Rabu, 29 Disember 2010

BISIKAN ITU



kategori sajak GA -pesara

    Bisikan itu…
    Masih kudengari…
    Kalimah suci…
    Menggamit hati nurani..
    Bisikan itu…
    Terasa semalam..
    Berlalu di bawa bayu…
    Melintas sepintas lalu
    Bisikan itu…
    Masih kuingati…
    Kerana kutahu ia akan kembali…
    Menggamit diriku
    Menemui Ilahi…
    Lailahaillallah
    Bisikan itu…
    Makin terasa kehadirannya…
    Sedetik…dua detik…tiga
    Lailahaillallah
    Ya Allah…
    Aku menghadapMu…
    Kembali kepadaMu…
    Terimalah diriku…
    Lailahaillallah

   
OLEH: USTAZ RAHMAN
    masjid,
    2009 Disember 24 14:45






50 ulasan:

nurimanja berkata...

Oleh Nurimanja PK..2002
BERSAMBUNG. Bab 2/ siri 1
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

BAB 2 /siri 1

Hampir se tahun aku belajar aku pun menghitung masa depan dengan penuh harapan, Dari perbualan Cikgu dan Ustaz serta kawan-kawan yang rapat dan jauh, mereka mengatakan, kalau nak jadi Guru agama atau seorang ustaz, mesti mempunyai SPM dan Empat Senawi sekurang-kurangnya .baru layak jadi guru Agama,jika tidak Penat sahaja belajar sekolah Arab.

Satu hari aku bertemu dengan seorang kawan lama yang sedang belajar di salah sebuah sekolah agama rakyat di pekan Tanjng Piandang Sek. Men.Al wataniah Shasul Maarif Al Wataniah Tanjung Piandang, dia mempunyai dua aliran Agama dan Akedemik, hatiku bertambah berkobar-kobar membakar semangat diseluruh urat darah dan tulang daging ditubuhku.

Pagi, petang, siang malam hatiku sering menghitung untuk menuntut ilmu ke sekolah Al Wataniah Tanjung Piandang. Mak bagi tahu di Tanjung Piandang ramai adik beradik mak, arwah Tuk Nyang Naim pun salah seorang yang amat disegani tentang ilmu Agama.

Bila aku mula belajar di sekolah agama itu, hari pertama , aku pergi bersama abang Halim, aku ditemuduga sebelum pendaftaran, kerani sekolah itu kata ,Aku budak kutu rayau ,dia bisa jumpa di pekan Parit Buntar. Aku menafikan sekeras-kerasnya.

Abang Halim senyum sahaja, aku naik 'hot' depan orang ramai keluar masuk dalam pejabat itu, Pejabat itu agak sempit tidak terurus ,tidak ada bilik khas untuk guru besar atau kerani sekolah.

Semasa aku menuntut di sekolah itu, aku tinggal dirumah Tuk Nek Puyuh., Dia bertubuh kecil tetapi nampak 'smart' dengan baju 'bush jeket'nya warna kuning dengan kain pelekat cap sauh cukup popular di Pekan Tanjung Piandang.Tuk Nek Puyuh ini adalah adik kepada Tuk Wan Nain. Atuk kepada ibuku, dan Tuk Nyang kepadaku.

Pada satu malam selepas Maghrib aku pergi ke Surau bersama Tuk Nek Puyuh, dua tiga orang kawan Tuk Nek Puyuh , Bertanya siapa budak ini? Tuk Nek Puyuh menjawab cicit Naim, arwah abang aku .dia belajar di sekolah Agama Shamsul maarif al wataniah ini. Mereka semua memandang aku dengan pandang yang berbeza, dan penuh maana. Aku terasa bagai disenangi.

BERSAMBUNG.

Jalal Rafzee berkata...

KAGUM DENGAN EN NURI

Kami dahulunyatidak pandai berpuisi
kami bukan reti bermain bait-bait,
kami bukan fasih dalam menulis,
kami tak handal berpuitis,
kami tak tahu tentang sastera,
kami tak faham apa maknanya,
kami bukan cerdik menyusun ayat,
kami tak hebat melakar rasa,
kami tak hebat menulis cerpen
kami tak mengerti apa maksud sajak
kami buta tentang seni
kami kosong dalam bidang penulisan
kami bukan anak seni.
kami bukan orang puisi.
Kerana kami hanya suka berimaginasi

Tapi selepas mengikuti blog ini
kami jadi cinta pada metafora,
kami kagum hebatnya simile,
kami gemar eloknya susunan bahasa,
kami tabik dengan emosi dramatis.
kami kagun dengan penulisan sajak
kami ingin jadi penulis
kami ingin menaikan seni sajak
walau kami bukan anak seni.
bukan orang puisi
bukan siapa-siapa.
kami cuma cucu cicit adam dan hawa
yang hanya insane biasa.
tapi kami diberi peluang
menulis sajak ni disini
jadi izinkan kami
terus menimba ilmu di sini.
Blog citra rasa en nuri…


Sajak di karang oleh semua staff penjaga blog utk hari jd en nuri sajak ni tak kira yang jaga blog en nuri atau x smua tolong sekali

Ahmad Qatarunada berkata...

ESOK

Lupakan waktu semalam
Kerana ia telah pergi
Jadikan sebagai pedoman
Untuk teruskan kehidupan
Usah kau terlalu fikirkan
Kerana ia telah terjadi
Teruslah mara kehadapan
Hadapi dengan tenang
Masa akan berlalu pergi
Saat bahagia pasti kau temui
Jangan di kenang cerita lama
Kelak nanti menyeksa jiwa
Kerana dunia masih berputar
Harapanmu pasti kan bersinar
Mungkin esok hari bermakna
Hari ini guna sebaiknya


Ahmad Qatarunada
salam mesra dari sy penjaga blog

Puan Rosnah berkata...

MASA LAMPAU

aku ingin ke masa lampau supaya
Dapat tinggal dekat semua planet.
boleh berdiri tanpa
pijak rumput milik Tuhan
Dapat jadi budak kecil macam dulu
Yang mana pakcik makcik cubit pipi
waktu kecil bila gemuk pun comel
Dapat jadi perempuan cantik
Dapat makan KFC macam dulu.
Hari itu aku nampak anak kecil
Berbaju hijau dan putih
Sarung kaki warn biru muda
Pada ketika aku lihat dia menghayun kunci kereta ibunya.
mengetuk jam kehabisan bateri
kekal tunjuk angka yang sama
Sejurus itu gitar yang bawanya jatuh lalu pecah abangnya marah
Terus aku tanda soal pada alam.
kenapa masa kecilku tak sebegitu


Puan Rosnah
saya penjaga blog isteri kpd bos harap qalam terima sajak sy

Encik Sanusi Rostam berkata...

APA ITU PEREMPUAN

Perempuan
Engkau mewangi di laman berahi
Rias diri bukan tontonan
Edah usia usah persiakan
Menyusuri likuan ombak hangat ganas
Pintal lah benak akalmu faedah
Usah alpa menongkah mulusnya arus
Asah peribadi kental sikap sifat
Nescaya insan duniawi kan terpikat

Puaskah jika sekuntum bunga
Engkau lambakkan
Raja menyantap engkau relakan
Esok lembut wajah mu bertukar muram
Miskin raga mu di hari mendatang
Perih bibir mu tertosok sembilu
Uncang jiwa mu kosong pedoman
Anting emas mu berlagu sendu
Nanti diri sendiri bersalut malu

Perempuan
Enak mimpi jangan permainkan
Resah dada mu bergumpal dendam
Engkau dipuja cuma pujukan
Milik diri jadi tebusan
Pusakai lah iman serta kesyukuran
Upih riwayat mu takkan bergoncang
Anbia dan Nabi jadi sandaran
Nyata jalan mu bersuluh terang


Encik Sanusi Rustam
saya ketua penjaga blog disini maaf klu x keberatan sy dan istei sy pun ingin menyumbang sajak

Koh Ah Teng berkata...

CACATAN DI DALAM LACI

aku menemukan himpunan catatan lama
terperosok dalam laci yang berdebu
kegirangan memaksa aku
menjilat segala isinya
kegirangan itu pergi sendiri
tiada indah yang saya temukan
hanya perit pedih luka lama.
Catatan itu biar mahupun sekarang
masih catat peristiwa sama
sejarah yang berulang ulang
Tuhan biar musim bertukar ganti
mengapa masih terus terluka lagi.
Mendung musim biru menjadi kelabu
waktu terus merangkai
rangkaian tak berguna
begitulah rentetan
Setelah mentari cerah datang segumpal awan kelabu
menutupi terang.
Kicauan merdu camar yang pulang
masih terdengar dari jendela
walau langit begitu mengancam.


Koh Ah Teng
saya pun penjaga blog harap qalam terima sajak sy selepas 3bulan ambik khusus bahasa malayu

Qalam Mutiara berkata...

En nuri kata sajak ini rasanya tidak perlulah diulas kebanyakan khyalak sudah pun dapat menangkap maksud dan faham akan segala isi pengucapannya. Dan diucapkan terima kasih. Bagi kami keluarga kerja blog CR , apa yang kami tulis tidak ada satu yang indah dan menarik , sekadar kita cuma berbicara sesama kita , tidak kira bangsa dan agama semuanya kita sama. berbilang rakyat dalam sebuah negara Malaysia, yang baik kita teruskan yang tidak baik kita perbetulkan secara berhemah, Tuhan kurniakan minda untuk berfikir apa yang baik dan menjauhkan apa yang dilarang pada fahaman agama dan hukum karma. Apa yang salah dan lemah Itu dari kesilapan kita sendiri yang baik dan sempurna itu daripada Allah swt .Amin.

Qalam Mutiara berkata...

PB sajak Ahmad Qatarunada berbunyi bagaikan nasihat untuk khalayak berfikir. Apa yang telalh berlalu atau berlaku jadikan pandomen, tidak perlu lagi dikesali atau pun dikenang lagi, dikhuatir
Nanti merana diri. Hadapilah hari yang mendatang semoga ada sinar kejayaan entah esok ataupun lusa, selagi dunia masih berputar dan hidung kita menyedut udara tanamkanlah semangat dan cita cita. Cuma si pewnulis meminta agar hari ini gunakan sebaik mungkin masa yang ada untuk kita mendapatkan hari yang lebih bermakna. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

PB Puan Rosnah sajaknya bagai memory MASA LAMPAU ada dua menolok dalam sajak ini pertama kembali mengenangkan masa lampau bagaimana sewaktu anak kecil kita dipandang manis dan sesiapa pun geram melihatnya. (kerana belum ada dosa) sehingga ada pakcik makcik sangaja Tarik dan cubit pipi. Dan diberi segala macam keperluan pada zaman dahulu sekadar KFC. Kedua ada perbezaan dengan anak kecil dinihari. Ibu bapa punya kereta, ada jam tangan malah handset lagi.malah si abang lebih daripanya . itulah kemewahan yang mereka rasai di kurniakan Allah atas Doa-doa datuk nenek mereka yang susah dahulu kala. Begitulah keadaan kita apa yang kita minta hari ini, tuhan akan mengurniakan kepada anak cucu kita. Tetapi minta mereka jangan lupa diri. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

KPB Encik Sanusi Rustam bersama nukilan sajaknya bertajuk: APA ITU PEREMPUAN? Pengucapannya terasa
bagai mendisfinasikan erti seorang perempuan. Penyusunan baik dan rangkapnya juga punya peka daya
kreatif. Tiga para menyatakan akan keperibadian seorang perempuan. Si penulis pada dasarnya memberi kata nasihat pada para pertama cuba menceritakan kecantikan perempuan, pada pra kedua, Cuma mengingatkan jangan mudah terperdaya dengan hadiah atau pujian yang meninggi dan para ketiga berhati dengan bujukan dan sebaiknya mengikut cara para ambiak dan nabi-nabi mendidik isteri agar jadi sandaran untuk dicalunkan sebagai perempuan solehan dan ibu misalli . Amin.

Qalam Mutiara berkata...

PB sdra Koh Ah Teng dengan sajaknya CATATAN DI DALAM AL LACI. Pengucapannya
Bermaksud ada sesuatu yang masih bersemadi dalam catatan riwayat hidup penulis. Bila saja
Menumui sebuah laci lama mungkin dari sebuah meja atau almari. Apa yang menyedihkan ia cuma catatan lama dengan cerita yang sama. Bagaikan sejarah yang berulang-ulang. Kini si penulis dalam keresahan mengharap tuhan akan mengubah dan mengubati hati lukanya bersama tahun baru mentari cerah dan kicauan camar, penuh harap dapat mengharung hidup ini dalam keadaan langit yang begitu mengancam. Semoga sukses. Amin!

Iman Ali berkata...

indah sunggu sajak ni

Mak Mah berkata...

sajak yg menarik utk dibaca

Comel berkata...

sajak keinsafan kan ni

Guest berkata...

sajak ketuhanan plak insaf baca

Mei Ling berkata...

kenapa tajuk rasa gementar?

Rossa Long berkata...

sajak ni en nuri tkut kat sapa?

Ustaz Zulkainaan berkata...

sajak ustaz rahman??? xpnh tgk pun

Guru Yahya berkata...

ustaz rahman ni pesara ke?

Lagenda Pulau berkata...

ustaz rahman pesara rupanya ingatkan masih mengajar

Cikgu Rahim berkata...

esok katogori apa plak? lps pesara ni

Ustaz Nasarudin berkata...

sajak yg agak sdih dari ustaz rahman

Ustazah Hamidah berkata...

sayu plak hati baca sajak ustaz rahman ni

Wasiril Azmi berkata...

sajak en nuri dan ustaz rahamn dua2 sdih...

Madah Pujangga berkata...

sajak pasal apa plak ustaz rahman ni?

Emily Bayans berkata...

esok sajak sapa? katogori apa?

Roy Rashid berkata...

sajak sedih plak kali ni

Tetamu Malam berkata...

esok letak sajak yg gembira sikit

Tok Mahat berkata...

samua sajak sedih2 plak?

Sudin Ramlee berkata...

byk plak sajak di terbitkan kali ni

Ravi Ramachandran berkata...

apa bnda plak 4 senawa tu en nuri???

Brader Joe berkata...

en nuri dia tuduh kutu rayau plak? sial pnya org

Man Pendek berkata...

wah! sorg segan kat en nuri bila dgr cucu tok wan naim...

Lukiee berkata...

semua pasal skola agama saja xphm la sy

Jupri Halim berkata...

nampaknya en nuri nak jd guru agama tercapai ke?

Siti Hajar berkata...

mcm ni rupanya kisah perjalanan en nuri...

dam catur berkata...

kenapa dia kata en nuri kutu rayau???

Harimau Berantai berkata...

rasanya muka en nuri sama dgn bdk2 jahat kat sana kira pelanduk 2 serupa la ni

Awang Leman berkata...

sekali dorg trus segan bila en nuri cucu tok wan naim

Kamal berkata...

en nuri ni org tanjung piandang ker?

Mat Noh berkata...

ingatkan en nuri asal penang rupanya asal perak...

Pejuang islam berkata...

wah! skrg cerita pasal skola pondok plak?

Bicara Bulan berkata...

en nuri kalau dlu skola agama ni msti dulu org bulan ni

Datin Maimun berkata...

terhibur jgk baca kisah en nuri ni

Suara Rakyat berkata...

boleh buat buku cerita en nuri ni

Salam berkata...

ni bukan macam cerpen tp lbih kpd rencana jer...

Qalam Musoffa berkata...

wah! semua kisah ada dalam ni sekali

Karim Ghani berkata...

eh! kalau en nuri belaja lambat msti kwin pun lambat ni

Penjjejak Badai berkata...

seronok plak baca kisah en nuri ni

nurimanja berkata...

- 1 sajak ustaz rahman ini lama tenguk tarikh, ahli 2009 sebab itu bila tulis saja kena letak tarikh, dan tempat, atau negeri.

- 2 rasa gementar itu takut dekat tuhan bila dengar orang azan, kita kena segera solat buat Mui Ling
dan Rossa Long

- 4 senawi macam sekolah menengah tingkatan 5 selepas tahdirin dan abtidak i atau tadika dan rendah.
buat Ravi Ramachandran, nak masuk Islam x perlu sangat belajar ini, kemudian boleh belajar.

- 5 sebelum itu saya bebas menang sebab orang kampung saya ada dua puak, selalu bermasam muka pasal parti. entah macam mana saya sokong Pas menang kawasan kuala kurau, Parit buntar, kerana parti cakap banyak putar belit, saya pi BN menang kerana YBnya lupa daratan. saya bebas 3 penggal. selamat kini. tak subahat lagi. tapi tetap sokong perkara yang benar dan telus, amin'

6. Viger ini bukan kutuk Msia. Dia
cuma bagi petua bagaimana nak menang. Tenguk ternyata meanng!!
Thaniah buat pemain anakmuda kita.
saya sokong saja...