Isnin, 6 Disember 2010

HATI YANG MERINDU





Hati-hati yang merindu,
tabahlah menghadapi hari
walau tidak kesempatan untuk berjumpa.

Wahai hati-hati yang merindu,
Usah cemas bila rindu itu mengunung tinggi,.

Duhai hati-hati yang merindu,
usah ditangisi andai aku tidak kembali,
moga suatu hari yang abadi itu
akan menjanjikan pertemuan yang pasti.

Duhai hati-hati yang merindu,
teruskahlah perjuangan walau ku tiada disisi,
Dia bersama kalian dalam menuju dunia abadi.
detik pertemuan pasti kembali

Oleh; ORANG LAMA (10) n1
DI RUMAH ORANG TUA 
20.7.90




50 ulasan:

nurimanja berkata...

______________________________________________________________________

CERPEN SIRI KE 4 BERTAJUK : AKU, MAMA, TUGAS DAN ALAM-ALAM. OLEH : NURIMANJA SERAWAK.

______________________________________________________________________


"Ha ha ha ha ha ha, Cikgu menangis!....."
"Dimmm! Emmm! Emmmmmm! Kamu semua ini, memang degil, degil laaa......."
"Ha ha ha ha ha ha Cikgu Jamilah tak malu menangis, menangis macam budak-budak, ha ha ha ha ....."

Sialan, mereka mengejek aku, Tangan: Kenapa kau rengan sangat ini? Jejari pun mengapa mengemgam kuat rotan?
"Kamu semua, memang kurang ajar dengan cikgu! memang nak kena betul dengan cikgu. Nah! Nahh, nah ambil ini...!"
"Pelepak! Pelepok! Pelepak! Pelepok!"
"Aduhhh!"
"Aduh! Sakit cikgu!"
"Saya tak ketawa cikgu!"
"saya tak lempar kapur cikgu..."
"Saya pun tak lempar cikgu, kenapa pukul saya?"
"Cikgu tak patut!"
"Cikgu tak adil!"
"Cikgu tak patut!"
"Cikgu garang!"
"Cikgu cepat naik angin, cepat marahhhh!!"
"Cikgu tak mahu masuk lagi kelas kamu...."

Mulut: Kenapa kau kata begitu? Kaki: Kenapa kau cepat sangat melangkah meninggalkan kelas itu? Airmata: Kenapa kau sejak tadi bercucuran tak mahu berhenti? Diri: Bolehkah? Bolehkah aku menjadi seorang pendidik jika seterusnya berkeadaan begini?

Mama! Mujurlah segala-galanya tidak begitu. Mujurlah segala-galanya yang aku duga tidak berlaku. Malah cukup berlainan sekali dari apa yang aku andaikan di dalam benak hatiku selama ini. Malah aku cukup cepat mesra di sini Mama. Guru-guru lama
di sini memberi tunjuk ajar dan kerjasama padaku Mama. Aku cukup terhutang budi Mama.

Di sini juga aku menemui seorang guru muda yang cukup istimewa kurasakan mama. Dia sering memberi semangat seperti pensyarah-pensyarahku di maktab dulu Mama. Dan kini aku cukup bersemangat untuk menghadapi tugas sebagai seorang pendidik kecil di daerah pendalaman Mama.

BERSAMBUNG........(

Kembara Budiman berkata...

KAMI BUKAN BUDAK LAGI

cukup hanya sekali
usah diulang lagi
kami bukan tuli
kami punya pahat sendiri
usah diketuk lagi
cuba percaya kami
kami bukan budak lagi
kami punya tangan kaki
kami tahu kerja kami
usah menyibuk di sini
tak perlu seharian
diawasi arah sana sini
kami tak senang berdiri
duduk apatah lagi
tolong lagi sekali
jangan sampai kami guna kaki
tunjuk jalan agar mengerti
kelak kau yang rugi
kami bukan budak lagi...


Kembara Budiman
UiTM
3pagi

Abdullah Fikry berkata...

ADAKAH YANG MASIH KASIHAN

Aku merangkak lalui
ruang hampa gelap
lalu aku melangkah
mencari secebis sinar
menemani kelamnya hati
kesendirian seorang pujangga
Aku ditemani dengan kesakitan jiwa
antara rusuk telah rapuh
merasuk jauh ke dalam relung jiwa
meremukkan sendi penopang hidup.
Aku tahu aku sedang sendiri
aku tahu memang harus sendiri
berjalan menjalani sisa nafas
meski aku tak tau
bilakah harus berhenti.
adakah orang dapat menggapai tangan lemah ini
membantu melekatkan serpihan
hati yang hancur
memeluk saat telah lelah dan jatuh.
hanya ingin berjalan dan menanti.


Abdullah Fikry
Kuala Lumpur

Asrafi Kahuwa berkata...

CAHAYA MATAHARI

Matahari itu cantik dan bercahaya
cahaya itu bukan satu
cahaya itu telus jalannya
tapi ketika itu datang pula
Adam dan Hawa berjalan berdua…
Dulu di sini tanpa ia
tapi kenapa disembunyikan matahari?
Kerana dia ingin memberikan kita
Sesuatu lebih dari itu,
Jangan harapka matahari
Jadikan mendung itu hikmah
Supaya kita hargaikan kegelapan
berarak hujan tangisan dunia,
selepas itu muncul dengan 7 cahaya.
Pelangi itulah engkau berikan…
Terima Kasih aku menghargainya.


Asrafi Kahuwa
Melaka
4ptg

Harimau Berantai berkata...

KAMAR YANG ROSAK

aku melangkah masuk
terlanggar bucu pintu almari.
sudah sepurnama ia tak tertutup.
aku melangkah lagi dan terjelepuk!
ah,kurang asam pnye almari!
habis bersepah puntung2 rokok,
abu rokok memenuhi kamarku.
sudah-sudahlah melangkah,
lalu aku melompat ke atas katilku.
gedegang! kayu katil tercabut lagi.
aku pun pusingkan badanku,
memandang siling kamarku.
jam 4.30petang, hari masih muda.
tapi aku tak mampu untuk bergerak.
aku lihat telefon bimbitku.
hanya mengharap sesuatu sampai.
cukuplah untuk hari ini,
sudah tiada semangat lagi.
aku pejamkan mata mencuba terlena,
di belakangku terasa keras,
buku majalah semalam barangkali.
biarlah,aku sudah tak bermaya.
cukuplah untuk hari ini.
aku lena dengan katil
patah sambil menghirup udara
penuh abu,dan kaki yang terluka

Harimau Berantai
ketika memasuki rumah baru di gertak sanggul

Orang Lama berkata...

terima kasih en nuri!! tiba2 teringat plak kenangan di rumah org tua klu x kerana blog en nuri rasanya sy masih di sana...

Halilintar berkata...

sdih plak baca sajak org lama ni...

Atuk berkata...

sy pun pnh berpengalaman tinggal di rumah org tua2

Ustaz Sahzan berkata...

itulah klu x reti didik anak baik2 bila dorg besar dorg campak kita kat rumah org tua2...

Satria Juragan berkata...

mmg menyedihkan mengenang org tinggal rumah org tua2 ni....

Hafiz Zikrillah berkata...

semoga org tua kt rumah org tua2 akan bekurangan....

Pagok Lana berkata...

mmg menyedihkan baca sajak org lama ni....

Pak Kassim berkata...

harap2 sy x menerima nasih yg sama mcm org lama....

Budak Rap berkata...

mmg x reti kenang budi la anak2 org lama masa ni....

Muhamad Rabbi berkata...

org lama masih tinggal rumah org tua2 lagi ker????

Qalisha kaisara berkata...

punya sialan bdk2 ni cikgu nangis siap ejek lagi!

Yusri Nawab berkata...

sembelih je anak murid dia tu... hahaha

Hama Allah berkata...

bdk2 tu nk minta maaf siap ejek plak?

Yati Ishak berkata...

teruklah perangai bdk2 skrg ni sian cikgu tu....

Salleh Muhamadon berkata...

eh! cikgu ni dalam skola pun main jiwa2 ker?

Ustaz Majusi berkata...

cikgu ni sampai dh nk hbis pun nama xde ke?

Mei Ling berkata...

bru sy perasan! semua bnda berckap plak?

Guru Yahya berkata...

mcm x masuk akal plak bila smua bnda becakap tp kretif!!!

Mak Mah berkata...

semua kena rotan sekali??? sian.....

Ungku Zubir berkata...

tu la sapa suruh cari pasal skrg padan muka yg x buat pun kena rotan jgk....

Atan Yahoo berkata...

kalau cikgu laki sah kena panampar ni cikgu perempuan dia rotan jer....

Sadaqallah Azim berkata...

cikgu tu dh mengamuk plak???

Seri Suri berkata...

rasanya cikgu ni tekanan mngkin?

Tinta Bayu berkata...

padan muka pandai sgt nk ejek cikgu skrg semua kena!

Nurse Lisa berkata...

tekanan jgk org keje cikgu selamat sy bkn cikgu....

Penyajak Istana berkata...

org yg pandai serap tekanan boleh la jd cikgu....

Mr David berkata...

cikgu ni mlyu ke cina ke india????

Apek Liew berkata...

haiya! manyak kisian itu cikgu ma...

Kevin Chong berkata...

garang jgk cikgu tu rupanya?

Shukri Latif berkata...

main2 sgt skrg padan muka dorg smua kena rotan!

Abul Hassan berkata...

* 550 gm tepung gandum
* *250 gm air
* *1 egg-50gm
* *3 Tbsp susu pekat manis-60gm
* *1 tsp garam-6gm
* *1 tsp butter/margerin-15gm
* 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara

1. masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
2. masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
3. uli hingga jadi doh
4. rehatkan doh selama 10min
5. uli lagi selama 5min
6. **ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
7. advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
8. bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
9. *nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
10. *tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
11. *NB: refer to komen from skyblue&yani:I dah update jumlah air to 250gm. nak clarify ,Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dought roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...
12. lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.

Tag

Saizul Maizav berkata...

abul thu plak pasal roti canai?? msti selalu lepak kt salam ni..

Jalil Janggut berkata...

aku dh thu dh cara buat roti canai ni abul... hehe

Geletek Malam berkata...

roti canai?? teringat salam plak? hehe

Hadi Hamzah berkata...

nnt aku nk try cuba jgk la buat roti canai ni....

Ghulam Rasul berkata...

wah! ada roti canai plak abul ni hebatb jgk...

Jupri Halim berkata...

abul ni berniaga roti canai ker?

Puteri Bunian berkata...

abul pun pandai buat roti canai??? mne belajar plak ni?

Nahul Hidzar berkata...

abul ni msti mamak ni sbb tu dia pandai buat roti canai....

Capricorn berkata...

aku nk cuba jgk resepi roti canai abul ni...

Dayang berkata...

nnt boleh buat sndiri la roti canai sbb kt tmpatb sy ni susah nk cari roti canai....

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Kembara Budiman dengan sajaknya KAMI BUKAN BUDAK LAGI . Agak
Kecewa bunyi pengucapannya. Barangkali dimarah atau ditegur si pensyarahagaknya.
Untuk belajar kena lama masa, banyak sabar, ramai guru, barulah kita berjaya di atas kegagalan. Nescaya pengalaman lebih daripada orang lain, tetapi cuma satu, jangan durhaka pada guru, walaupun terasa ada penghinaan dan perinayaan. Apa yang penting memungut ilmu sebanyak mungkin. Amin.


Dulu en nuri pun pernah kena, bila kertas jawapan sejarah hilang. Mungkin cikgu ini letak dimana tidak tahu. Lalu kosong markah sejarah. En nuri sabar aja. Tak lama cikgu itu masuk hospital kena mabuk ke kena pukul tak tahu, muka habis pecah dan lebam. Cikgu itu pernah minta pinjam 5rm nak utang en nuri (masa itu tgkatan5) student agi mana ada pulus. Dia marah bagi hilang kertas sejarah. Kami semua tahu cikgu ini suka mabuk. Dan utang keliling pinggang. Harap bersabar, tuhan ada, kalau ingin keberekatan ilmudi dada. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

ADAKAH YANG MASIH KASIHAN tajuk sajak Abdullah Fikry: menceritakan tentang kehidupannya yang rasa bagai bersendirian tiada berteman. Dulu mungkin ramai teman dan taulan, mungkin ada perselesehan pendapat ataupun ada pengaruh aliran pemikiran , apabila apa yang ada perjuangan tidak dapat membuktikan apa yang sebagai anda katakana itu, membuat kawan dan taulan menjauhkan diri, lalu Terasa diri bagai sendirian. Sebenarnya mungkin perasaan kita rasa begitu, pada realitinya , sesuatu yang benar kita kata benar dan kembalilah kepada kebenaran, nescaya sahabat dan taulan pasti menerimanya, kalau ada yg cemuh mungkin seorang dua. Yang penting kita kembali kepada lantasan yang benar. Amin. (ada juga berbau politik sikit).

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Asrafi Kahuwa dengan sajaknya: CAHAYA MATAHARI. Kewujudan matahari sudah ternyata pada ketelusan cahayanya, kekadang ada juga tangan-tangan yang nakal cuba menyelewengkannya. Apa yang sedeh bila ada pula segeleter manusia yang terang dan nyata menapikan peranan matahari selama Ini, dengan mengatakan mendung dan kegelapan itulah kehidupan sebenarnya. Benar rasa kegelapan itu ada hikmatnya, tetapi ketiada cahaya matahari terasa segala perjalanan dalm hidup ini bagaikan ada kepingcangannya . Sebenar ada cahaya dan gelap keduanya penting, untuk kita berfikir dan mencari kebenarannya Amin.(terasa semacam ada bau politik jugalah)

Qalam Mutiara berkata...

KAMAR YANG ROSAK. Sajak Harimau berantai: Apa yang menarik kau ikut cakap warga kerja en nuri. Gertak Sanggul kawasan orang tempatan pun enggan tinggal di situ, rumah flat pun banyak nak jual. Tapi x mengapa cari pengelaman, sebulan dua. Kat Flat perda ini pun ada bawah daripada RM300 sebulan. Tanyalah member blog CR ramai kat sini.

Berpidah juga kau Harimau Berantai, harap kau dapat buktikan pada masyarakat Kampong kau, khawin sepupu juga hidup boleh berjaya. Di sini banyak peluang pekerjaan, apa saja asalkan rajin guna tulang empat keras. jual air tepi jalan dekat tanjung asam pun boleh dapat duit. Satu en nuri ingatkan kau: Jagalah isteri kau dengan sebaik mungkin. Bukan senang nak dapat isteri seorang pendidik, ramai orang lelaki kini gaji lebih kecil dari isteri. Jangan selalu marah, biar dia marah kau tak apa. Kuasa pujuk kau ada, bawa dekat katil senyaplah dia. Ini belum apa katil dah patah. Apa cerita? Semuga sukses. Amin.