Isnin, 6 Disember 2010

BUAT YB DEWAN UNDANGAN NEGERI.



buat DUN yg pernah ditawan pembangkang.

Dimanakah letaknya kata-kata kamu dulu Insyaallah?
setelah hampir tiga tahun kami menantian dan gelisah,
ternyata kamu cuma pandai bermadah janji dan sumpah
sekadar untuk melepaskan pertemuan bibir, gigi dan lidah
sewaktu -sewaktu kempen kamu rasa ragu dan gundah.

Tetapi, bila  sudah berada di kerusi empok dan lembut
nampaknya semua  janji dan sumpah ikhrar telah hanyut
kini pengundi kamu  telah pun lemas dan bosan menanti
mana kata- manis buat janji yang dahulu kamu taburkan?
satu haram kerja pun diharap tidak nampak ditunaikan.

Setelah kamu dicalun oleh rakyat dan diberi sokongan
kamu asyik berkempen dan tengelam dalam kemewahan
kononnya ada  mesyuarat setiap hari,  pagi dan petang,
nampaknya daerah kami tidak lagi pernah kamu kunjungi
nanti PRU13, kami menentukan nasib anda selepas ini  .....

Oleh: Suara Pulau,
sakit hati tenguk wakil yang dipilih rakyat,
bercakap tidak berhemah  di dewan mulia negeri.
catatan dua tiga hari yang lalu hujung november 2010.

(kita yang undi, kita yang pileh, mengapa bagi sakit hati dan buat cerita sedeh)

50 ulasan:

Suara Bebas berkata...

Kos bina pondok rehat tidak masuk akal

KLANG 27 Nov. – Dua pihak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Exco Selangor, Ronnie Liu dan Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Wendy Wong berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek pembangunan dataran di Kompleks Sukan Pandamaran di sini.
Persatuan Kebajikan India Malaysia (PKIM) dan Pemuda MCA Klang membuat laporan itu selepas mendapati pembinaan dua pondok rehat di kompleks berkenaan menelan belanja tidak munasabah iaitu RM110,000.

Presiden PKIM, A. Prakash berkata, selain pondok rehat, laporan itu turut dibuat ekoran pembinaan tiga unit tandas lelaki, tiga unit tandas wanita dan satu unit tandas orang kurang upaya (OKU) yang melibatkan kos RM400,000.( Petekan akhbar UM)

Yang sedihnya bila ditegur, ada pula surat ugutan nak membunuh. inikah cara membela rakyat? Amat membahaya pentakbir begini.

Emily Bayans berkata...

SINGAPURA

Aku dengan berteman
menjalar parit-parit Singapura
melayan rasa sambil berjalan
baca puisi-puisi derita
Aku bertanya apa maksud cinta setia
sekenalnya teman itu,
aku adakah bersedia
menahan lain rasa
Rasa membawa sekejap gembira
Rasa yang sesaat di mata dunia
Atau adakah nanti persis
aku menjejak jalanan Singapura
membaca puisi-puisi
tentang aku yang merana.


Emily Bayans
SIngapore
2ptg

Arkenna berkata...

KETUK 3 KALi

ketuk ais 3 kali hari ini
semalam sudah 3 kali
kelmarin juga 3 kali
curah air jernih biru
curah air jernih hijau
ketuk lagi 3 kali
tiada yang retak
tiada yang marak
sudah jadi batukah ais ni?
nota untuk diri sendiri
esok akan ketuk lagi 3 kali
kerana tulisan tegar setia
ada tampal di dahi
hari ini aku menangis
kerana sebuah puisi
bukan bait jadi punca
tapi pemuisi tiada galang gantinya


Arkenna
Bukit Kayu Hitam
4pagi

Keris Sakti berkata...

BULAN,BINTANG DAN ANGIN

Bulan menjemput bintang-bintang
Buat meresap pancaran cahaya
Namun hanya gelap-gelap malam
resapan kelabu serta malap
Menyelubungi setiap penjuru
kewujudannya tapi adakah Bintang
tidak cukup tuk menerangi?
Atau mungkin bintang-bintang
juga turut diselubungi gelap malam?
Sang angin muncul tanpa di jemput
Lalu dikerah menolak pantas
sang kegelapan bulan pon tersenyum…
Bintang-bintang kembali
menyinarkan pancaran indah
Lantas sang angin menundukkan diri terus pergi Bulan akui dan sedari
Ada lain perlu hadir untuk dirinya
Ada yang lain perlu di jemput.
Dan slalu ada bukanlah segalanya


Keris Sakti
Kedah

Roy Rashid berkata...

JIJIK MADAH KAU

Masih lagi ku mencari
Disebalik bayang warna diri
Jauh dihati sanubari
Lalu menghitung perjalanan ini
Aku tak bias terlalu jauh banyak
Simpang dan siurnya
Namun aku masih lagi
Masih lagi mencari
Identiti di penjara hati.
Jijik aku jijik
Sisa hina kotor bernajis
Telatah manusia bertopeng iblis
Jauh kau pergi banyak boleh
kau nodai Bukan diri ini pasti
bermadah itu saja yang aku tahu
bersajak tentang kehidupan
manis sekejap derita amat panjang


Roy Rashid
Selangor
sabtu

Qalam Mutiara berkata...

Sdra Emily Bayans dari Singapore sajak kali ini bertajuk: SINGAPURA. Pengucapannya menceritaka situasi negaranya dalam perjalan hidup yang penuh mencabar ini, sesekali ingin mengkhabarkan pada dunia luar tentang kehidupan yang
luarannya nampak indah dan mengkagumkan, tetapi hati dan cinta setianya penuh derita, Hanya catatan pusi-pusi yang dapat merakamkan segala dalam jejak sejarah kehidupan di nagaranya Singapura. Semuka tabah hati dan iman menghadapi atau menahan segala keadaan. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

KETUK 3 KALI daripada Arkena ( tidak tahu jantina penulis) agak mengelirukan, cerita dan pengucapannya untuk menilai maksudnya ( cuma sekadar andaian saja) terasa ada unsur berbau politik, tetapi ketuk 3 kali disini, mungkin teguran kepada dua golongan biru dan hijau, yang semacam air yang keras menjadi batu. Namun ternyata mereka punya pengangan tersendiri. Sebgai penulis tidak perlu menangis, cukup sekadar boleh memerhati dan merakamkan apa yang sebenar berlaku dalam baik puisi, biarlah menjadi sejarah, walaupun tiada penganti, satu hari nanti keadaan akan membacanya. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak agak berbau politik dan simbolik oleh Keris Sakti yang bertajuk: BULAN, BINTANG DAN ANGIN. Ternya pengucapannya menceritakan ada kerjasama diantara bulan , bintang –bintang, dalam usaha menyinarkan keadaan , tetapi nampaknya Kurang menyerlah. tetiba sang angin pula yang datang menolak , walaupun selama ini sang agin tahu mantari pernah menguasai keadaan sekeliling. Tetapi kerana bulan dan bintang ada muslihat yang tersendiri, aging rasa biarlah keadaan yang menentukannya. Yang benar itu tetap benar jangan yang salah itu cuba diputar belitkan. Amin. (cuma andaian saja).

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Roy Rashid dari Selangor bertajuk: JIJIK MADAH KAU. Terasa benar pengucapannya, bagai menilai satu ungapan kata yang mambawa erti rasa kekecewaan yang amat sangat kepada sesaorang, terasa ingin menjauhkan diri untuk tidak terlibat lagi dengan kata manis dan janji yang menarik tetapi penderitaanya yang diterima amat panjang. Oleh itu ada baiknya jangan terjebak dan sedia mengundur diri agar di akhirat tidak terlibat atau bersubahat sama dalam agenda perkara mungkar ini. Amin

Maisarah An Nisa berkata...

* 1 bungkus (350g) biskut marie
* Setengah buku butter
* 2 biji telur
* 1 cwn serbuk koko
* 1/2 cwn milo
* 1 cwn air
* 3/4 cwn gula
* ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara

1. patah2kan biskut
2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

Tengku Anita berkata...

wah! ada resepi kek batik plak?

Jalal Rafzee berkata...

aik! maisarah ni bkn bekas penjaga blog ke? sumbang jgk info?

Guest berkata...

nampaknya musim resepi plak kali ni? hehe

Pangeran Indera berkata...

kek batik ni sedap ke xpnh makan pun?

Nabil Quldi berkata...

nmpk mcm senang je nk cuba buat jgk la kek batik ni..

Panglima Ketot berkata...

kek batik dgn kek lapis sama ke?

Abang berkata...

aku suka lagi kek lapis sarawak....

Sudin Ramlee berkata...

nampaknya semua makanan boleh buat sndiri la lps ni byk sumbang resepi...

Mozaire berkata...

esok aku cadang nk sumbang resepi jgk la....

Jalil Janggut berkata...

mnggu ni minggu resepi ke smua pakat sumbang resepi jer?

Untie Jah berkata...

xpyh nk beli buku resepi dalam blog ni pun mcm2 ada....

Karim Ghani berkata...

maisarah pun sumbang jgk??? rasanya dia bkn ahli....

Saizul Maizav berkata...

lps ni msti jalal plak yg sumbang info....

Pedang Kesatria berkata...

ingatkan macam kek biasa rupanya guna biskut marie....

Golok Buta berkata...

aku selalu beli je kek batik ni malas nk buat...

Bulan Terang berkata...

esok sy cadang nak sumbang cara buat budu la....

Raja Muda berkata...

minggu ni makanan je ke info dia en nuri???

Ali Conan berkata...

minggu lps minggu petua? skrg makan plak? hehe

Hambali Maliki berkata...

ingatkan maisarah ni makan luar je thu jgk masak rupanya....

Zainal Arifin berkata...

patutlah sufian makin gemuk aku tgk rupanya maisarah pandai buat mcm2...

Keris Lama berkata...

sajak agak tajam jgk sindiran ni...

Arkenna berkata...

pembangkang ni semua berani cakap jer...

Yan Sri Yunus berkata...

rasanya PRU13 pembangkang byk kalah mngkin....

Bicara Bulan berkata...

dh muak dgn janji pambangkang!

Salam berkata...

semoga ada parti pembangkang baca sajak en nuri ni...

Sulaiman Embong berkata...

eh! suara pulau ke pnya sajak? patutlah pedas jgk krtikan dia...

Ummu Akilah berkata...

sajak lama klu x salah....

Raja Muda berkata...

sajak org yg byk sajak en nuri kenapa skrg dh xde?

Ustaz Muda berkata...

selalunya buat hal ni wakil rakyat pembangkang la byk...

Ustaz Rahman berkata...

buat malu saja masa kat dun perak dulu mcm bdk2 pembangkang ni....

Badrolshah berkata...

buat tandas sampai 400 ribu!

Saudagar Emas berkata...

tandas emas ke dorg buat sampai beratus ribu???

Rembulan Senja berkata...

byk gila dia belanja wang tu!

Zuraifah berkata...

pembangkang ni asyik habiskan duit je cari x reti...

Haji Atang berkata...

mcm2 kes pembangkang ni buat....

Pak Awang berkata...

penyelewangan wang plak?? lps ni apa la plak????

Orang Lama berkata...

ponodk ada 3 tandas sampai 400ribu!

Haji Khali berkata...

x masuk akal mahal sgt pembelanjaan dorg ni....

Petualang Tiga berkata...

buat malu je pambangkang ni..

Tok Mahat berkata...

mmg patut pun ahli dia byk lari? dia byk buat kes!