Adakah kita pun
bagai buah yang ranum
telah lama masak ditangkai
menunggu masa untuk dipetek.
Bila masak begini
terasa kita bagai diintai
si pengait buah masak ranum
atau dimakan haiwan dan ungas.
jikalau nasib baik
masih ada di celah daun
jika tidak pasti akan dikaitnya
atau telah dipepah dengan galah.
Bagaimana buahan
kecil, muda, belum ranum
adakah mereka juga pun sama
si pengait yang cuma diperentah.
Aku tidak mahu jadi
anggur dipetek dan dipijak
kemudian disimpan dan diperam
lalu panaslah hasil dari kemerahan.
Aku mahu jadi betek
dipetek dengan jari tangan
lalu dikupas dengan kelembutan
dan dengan manis hati dihidangkan.
Oleh: Nurimanja,
catatan sajak lagenda
diterbit semula 28/12/2010
catatan sajak lagenda
diterbit semula 28/12/2010
50 ulasan:
BUDAK PONDOK
Oleh Nurimanja PK..2002
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
BAB 1
Zaman kanak
Aku tahu hari isnin malam selasa aku lahir ke dunia yang fana ini jam 4 pagi waktu aku lahir aku tak menangis kata mak.senyap, mak risau kalau-kalau aku cacat atau bisu. Kebetulan hari aku lahir datang pak saudara mak dari Tanjung Piandang tidur dirumah kami, Namanya Pak Lang Rasid.
“betul hang beranak, aku duduk sini dah dua hari, aku tak dengar suara anak hang menangis?”
“Ada Pak Lang, dia duk isap jari, susu pula kering, tak tahulah Pak Lang. Anak yang penghabis perut agaknya”. kata mak ,sambil tersenyum.
"Kata orang tua-tua, dia akan menghadapi cabaran yang hebat dengan tenang di dunia ini," jawab Pak Lang pula tersengeh nampak..
Waktu umur aku setahun dua, aku kena cacing, kepala selalu pening, kekadang muntah keluar cacing ikut mulut,makan kurang selera, buang air besar tak menentu, silap hari bulan keluar cacing pula ikut dubur, badan kurus kering mata cengkung, berjalan tidak tidak bermaya,mak jaga aku macam puteri lilin,
"kau ini kain sutera tak boleh buat lasah atau pelanyah.kuat sadikit koyak," kata mak.
Aku memang tak boleh kena panas atau hujan, asma pula menyerang, berhari pula aku tak minum tak makan, mana badan nak naik, kurus melidi macam gambar kartun tak siap,kepala lutut aku besar macam itu juga siku, tulang serangka nampa berdongkol-dongkol.punggung timpus kepala besar,macam ikan keli kena kurung dalam tempayan.
Tapi aku ini berkulit puteh, urat kaki tangan nampak biru. Aku ini selalu berbogel di muka pintu.
Bila datang Makcu Buruk (mak usu) yang selalu bersembunyi-sembunyi mulutnya pula selalu penuh dengan air sireh, dia akan sembur pipit aku dengan air sireh yang memang berwarnamerah itu.
Ini yang membuat aku hot, aku lari lintang pukang, Mak kata cepat pi pakai seluar.
Aku juga waktu kecil selalu jatuh tangga, benjul dahi , bengkak kaki,terkeliat sana terliuk sini, sudah lah aku ini kurus kering, hingus pula selalu terjelur keluar di kedua belah lubang hidung aku, sesekali aku sedut masuk kedalam , nanti dia tekeluar semula, sebab itu aku menjadi penat dan selalu semput,macam siput belitnug jalan slow.
Aku berumur empat tahun ,aku cukup takut dan geli tengok anak ayam. Bila aku turun ke tanah anak-anak ayam yang berbagai warna memburu aku, Apa lagi, aku takut lari naik atas pelapik batu tiang rumah, aku akan memeluk tiang,aku cukup geli tengok anak-anak ayam itu ingin memetuk kaki aku yang putih lagi melepak.
.
SAMBUNGAN.
ANAK KECIL
sang kecil menangis,
mahu disusu ibunya.
sang kecil meneriak,
mahu dipangku di riba.
sang kecil melaung,
tolong! aku cuma anak
masih meleleh air mata.
aku penat mencari akhiran.
aku lelah mengikat simpulan.
aku cuma mahu jawapan.
aku tak ingin cuma kemungkinan.
kenapa ianya bukan.
mengapa aku ini bukan.
Pilihan apatah lagi jawapan.
Datin Maimun
apabila melihat cucu sy menangis
MALAUN
Sunyi sepi apa sudah jadi
Tercari-cari suis dimana?
Sampai terlupa ia sudah ternyala
Tapi kenapa masih bisu tercari-cari
Dasar hati busuk pengkianat!
Pantang senang kita seronok
Terduga akal
wayar speaker dipotong!
Adakah itu keadilan?
Atau itu sandirawa semata!
Jadi aku sumpah tujuh keturunan kau
Akan menjadi malaun negara...
Teksi manaf
di perhentian teksi
MASALAH
masalah datang lagi,
masalah datang berduyun-duyun,
masalah yang baru,
masalah yang lama,
masalah datang lagi,
tak rasa dapat atasi semua.
masalah datang lagi,
sedang aku sendiri ialah masalah.
sedangkan diri tiada semangat,
sedangkan diri
menyumpah diri sendiri.
Bulp omen
di kafe kolej
BANCI
Banci Penduduk
Banci Penduduk dan Perumahan
Maklumat anda
semua sangat diperlukan
Di bandar atau juga di desa
Kita jayakanlah untuk Negara
Mari kita semua bekerjasama
Maklumat banci banyak gunanya
Untuk merancang pembangunan Negara
Meneguhkan ekonomi kita
Meningkatkan taraf hidup kita semua
Banci tanggungjawab kita bersama
Banci pengerak wawasan Negara
Terima kasih maklumat anda
Maklumat dijamin selamat rahsianya
Mari kita semua bekerjasama
Banci Penduduk dan Perumahan
Maklumat anda semua sangat diperlu
Di Bandar atau juga di desa
Kita jayakanlah untuk Negara
Mega Sutera
ketika menjalankan aktivit membanci
ANAK KECIL oleh Datin Maimun, satu-satunya datin dalam blog ini agaknya yang berminat dengan keluhan cintara dalam dunia penulisan sahabat CR sendiri. Pengucapannya rasa mengisahkan. Bagaimana rasanya bila kita mempunyai seorang cucu, kekadang lebih sayang daripada anak sendiri. Dan pengaruh cucu , atuk tidak akan rasa malu, beli apa saja , minta apa saja demi cucu yang yang tersayang. Tetapi bagaimana bila si anak kecil kian besar mengetahui dan mencari ibunya atau bapanya yang sebenar, jika dia bukan anak ibu bapaknya yang sebenar.hanya anak tompang, tentu hati rasa sayu dan pedih tergoreh. Apa-apa pun jika si ibu anagkat biasanya mereka tidak akan mengsia-siakan anak irau (di negeri serawak sebutan anak angkat)
peliharaannya.(Cuma andaian) Amin.
Teksi Manaf sajaknya banyak lahir di perhentian teksi, bila menunggu geliran bawa penumpang agaknya, setengah tempat mereka main dam atau catur. Sajaknya bertajuk: MALAUN. Bunyi saja pengucapannya semcam marah dengan sesaorang dalam satu perjumpaan. Ada tangan gatal yang cuba buat angkara untuk menganggu majlis perjumpaan . Adakah ini yang diperjuangkan atau cuma satu saniwara. Sesiapa pun akan marah, sesiapa pun akan menyumpah, lalu terjadilah apa Saja gelaran yang mungkin terkelaur dari mulut dan hati yang sakit. Berhati-hatilah bila mengadakan sesuatu pertemuan, bukan mempermainkan pertemuan atau perjumpaan. Niat sepatutnya mahu ikhlas. Amin.
Bulp Emen dengan sajaknya yang bermasallah dan tajuknya juga MASALAH. Penceritaannya mudah. Biasanya seorang itu jika terlibat dengan masalah akan datang lagi satu masalah, bila dia cuma mendiamkan diri tidak menyelesaikannya dengan segera, masalah lain akan datang pula. Jadi bertimbulan masalah. Akhirnya otak jadi buntuk, semangat pun hilan, rasa hendak marah pun datang bertandang. Itu yang menyebabkan rakan dan teman takun hendak dekati tenguk muka semacam harimau atau singa bina mengeram. Ada doa yang boleh tolong menyelesaikan masalah . satu darinya banyak baca surah al insyirah atau Alam Nasrah. Insyaallah boleh memudahkan keadaan. . atau baca surah al fatihah sebelum dan lepas solat waktu 10 atau 20 kali. Amin
BANCI tajuk sajak darpada Mega Sutera. Pengucapannya sangat mudah meminta kita semua membenarkan rumah dan penduduk pendapatan ketua keluarga dan keluarga seisi keluarga untuk membanci buat kajian. Ini adalah kerja untuk maklumat sesebuah pemerendah mendapatkan maklumat terperenci dari kedudukan rakyat dan hasil pendapatan mereka, sebagai kaji selidik buat rujukkan negara. Bagi mendapat hasil keberkesannan pemerentah. Jika tidak, rakyat akan mengadakan pemerentah zalim tiada bantuan subsidi dan sebagainya. Pembangkan juga akan mengambil kesempatan memburukan keadaan pemerentah sedia ada. Semoga tidak begitu Amin.
MEE HAILAM
Bahan-bahan ( 6 orang )
* 500 g mee kuning
* 300 g udang sederhana besar
* 1 keping dada ayam
* 1 biji lada Benggala hijau dan merah, dipotong kiub
* 6 keping cendawan tiram, dihiris
* 4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
* 2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
* 1 cawan taugeh (optional)
* 2 keping tauhu digoreng dan hiris
* Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya
* Bawang goreng utk hiasan
* 3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
* 3 camca besar sos tiram*
* 2 camca besar sos lada hitam*
* 1 camca besar sos abalone*
* 1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas)
* 1 camca teh kicap pekat
* 1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
* Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
1. Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci kembali dan toskan. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.
3. Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.
4. Masukkan kobis daun, tomato, cendawan, tauhu dan lada benggala. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air (mengikut keperluan masing2).
5. Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.
wah! agak simbolik sajak anggur ni
sajak pasal kehidupan manusia kan?
wlpn agak simbolik sajak anggur ni tp snang phm
manusia boleh dianggap pelbagai plak..
harap2 kita bukan mcm anggur tp mcm betik
sajak yg agak simbolik sdih pun ada..
manusia pun mcm tu bila dh masak akan jtuh...
manusia pun di samakan dgn buah anggur?
simbolik gak sajak ni hebat en nuri
sajak perumpaan yg agak menarik utk dikongsi
aisyeh ada mee hailam plak pak bostamam?
pak bostamam ni buka restoran ker?
mee hailam hari2 aku makan kat gerai kat tampat aku
mee hailam ni sedap best jgk klu try ni
pak bostamam bagi resepi mee hailam?? perghh! terima kasih
mee hailam kalau nk buat susah ni selamat pak bostamam bagi resepi
pak bostamam pun pandai jgk masak yer? hehe
eh! mee hailam! makanan kesukaan aku ni
lps ni boleh buat sndiri la klu dulu kena beli skrg ada resepi
mcm2 resepi plak di sumbang kat sini
en nuri lahir x nangis??? pelik jgk
cerpen kali ni pasal kisah hidup en nuri ker?
kuat jgk ingatan en nuri ingat lagi kisah masa kanak2 sy smua ingat2 lupa
pelik sampaikan pak lang x dgr suara tangisan????
en nuri dari kcik asyik sakit jer...
msti en nuri kurus orgnya sbb klu org selalu sakit ni kebanyakan kurus2..
cis! kurang asam siap sembur lagi kat en nuri... hahahhaa
semua org geram kat en nuri rupanya? hahahaha
en nuri takut anak ayam????? hehhe
mcm2 dugaan en nuri tempuhi msa kanak2..
kenapa en nuri masa kcik asyik sakit je? x cucuk ker?????
berak kluar cacing! geli plak dgr
en nuri msti lemah antibody ni
anak ayam comel la kenapa en nuri takut plak? hehehhee
en nuri mcm putrei lilin plak? hehehe
msti en nuri msa kcik2 mcm anak patung sbb putih
wakakaka sian en nuri kena sembur msti mengulupur pnya...
selamat en nuri kcik2 kalau masa sunat dia smbur sah bentan! hahahahha
seronok gk baca cerpen kali ni sambung lagi
wah! complete dari kisah kanak2 pun ada
Catat Ulasan