Rabu, 29 Disember 2010

RASA GEMENTAR




Bila disebut namaMu
satu peringatan yang terang
lagi benar dan juga nyata.

Hati pun rasa gementar
bagai luluh sendi dan tulang
sehalus dedebu yang terbang.

itulah dosa-dosaku dulu
yang kini jatuh dari tubuh
bila diserami air sembahyang.

Suara azan dan iqamah
perlu dititis ke dalam kalbu
ditiup di telinga anak-anakmu.
agar terpahat rasa kebesaranMu.

 
Oleh: Nurimanja,
catatan ceramah bebas,
akhir 2009. sajak lagenda.





50 ulasan:

nurimanja berkata...

BUDAK PONDOK / BAB 1- siri 3
Oleh Nurimanja PK..2002


Aku mula tertarik dengan pakaian baju kurung buat uniform mereka berbaju putih dan kain biru tua, Aku pun berfikir-fikir di dalam benak hati, bolehkah aku masuk belajar bersama –sama, aku rasa umurku sudah melewati empat belas tahun, aku bercadang balik nanti hendak bertanya hal itu kepada ayah, semoga ayah dapat membantnya.


Kata ayah sekolah Agama Rakyat itu tidak jauh, di Simpang Tiga, kira- kira setengah jam kayuh basikal. Aku mula berfikir dalam kepala, aku Ini tahi penyakit, suka semput, bolehkah aku kayuh basikal? Berbagai benak pertanyaan bermain dalam Kotak kepalaku, kerana tekat aku bulat aku berani mengatakan kepada ayah aku mampu.


Esok aku dengan baju kemeja putih lengan panjang,berkain pelekat dengan tiga orang kawanku Ismail, Mat nor dan Din kadir kami pergi mendaftar nama di sekolah Agama Rakyat di Simpang Tiga. Aku dan kawan-kanku dibawa oleh ayahku. Kami diberi senarai buku teks yang patut dibeli oleh kami, Ayah telah membeli semuanya itu untuk aku, aku rasa cukup gembira.


Lusa kami mula belajar bahasa Arab, akulah yang paling tua sekali di antara tiga orang kawan, tetapi disebabkan aku selalu semput, makan banyak semput, kena hujan semput, kena panas sikit pun semput, kerja lebih sikit semput, tolang ayah pun semput, maka aku digelar oleh keluargaku, kain sutera tidak boleh buat pelanyak kuat sidikit, akan koyak.


Hampir seminggu aku belajar di situ, minggu depan kata guru besar ustaz mat noor ada ujian pertengahan tahun. Aku jadi bengung. Siang malam, pagi petang aku menghafal aku belajar, mujurlah ustaz Yusof, sangat baik dia mengajar mudah faham. Aku menghafal semua tasrif dan nahu bahasa Arab kelas Aftidai Awal



Waktu aku baru belajar dua hari ,ustaz Yusof bagi tahu aku “sadjada wajada”Sesiapa yang bersungguh dia akan berjaya, aku pun pulun belajar sungguh-sungguh, siamg malam duk menghafal, faham tak begitu berapa, hentam menghafal. Macam burung kaka tua, jumpa orang salam mualaikum. Tak kira siapa, pencuri masuk pun salam juga.

Lepas ujian pertengahan tahun aku dapat numbor “Asarah” bukan main syok lagi aku .Bagi tahu dekat mak dan ayah, “ada kemampuan,” kata ayah, mak pun tersenyum.

Ujian akhir tahun aku dapat nombor Wahid salah seorang kawan aku Khairuddin Mat Noor budak batu 14, naik 'hot'(tukang kebun di taman sri kurau) ,selama ini dia saja numbor satu kini dia ditempat ke dua , Mat Nasir mohtar tempat ketiga yang lain budak perempuan, tiga orang lagi kawan aku mereka duduk tempat belas dan puluh sahaja..

Farooq Dawwod berkata...

BERANI KERANA BENAR

walau gagah dan lengkapnya
jasad ini kau nampak
belum tentu kau betul
bila bicara tentang apa yang kurasa
aku lemah bila berbicara
kerna aku takut hati akan di sakiti
kerna itu aku takut berkata-kata
hanya mahu jaga hati sama rata
bila fikir dalam-dalam
biar puas hati sebahagian manusia
lain marah bengang tak tenteram
sebab aku yang bisa memilih
pada siapa mahu berpihak
mana satu lebih berhak
aku rasa aku mesti bersuara
biar berkecamuk punah hati kamu
biar deras mengalir air mata
biar aku disumpah seranah
aku tetap suarakan
apa yang patut aku suarakan
agar kau tahu tiada
lain selain kebenaran
walaupun kau rasa perit benar itu
kamu jangan risau aku bukan kejam
benar itu penting juga kan?


Farooq Dawood
saya pun penjaga blog salam perkenalan qalam

Roslinda Selamat berkata...

KAU PUTUSKAN SENDIRI

Selisih empat mata
dua jasad di sini canggung.
Mungkin jauh hati
Mungkin rasa sepi.
Ruang jadi kelat
Rasa jadi sendat.
Kita delima atau dilema,
kau putuskan kalaulah
dilahirkan semula
takkan aku minta hidup lain
kerana hidup aku sudah cukup bagus
walau tidak sempurna tapi aku puas
Kamu serabutkan hidup resah itu
kelibut ini jika itu kalau begini
hati kamu dan hati sendiri
tidak jadi biar keliru
hari-hari haru biru Itu kamu!


Roslinda Selamat
harap qalam menerima sajak2 dari penjaga blog

Tuan Haji Abkam berkata...

TUDUH MENUDUH

kau tuduh aku,
aku tuduh kau,
entah bila nak habis.
entah bila mahu henti.
bila aku tuduh kau,
kau tuduh semula.
tak penat lelah mahu tuduh-tuduh.
tuduh lama lama nanti kau penat.
aku lelah bila habis penat.
kau tuduh lagi
aku mcm kau tuduh aku dulu.
aku apalagi tuduh kau
untuk sekian kali kau tuduh aku.
asyik tuduh tuduh bila nak habis?
Asyik tuduh menuduh negara utuh
Lama-lama boleh runtuh


Tuan Haji Abkram
saya penjaga blog di department lain tp seronok mengikuti blog ni hrp qalam terima sajak sy

Syarul Bariah berkata...

BANYAK PERSOALAN

Persoalan demi persoalan
Diri ini terus dihambat
Dengan persoalan mengikut aku
Elok dibiarkan sahaja
persoalan Terus menyoal
Elok dibiarkan sahaja
diri ini Terus disoal
Kerna jika yang dicari itu jawapan
Yang seterusnya nanti
Membawa kepada satu lagi
Persoalan lebih baik dikumpul
Segala persoalan lalu disusun
Dicorak seterusnya direkod
Disimpan disisip elok-elok
Dalam ingatan pasti hidup aku nanti
Lebih sempurna aku percaya.


Syarul Bariah
saya perempuan takut qalam keliru saja penjaga blog jgk

Asyar Mujid berkata...

KERETA KE SURGA

Di dalam saat memerlukan kosong
Dan di saat kita memerlukan perit
Sebakul menjadi satu.
Segunung menjadi debu harapan.
Sikit-sikit,perlahan-lahan.
Bila kita mula bertepuk tangan.
Berhenti dan dalam diam
Mula berbasi-basi pergilah pergi.
Kereta itu singgah. mahu ke mana
Ke mana saja. Aku.. tak keruan!
Di dalam kereta Kita mahu ke mana?
Aku jawab Kita ke syurga.
Di luar. Langit menangis
menumpahkan air mata
Berjurai melimpahi segala.
Seketika kedengaran
Kebisingan luar biasa.
Jadi jom kita naik kereta
Terus ke jambatan untuk ke surga


Asyar Mujid
sy dari penjaga blog bersama rakan-rakan yg lain

Qalam Mutiara berkata...

PB sdra Farooq Dawood barangkali berketurunan India muslim dengan sajaknya BERANI KERANA BENAR. Mengucapannya bagai mempertikaikan sesuatu yang tentang kewibawaan
Sesaorang yang diangapnya bagai benar dan terinanya. Tetapi bila sudah lama menilai dan memerhati ternyata ada kesalahan yang cuba untuk ditegaknyanya. Lalu hati menjadi tawar.jiwa pula meminta untuk memperkatakan yang benar tetap benar. Si penulis tidak dapat
Menytakan dalam perkataan sekadar menentukan masa pemelihan untuk satu suara.Demi untuk menegak kebenaran. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

PB sdri. Roslinda Selamat dengan sajaknya KAU PUTUSKAN SENDIRI. Menyetuh rasa
pengucapannya berbau persionaliti atau jiwa-jiwa sadikit. Biasanya begitulah jika ada sesuatu perselisihan atau ketidak kesefahaman akan berlaku ketegangan, enggan berkata, rasa mahu putus atau mati sahaja bila tidak tahan dihempit delima. Tetapi si penulis terasa bagai biasa tidaklah begitu menghiraukannya, namun si dia nampanya banyak kerenah yang bagaikan tidak kena. Sebaiknya carilah sedikit masa untuk tenang dan tunggu masa yang agak sesuai untuk berbicara semula. Insyaallah keadaan akan sempurna. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

PB Tuan Haji Abkram dengan sajaknya bertajuk: TUDUH MENUDUH. Penceritaanya bagai menyentuh isu semasa yang melanda keadaan negara (P) tanah air kita. Selagi ledah lembut dan suara masih ada sesiapa pun bebas bersuara. Lalu berlakulah tuduh menuduh, dahsatnya pula sampai saman menyaman. Di dunia engkau lepas bebas. Di akhirat tidak takutkah akan rasa terkandas. Bertambah malangnya janji buat janji kerja satu apa pun tak jadi. Siapa yang rugi. Dalam rasa kecelaruan minda ini rakyat yang patut menilainya jangan memberi suara membabi buta. Dulu kita yang pangkah, kita yang pilih hari ini, mengapa gelabah , mengapa pula bersedeh? Itulah akibatnya kemenangan undi protis. Tuhan lebih mengetahu segalanya. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

PB sdri Syarul Bariah, sajaknya bertajuk; BANYAK PERSOALAN. Terasa pengucapannya agak memeningkan kepala , tiap kali dicari persoalan semangkin bertambah pula persoalan yang datang. Ada orang ada berbagai cara untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang sering timpa menimpa datang. Jika peribadiminta nasihat kawan yang boleh dipercayai, bersolat malam bermunajat minta pertunjuk. Ada yang jumpa khidmat pakar mutivasi dlln. Yang parahnya diam begitu saja. Tetapi si penulis agak ganjil sadikit menghimpunnya semua sekali dalam hati,kemudian dinilai pula untuk jadi pengajaran di kemudian hari. Semoga sukses. Amin

Qalam Mutiara berkata...

PB sdra Asyar Mujid seorang pencinta agama dengan sajaknya KERETA KE SYURGA sajak berbentuk simbolik sadikit. Keberangkalian si penulis mengambarkan kehidupan ini ada satu perjalanan yang sepatutnya kita buang segala yang remeh temeh untuk jangan diambil kira. Biarkan hati ini kosong melaikan cuma pilih dan isi yang boleh membawa ketenangan jiwa. Pergilah segala kekalutan, berdiam diri sahaja adalah lebih baik , kerana jiwa yang berseh tidak akan berasa cemas dan takut, ayuh kemana saja. Sehingga ke syurga, masuklah wahai jiwa yang tenang. Dengan keredhaanku ke pintu syurga. Hanya orang zuhud dipelawa Allah swt. Amin.

Abul Hassan berkata...

punya byk plak sajak kali ni?

Saizul Maizav berkata...

sian en nuri nak sambut hari jadi dpat plak sjak byk? hehe

Pak Kassim berkata...

sian qalam xdpt makan kek hari jd rumah en nuri sbb kena ulas sajak byk? hahaha

Kembara Budiman berkata...

korg xptutlah bagi sajak pnya byk

Ummu Akilah berkata...

slamat bukan hari jadi qalam hari jad en nuri...

Raja Muda berkata...

ni bru hari jd en nuri jalal dah bagi 10 sajak kalau hari jd qalam 20 plak agaknya? hahaha

Jalil Janggut berkata...

sampai 10 sajak plak kali ni!

Sarah berkata...

aku rasa msti patah jari qalam ulas sajak ni... hehe

Abang berkata...

esok harap2 normal mcm biasa klu 10 sajak sehari kesian qalam

Seri Suri berkata...

esok jgn bagi 10 sajak lagi kat qalam jalal..

Ezad Emir berkata...

msti x tido qalam asyik ulas sajak jer...

Putera Damien berkata...

sepatutnya bagi la hadiah hari jd utk en nuri jalal ni bgi 10 sajak plak?

Olie Pajutdy berkata...

semua sajak penjaga blog ke?

Badrolshah berkata...

huh! mana sajak dari ahli jalal?

Petualang Tiga berkata...

eh! lama en nuri x skola kenapa?

Golok Buta berkata...

ni msti masalah kesempitan hidup en nuri x skola

Pak Awang berkata...

en nuri ke paling tua kat situ?

Seniman Jalanan berkata...

en nuri mmg bdk ajaib la...

Ustaz Muda berkata...

en nuri mkn apa dtg2 trus no 1??

Qulbai Khaisai berkata...

en nuri dpt no 1 ni harap2 x guna org dalam hehe

Puteri Bunian berkata...

mmg en nuri misteri sekejab je dh pandai

Pak Ngah But berkata...

sian kwn2 en nuri sekejab je en nuri pintas dorg...

Halilintar berkata...

en nuri ni mcm kanak2 genius plak?

Atan Yahoo berkata...

en nuri belajar macam mana???

Budak Rap berkata...

en nuri bela toyol apa ni? hehee

Ustaz Zamree berkata...

en nuri mmg hebat! susah org nk pandai dlm masa yg singkat

Ustaz Sahzan berkata...

dari kecik lagi en nuri ada keistimewaan

Bulan Terang berkata...

en nuri msti selalu makan ubat tok guru agaknya hehehe

Mozaire berkata...

en nuri makan apa etiap pagi sebelum ke skola? sbb en nuri cepat tangkap

Adi Cana berkata...

wah! msti smua cemburu kat en nuri msa ni

Puteri Salju berkata...

en nuri belajar macam mana? ada tips x?

Pak Bostamam berkata...

nampaknya en nuri ni ada ilmu laduni

Apek Liew berkata...

haiya! en nuli manyak hebat lor

Tanpa Wajah berkata...

en nuri kanak2 pintar ke masa kecik?

Usop Nayan berkata...

en nuri mcm adi putra plak..

Ustaz Rahman berkata...

ni msti mak atau ayah en nuri org kuat agama ni sbb tu en nuri belajar pun cpt dpt

Lelangit Biru berkata...

en nuri belajar guna formula apa???

Sarah berkata...

pelik en nuri bru sampai dah pandai????

Bob Kuli berkata...

misteri btol en nuri msa kecik bdk yg bijak...