Ahad, 9 Januari 2011

SERAPAH ALLAH




Demi gunung ganang!
dan kitab yang tertulis
dalam lambaran yang terbuka
dan demi rumah ibadat yang dikunjungi
bumbung langit luas tiada bertiang
dan lautan dalam di dasarnya ada api
sesungguhnya azab Allah itu amat dahsat
tiada siapa pun dapat menolaknya
bila bumi digoncang dengan kuat dan hebat
lalu gunung berjalan dengan sendirinya
di hari itu nasib malang akan menimpa
mereka yang engkar akan kebenaran Allah swt.

 
Oleh: Nurimanja,
catatan ceramah bebas,
tanggal 15hb November, 2009.






50 ulasan:

nurimanja berkata...

. BAB 6 siri 3 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK

Di sinilah aku mula belajar erti kehidupan bila aku melihat , bagai mana Nek Haji Hamid membuat sampan dengan beliung, mengunakan paku dari kayu belian, bumbung rumah juga dari kayu belian di susun seperti papan kecil dan tidak pula bocor, tidak ada air paip terpaksa menum air tadahan hujan.kadangkala penuh dengan najis burung merpat dan warna kayu belian.

Masa-masa aku yang terluang aku menulis di RTM Kuching Serawak, seperti puisi, cerpen dan derama radia, dapat juga duit sabun mandi kata orang,nama aku mula dikemali poenduduk bila cereita yang aku tulis tersiar di akhbar tempatan dan majalah Dewan Perentes dan aku juga dapat berkenalan dengan beberapa penulis Serawak yang meningkat naik, dua riga kali aku di jemput oleh DBP cawanagn Serawak, untuk mengikuti bengkel penulisan cerita kanak-kanak dan cerpen. Di sampil puisi,

Dua buah cerpen aku telah di intologikan bersama penulis Serawak, dalam antologi Cerpen HATI. Ramai guru yang membimbing aku di ataranya ialah:, Hashim Awang, Abdullah Tahir, Rubidin Siwar, Othman Putih dan Hamdan Yahya bekas Ketua Pengarah DBP Cawangan Serawak..

Ada cerita aneh yang berlaku pada aku di kampung Rajang, mula sampai aku tinggal di kuates guru besar, disebabkan guru besar keluarganya ramai dan bersama mak metua , adik ipar, aku dapat baba angkat bernama Pak cik Bujang dan isterinya bernama Mak Cik Eha, tinggallah aku disitu, rumahnya bagai pelantar besar, di bawah rumah tidak boleh masuk , tanah lumpur banyak lubang ketam dan udang ketak.

Pak cik Bujang bekerja sebagai konterak di bandar Sarikei yang mengambil masa lapan jam baru samapai ke Sarikei, Pak Cik Bujang bersama anaknya Ismail tinggal di dalam tongkang pekerja inkat kongkeret semen di tiang pelantar di tebing sunagi Rajang. Sebulan sekali Pak cik Bujang akan balik membawa barang keperluan untuk satu bulan pada keluarganya.

Mak Cik Eha melayan aku dan seorang lagi cikgu Misan Misbah dari Johor seperti anaknya sendiri, rumahnya besar , bilik di bagi seorang satu,Kami bayar cuma bayar tujuh puluh ringgit se bulan, waktu itu barang maseh murah tahun 1978, tetapi aku tinggal tak lama bila aku dengar ada kuates guru kosong kerana cikgu Hasnah yang mengajar sekolah sama dengan aku hendak tukar ke sibu aku segera menghuni di kuates itu setelah dia keluar. tinggal cikgu Hamisan Misbah seorang yang maseh tinggal rumah Pak Cik Bujang dan mak Cik Eeha itu.

SAMBUNGAN

Ustaz Omar Sharif berkata...

CATURAN KEHIUDUPAN

pagi tadi hujan kejut aku
dari birai katil aku menyapa siang
selimutku lipat susun seperti biasa
cadar ku biar tegang ala kadar saja
petangku ucap selamat pada matahari
sebelum maghrib
dia sudah mahu pulang
mengizin bulan sembunyi,
hujan datang lagi
menjatuhkan satu persatu
butirannya ke atas
payung aku pegang
meneman resah langkah-langkah aku
lewat malam hujan beransur pulang
disuruh berhenti oleh Tuhannya,
diganti lain seperti caturannya
alam ini terlalu cantik uniknya
dari siang ke malam
berputar tanpa bantah renyah

Ustaz Omar Sharif
sajak simbolik utk sayembara puisi

Jupri Halim berkata...

SEMUA ADA

dalam setiap titis
gerimis itu, aku ada.
dalam setiap jalur
pelangi itu, aku ada.
dalam setiap denyut
nadimu aku ada.
dalam setiap hela
nafasmu, aku ada.
aku ada di saat mana
kamu mahu aku ada keberadaan aku,
adakalanya sekadar ada.
apa ada pada kata-kata?
apa ada pada bisik-bisik?
apa lagi mahu dengan ada,
bila semua hanya meracik.


Jupri Halim
sajak utk pertandingan

Ahmad Qatarunada berkata...

SOALAN TIADA JAWAPAN

titis air mata hancur segala
yang tinggal ada di jiwa
masih berbekas basah di ingatan
setiap pertemuan empat mata itu
akan dihabis dengan air mata lagi
dengan rasa salah lagi
pisahkan lah wahai tujuh lautan,
ceraikan lah wahai tujuh langit,
asingkan lah wahai tujuh benua.
aku dari kenangan semalam.
bagaimana hari ini hari akhir?
bagaimana kalau hari ini
pun kita tidak sempat berjumpa?
bagaimana kalau hari ini,
aku cuma bisa menghantar dari jauh?
bagaimana soalan ini akan terjawab?


Ahmad Qatarunada
sajak utk sayembara

Ustaz Zaidi berkata...

JARUM JAM

jarum-jarum jam itu aku lihat
ia terus menerus berdetik
hingga memecah sunyi malam
tapi meneman malamku di celah sepi
tapi adakala ia hanyalah
khayalan semata-mata
tapi keesokan harinya aku lihat
jarum-jarum jam terus berdetik
seperti sebelumnya
kali ini ia meneman lagi malam sepi
sampai mencelah di pagi sunyi
adakah ia terus detik sampai kiamat


Ustaz Zaidi
percubaan sajak simbolik utk pertandingan ini

Qalam Mutiara berkata...

Sajak baik.
Ustaz Omar Sharif dalam sajaknya PERCATURAN KEHIDUPAN Ia mengesahkan setiap kehidupan ini telah diatur dengan sepurna oleh Allah walaupun kadangkala ada berlakulah gerak gempa dan sebgainya, tetapi isi alam tetap terus berputar mengiku arahan peraturannya. Mengapa kita tidak perlu mengambil contoh tauladan atau iktibar dari pengajaran kejadian alam ini? Begitulah apa yang hendak disampaikan oleh penulis kepada keyunitan kehidupan di alam ini. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak utama
SEMUA ADA pengucapannya ingin membicarakan tentang sesuatu kebenaran yang mutlak atau seadaannya. Sebenarnya perjalanan hidup ini, terasa ada perkongsian bersama dalam kehidupan yang Allah jadikan. Biar dalam keadaan apa sekali pun tiap orang ada rezekinya . Tetapi yang dirasakan amat menyedehkan dan kurang menyenangkan , bila ada pula cerita kata mengata, bisik membisik, apa lagi yang perlu diperkatakan jika semuanya telah ada kita rasa dan nekmati, tidak perlu lagi untuk meracik atau merosakannya. Inilah yang cuba diketengahkan untuk kyalak untuk direnungkan? Oleh SdraJupri Halim. Sepatutnya kita perlu bersyurkur apa yang diberi Allah swt. Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Terbaik
SOALA TIADA JAWAPAN begiti bunyi kepala sajak yang dihasilkan dengan satu pertanyaan bagai tidak terjawab. Begitulah pengucapan yang cuba diketengahkan oleh Sdra Ahmad Qatarunada. Dengan pertemuan empat mata .Amatlah cukup terasa bagi perpisahan yang menyesalkan atas diri yang berasa bersalah atau bagai terkena satu pukauan yang meresahkan. Pada mulanya sesuatu yang dikira baik dan mesra, tetapi ada cerita pula sebaliknya. Bila dikenangkan semuala jalinan mesra selama ini telah pun hancur . Itulah kesedehan yang dirasakan pada dirinya bagai dosa yang tidak terampun apa bila tiada jawapan dari pertanyaan. Semoga tuhan merastuinya . Amin.

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Terutama
Sajak JARUM JAM sajak ustaz Zaidi memaparkan sesuatu kehidupan itu umpa jarum jam.Tiap kali berdetik berjalan mengikut pusingan dan arah putarannya. Bila tiba dia akan rosak dan terhenti. Seperti biasa kehidupan ini cuma sementara, perlu apa kita wujuk sengketa, kerana apabila tiba masa dan waktunya, kita pun bagai jarum yang berdetik, akan mohon berhenti atau mati. Begitulah gaya dan cara kehidupan kita di dunia ini. Yang perlu kita ambil contoh dan tauladan untuk berfikir seadannya. Amin

Jalal Rafzee berkata...

kretif jgk org sarawak ni

Kembara Budiman berkata...

Nek Haji Hamid dia laki ke pmpuan? nek ni pmpuan tp kenapa nama haji hamid?

Danial berkata...

kayu berlian??? mcm mana rupanya

Budak Rap berkata...

kayu berlian je? emas xde ker? hehe

Golok Buta berkata...

mcm mana dorg tadah air guna kayu berlian?

Seri Suri berkata...

en nuri pun tolong sekali ke nek tu?

Atan Yahoo berkata...

en nuri tolong nek hamid tu atau en nuri tolong tgk jer? hehhe

Tetamu Malam berkata...

wah! hebat jgk nek hamid tu kretif

Nuri Jaguh berkata...

nek haji hamid tu x turunkan ilmu dia ket en nuri ker?

Ummu Akilah berkata...

cerpen en nuri kluar radio!!! wha!!!

Malik Wariya berkata...

msti en nuri popolar gila masa tu

Raja Muda berkata...

mcm mana en nuri boleh dapat ilham hnya duduk di hutan sarawa?????

Ustaz Majusi berkata...

cerpen en nuri semua menarik tp kenapa en nuri x teruskan jd penulis?

Tengku Anita berkata...

wah! byk jgk kebolehan en nuri msa ni

Ustaz Sahzan berkata...

ni msti en nuri byk dapat ilham sbb x pergi mana hanya mengadap hutan je? hehe

Abang berkata...

pak cik bujang??? kalau x salah sy dia dah meninggal skrg

Siti Hajar berkata...

pak cik bujang jd ayah angkat en nuri????

Pak Ngah But berkata...

org sarawak mmg begitu dorg ni baik dgn tetamu kdg2 sampai ambik buat anak..

Geletek Malam berkata...

wah! terus ambik en nuri anak angkat?

Taib berkata...

mmg budaya org sarawak smua org yg baik2 dorg ambik buat anak angkat ada jgk siap ambik buat menantu

Petualang Tiga berkata...

eh! org sarawak senang je terima org? bahaya

Mat Noh berkata...

msti en nuri ada seri muka ni sbb tu dorg ambik jd anak angkat

Adithama berkata...

cerpen hati? en nuri xpnh pun siar kat blog?

Muhamad Rabbo berkata...

bila en nuri nak siar cerpen hati plak kat blog ni?

Pak Awang berkata...

anak2 pakcik bujang buli en nuri x? sbb selalunya dalam TV kluarga angkat msti jd mangsa buli

Olie Pajutdy berkata...

eh! pak cik bujang ni melanau ker?

Badrolshah berkata...

nama btol dia apa? bujang ker?

Ustaz Saad berkata...

misan misbah??? mcm pnh dgr je nama tu....

Dayang berkata...

misan misbah??? eh! kalau x salah dulu org gelar dia cikgu kerbau...

Ustaz Zamree berkata...

kenapa en nuri pindah plak? sian cikgu misan

Ustaz Deris berkata...

cikgu misan? dia nk yg kuat makan tu ke?

Emily Bayans berkata...

70 murahnya sewa!! sewa bilik ker?

Ezad Emir berkata...

kenapa en nuri tinggal cikgu misan sorg? kenapa x ajak dia sekali tinggal dgn en nuri?

Cikgu Rahim berkata...

cikgu misan kena bayar sorg la nampknya? dulu dia kongsi dgn en nuri

Satria Juragan berkata...

mak cik eha? dan pakcik bujang? mcm pnh dgr

Danish berkata...

sambung lagi! menarik kisah ni

Nabil Quldi berkata...

kenapa cikgu misan? dia x jd ustaz ke?

Orang Lama berkata...

gaji en nuri msa ni berapa? sedih plak baca sbb sewa sampai 70

Warga Emas berkata...

mcm2 dugaan en nuri tempuhi

Comel berkata...

x sabar nk thu kisah seterusnya

nurimanja berkata...

JAWABAN RENGKAS SAHAJA

-sewa bilik asing seorang Rm70.00 sam makan sekali, memang murah, gaji kecil. tapi lagi sedeh tuk guru ajar quran tak bayar apa pun, tolong angkat air peregi.

-Dia orang nakal gelar cikgu misan sebab badan dia macam malik noor mestilah lalu makan, ustaz saad kenal dia ke?

-sebab pindah saya nak menulis, bilik saya sebelah ruang tamu, ada TV, ada malam tertentu filem melayu ramai orang kampung
datang menonton. lepas jam 10 api dipadam. guna jenerator tarik karan rumah jiran.

-Cerpen hati belum siar ke, tajuk lain agaknya.

-semua keluarga pak cik mak cik heha hormat saya, mereka pun dah meninggal (alfatihah) apa
saya makan minum minta halal. cikgu man lani guru besar abang Galau, utang belum bayar, tapi
saya halalkan saja.

-Duk seorang di kuater sunyi ilham pun banyak datang, tak ada gangguan, cikgu misan badan besar
tapi penakut dia dapat kuater tumpang tidur rumah orang. Pak cik salim.

-dimana saya pergi, mesti ada nak buat adik angkat, anak angkat, , abang angkat, kaka angkat. mujurlah
saya mereka tak angkat.

-saya menulis bukan kerana nama, semuanya ini bakat semula jadi dipinjamkan tuhan buat sementara, itulah saya takut riak. mana tahu, ramai saya tenguk jadi begitu. sebab hati suka berubah-ubah.

-Gambar saya dulu dah siar dlm blog, seri suri nak cuba nak mengorat, tapi saya dah tua, lain lah taip mahmud dan bong dapat isteri muda terang tang-tang.

-bumbung papan berlian. dipotong sebesar batu bata, kemudian dipaku dg paku kecil, tahan kayu ini puluhan tahun, tapi hujan dan panas jadi hitam, air dari bumbung
ini disalur ke tangki tadahan. bila kotoran lepas ke bawah
baru kita guna.

-facebook ini pasal banyak buat tomahan dan fitnah, baru ini kena pada menteri penerangan dan kebudayaan datuk rais yatim, kadangkala boleh menjatuhkan maruah, dan merosakan rumah tangga dan menjatuhkan negara juga.

jika ada soalan terlepas pandang, harap maaf.