Jikalau seorang tua
lama hidup banyak makan garam
tentu banyak mempunyai modal insan
tetapi sayang apa yang ada dipergadaikannya.
lama hidup banyak makan garam
tentu banyak mempunyai modal insan
tetapi sayang apa yang ada dipergadaikannya.
Islam itu mengatakan
sesama kita semuanya bersaudara
tetapi kerana politik kita memutuskan
berbeza pendapat mengapa disabitkan agama?
sesama kita semuanya bersaudara
tetapi kerana politik kita memutuskan
berbeza pendapat mengapa disabitkan agama?
Kerana rasa kepartian
pilitik sanggup membunuh aqidah
kita pun diseranglah penyakit berpecah
maka jadilah bangsa yang mundur dan lemah.
pilitik sanggup membunuh aqidah
kita pun diseranglah penyakit berpecah
maka jadilah bangsa yang mundur dan lemah.
Mengapa kita tidak fikir?
Islam itu membawa erti sejahtera
kenapa adakan persengketaan sesama
sehingga sanggup menolak rasa perpaduan.
Islam itu membawa erti sejahtera
kenapa adakan persengketaan sesama
sehingga sanggup menolak rasa perpaduan.
Oleh ; Nurimanja,
catatan selepas buka puasa
dan bersamaan satu hijrah 1432
catatan selepas buka puasa
dan bersamaan satu hijrah 1432
50 ulasan:
______________________________________________________________________
CERPEN SIRI KE 5 BERTAJUK : AKU, MAMA, TUGAS DAN ALAM-ALAM OLEH : NURIMANJA SERAWAK.
______________________________________________________________________
Mama maafkan aku, jika melanggar pesan kau dahulu, sebenarnya aku telah dewasa, mama tentu tahu tentang hati seoarang anak gadis seperti aku berusia dua puluh tiga tahun, kalaulah Mama mengerti. alangkah baiknya, aku yakin dan percaya Mama tidak akan marah.
Mama salahkan aku? Jika menerima perlawaan seorang guru muda yang bertugas sama sekolah denganku, bukan apa cuma sekadar minum bersama di kantin sekolah. Lagi pun bukan sekali dia mempelawai aku, sudah dua, tiga kali, aku menolaknya, tentu dia terasa rendah hati.
Sebenarnya mama, pertemua itu tidak dirancang, cuma kebetulan aku bersama temanku dipelawanya minum, selepas aktiviti petang sukan sekolah. Tetapi temankulah yang lebih mengenalinya. Dari situlah Mama aku mula mengingatinya.
Dia merenungku, kemudian bertanya,
"Em sama dengan Sal?"
"Ya," Hati; Kenapa kau berdebar-debar? Mata: Kenapa kau takut melihat wajahnya?
"Minum apa?"
Mulut: Jawablah pertanyaanya, sebutlah apa air minuman yang menjadi kegemaranku.
"Sal, tolonglah sebut, kenapa pula diam," bisik hati kecilku.
Hati: kenapa berbisik saja? Tolonglah Sal, sebut saja, apa yang kau minum aku ikut saja. Mulut: Kenapa kau berat untuk menjawab pertanyaanya? Dada; Kenapa kau berdebar kencang? Ahh! Tolonglah berhenti. janganlah kau takut, dia bukan Jin atau Jemalang.
"Minuman sejuk? atau orenge boleh?"
"Boleh juga," Lidah: Kenapa kau berat sangat hendak mengatakan Boleh, Hati: hairan betul bagaimana dia tahu, air itu memang kegemaran aku? Diri; Oh! Apakah dia seorang lelaki yang aku cari, kerana dia mengetahu sesuatu kegemaranku?
"Kita makan mee goreng? Boleh?"
"Boleh juga,"
Mulut: Beratnya kau,
"Pesan dulu, saya ke tandas kejap!" kata cikgu Salmah,sambil berlalu meninggalkan aku dan dia.
Hati: Cikgu Sal, kenapa kau pergi pula meninggalkan aku yang berdebar ini?
"Siapa nama cikgu sebenar dan berasal daripada negeri mana?"
Diri: Mestikah kau berterus terang, Dia bertanya nama dan asal negeriku, Mulut; Jawablah, jangan malu dan segan, jawab janganlah biarkan dia ternanti-nanti begitu lama.
"Saya Jamilah, berasal Serawak, kota Semerah."
"Emmm, Baik sekali nama itu, kalau dalam bahasa Arab, erti cantik, terlalu cantik, seperti orangnya juga."
BERSAMBUNG......(B)
WAHAI ALAM
tangan itu merapat ke tanganku
rangkul itu menyelimuti aku
pandangan selalu memandang aku
bibir melafaz bahasa langit puitis
lidah bermain kata merungkai
setiap sudut ruang cinta dan rindu
wahai laut yang menghijau biru
layarkan aku kasihnya nan satu
wahai langit sungguh melayut disitu
terbangkan bersama aku
wahai pasir berdesir
menangkap irama telingaku
tarikan dia untuk jiwaku
agar jiwa-jiwa sentiasa bersatu
tenang memati dendamnya benci
melerai reput belitannya kusut
dalamnya luka kembali bertaut
menambah cela terukir parut
meluncur laju menyeret sunyi
berongga ruang tiada berisi
dikambus rasa ditimbus gelora
mewarna cahaya tiada berjiwa
Abe Wan
kelantan
11malam
SABAR ITU TEMAN
sabar itu teman bak nyawa kita,
maka genggam dan jagalah ia,
sebarkan juga ia pada hati,
pada jiwa, dan pada rasa,
kerna sabar itu teman,
adalah senjata paling ampuh,
hingga bisa membuat
rintangan yang sukar,
menjadi rapuh, lalu luluh.
aku mahu peneman.
agar sunyi itu hilang.
Tetapi yang tersedia setia disisi,
tanpa mahu curang,
adalah dugaan
tak pernah mahu pergi.
Serta tanggungjawab
semakin memberat.
tak mahu mengeluh apa-apa,
itu Tuhan punya rencana
Al Miftah
Pahang
3pagi
BERTANYA
Bertanya ku pada hati..
Mengapa tercipta persinggahan ini
Mengapa hadir kau menanti...
Sedang aku di layaran sepi...
Kini air mata bukan teman disisi
Usikkan mu menyeri sanubari...
Senyuman kini menghiasi pipi....
Taman langit bukan lagi fantasi...
Bertanya ku pada dia..
Mengapa keindahan begini tercipta.
Sedang kau aku dua alam berbeza...
Kaca di lautan silau mentari senja
Mengaburi pancaindera...
Tercipta butir pasir kenangan kita
mustahil terpatri di alam nyata..
Mungkinkah cinta senipis maya...
Bertanya aku pada cinta..
Dimanakah nilai setia...
Di manakah tanda kekal selamanya...
Mengapakah bertemu sementara
Kerna esok atau lusa...
Cinta ini akan pergi jua...
Keringat Syahdu
Selangor
10malam
LANTAK
Bagai pandai tapi melantak
Banyak melantak lalu terlantar
Terhempas mati tiba melanting
Melentur badan sambil mengesak
Kesah terkapai menggapai-gapai
Menghulur suara dongengkan cereka
seperti memberitakan asli
Hanyut melantak mungundang pekak
Semak kepala mencanak canak
Mata mendelik merah menyala
Menyentap hati menerkam pandang
Tertimbul dendam sejenak tenang
Mensimulasi hati suci namun curang
Aku beredar kau pon pergi
Hamparan bodoh tak henti-henti
Esok resah coba kembali
Sakitnya jiwa sakitnya hati…
Kau melantak lagi aku pun lantak
mengulangi kisah sampai mati…
Rembulan Senja
ketika di tempat kerja
NASI GORENG
* 4 biji lada merah
* 6 biji cili api
* 4 cawan nasi putih ( sejuk )
* 3 ulas bwg putih
* 4 ulas bwg merah
* 1 genggam ikan bilis ( direndam air 5minit )
* 3 biji telur
* 1 btg timun
* garam & ajinomoto
* 5 sb minyak
Cara-cara
1. Dlm lesung batu masukkan cili api,lada merah dan 1/2 st garam. Tumbuk separuh lumat. Masukkan pula bwg merah dan bwg putih, tumbuk hingga lumat. Masuk pula ikan bilis, tumbuk hingga ikan bilis separuh lumat.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan2 tumbuk dan goreng selama 10 minit dengan api perlahan.Masuk 1st garam dan sedikit ajinomoto.Kacau rata.
3. Masuk pula nasi putih dan kacau rata. Biarkan selama 10minit dan dikacau sekali sekala.
4. Di tgh2 kuali, kuak nasi ke tepi utk buat ruang kosong. Masukkan telur dan besarkan api,biar sekejap. Bila telur dah masak separuh,kacau hingga telur hancur. Kemudian baru digaul sekali dgn nasi.
5. Kecilkan api.Rasalah nasi,jika tawar blh tambahkan sikit garam. Biar nasi masak selama 10minit lagi.
6. Sedap di makan bersama timun.
Sajak Abe Wan daripada Kelantan bertajuk: WAHAI ALAM dengan sajak jiwa-jiwanya, pengucapannya mengusik jiwa, bagai mengenang kisah lalu, bersama dengan laut, pasir. awan dan angina yang menjadi saksi, tetiba terasa curiga dan mengelirukan, hati bagai luka, mungkin rasa cinta dan cemburu agaknya, Kini amat mengharap kemesraan bersama berbuput dan bercantum kembali, agar kekosongan jiwa rasa dapat kembali di isi. Amin
SABAR ITU TEMAN oleh Al Miftah daripada Pahang dengan sajak peringatan dan ketuhanan. Bagai berfelasafah untuk mengatakan sesuatu, kerana setiap perjalanan dalam hidup ini tidak mungkin sunyi dengan segala pacaroba yang mesti dilalui atau ditempuhi, susah dan senang, suka dan duka, Kita sebagai manusia setelah beriktiar dan berdoa dan bertawakkal, kini sekadar menyerah keatas segala ketentuan Allah swt. Amin.
Keringat Shaydu daripada Selangor dengan sajaknya bertajuk: BERTANYA. Pengucapannya terasa bagai ingin bertanya kepada alam kejadian ini, Bagaimana dia boleh berjumpa dan bercinta, ada sadikit jiwa-jiwa,tetapi masih berwaspada, apakah ini satu reality atau sekadar fantasi sahaja. Kerana kalau bertanya pada cinta, pastinya semua indah sahaja, tetapi bagaimana kekadang cinta juga terbang dan hanyut begitu
saja. Mungkin cerita dalam pertemuan singat agaknya? cuma andaian saja .Semoga sukses.Amin
Sajak Rembulan Senja bertajuk LANTAK daripada negeri mana? Pengucapannya yang saya dapat tangkap, ada rasa ketidak puasan hati dalam perjuangan yang sadikit di dunia ini. Ada unsur politik juga agaknya? Memperkatakan sesuatu yang rasanya
Bagai tidak jujur dan ikhlas, memainkan sandiwara dalam memperlihatkan perjuangan yang cuma bagaikan bertoping untuk menutup segala kelemahan. Oleh sebab itu perkataan lantak, atau maksud tertentu, mungkin biarkan, atau kau makanlah. Aku tidak nahu bersama lagi, aku dan kawan-kawan akan pergi meninggalkan kamu. Semoga kebenaran menyebelahimu . Amin
nasi goreng pun ada?? hahaha
senang je buat nasi goreng ni... haha
nasi goreng ayam xpe jgk ni nasi goreng biasa je ke saizul?
nasi goreng senang sgt la nk buat saizul...
ingatkan nasi goreng ape td? rupanya nasi goreng biasa jer...
ni klau bini ko xde rumah ko mkn nasi goreng je la? hahaha
esok sy cadang nak sumbang nasi goreng cina plak..
nasi goreng biasa je ke?? ingatkan nasi goreng kmpung...
nasi goreng ni aku pun thu buat saizul....
bagi la nasi briyani ke? nasi goreng senang sgt la
nasi goreng kosong ke saizul?
nasi goreng?? beli je kt kedai.. haha
nasi goreng ni kalau x salah makanan aku masa bujang dulu... hehe
nasi goreng pun ada jgk??? makanan ringkas jer ni...
23thn dh jd cikgu??? mudanya....
muda lagi ingatkan dekat2 30 cikgu ni...
jamilah rupanya nama cikgu ni?? mcm nama isteri sy saja..
aku rasa last sekali cikgu ni kwin dgn cikgu laki tu kot?
cikgu laki tu mcm nk ngorat jer....
cikgu laki ni sapa plak?
cikgu laki tu xde nama ker?
23thn muda btol dia jd cikgu...
cikgu ni anak mami ker?
sal ke jamilah nama cikgu ni?????
sal sapa? jamilah sapa plak?
cikgu ni org mana?
cikgu ni org sarawak rupanya tp mengajar di skola mana ni???
cikgu muda btol dh jd cikgu....
eh! xde dh cerita pasal anak murid dia?
dulu tnsion sgt sbb anak murid skrg pasal cikgu muda plak?
cikgu muda tu xde nama ke?
jamilah je nama dia?? kenapa xpilih nama ahli citra rasa...
sajak baru rupanya pasal maal hijrah...
apa bnda maal hijrah tu??/
maal hijrah ni xde sembelih lembu ker?
maal hijrah ni apa dia?? pelik jgk...
selamat menyambut maal hijrah semua!
nmpknya kena buat bubur asyura la lps maal hijrah ni... hehehe
harap2 thn ni dorg buat bubur asyura mcm thn lps jgk...
sekejab je dh masuk thn bru islam...
Catat Ulasan