141
. RUGI SEDIKIT JADI BANYAK
Musibah lagi
Di mana silapnya
Zakat dah bayar
Cuma belum habis
Hanya tinggal RM80 saja lagi.
Tetiba kipas siling rosak
Tetiba kipas siling rosak
Beli baru upah pasang RM500
Tetiba tayar kereta pancit
Bubuh angin boleh jalan
Setengah jalan keluar lagi,
Nampak ada paku kecil
Terus jalan tayar luar koyak
Sepatutnya kena RM8 saja
kena ganti tayar baru RM140.
Salah bayar zakat ke?
Salah bayar zakat ke?
Orang yang bukan layak?
lihat nampak macam susah?
Susah nak cari orang yang layak
Seperti fakir dan miskin
Atau benar-benar dalam kesusahan.
Oleh: Pena Runcing,
Catatan jam 4.10 pagi
Isnin
7 hb Disember 2015.
5 ulasan:
Puisi rerakan citranuri, Zkat tak keluar habis selalu jadi banyak masalah. Jangan lagi bertangguh nanti ada saja musibah tanpa disedari
wang kita keluar lagi.
Bukan dulu Pak Ustaz ada cakap kalau zakat tak keluar ada 4 5 sebab akan berlaku kepada diri kita atau keluarga kita.
1 Harta kita akan hilang, 2 dicuri orang, 3 terbakar , 4 sakit berpanjang 5, kaya macam pun tak ada keberkatan.
Kalau kita bayar zakat tak kena hasnafnya pun tak kena juga , semacam kira sedekah sahaja , zakat tak lepas juga . susah betul nak cari org yang susah .
Apa pun kena tanya hal ehwal zakat harta benda banyak mana kena zakat kalau dulu mungkin seribu dua dah kena kini pendapatan sebulan atas 4 ribu mungkin baru kena ... En nuri dan kawannya Pena Runcing tak kena kalau pencen tak sampai seribu...
Catat Ulasan