Ahad, 27 Disember 2015

MENAGIH ILMU DENGAN BERHUTANG






156.MENAGIH ILMU DENGAN BERHUTANG

Di zaman ini
ada cerita tidak  lagi mustahil
Atau bukan sesuatu yang menghairankan
seorang ingin menagih ilmu di pengajian tinggi
terpaksa menanggung hidup dengan beban berhutang.

Apabila lama
kalian belajar di menara gading
Banyak lagi lah hutang yang ada ditimbulkan
Bukan seribu tetapi mungkin puluhan ribu jadinya.
Bila  tersangkut pengajian peritnya bukanlah lagi sedikit .

Pengajian Phd
Biasanya tahun pertama ke tahun
percuma pengajian anda habis begitu saja
Mungkin dipermainkan oleh para pensyarah anda
Di arah bantu mereka dulu menjadi seorang PA atau RA.

Sebaiknya lah!
anda beri tumpuan sepenuhnya
Tiga tahun  boleh tamat bergelar Doktor
Tetapi apabila ada sedikit kerenah biokerasi ini
Masa pengajian anda terbuang dengan percuma sahaja …

Oleh: Nuri Manja,
catatan jam 7.30 pagi
Jumaat 25 Disember 2015.

5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Asaw!
Pelajar yang baru masuk ke Pengajian Tinggi sama buat saujana atau Phd
kena berhati-hati.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Bukan apa yang terutamanya yang saujana tidak masuk sepenuh masa . Anda selalu rugi masa . Kekadang kena buat kerja pensyarah anda . Ada juga yang ada kereta kerjanya hantar dan ambil anak pensyarah dia ke sekolah.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sedar tak sedar habis asetahun tesis dia tak siapa . Bantuan RM10 ribu dan mula luak , mak bapa di rumah haram tak tahu.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Minta PTPTN yang buat degree dulu pun utang tak selesai lagi . Minta bantuan zakat Fitrah . habis buat bayar kereta mavy . Akhir Yuran dan Asrama berbulan tak bayar .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Balik kampung minta duit mak bapak pula . Orang kampung ingat wooi anak si anu belajar tinggi buat Phd.. Mereka tak tahu yang menanggung
derita seksa anak-anak kita sendiri.