Ini mimpi kita,
bukan mimpi tidur lena
tapi mimpi dari andaian sejenak
buat renungan dan tafsiran dari kaca matahati.
Betapa kehadiran insan di muka bumi ini
Semuanya bergelut dengan masa dan kebendaan
Mengisi jiwa dengan kemewahan yang tidak berkesudahan
Mempertuhankan hawa nafsu mengumpul harta benda dan kekayaan .
Ini takwil kita
Bukan takwil dari pirasad
Tapi takwil dari nur jiwa nan kudus
Buat gerakkan rasa hati bisikan deria yang berkata.
Betapa kelahiran insan di muka bumi ini
Hampir-hampir terlupa pada masa jalan penamat
Hidup cuma mengisi kekosongan jiwa dengan kepuasan nafsu
Iman adalah kebendaan kekayaan kemewahan dan kenekmatan dikecapi.
Di antara mimpi dan takwil ini
percayalah di akhir pejalanan hidup ini nanti
rasa bagai mengumpul bahan kayu bakar diri sendiri
menuang minyak pada kayu bakar ungul api yang menjulang
lalu mencampakan diri kerana kita gagal menghitung zakat harta kekayaan.
bukan mimpi tidur lena
tapi mimpi dari andaian sejenak
buat renungan dan tafsiran dari kaca matahati.
Betapa kehadiran insan di muka bumi ini
Semuanya bergelut dengan masa dan kebendaan
Mengisi jiwa dengan kemewahan yang tidak berkesudahan
Mempertuhankan hawa nafsu mengumpul harta benda dan kekayaan .
Ini takwil kita
Bukan takwil dari pirasad
Tapi takwil dari nur jiwa nan kudus
Buat gerakkan rasa hati bisikan deria yang berkata.
Betapa kelahiran insan di muka bumi ini
Hampir-hampir terlupa pada masa jalan penamat
Hidup cuma mengisi kekosongan jiwa dengan kepuasan nafsu
Iman adalah kebendaan kekayaan kemewahan dan kenekmatan dikecapi.
Di antara mimpi dan takwil ini
percayalah di akhir pejalanan hidup ini nanti
rasa bagai mengumpul bahan kayu bakar diri sendiri
menuang minyak pada kayu bakar ungul api yang menjulang
lalu mencampakan diri kerana kita gagal menghitung zakat harta kekayaan.
Oleh; Nurimanja,
Tanjung Nipis, Perak.
20/12/1972.malam jumaat.
Tanjung Nipis, Perak.
20/12/1972.malam jumaat.
50 ulasan:
KISAH PUDAK PONDOK
BERSAMBUNG. Bab 2/ siri 3 Oleh Nurimanja PK..2002
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Dari cerita keturunan ini lah yang mebuat hati aku ingin menuntut ilmu keagamaan memang darah dari sebelah mak kuat pegangan agama , Mak selalu ceritakan tentang Tuk Nyang Nina membelanya, menjaga seperti menatang minyak yang penuh, Aruah Tuk Yah dengan Tuk Din sudah bercerai, sejak umur mak dua bulan ,
Tuk Yah mememang tidak berkenan dengan Tuk Din , maklumlah Tuk Din seorang anak Jeragan yang menyelam di dalam laut untuk mengikat tali jeremai buat tempat ikan -ikan berteduh, matanya pula merah,berjegel dalam air laut masin, kulitnya pun hitam dibakar matahari, siapa yang mahu dan berkenan, sedangkan Tuk Yah putih melepak macam telur dikupas.
Sedangkan Tuk Yah pula anak orang bukit, ada dusun buahan, manggis , durian dan rambutannya luas, Haj Patah seorang beketurunan jawanis, kuat berkebun membuka tanah hutan, tentulah di hujung hayat hidupnya menjadi senang, malah haji Patah tidak mempunyai ramai anak tiga perempuan, seorang lelaki.
Bila sudah besar panjang semuanya habis berkahwin,tingallah anak lelaki ini,bernama Mat Zin, malah yang lelaki itu pun tidak berapa pantas untuk membilang dua kali lima sepuluh.
Masa mak umur dua bulan Tuk Yah sangup masukkan Mak ke dalam lesung tumbuk padi, jika lambat Tuk Nyang Nina datang pasti Mak dah lumat di dalam lesung padi itu, itulah darah keturunan jawanis agaknya.
Tuk Yah bila lepas pantang Tuk Yah hendak balik ke kampung Nenas Bandar Baru Kedah, Tuk Din pula sengaja melewat-lewatkan kehendak Tuk Yah pulang, maklumlah seorang Jeragan , musim ikan tengiri tengah banyak pula dilaut .inilah peluang menangkap ikan yang sukar dilapaskannya.
Lalu berlaku sadikit perang suami isteri, pertenlingkahan ini tidak
diduga sehingga membawa pada cetus percerian. (Berhenti dulu cerita Tun Din)
Tetapi Tuk Din tetap sabar seperti Pak Su Mat anak bungsunya yang aku lihat hari ini, sabar walaupun isterinya yang bernama Saodah meninggal dunia waktu melahirkan anak sulungnya.
Pak Su Mat terus membujang puluhan tahun juga lamanya, sehingga dia bertemu jodoh dengan Mak Su Nah anak Pak Cu Yan, walaupun tidak seberapa cantik seperti Mak Su Saodah, tapi Pak Su Mat tetap sabar, kini Allah kurniakan mereka lima orang anak, malah kesemuanya pula perempaun, tidak seorang pun dapat membantunya pergi ke laut.
BERSAMBUNG
JUMPA KAWAN LAMA
jumpa kawan lama
seronok tiada terkata
selak kisah lama
saat ketawa bersama
diari lama dibuka
lembaran suka duka
semua jeling mata
lihat kita ketawa
kamu cerita penuh bangga
jaya tawan satu dunia
aku dengar buntang mata
semangat lama surut tiada
bila terjah kisah keluarga
kamu tunduk mata berkaca
walau tinggi di puncak jaya
sayang tiada rasa bahagia
akibat mata nampak kerjaya
keluarga jadi porak peranda
dengan lembut aku berkata
bahagia ada di mana sahaja
tepuk dada tanya selera
lantas kita kembali ketawa…
Ghulam Rasul
ketika berjumpa kawan lama direstoran nasi kandar pelita
PENUMBUK
penumbuk sudah tergenggam
darah sudah menggelegak
kekuda sudah terpasak
sendi mula menggeletar
hati tak henti berbisik
sabar…sabar…sabar
ikutkan rasa binasa
ikutkan hati mati
mereka masih hijau
usah diikut jejak
mereka masih buta
usah meraba bersama
sarungkan kembali kerismu
cukuplah dengan lidah
lidah bijak penuh hikmah
moga terkesan hati mereka
Nasruq Haqq
apa peselisihan faham sikit
PENYAIR AGUNG berkata...
SEBELUMKU PERGI
KU INTAI MIMPI SEMALAM
HARUM MEWANGI MENYELINAP RINDU
SESEGAR MAWAR KUTABUR BUNGA IMPIAN
SEGENAP DERAP KENANGAN
HIDANGAN RINDU BERTANDANG
MEMBASUH BERIBU KESEDIHAN
SEBELUMKU PERGI
KU TADAH BEKAS KELUKAAN
MENGUMPUL CALAR PERASAAN
DI SETIAP RUANG
MERAH PEKAT KEHITAMAN
SEBELUM KU PERGI
INGINKU MILIKI SEMUA
SEORANG INSAN
HARAP DAPAT KUHIRUP
PEMBERIAN KEMAAFAN
MELABUH TIRAI
SATU PERHUBUNGAN
INGINKU TERUS MENYAYANGI
ABADIMU SENTIASA DI HATI
PENYAIR AGUNG
sebelum menutup tirai 2010
HAI HELLO ASSALAMUALAIKUM
hai…hello
kamu sungguh baik
menyapa penuh sopan
memikat senyum manis
rasa mesra bertamu
tapi aku lebih suka
adat kita sesama kita
adat kita sesama agama
cuma tukar sahaja
hai jadi salam
hello jadi assalamualaikum
nampak kecil sahaja
nampak sungguh mudah
berat nak luahkan
tiada salahnya kan
kamu dapat pahala
aku pun sama dapat
salam assalamualaikum
waalaikummussalam…
Ustaz Rahman
ketika selesai solat jumaat ada org menegur
BIARKAN ANAK ITU BERLARI
lari anak itu cari hujung pelangi
konon ada bahgia yang di cari
anak itu ada mata tapi buta
anak itu ada telinga tapi pekak
buta pada yang menghina
pekak pada yang mengata
wahai anak awas kamu deras berlari
kuat kamu lawan lelah graviti
wahai pelangi katakan
pada anak itu dia bukan bermimpi
pimpin tangan anak itu
bantu dia berlari
kamu kunci dengki dalam jeriji besi
semat hina kamu dalam jiwa mati
sudah-sudahlah
biarkan anak itu berlari
berlari dan terus berlari
Jalal Rafzee
sajak atuk aku dia nk cabar qalam simbolik sikit ni.. hehe
KEMBALI SEBENTAR
Aku bangkit,aku diam
Aku tenung ke hadapan
Renungkan masa hadapan sejenak
Aku fakir Fikir…
Dan aku buntu.
Lalu aku suapkan manisan
Hilangkan lapar
Hilangkan bosan
Bila letih menguasai diri
Aku kembali ke kamarku
Bila aku lelap,aku mimpi.
Dan itulah rutin harian
aku ketika ini
Adakalanya,aku rasa…
Mimpi itulah realiti
Di dalam mimpi,
Aku dapat berlari dengan bebas
Tidak dibelengu masalah
atau diganggu perkara remeh
Aku dapat jadi aku
Tidak seperti di dunia nyata
terperangkap,terkongkong,terhalang.
Bila agaknya akan ku rasai merdeka?
Atuk
sajak simbolik sebelum penutup 2010
Ghulam Rasul sesekali balik ke penang JUMPA KAWAN LAMA. Mengisahkan berjumpa kawan di sebuah restran. Pastilah menyeronokkan. Malah banyak cerita yang hendak dikhabarkan, malah ingin tahu pula berita dari sahabat handai. mungkin sesekali ada ketawa bila ada yang berjaya, dan sesekali ternyata nampa diam pula seketika bila ada cerita kesedihan menimpa. Begitulah kehidupan kita, suka dan duka telah pun menjadi asam garam seharian dalam kerjaya kita. Semoga banyak yang sukses. Amin.
Nasruq Haqq dengan mahu melepaskan PENUMBUK apabila marahnya sudah rasa lebih limit mencabar kesabarannya. Begitulah tugas seorang guru, memang banyak masallah dengan anak-anak didik yang masih mentah dan nakal yang sukur untuk diberi nasihat dan tunjuk ajar. Tetapi Bagi seorang yang mungkin sudah banyak pengelaman , hurut dada, tanya kesabaran kita, tarik nafas lepas pelahan-lahan, atau jangan tunggu ditempat itu , beridar seketika,segera ambil uduk, berastaagfar, nescaya darah akan turun. Amin
Penyair Agung mengingatkan kembali sepanjang tahun 2010 dengan apa yang berlaku.dan berapa banyak kejayaan atau prastasi yang meningkat? SEBELUMKU PERGI , cuba menyemaknya dan menganalisiskan kembali , jika kurang tahun baru ini perlulah dipertingkatkan, agar tahun baru ini lebih baik dari tahun tahun yang selepasnya. Amin.
Ustaz Raman mengajak orang Islam dengan menyeru cuma tukarkan saja cara Islamic bila anda berjumpa kawan dan taulan ada baiknya memberi salam sesame kita agar mendapat pahala, kerana mendoakan diantara satu sama lain. Daripada kita berjumpa menyebut hai hello. Itu sesuai budaya untuk sahabat bukan beragama islam, malah mereka pun ada caranya yang tersendiri, semoga dapat diamalkan,. HAI HELLO kepada ASSALAMUALAIKUM. Amin
Jalal Rafzee. Hai berapa ramai atuk jalal ini? Sajak sebelum meninggal ke? Mungkin kisah anak muda dinihari, yang kehidupan mereka berbeza dengan zaman atuk dulu, maka hanya Atuk yang faham, lalu atuk pun berkata; BIARKAN ANAK ITU BERLARI, untuk menentukan masa depan mereka sendiri, contohnya seperti jalal, tunang minta tangguh sambung pelajaran dia sudah menangis, tak sabar nak khawin. Harapan Atuk somoga tidak halang dengan gaya dan cara kehidupan anak muda dewasa ini. Amin.
Atuk dengan sajak penutup tahun 2010 memperkatakan kekadang hidup di alam mimpi lebih baik realitinya dan bebas dari di alam nyata ini. Begitulah setelah lama Atuk hidup menyedut udara.dan makan rezeki tuhan. Analisis hidup ini Atuk telah membuat kesimpulan KEMBALI SEBENTAR. Di dunia mimpi Atuk boleh buat apa sahaja, bebas dan merdeka, tiada siapa menghukumnya. Tetapi ternyata di dunia ini jika tersilap laku ternyata dosa sudah ada, hukuman di dunia pula lagi perlu diterima. Semoga Atuk lebih banyak berehat dan tidurlah dalam dunia kebebasan Atuk sendiri. Tidak menganggu sesiapa ada hikmahnya tuhan menjadikan mimpi. Amin.
apa bnda jeragan tu en nuri?
tok din x smart dapat tok yah cantik? hehe
hina sunggu tok din sampai mcm tu sekali dia kutuk? hehe
smlm cerita en nuri skrg cerita lain plak?
mana cerita en nuri smlm?? dh hbis ke? kenapa cerita lain plak?
mat zin ni sapa plak?
byk jgk salasilah keluarga kat sini
kat episod ni dh mula pening plak?
sepatutnya cerita ni xpyh cerita sbb x pnting cerita en nuri ok la...
en nuri msti sengaja cerita pasal ni sbb nk bagi panjang kan??
cerita apa plak ni? mana kisah en nuri?
tok din dan tok yah ni sapa?
en nuri ada jgk ke bau2 bacang dgn dorg ni?
eh! xde pun cerita en nuri dalam episod kali ni
alamak! pening la kat sini
cerita pasal apa plak ni? mana en nuri?
ni kisah en nuri ke tok din dan tok yah ni????
alamak! pening la salasilah ni
bab2 salasilah yg aku pening nak baca ni
tok yah dan tok din ni atuk en nuri ker/
mana cerita en nuri ni?
tiba2 ada cerita tok yah dan tok din plak?
alamak! en nuri langkau ke sbb ni dah masuk tok yah dgn tok din plak?
mat zin tu sapa plak? abg en nuri ker?
pak su mat sapa plak?
pak cu yan ni sapa?? mak su nah?
semua org dlm ni tinggak kat sungai dungun ke nibung hangus?
mcm2 karekter masuk aku dh mula keliru
ramai karekter yg tumpang toi plak?
semua ni atuk dgn moyang en nuri ker?
apa bnda takwil tu?
xphm la sajak kali ni
takwil ni bnda apa plak? pelik je bunyi
takwil ni nama org ker?
xphm plak sajak ni tinggi jgk maksudnya
sajak ketuhanan ke kehidupan ni?
susah nak tangkap la maksud sajak ni
Catat Ulasan