Aku berhenti Sejenak....
untuk lapangkan jalan darah
di kaki dan hati
menanti mentari pagi
aku berhenti Singgah.....
bukan untuk menetap
hanya sebagai....
tempat melepaskan lelah
aku berhenti Siapkan....
perbekalan esok pagi
untuk hadapi...
pertemuan lusa
aku Berlabuh....
bukan untuk berhenti
hanya sebagai....
tempat memantapkan diri
Profesor Lanang
Melaka2009 Disember 6 14:26 (pilihan)
Melaka2009 Disember 6 14:26 (pilihan)
50 ulasan:
BULAN JATUH
tenang-tenang si rambut putih,
ditenung awan sedang berarak,
kita ini baru bertatih,
maka jangan sekali kita berlagak,
racau-racau si rambut hitam,
suara serak kadang tenggelam,
kalau ilmu sekadar titis di lautan,
malu bertanya, sekali jangan.
Ada secubit bulan terjatuh
di atas riba
warnanya gelap kemerahan
langsung tak bercahaya.
Aku ngangakan mulut,
hembuskan angin keletihan.
Secubit bintang
terjatuh di atas riba ku,
aku tampalkan hujung dinding kamar.
Harapnya nada secubit lagi bulan
akan jatuh pada hari esok,
sempat aku gabungkan kesemuanya,
sebelum tiba hari lahir mu.
Syamsul Razali
Bachok
2pagi
SERIGALA
dengarkan angin itu
membisik sayu senandung cinta
pada hangatnya
matahari mencium pipi
telah tersenyum berlalu pergi
tiga musim pelangi
waktu ia kembali aku menanti
tabah memupuk membaja rindu
pada dingin bulan
aku mengadu lelah
malam aku sendiri
rindu ku baja tak mungkin berbuah
matahari itu si jalang bedebah!
serigala dari hutan jiwa sedang
menunggu saat aku tertiarap
bila rahang masa mencerai
sang aku yang tak bersayap.
diratah diludah
terpelanting menyepah
sezarah tak kurebah menyerahtahan dunia tak akan penat menguji duga.
Suara Rakyat
ketika berhenti di perhentian rehat
MERPATI
merpati itu terbang bersama
menyisip awan merentas lautan
senantiasa bergandingan
bukan sepasang tapi berpasangan
mengepak dengan ceria
sayapnya menepis duka
indahnya alam merpati
bebasnya dunia merpati
menikmati kedamaian…
mengecapi ketenteraman…
jangan dihinggap dahan rapuh
jangan diteguk titisan bisa
semoga bersamalah selamanya
melayang tinggi sampai ke langit
menyelam dalam ke dasar lautan
mengusap bintang
menyentuh mutiara
semuanya kerana kilauan…
adakah kekal segala usapan?
adakah kekal segala sentuhan?
mengapa terhempas setelah sampai?
mengapa lemas setelah ke dasar?
dimana segala jawapan?
Sumaiyah
Melaka
3ptg
KASIHKU PUJA
kasih itu pernah aku puja
kasih itu pernah memberi
aku segalanya dahulu.
kasih itu aku diumpama bulan.
kasih adalah pungguk
yang sentiasa rindukan aku.
sungguh aku katakana
dengan kau kasih.
aku tak perlu berpura-pura
dengan kau kasih aku
yakin dengan segalanya.
kini kasih aku telah hilang.
tiada apa lagi yang
menanti untukku disini.
selamat tinggal kasih.
Supain Sipaun
pulau pinang
10malam
NASI AMBANG JAWA
1. Nasi putih
2. Ayam masak kicap @ goreng @ ikan masin
3. Mee goreng
4. Serunding kelapa
5. Sayur kacang panjang @ buncis (sayur goreng)
6. Sambal tempe
7. Talam
8. Daun pisang
Saya perturunkan juga beberapa resepi mudah untuk bahan di atas. Selamat mencuba.
Mee goreng Jawa
Bahan :
Mee kuning 2 paket
Taugeh 50 sen
Bahan untuk di mesin
4 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1.5 biji buah keras
kicap mee 4 sudu ( agak2)
lada kering 2sudu
1 sdb lada hitam
1 sdb udang kering
letak sos dan gula untuk manis (* lada hitam blend asing sebab takut tak hancur)
Caranya:
Tumis bahan2 yang dimesin sehingga garing.
Masukkan mee dan gaul rata.Masukkan taugeh. Gaul sebentar dan angkat.
Serunding kelapa
Sebiji kelapa parut
Bahan untuk di mesin
jintan manis 1 jemput
1sudu jintan putih
3sudu ketumbar
4 batang serai
1/2 inci lengkuas sebesar ibujari
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 sdb lada kering blend
1/2 inci kunyit hidup ( elok guna yang fresh)
2 sdb udang kering
Asam jawa sebesar ibujari diperah airnya dengan 2 sdb air (pekat2)
Gula dan garam secukup rasa.
Semua bahan diatas dimesin sehingga halus
Caranya:
1. Goreng kelapa tanpa minyak (sangan) sehingga kelapa kekuningan sedikit. Ini adalah supaya serunding tahan lama dan tidak basi.
2. Tumis bahan2 yang di mesin sehingga garing. Masukkan gula merah sehingga gula hancur.
3. Masukkan air asam dan garam. Biarkan atas api kecil sehingga agak pekat.
4. Masukkan kelapa yang telah digoreng. Gaul rata lebih kurang 5 minit. Bolehlah diangkat.
Sajak daripada Syamsul Razali kau ini ahli ke ? Sajak bertajuk BULAN JATUH, jangan buat main nanti org pas marah. Macam kau sinis mereka pula. Setahu saya Pengucapan sdra penulis semacam mengingatkan kita semuannya. Jangan terlalu berlagak sumbung dan angkuh, jika ilmu sekadar setitis air didalam lautan. Kalau bertanya. Jangan malu, jika takut sesat jalan. Malah dalam hidup ini perlulah kita bekerja sama mentari bulan dan bintang. Agar membahgiakan alam maya ini. Tiap satu ada tugas dan peranannya memberi cahaya masing-masing. Amin
SERIGALA sajak daripada Suara Rakyat sajaknya terlalu bersembolik dan ada bayangan maksud yang kedangkala mencelarukan minda, Kau marah serikala, kau marah mentari dan pelangi, malah kau salahkan bulan. Semuanya bagai tidak kena. Hanya kau membekalkan kekentalan hati menyahut cabaran hidup ini. Apa mesti yang kau mahu siapa pun tak tahu. Perlulah kau menunggu sehingga semuanya yang kau marah dan salah itu dapat bersatu. Amin.
Sajak Sumaiyah selalunya bertanya dalam berfalasafah mengukap sajaknya. Bertajuk: MERPATI. Mungkin pengucapannya simbolik kepada sang burung yang kemana saja sering berkawan atau ada yang berduaan berpasangan bertebangan ,menyelam dan bermesra , setinggi mana dank e dasar mana, Akhir bila tiba dan waktunya kita akan
Kembali juga turun ke bumi, semuanya tidak kekal dan abadi. Dan semuanya akan kembali kepada pamgkuan takdir illahi. Amin.
Sajak jiwa rumaja dari Supain Sipaun maaf kau ini jawanis ke? Sajaknya bertajuk: KASIHKU PUJA. Pengucapannya membicarakan tentang kisah orang muda punya biasa. Kebiasaannya begitulah kata rangtua. Semua orang mengharap kasih saying Itu biarlah abadi, tetapi sesekali disebalik kemesraan itu ada juga terjadi kisah yang tidak diingini, curiga, cemburu, kurang yakin dan sebagainya. Aakhir sekali timbul satu perselesehan dan berbalahan dan perpisahan. Semoga tidak begitu. Amin.
ertgdr
nasi ambang pun ada jgk!
nasi ambang ke nasi ambeng?
nasi ambang dgn nasi dagang sama ke?
mcm2 jenis nasi skrg ni ada.
nasi ambeng plak? mana irfham ni dapat?
nasi ambang ni dari jawa ke? ingatkan indon td...
nasi ambang ni sedap ker?
nasi ambang? xpnh dgr pun
nasi ambang? apa bnda ambang tu?
nasi ambang ni jawa ke indon?
nasi ambang pun ada kali ni!
blog ni mmg macam2 ada la...
hadi ni umor brapa dalam cerpen ni?
Hadi ni lepasan SPM ke dalam cerpen ni?
hadi ni kira jd anak derhaka la sbb xdgr cakap mak dia..
mmg selalunya anak derhaka mmg akan ditimpa musibah
x cium bau surga la hadi ni dia buat kat mak dia mcam tu...
sepatutnya jaga la mak dia atau bawak mak dia sekali ni dia tinggalkan plak?
berdosa besar hadi ni dia sempat bertaubat x?
akhir sekali hadi ni mati merana ke?
nasi ambang ni sedap ke irham?
nasi ambang ni ke yg makan dgn mee?
pelik2 nasi skrg ni...
mcm2 makanan ada dalam blog ni..
mcm2 makanan dalam dunia ada kat sini...
nmpknya apa nak makan semua ada kat sini
nasi ambang ni kalau x salah makanan dari org jawa...
sy pnh jgk makan dulu pegi bermalam di rumah kawan...
nasi ambang! mcm2 makanan ada kat sini
nasi ulam ni makanan smua bangsa boleh makan ke?
nasi ambang ni lauk dia ada?
nasi ambang ni kalau x salah org dulu2 pnya makanan ni
profesor lanang plak dapat sajak?
kalau x salah prof lanang ni ahli bru..
huh! prof lanang ahli bru pun sajak disiarkan?
sajak pasal perjalanan hidup ke ni?
prof lanang ni pun sajak disiarkan walaupun ahli bru? sy bila plak?
wah! kali ni ahli bru plak dapat sajak disiarkan
kenapa sajak prof lanang plak yg disiarkan en nuri?
terima kasih en nuri kerana menyiarkan sajak saya ini...
Catat Ulasan