sayup ku biar perasaan ini mekar
menimpa diri yang malang
namun siapa tahu hati ini
selalu ku damba tetapi tak dapat
meraih rindu dari seorang perindu
akan adakah rindu buatku?
aku tahu kau juga begitu
namun rindu tak terucap
kerana rindu itu sudah tandus
dek kemarau yang panjang
hiba ku tanggung duka
duka ku tanggung derita
buat maha pencipta
aku sujud memohon padaNya
pada diri yang merasa hina
dari insan yang bergelar durjana
akan adakah sedikit ruang
kemaafan untukku?
menimpa diri yang malang
namun siapa tahu hati ini
selalu ku damba tetapi tak dapat
meraih rindu dari seorang perindu
akan adakah rindu buatku?
aku tahu kau juga begitu
namun rindu tak terucap
kerana rindu itu sudah tandus
dek kemarau yang panjang
hiba ku tanggung duka
duka ku tanggung derita
buat maha pencipta
aku sujud memohon padaNya
pada diri yang merasa hina
dari insan yang bergelar durjana
akan adakah sedikit ruang
kemaafan untukku?
Oleh; Seri Suri ( 8 )n1
penulis sajak wanita terbanyak.
50 ulasan:
GELOMBANG
mulus sutera dicarik bara
terhambur pendaman lara
berderai segala rasa
terlerai cantuman jiwa
gelombang membadai
manghancur bahtera kata
menyepai layar setia
mematah kemudi cinta
karam disamudera dalam
bermakam didasar suram
ditumbuhi lumut kelam
dikerumuni teritip hitam
permukaan itu kembali tenang
tiada gelora tiada gelombang
bahtera kini hanya kenangan
reput terhakis semakin menghilang
Bayu Bulan
Negeri sembilan
3pagi
TENGAH MALAM
malam ini bulan penuh..
bintang terang
riak gembira di dada langit
meraikan indah malam
bercempera semua
tapi jalan di kota ni sunyi.
macam tiada orang
sekejap tersilau suluhan neon
kereta lalu lalang kalau pun ada
lampu lampu jalanan malap
berbeda cuaca langit dan bumi
saat semua orang senyap di kamar
lelah seharian dilepaskan ke mimpi
udara bercerita indah..
nyaman tenteram terasa
menjelang dinihari
saat bulan mengejutkan fajar
mentari menanti malam berganti
bulan bintang pergi
dan semua akan kembali
seperti hari hari
Lebai Noh
ketika bermalam di surau
SATU LANGKAH BARU
Satu langkah baru dalam hidup
Hidup bukan duka hanya sesaat
Sesaat dalam hidup ini
Ini semangat baru
Baru ku akhiri sesalku
Sesalku pergilah jauh untuk hidupku
Hidupku didalam jiwamu cinta …
simpuh lesu penuh kisah
simpul cinta anyam cerita
deru deras cinta terlintas
raga terkapar membiru bisu
cerita unik dengan jilid lusuh
di tahun dua ribu tujuh yang lalu
terekam pahit oleh akal
rintihan jiwa - jiwa yang terbui
dibui oleh angan - angan mimpi
janji akankah semua ada hati mulia
hadir menemani jiwa yang terbuka
Manja Lara
Perak
7.12.2010
MAHU JADI KAYA
sampai bila agaknya
mahu jadi kaya
punya wang berjuta
hidup bagai raja
dapat apa sahaja
tapi takut juga
sempat ke buat amal
sempat ke jenguk ke surau
sempat ke jumpa mak ayah
sempat ke bersama keluarga
rasanya tak sempat
baiklah begini sahaja
walau tak banyak
tapi berkat penuh terasa
biarlah sederhana...
Marjan Ibtisam
Parit Buntar
30.11.2010
GULAI IKAN TONGKOL
* 1 kg ikan tongkol
* 2-3 ekor ikan kering
* 2-3 ulas asam keping
* 4 ulas bawang merah
* 2-3 ulas bawang putih
* 4-5 biji cili padi
* 3 cm lengkuas
* 2 sudu kecil serbuk kunyit
* 3 sudu makan cili giling
* 1 biji kelapa
* 1 batang timun
* 1 biji cili merah
* 1 biji cili hijau
* garam secukup rasa
Cara-cara
1. ikan tongkol dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...untuk menghilangkan hanyir,ikan tongkol direbus bersama asam keping...ketepikan ikan tongkol rebus ini...
2. kisarkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, cili padi, serbuk kunyit dan sedikit kelapa parut...timun dibelah dua dan dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...sediakan santan daripada sebiji kelapa...
3. masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk...kemudian, masukkan santan dan cili giling...panaskan periuk menggunakan api sederhana...masukkan timun...
4. kemudian, masukkan ikan tongkol rebus tadi bersama ikan kering...masukkan pula cili merah dan cili hijau...
5. kacau perlahan-lahan...jangan biar pecah minyak...biarkan sampai mendidih...bubuhkan garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan :P
6. untuk sambal nasi berlauk yang ringkas: kisar kasar 3-4 biji cili merah bersama sedikit cili jeruk dan secubit garam...
GELOMBANG sajak daripada Bayu Bulan dari negeri Sembilan. Pengucvapannya bagai ada satu rasa ketengangan , atau bala makhluk perosak yang cuba menganggu atau menghancurkan satu keadaan yang aman dan damai. Akhirnya semuanya akan
menanggung kerugian. Tidak ada satu pun keberuntungannya. Begitulah sembolik atau andaian penulis agaknya mengambarkan GELOMBANG angkara bahaya yang patut kita jauhi dan tanganinya sebaik mungkin. Ada rasa unsur berbau politik juga agaknya. Semoga dengan pemikiran yang matang kecelaruan minda dapat dihendar dan dimasuhkan dari hasutan makhluk perosak ini.. Amin.
Lebai Noh agak lama menghilang kini muncul kembali dengan sajaknya TENGAH MALAM. Pemelihan tengah mala mini memanglah cerita bagi orang dewasa yang
Lama hidup dan banyak menangung beban cerita. Namun penghayatan malam yang Ada simboliknya oleh Lebai Noh, mengapa kita tidak menjadi malam yang mengikut \peredarannya aman damai tidak ada persengkitaan, mengikut urutan dan tugas yang saksama dan tersendiri untuk jagat kehidupan alam. Semoga kita dapat merenungan bersama. Amin.
Manja Lara Perak. (tak tahu jantinanya) sajaknya bertajuk: SATU LANGKAH BARU. Pengucapannya bagai menanam semangat dan cita-cita baru bersempena dengan maal hijrah ini. Baguslah jika ingin berubah. Mungkin kisah memory lama Agaknya. Setelah kasih mungkin berpaling tadah ataui mengikut orang lain. Hati mula rasa kecewa dan resah, Tapi mujurlah ada pula isan lain yang sudi menganti Menghidupkam kembali kemesraan dalam hati. Semoga kemesraan kekal buat selamanya. Amin.
MAHU JADI KAYA oleh Marjan Ibtisam , sajaknya kini mengingatkan kita manusia
Yang bercita-cita ingin jadi kaya, bolehkah menahan diri dari kesibukan atau kesuntukan masa, bila harta terlalu banyak, sebagaimana saklabah, bila nabi mendoakannya jadi kaya dia sudah lupa solat berjumaah di masjid atau surau, kerana Memekirkan atau menguruskan harta bendanya. Akhirnya dia minta cukup hidup sederhana. Tetapi perlu ingat, sama ada miskin atau pun kaya, tiap oeang ada ujiannya. Amin.
sajak kucing dan tikus ni pasal apa?
kucing bkn dgn anjing ke kenapa dgn tikus plak????
sajak kali ni agak pening jgk la...
kenapa tikus mondok plak?
sapalah kucing dan tikus dalam sajak kali ni?
sajak kali ni mcm bunyi sindiran jer...
sapalah plak en nuri gambarkan kucing dan tikus ni?? politik ker?
menarik jgk resepi kali ni....
ikan tongkol??? dh lama sy cari resepi ni...
mamu kassim boleh bagithu plak resepi?? setahu aku rahsia....
resepi selalunya rahsia kenapa mamau kassim dedahkan plak?
lps ni boleh buat sndiri la xpyh beli dah kari ikan tongkol ni...
xdelah susah sgt nk buat boleh cuba sndiri ni...
kenapa mamu kassim dedahkan plak??? pelik...
msti ramai pengusaha restoran nasi kndaq marah kat mamu kassim...
eh! setahu sy mamak2 ni resepi selalunya rahsia????
msti mamu kassim ikut cakap en nuri jgn simpan resepi kongsi2...
esok boleh cuba la ikan tongkol ni...
nak beli mahal baik buat sndiri....
resepi kari ikan tonngkol plak?? mana nk cari ni...
kalau cuba ikan lain boleh x?
selalunya mamak buat jgk yg sedap dari buat sndiri...
nak buat agak susah baik beli je snang...
ha! bru sy dok cari resepi ikan tongkol....
sajak seri suri jiwa2 plak?
mcm mana seri suri boleh dapat sajak kt sini?? sajak dia x best pun....
kenapalah byk sajak jiwa3 di siar kt citra rasa???
lps ni aku nk buat sajak jiwa2 la sbb byk sajak jiwa2 en nuri siar....
mcm biasa saja sajak kali ni mcm mana en nuri boleh siar?
alamak! sajak yg biasa2 saja....
bila plak sajak ahli bru plak ni?
sajak utk org bkn islam bila plak nk siar en nuri?
sajak seri suri plak ke?? hehe
sajak jiwa2 plak seri suri kali ni?
esok sajak sapa plak la?
sajak mcm mana agaknya en nuri pilih ni?
bila la sajak aku nk siar plak?
eh! cerpen ni panjang jgk...
akhir sekali sedih ke gembira cerpen ni?
Sajak yang tersiar ikut sumbangan terbanyak.sepanjang tahun 2009, tetapi tidak pula pilih yang terbaik, kerana sajak terlalu banyak.pengsan kalau nak pilih.
Esok sepatutnya sajak Puteri Bunian
orang ke enan terbanyak, seri suri
ke lima. Tersilap terbit pula. Tunggu esok atau lusa .
Ilmu ini tak boleh kedekut, macam guru silat, dia ada 15 bunga silat
dia ajar cuma 10, lima lagi dia simpan, bila dia mati , bukankah 5 lagi rugi macam itu saja, hilang.
siapa pun tak tahu.
Apa ilmu sekali pun, dedah saja bukan zaman dulu, sesama kita dapat mamfaatnya. Saya masih ingat mak metua saya, pandai buat nasi brani, macam nasi hujan panas, seminggu masih bau lagi di tangan,
Saya tak belajarm, isteri pun tak belajar,ambil petua, bila dia meninggal. Kempunan nak makan rasa macam dia masak tak dapat lagi. rugi..
Esok mungkin tak ada cerpen, kita rehat dulu sehari dua.
Bagaimana dengan Soalan TAHUKAH ANDA?
saya hambir umur lima puluh tahu baru tahu; Bau harum kasturi yang dinyanyikan oleh Ramlee Sharif, saya dia sendiri pun tak tahu asal usul bau harum kasturi itu?
Insyaallah esok akan diberi tahu.
jikalau tiada siapa dapat meneka dan mencarinya..GD pun x tahu...
Catat Ulasan