-buat sdra baru di blog CR, amin
Allah itu
maha mengetahui
berkehendak kepada
sesiapa yang dia sukai
Jika dahulu
kalian hanyut jauh
kini akan kembali
kepada cahaya Ilahi
bukan semua
insan yang dapat
tergerak rasa hati
menjadi pilihanNya
Bersyukurlah
kalian diberi hidayat
mendapat jalan lurus
menerima keredhaan
daripada taqdir Ilahi.
maha mengetahui
berkehendak kepada
sesiapa yang dia sukai
Jika dahulu
kalian hanyut jauh
kini akan kembali
kepada cahaya Ilahi
bukan semua
insan yang dapat
tergerak rasa hati
menjadi pilihanNya
Bersyukurlah
kalian diberi hidayat
mendapat jalan lurus
menerima keredhaan
daripada taqdir Ilahi.
Oleh: Nurimanja,
sajak lagenda akhir 2009.
sajak lagenda akhir 2009.
50 ulasan:
SIRI 10.
CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
_____________________________________________________________________
“Jika aku di kampong….semuanya akan diuruskan oleh mak..” Bisik hati kecil hadi lagi. Hadi masih ingat. Bagaimana hari-hari yang lalu , bila dia sakit ibunyalah yang melayaninya , cukup mesra dan memuaskan. Waktu itu ibu hadi masih kuat dan bertenaga.
“Hadi! Kau denman , hari ini, jangan pergi turun ke sawah , biar mak yang buat.”
“Mak! Hadi nak makan agar-agar?”
“Nanti mak buat,”
“Mak! Hadi nak makan bubur nasi?”
“Nanti mak buat,”
“Mak kepala Hadi pening dan panas,”
“Nanti mak jelum dengan air asam jawa, nanti mak ambil putik pisang kelat, mak parut isinya, mak tempek dekat kepala hadi, mak balut dengan kain buruk.”
Mak akan buat semuanya itu. Mak akan menjaga hadi sampai Hadi sembuh. Mak langsung tidak menunjukan rasa jemu dan susah menjaga Hadi sewaktu sakit dan deman. Malah wajah mak lebih manis daripada jururawat yang menjaga Hadi di rumah sakit umun dulu.
“Ohhh Mak!” Hadi megeloh seorang diri. Hatinya baru teringat ibu tua yang entah sihat, entahkan tidak yang ditinggalkannya selama ini. Hadi baru dapat menilai kasih saying hati seorang ibu tua kepada anaknya. Betapa dia selama ini tidak dapat menilai dan cuba menghargai jasa baik ibunya yang selama ini begitu mengambil berat kehidupannya selama ini.
“Hadi! Tenguklah , sejak kau tiada ini, batas perengang sawah kita telah dinaiki rumput rampai dan semak samun. Tebaslah rumput-rumput itu Hadi , bawa parang panjang aruah ayah kau itu, asah tajang-tajang supaya mudah melimbasnya, Tetapi perlu berhati-hati, nanti tertebas pula pokok cabai mak di atas batas itu,” Begitulah selalunya pesan ibu.
Kata-kata ibunya itu Hadi tidak akan membantah lagi. Hadi akan patuh kali ini. Hadi rasa cukup senang ibunya memerentahnya begitu. Ibunya beruara lembu, cukup rasa menyenangkan telinga mendengarnya.
BERSAMBUNG.
HUNUSKAN SATU JARI HANTU
genggam tanganmu
hunuskan satu jari hantu
angkatlah ia setingginya
tunjukkan pada mereka
biar mereka tahu
biar mereka sedar
biar terbuka mata
biar terbuka hati
kamu sedang dibenci
kamu sedang dimaki
kamu sedang dicaci
tak sedar diri
bila mereka dah sedar
keluarkan lagi satu jari
jari telunjukmu
angkat setingginya peace no war…
Suara Tiada
selangor
12malam
HEY ORANG MUDA
hey kamu di sana generasi muda
lincah meniti lurah hidup
pantas kejar angan impian
belah bilah arus kemodenan
kadang lupa sempadan
kata si tua tiada didengar
langkah si tua tiada diturut
tunjuk si tua dicebik sinis
kolot pada anggapan bodohmu
menyusahkan pada fikiran cetekmu
menyekat pada aksi bebasmu
nanti bila si tua tiada
pada siapa mahu kau harap
pada siapa mahu kau tuju
pada aku? belum tentu...
Pak Kassim
melihat anak muda yang makin kurang hormat kepada org tua
MAHABBAH SI AMER MUNAWER
orang tua itu kembali lagi
atur langkah ingin bawa perubahan
jalan lama dibiar pergi
kamus baru diselak kini
darah mengalir tetap berseni
bagai bercantum sudah sebati
rasa insaf tak menjelma di hati
moga tiada terpesong lagi
lenggok mendaki tuju ilahi
kata pujian kekasih hati
moga terus kekal begitu
walau dugaan datang menderu
destinasi lurus terus diburu
doakan ia agar direstu
agar istiqamah ia di situ
mahabbah oarang tua tok guru
Sayembara Muzik
di kaki lima
MEREKA BUKAN HANTU
lihatlah mereka ini
pandanglah sepuasnya
kesamaran jelas terpampang
malah terus gelap gelita
ayah yang harapkan tapi ayahnya juga patahkan jalan
dia sudah terbeban
kau tambahkan lagi beban
sampai mereka rebah
tiada daya melangkah
mereka harapkan sayang
mereka harapkan ihsan
mereka harapkan belaian
lain kau curahkan
kau curahkan asid hancur semuanya
sampai hati ayah
kau jadikan anakmu hantu
padahal dia bukan hantu...
Datuk Hasbi
mengenang nasib anak yang simbah asid oleh bapanya
Suara Tiada dengan sajaknya bertajuk HUNUSKAN SATU JARI HANTU. Ternyata pengucapan sdra Suara Tiada memberi bahasa isyarat kepada mereka yang kurang tidak mengerti. Bahawa bahasa isyarat itu bagai menunjukan satu kebencian yang melucahkan. Biar mereka sedar kebencian khyalayak sedang meruap-merup. Jika mereka teruskan, mereka akan binasa, jika mereka sedar dan insaf, kita akan terima dan mengangkat jaritelunjuk mengatakan kita 1 malaysia punyai kedamaian bukannya peperangan. Semoga mereka dapat pertunjuk Allah swt. Amin
Pak Kassim dengan sajak mengingatkan buat generasi yang tidak sedar diri dan tidak suka menghormati orang lebih tua. Bertajuk: HEY ORANG MUDA! Begitulah bunyi seruan Pak Kassim untuk menyedarkan mereka dengan dibuai rasa keasyikan yang agak mengila, seolah-olah hidup ini tiada penghujungnya. Seperti mana kolot pada anggapan kebodohan mereka itu.Sekiranya sikap mereka ini tidak berubah sehingga dewasa. Jadilah mereka manusia hidup yang tiada berpendomean. Semoga tidak begitu, Amin.
Sayembara Muzik dengan doanya untuk sajak MAHABBAH SI AMER MUNAWER. Pengucapannya mungkin mengarapan orang dipuja selama ini akan kembali membuka lambaran baru mungkin atas kesedarannya. Semoga kata janji yang dilafas dulu tidak tidak berulang lagi. Jika benarlah perjanjian atas kesedaran illahi. Kerana selama ini telah banyak diputar belitkan kerana berkawan dengan dua rakan barunya itu. Sehingga Ada orang yang melihat seperti diperkudakan. Semoga kini tidak berlaku lagi apa yang telah terjadi. Sebaiknya ia tidak bekerjasama dan bersekokol dengan pengkianat bangsa dan negara. Amin.
MEREKA BUKAN HANTU sajak daripada Datuk Hasbi kali ini cuba membicarakan Isu semasa. Tentang kerangusan si bapa yang mengikut rasa panas baran yang terlalu sukar dinilai dari sudut mana untuk diletakan tidak bersalah sehingga sanggup mencederakan anak kandungnya sendiri, siapa yang sebenarnya hantu atau dirasuk hantu? Adakah bapa kini kian tertekan dihimpit kesusahan . atau anak dan isteri kian nakal dan timbulkan masallah? Sebelum menghukum perlulah kita menyiasat dan menyelidikannya terlebih dahulu di kedua belah pihak. Amin.
KUIH KAPAL TERBANG
Bahan-bahan
* 500gm tepung
* 1 biji telur
* 2 sudu margerin
* sedikit garam
* 160ml air
* **6 sudu tepung jagung**
* **6 sudu minyak**
Cara-cara
1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
3. Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
6. Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.
sampai siri 10 pun masih ada lagi???
panjang lagi ke cerpen ni en nuri?
kalau cerpen ni dgn cerpen budak pondok mana lagi panjang?
sdih plak baca cerpen hadi ni
cerpen ni mmg agak menyentuh hati
sian hadi dulu boleh mak tolong buatkan
harap2 anak2 aku nnt bila besar x jd mcm hadi ni
sedih baca cerpen hadi
esok kena melawat mak di kampung la..
tiba2 mengalir air mata plak baca cerpen ni
cerpen kali ni agak menyentuh hati dan perasan
mmg nangis sy baca cerpen kali ni
episod kali ni yg paling sedih sekali
cerpen yg agak menyayat hati
lps ni kena minta maaf dgn mak aku la
rasa mcm nk balik kmpung je jmpa mak bila baca cerpen ni tp aku bru je ambik cuti..
lps ni aku xnk derhaka kat mak aku dh la
malam ni jgk aku nak telefon mak aku di kampung
mmg sedih giler episod kali ni
hmm.. agak menyedihkan baca episod ni
sy dh lama xpnh nangis tiba2 air mata mengalir plak
sedih dan nangis itulah apa yg sy rasa bila baca episod ni
aku ingat boleh tahan tp air mata tetap kluar lps ni kena minta ampun kat mak aku la
esok jgk aku balik kmpung nak minta ampun kat mak aku
harap2 aku x byk dosa dgn mak aku takut jgk ni
insaf plak baca cerpen menyesal merajuk kat mak aku td esok kena minta maaf balik
sian hadi ni tinggal keseorangan jer...
hadi ni msti org tua ni sbb selalunya org tua2 mmg suka mengenang kisah silam mereka
itulah hadi buat keputusan x minta restu mak dia
itulah balasan tuhan sbb hadi derhaka kat mak dia
aik! kuih kapal terbang ni kuih apa plak?
kuih kapal terbang ni kalau x salah org kata kuih tiram
kuih kapal terbang ni selalunya hari raya org buat la
mcm ni buat kuih kapal terbang selama ni aku thu makan jer
kuih kapal terbang ni buat niaga best jgk ni
nanti aku cuba kuih kapal terbang ni
kuih kapal terbang?? snang je buat kuih ni
kebetulan sy berniaga kuih kapal terbang di sekolah sebelum ni
kat tmpat aku slalu org dtg jual kuih2 mcm ni.. hehe
kuih kapal terbang?? mak aku selalu buat ni
Catat Ulasan