Kini aku pun telah tahu,
semuanya pembohongan
tetapi kelu untuk berkata
malahan telah mengiyakan
dimana salah peganganku
yang melambangkan Islam?
Adakah aku ini bersubahat,
ataupun ajaran islam tersalah
mengapa mesti diputar belitkan
sesuatu yang mungkar dan fasyik
halalkah wang perjuanganku ini
berkawan dengan ahli syaitan.
Aku telah dilanda kemelut?
bagaikan dalam kebingungan
sama ada berhenti atau mengikut
aku perlu bertanggung jawab
pada kepercayaan pengikutku
untuk ke syurga atau ke neraka...
semuanya pembohongan
tetapi kelu untuk berkata
malahan telah mengiyakan
dimana salah peganganku
yang melambangkan Islam?
Adakah aku ini bersubahat,
ataupun ajaran islam tersalah
mengapa mesti diputar belitkan
sesuatu yang mungkar dan fasyik
halalkah wang perjuanganku ini
berkawan dengan ahli syaitan.
Aku telah dilanda kemelut?
bagaikan dalam kebingungan
sama ada berhenti atau mengikut
aku perlu bertanggung jawab
pada kepercayaan pengikutku
untuk ke syurga atau ke neraka...
Oleh: Nurimanja,
catatan yang mengaifkan hujung 2010.
50 ulasan:
SIRI 14.
CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
_____________________________________________________________________
Hadi mula sadikit rasa berpeluh badannya mulai naik marah melihat kelakuan Madian.
“Aku tanya, kau hendak kemana tergopoh gapah begini?” Pekek hadi agak tinggi sadikit suaranya dari tadi. Tetapi Madian tidak menjawab pertanyaan , malah mengemukakan pula pertanyaan.
“Kau nak pulang kampung?”
“Pulang kampong? Buat apa?” Hadi mulai rasa hairan dan terkejut.
“Iya! Kita kena pulang Hadi,”
“Aku tanya buat apa pulang?”
“Nah! Kau ambil surat ini, kau baca…”
Madian menghampiri Hadi . Kemudian dia mengeluarkan sepucut surat berwarna hijau tua kepada Hadi. Hadi bangun sambil duduk membacanya.
“Telegram!” Hadi mencapainya dengan tangan terketar-ketar. Mulutnya berkumat –kumit membacanya dengan penuh perhatian dan debaran jantungnya kian kencang dan terasa berdebar-debar jadinya. Tiba-tiba air mata kasih sayu dan hiba, jatuh bercucuran di atas ribanya.
“Ohh! Makkk !! Aku terpaksa pulang! Pulanggg!! Mak telah pergi untuk selamanya.”
Pekek Hadi dengan tangisan pilu menguasi suasana rumah sewa mereka, Hadi terasa dunia ini tiada keindahannya lagi, kesayuan dan sedehan bagai bergayut dan bergantungan di mana-mana, hamper mahu rebah dirinya, kelu lidah untuk berkata. Rasa bengung, sebengun-bengunggnya.
KINI sudah seminggu Hadi di kampong. Madian telah pun pergi semula menyambungkan tugas di bandara kuching itu. Tetapi hadi telah mengambil keputusan sebagai penghijrah yang pulang.
Kesayuan sesekali mulai mengusai hatinya. Lebih –lebih lagi bila dia mengenangkan segala harapannya telah musnah. Di rumahnya terasa segala-galanya diselubungi rasa kosong dan sepi. Hadi melihat di perkarangan rumahnya yang dipenuhi rumput rampai yang menebal.
Hati Hadi kini dikuasai rasa sayu dan kesal. Kini Hadi bertekad untuk terus menyambung kembali kehidupannya yang hamper setahun ditinggalkannya itu di tanah sawah aruah ayahnya yang terbiar selama ini.
S E L E S A I. 25/12/2010.
DUKA MLM
jejak siapa kamu redah
jalan bersepah
tak tentu langkah
langkah jadi susah
tak tentu arah
arah mana mahu dituju
ranjau onak penuh batu
hidup susah tiada ilmu
bikin akal jadi keliru
mahu pilih yang mana satu terkedu
pilih saja jalan mudah
nampak senang tiada masalah
sudah ramai hidup mewah
kaut untung orang bawah yang parah
duit ditunggu tak kunjung tiba
duduk berendam si air mata
sudah jatuh ditimpa tangga
terpedaya dengan janji mereka
MLM uptrend punya angkara…
Hamba Allah
kecewa selepas join uptrend hbis beribu ringgit pulangan tiada
HIDUP MATI
Kau hidup lalu mati
lalu hidup. Kau jaga
lalu lena lalu jaga.
Dia yang menghidupmatikan.
dia juga yang menjagalenakan.
Dan kamu, apa rasa mimpimu?
Apa saja di sana ada
Dia yang menjaga.
Tuhan, aku harap,
kau masih baik hati
bangunkan aku esok pagi.
Tuhan, aku harap,
kau masih baik hati jadikan
aku seperti ini lagi.
Tuhan, aku harap,
kau masih baik hati
ampunkan aku lagi.
Tuhan, apa harus aku lakukan?
Hadi Hamzah
gerai salam
9pagi
PENYANYI ROCK
siapa tak kenal mereka
rockers tersohor ciptaan Malaysia
tanya sahaja tua muda
pasti ingat tiada lupa
sekali sekala turun padang
pasti penuh satu gelanggang
aura mereka memang terbilang
tiada siapa berani tentang
search dan wings siap sedia
takut nanti peminat kecewa
kasi gegar seberang jaya
biar lekat dihati mereka
tahniah buat kamu semua
kamulah lagenda rock bebeh…
Pak Kassim
terkenang masa muda dulu sy jgk ada kugiran kumpulan rock kampung
PATIK PENING
Patik berhujah pelik
Merepek patik cantik
Patik terlolong terpekik
Memekik patik memekak
Oh bapak aduhai emak
Maafkan patik yang sedang pening
Bukan sakit tapi pening
Pening oh pening berpusing-pusing
Pening berpusing berpuing-puing
Penat patik pelajari pening
Penat pening patik pusing
Patik pelajar pemusing pening
Pening patik perlu pusing
Pusing pening pelajaran penting
Putus pening patik pusing
Risau runsing raja rasa
Raja risau rasa runsing
Ruang rasa raja resah
Raja resah risau runsing
Raja radang rasa resah risau
Patik sekadar limpah resah rasa
Rasa resah patik si pacal hina
Patik pacal pelajar pening
Raja resah risau merunsing sering
Pening patik pening penamat.
Mat Noh
percubaan sajak simbolik harap qalam dpt mengangkapnya
DUKA MLM satu perniagaan yang menyenangkan orang atas , orang bawah bertambah susah. Mereka pandai mumujuk, dengan kata janji puluhan ribu sebulan, lebih menyedihkan ubat yang jual tidak seberapa setempal dengan harga yang amat mahal. Ini dikirasa satu jenayah bujukan Boleh dikata berdosa juga, kerana nawaitu kita untuk memperdaya. Jika wang itu untuk anak-anak sekolah atau perubatan untuk belanja lain keperluan, terpengaruh lalu leboh. Amat menyedihkan jika orang memang kaya raya tidak mengapa seribu dua. Tetapi mangsa lima ratus jenuh berpeluh. Bagai menanti buah tak jatuh. Semoga pisang tidak berbuah dua kali. Amin.
Sememangnya dua perkataan ini manusia tidak akan dapat lari daripadanya. Begitulah sajak sdra. Hadi Hamzah bertajuk: HIDUP MATI. Pengucapannya memang sudah ternyata dan jelas sekali. Orang tua-tua ada berkata. Hidup dan Mati di tangan Tuhan. Kita sekadar memohon dan berusaha berdoa mencari jalan yang baik, segala ketentuan di tetapkan oleh Allah swt. Sekiranya dia memberi rezeki, masih hidup dan siha,t bersyukurlah Amin
Pak Kassim dengan sajak memorynya terkenang ke masa dulu. Bertajuk: PENYANYI ROCK Sesiapa pun melewati alam rumaja, kebanyakannya terpengaruh dan terpedaya dengan suasana alam sezaman dengannya, Cuma sebagai ikutan semasa, biasanya akan berakhir apabila mulai memasuki alam berumah tangga. Lebih parah lagi, bila rambut pun mulai botak, sikat pun sudah mulai tak Nampak. Masa itu dia akan sedar sendiri, bila usia mulai menilai diri. kini sesekali Cuma tinggal kenangan. Malah ramai juga pengikut dan penyani sendiri menukar arah menjadi tabligh dan pendakwah. Amin.
PATEK PENING sajak pengucapan Mat Noh , sekadar andaian saja. Ternya sajak ini menceritakan kehidupan kita seharian bagi mereka yang bergelar manusia tidak kira kedudukan mereka. Pasti akan merasai sakit kepala risau dan pening Sajak ini memang pening dan pusing. Nak jadi rakyat , pelajar, orang brsar ,raja , miskin ada pangkat, semuanya mesti kena pusing dan pening. Kerana tiap orang mesti ada masallah tersendiri Si miskin dengan ekonominya, si kaya dengan hartanya, pelajar dengan pelajarannya. Dan begitu Keadaannya selagi kita masih hidup, kecuali bila sudah tiba pening penamat. Tidak akan pening lagi. Cuma pening seksa di sana. Amin
MEE KOLOK
* 3-4 gulung mee sanggul / non-fried noodles
* 1 sdm perencah sup
* 100 g daging lembu
* air secukupnya
* sedikit garam
* 5 ulas bawang putih (dicincang)
* 8 biji cili api
* 1 sdt serbuk lada hitam
* 4 sudu makan minyak masak
* 5 sb kicap manis
* 1 sb kicap pekat
* 2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
* daun bawang dan daun sup (dihiris)
* 1 sdt sos ikan / sos soya
* 1 sdt cuka
Cara-cara
1. UNTUK SUP : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis2. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).
2.
Img1894a
UNTUK MEE : Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan. (gambar menunjukkan cth mi yg dyg guna)
3. Panaskan 2 sdm minyak masak dlm kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yg tlh ditoskan ke dlm kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang td. Perasakan dgn cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
4. Di dlm kuali yg sama, panaskan 2 sdm minyak masak dan goreng daging yang tlh dihiris td. Masukkan kicap pekat, 1/2 sb kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan.
5.
Img2059a
UNTUK SAMBAL : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau xde kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)
6.
Img2049a
Cara Menghidang : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yg tlh digoreng garing dan hiaskan dgn daun bawang. Sediakan jg semangkuk sup yg ditabur dgn daun sup sbg kuahnya jika suka.
7. ****kalau nak meriahkan lg suasana mee ni, jika suka boleh jg dicampurkan dgn sawi/fishball/fishcake/crabstick/prawns/isi ayam dsb (tapi rebus dulu yer)
hbis dah cerpen hadi ni?
ni org kata nasi dah jd bubur
sesal pendapatan tidak berguna lagi mak dia pun dh xde...
patutlah pun tergesa-gesa nak balik?
skrg bru la hadi tu thu dulu dia buat kat mak dia sgt
semoga cerpen en nuri ni memberikan pengajaran buat kita semua
apa2pun jgn hampakan harapan ibu bapa
skrg smuanya x guna dah
eh! mak dia meninggal sbb mkn hati ke?
mak hadi msti mati merana ni
itulah hadi dulu xnk dgr ckp mak dia...
hadi ni anak derhaka padan muka dia...
eh! dia xpegi kubur mak dia ker?
macam mana surat dpt kat madian dulu dari dapat kat hadi?
ape2pun jgn sesekali hancurkan hari mak bapa...
luruh hati mak hadi sampai hati hadi tu
agak2 dosa hadi dgn mak dia mak dia ampun x?
cerita ni mcm cerita si tanggang jgk la
msti roh mak dia sedih tgk hadi dtg msa mak dia dh xde?
apa pnya anak la hadi ni mak dia meninggal bru nk balik!
cerita benar ke en nuri????
mcm cerita betol je cerita kawan en nuri ke hadi ni?
mmg agak menyedihkan baca cerpen ni
ingatkan dia dapat jmpa mak dia? rupanya xdpt jmpa pun
sad ending rupanya cerpen hadi ni ingatkan dia jmpa mak dia balik
dpt jmpa pusara je mak dia dh xde?
rasanya msti seumur hidup hadi hidup terseksa...
hadi ni sempat x minta ampun kat mak dia?
cerita ni kalau bagi kat anak murid sy msa buka skola nnt semua msti insaf ni
mmg berpengajaran cerpen ni tahniah en nuri!
smoga anak2 muda akan insaf dan mula taat kpd ibu bapa lps baca cerpen en nuri ni
cerita yg berkesan rasanya membawa maksud yg mendalam buat anak2 muda
cerpen mcm ni la best byk pengajaran
lps ni perbanyakan lagi cerpen2 yg berunsur pengajaran en nuri
smoga kita x tergolong dgn org mcm hadi ni
hargailah mereka sementara mereka masih ada..
wlpn panang cerpen ni tp berbaloi baca...
panjang jgk cerpen ni tp apa2pun menghiburkan
tabik en nuri bila baca cerpen ni penuh kesedaran
cerpen yg penuh makna dan memberi kesedaran buat kita semua
Catat Ulasan