
lalu menyangka dapat dimakan
usah percaya gahnya tepuk
lalu menyangka hebatnya sokongan.
Usah percaya pada orang
kerana manusia zaman sekarang
yang jujur terlalu kurang
yang banyak kaki temberang.

Hero Kampung
sajak sinis
Kelantan

Julia berkata...

BAJU KESABARAN

kehilangan sesuatu yang hilang
Tidak perlukah bersedih
Jika dunia menawarkan kemerlapannya
Maka bersabarlah terhadapnya
Sabar itu kunci cita-cita
Selalu menolong tiada hentinya
Sabarlah meski panjang beberapa malam
Barangkali kedukaan akan bertukar kepada kesukaan
Barangkali keberhasilan itu mungkin itu tidaklah ada
Jika kau bertemu saat menyedihkan
Itu biasa jadi Kenakan baju kesabaran

Julia
sajak simbolik
jasin 29 disember 2015




Mozaire berkata...

MEMETIK CINTAMU

Malam ini akanku tinggalkan sebuah mimpi
Kali ini akanku cari diri sendiri
Hadirku bagai ilusi sekadar menjadi impian
Hati tak dapat ku miliki
cuma hanya di alam fantasi
Mungkin seratus tahun lagi
Impian menjadi realiti
Mungkin jua seribu tahun lagi
Aku masih di sini
Menunggu di pintu hati
Menanti sesuatu yang tak pasti
Akan ku terima hakikat ini
Yang ingin memetik cintamu

Mozaire
sajak jiwa-jiwa untuk tunang
teluk kumbar 2015

Zainal Arifin berkata...

saya lepas 8 sajak tp en nuri pilih 4 sahaja yg benar-benar layak....

lagi 4 org singkir tapi antara 4 org yg tersingkir tu nanti pilih 2 org yg layak dpt peluang kedua...

en sanusi berkata...

sayembara kali ni kita buat secara santai en nuri boleh ulas ikut suka xda paksaan nk cepat2...

hadiah sayembara penaja nk bgi nset utk 3 org yg menang....