Ahad, 16 Januari 2011

SETIAP MANUSIA ADA TUGASNYA





Sebelah tangan ada lima jari
yang pendek panjang, gemok kurus
semuanya ada fongsi dan tugasnya
mengapa kita mesti berdengki
tidak amabil pengajaran dari jarijemari.

Kekadang setandan kelapa pun
mungkin ada sebiji dua yang komeng
begitulah juga lumrah hidup manusia
bukan semuanya yang sempurna
tetapi pasti ada sesuatu kelebihannya.

Baca hikayat raja-raja dahulu kala
tugas si buta untuk menghembus api
tugas si tuli boleh kerja bakar mariam
tugas si kurap boleh kerja tampi padi
tugas si bisu boleh tolong halau ayam
tugas si kodong minta tumbuk padi
bagi sesaorang manusia ada tugasnya
tiada gaji sekadar makan percuma.

 
Oleh: Nurimanja,
catatan tanpa tarikh;
sajak lagenda en nuri 1982.






50 ulasan:

nurimanja berkata...

BAB 7 siri 5 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK

Banyak bezanya orang yang belajar agama dengan orang yang tidak belajar agama, sama jugalah orang solat dengan orang yang tidak solat,sedangkan yang bersolat pun kadangkala cuba juga menipu, ini menunjukan solat mereka belum sempurna kata ustaz sewaktu aku belajar kelas fardu ain dulu.
Aku pernah bertanya dekat ustaz Yusof (al fatihah aruah) bagaimana hendak solat dengan khususk? Waktu itu masih budak mentah lagi, tapi berani, bila ustaz bagi peluang tanya, aku bangkit tanya.

Dia jawab dengan senyum saja. Sembahyang dengan nawaitu kita, kalau kita niat hendak tenguk sebuah gambar di dinding tenguklah gambar itu betul-betul, biasanya di sinding rumah kita berbagai macam benda perhiasan lain ada, kita pun terlihat juga, tapi fokos kita, atau tujuan asalkan nak tenguk gamabar yang satu itu, yang lain itu biasalah menganggu.

Begitu juga dengan ustaz sulaiman, dia kata waktu angkat jaru telunjuk, kita sebut mengucap Assyahaduan… niat dalam hati maananya, kalau tidak Sembahyang pun hanyut. Macam nak pergi kedai, dirumah nak beli barang lain, samapi kedai kelabu mata pergi beli barang lain pula.

Dua tiga minggu aku peninfikir jawapan dua orang ustaz aku ini, mereka selalu kata pada aku , ada kemampuan, sadjaa wat jada, aku lagi pening masa itu, bahasa arab pun aku tak tahu apa. Rupa kena lama baru kita dapat tangkap apa yang ustaz kita kata.

Tidak sia-sia belajar kelas agama dahulu, walaupun aku berulang alik dari batu empat ke simpang tiga KK. dengan basikal tua, kerana minat kuat pada agama, aku belajar agama selain dari sekolah, di masjid, dan radia juga jadi bahan aku mengompul ilmu, aku sering buat catatan bila pergi dengar ceramah agama di surau atau masjid.

Sebenarnya memang banyak menimbun buku catatan aku, selain dari diary aku.yang aku Cuma buka semula sesekali, kita kena bersyukur juga dengan bakat yang Allah berikan, guna sebaik mungkin. selain dari bakat dan tokoh, semangat dan keberanian juga penting, mesti ada,

Selepas ditokok tabah dengan ilmu persekitaran dan pengalaman yang pernah kita lakukan,dan pengelaman orang yang kita punggut sewaktu bertugas, pada masa yang lalu.kita boleh himpun dan susun untuk jadikan ia sebuah cerita panjang atau pendek . atau pun cerpen, sajak dan apa saja yang kita rasa sesuai jadikan bahan bacaan untuk seharian kita.

BERSAMBUNG. (B)

Kumar Dharma berkata...

MATA SEGAR

Bencinya aku pada situasi,
yang menghakis diri sedalam ini,
Semakin kucuba semakin kecewa,
Terlerai tujuan semakin merempan,
Ternyata aku gagal atasi diri,
Cukuplah sudah biarku tenang,
Cukuplah sudah beriku aman,
Aku makin lemah dalam jiwa lesu,
Terlebih bicara buatku layu,
Biarkan saja masa terus berlalu.
Mataku tetap segar
Aku berehat berikan aku peluang
Semoga aku tenangkan fikiran
Semoga esok aku bangun segar


Kumar Darhma
sajak utk pertandingan sajak

Muhamad Tajol berkata...

ANDAI HARI ESOK

semua angan jadi kenyataan
pasti bahagia terasa
mengapa mesti esok
mengapa tidak sekarang
adakah pasti
esok kau bisa berjalan
esok kau bisa berlari
esok kau masih bernyawa
adakah pasti
ada izin dari yang kuasa
ada tertulis qada’ dan qadar
usah tunggu lagi
usah tunggu hari esok
lakukan sahaja sekarang
untuk hari esok tawakkal
janji ruyung sudah dipecahkan
janji usaha sudah segala
apa jadi esok tuhan punya kuasa

Muhamad Tajol
sajak utk sayembara

Kakua Lomtan berkata...

USAH JADI SIPUT SEDUT

mengapa kau masih begitu
macam si siput sedut
suka menyorok diri
senyap dalam cengkerang
cubalah tonjolkan diri
tunjuk apa kau ada
pamer apa kau hebat
kongsi apa kau ahli
rebut apa kau mahu
ambil apa kau ingin
hidangan sudah tersedia
tunggu kau jamah sahaja
permaidani sudah terhampar
tunggu kau jejak sahaja
jalan sudah terbentang
tunggu kau menapak sahaja
peluang sudah ada
tunggu kau bertindak sahaja
apa lagi kau tunggu
ambillah sepuasnya
nanti disambar orang
kau pasti sengih sahaja sia-sia…


Kakua Lomtan
aku iban takut qalam salah anggap aku ni islam plak?

Nabuak Hamsin berkata...

DEMAM

aduh tak larat
badan terasa lemah
kaki terasa kebas
hidung rasa berair
demam lagi
virus apa ini
moga bukan selsema babi
moga bukan selsema burung
moga bukan H1N1
jangan-jangan denggi
tadi kujumpa seekor nyamuk
nyamuk betina
terdampar atas tilam
perut nampak kembung
puas hisap darah
nampak riang
nyamuk juga yang salah
kasihan kau nyamuk
mungkin ini peringatan
supaya ingatkan tuhan
tanda tuhan ingatkan kita
agar tidak terlupa…


Nabuak Hamsin
sajak utk beri kepada qalam

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
MATA SEGAR oleh sdra Kumar Darhma PB. Pengucapannya nampak semacam dalam situasi atau keadaan yang resah dan gelisah, semangkin dibiarkan semangkin merempan pula rasanya, bagai gagal segala-galanya. Ini merupakan satu penyakit yang menyerang dalam diri secara senyap, bagai mencari sesuatu. Si penulis ingin membuang semua kegelisahan di hatinya. Mengharapkan satu ketenangan, keamanan, bila gagal terasa semacam lemah dan lesu, tetapi kerana tugas dan kehidupan yang perlu dijalankan, perasaan itu berhenti seketika, terasa bagai mendapat peluang untuk untuk tidur dan memulakan bekerja semula. Tetapi bila sunyi dia pasti datang kembali, sebenarnya jiwa anda sedang mencari sesuatu yang abadi. Mungkin lambat dan cepat belum tentu lagi. Hanya tuhan yang mengetahui. Semoga selalu merenung keindahan alam ini. Semoga sukses.

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

ANDAI HARI ESOK oleh sdra Muhamad Tajol PB. Pengucapannya ternya bahawa Setiap pekerjaan bagi si penulis tak usah bertangguh atau bertempuh. Sebaiknya lakukan segera , jangan tunggu lama-lama, sebainya bergerak segera. Kerana kita ini belum pasti hari esok boleh hidup atau pun mati. Semuanya kita sekadar bertawakal.
Kerana qada dan qadar semuanya ketentuan Ilahi, dengan lain perkataan> Beribadat Itu saolah kamu hendak matiu esok hari dan bekerja itu saolah kamu mahu hidup seratus tahun lagi. Amin. (TU)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

USAH JADI SIPUT SEDUT sajak oleh sdra. Kakua Lomtan berketurunan Iban, tidak kira siapa saja kita sama saja rakyat 1 malaysia en nuri pun pernah berkorban 5 tahun mendidik anak-anak serawak di sana termasuk juga anak orang Iban. Tidak usah kita kira itu semua demi pembangunan untuk negara. Pengucapan siput sedut atau Belitung ini ada bunyi sembolik sadikit. Kita tidak sepatutnya rasa rendah diri, semua
peluang telah tersedia, carilah ilmu sebanyak mungkin, agar kita semua sama mendapat peluang, mengejar dalam pembangunan negara. Tidak kira dimana sahaja anda berada bangun, bangkit rebutkan peluang yang ada. Semoga sukses. (U)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

DEMAN sajak oleh sdra. Nabuak Hamsin Penceritaannya ternya bagai orang yang sedang deman yang penyakitnya Cuma dalam andainya sahaja. Entah virus apa dari
burung atau ayam, babi, atau H1N1. Lebih terharu pula lagi melihat nyamuk di atas tilam di tempat baringan dengan perut yang kembung kekenyangan.Lebih cemas dan
ngeri lagi. Itu menjadikan seorang Ingat pada ketentuan Tuhan rabbul alamin. Amin.(TB)

Kevin Chong berkata...

sy pun tertanya jgk mcm mana nk solat dgn khusyuk yer?

Saizul Maizav berkata...

nak khusyuk kena fokus ker?

Brader Joe berkata...

susah jgk nak khusyuk dalam solat ni

Putera Damien berkata...

aku pun susah nak solat khusyuk sbb fikiran selalu merewang jauh

Ustaz Rahman berkata...

sy pun klu masalah terlampau byk solat pun x khusyuk...

Sarah berkata...

nampaknya kena pasang nawaitu tu penting

Mei Ling berkata...

apa bnda plak mawaitu tu?

Lukiee berkata...

nmpknya kena masuk islam la lps ni sbb cerita en nuri ni byk cerita pasal solat? nawaitu? sy mana thu apa....

Jessica Liew berkata...

sadjaa wat jada bhasa jawa ke ni en nuri?

Mr David berkata...

cerita pasal sembahyang ke? xphm la en nuri

Vijay Kumaran berkata...

ayoyo.. susah mau paham la pasal solat ustaz en nuri ajar ni

Denilson Fata Fat berkata...

nampak agama islam ni mcm menarik sbb mcm senang tp kalau nak masuk islam? kena buang tatto plak? aduh...

Mat Noh berkata...

sama la kita en nuri sy pun selalu bwk nota bila ada ceramah entahlah rasa seronok plak mencatat...

Ustaz Sahzan berkata...

byk kata2 semangat dalam cerita en nuri kali ni

Orang Lama berkata...

smoga anak muda yg baca cerita en nuri kali ni dapat bakar semangat mereka..

Ustaz Muda berkata...

ustaz en nuri tu pakar motivasi ker?

Ku Dania berkata...

byk kata2 perangsang dia bagi kat en nuri...

Atuk berkata...

msti smua anak2 murid dia berjaya byk kata2 semnagat di berikan

Warga Emas berkata...

cerita pasal khusyuk ni susah kalau x btol2 x beri tumpuan

Pak Kassim berkata...

jgn kata anak muda skrg kdg2 sy sndiri pun susah nak tumpu dlm solat....

Salam berkata...

mcm mana nak tumpu dalam solat sepenuhnya?

Encik Sanusi Rostam berkata...

sy tumpu dalam solat pun kdg2 susah jgk sbb skrg kerja byk jd bila solat terbayang saja keja yang bertimbun tu

PENYAIR AGUNG berkata...

KALAU PENDANGAN PERIBADI SY NAK SOLAT DGN KHUSYUK SY KOSONGKAN MINDA DAN FOKUS NAK SOLAT NI SAMPAI HBIS TANPA GANGGUAN

Rossa Long berkata...

apa bnda plak pasal khusyuk solat tu en nuri?

Muhamad Akmal berkata...

kalau solat x khusyuk bole ke en nuri?

Miss Kim Cheung berkata...

sy solat susah nk khuysuk la mcm2 gangguan anda... sah atau tidak solat sy itu?

Olie Pajutdy berkata...

huh! menarik jgk tips utk khusyuk solat ustaz en nuri bagi thu...

Jalil Janggut berkata...

eh! ustaz en nuri ada tips x solat nk khusyuk ni?

Saizul Maizav berkata...

susah la nk tumpu solat klu tinggal kat flat ni bising sikit tp di kira sah kan en nuri????

Zuraifah berkata...

menarik jgk kata2 yg diberikan oleh ustaz en nuri tu

Raja Muda berkata...

eh! langkau ke? sbb semalam en nuri cerita pasal isteri en nuri skrg pasal skola pondok semula?????

Datuk Hasbi berkata...

en nuri rajin jgk? klu sy dgr ceramah susah nak menulis ni sy lebih suka mendengar...

Mak Mah berkata...

mmg betol apa yg dikatakan ustaz en nuri kena fokus

Mozairew berkata...

susah nak khusyuk dlm solat sbb skrg msalah byk...

Miss Dewi Sageeta berkata...

khusyuk ni bnda apa plak en nuri?

Raju LInggam berkata...

solat tu apa bnda plak?

Kakua Lomtan berkata...

nampaknya solat islam dan bukan islam lain sikit...

Kembara Budiman berkata...

eh! kalau solat x khusyuk sembyh sah x?

Putera Damien berkata...

alamak! sy sepanjang bersolat ni mmg xpnh khusyuk pun tp dikira sah atau x?

Golok Buta berkata...

nnt en nuri letak plak cara2 nak khusyuk dlm solat

Badrolshah berkata...

byk kata2 yg membangkit semangat diberikan oleh ustaz en nuri tu