Sebatang rokok
dihidupkan
lalu disedut
bila tinggal pendek
dimatikan dibuang...
Semuanya
adalah satu penipuan
ilusi kepuasan dan kenekmatan
yang memperdaya kepalsuan...
Sebatang rokok
sebenarnya tidak punya apa-apa
cuma membakar kehidupan
yang terlalu biasa
buat memendekkan usia....
Oleh: Nurimanja,
tarikh 17hb, November, 1976.
cuba renungkanlah ....
dihidupkan
lalu disedut
bila tinggal pendek
dimatikan dibuang...
Semuanya
adalah satu penipuan
ilusi kepuasan dan kenekmatan
yang memperdaya kepalsuan...
Sebatang rokok
sebenarnya tidak punya apa-apa
cuma membakar kehidupan
yang terlalu biasa
buat memendekkan usia....
Oleh: Nurimanja,
tarikh 17hb, November, 1976.
cuba renungkanlah ....
50 ulasan:
BAB 9 siri 1 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK 1973
Hari ini cuma tinggal kenangan, semua itu tidak berlaku lagi dalam kehidupan seharian aku kini. Aku sudah tercampak di sebuah bandar baru Perda di Telok Kumbar , sebuah perkampungan Melayu yang sudah dinodai Arus pembangunan.
Bertukar dari pekan kecil kini yang sedang pesat membangun dengan perumahan kos rendah sederhana dan mewah, bagai cendawan tumbuh selepasa hujan, walaupun aku dahulu di Perak aku sudah membeli sebuah rumah teres tiga bilik dan bercadang untuk tinggal di situ, , entah bagaiman keadaan bertukar corak pula.
Bila isteriku membeli sebuahrumah pangsa kos rendah atas namanay, hasil EPF simpananya dulu, bila aku pencen ,aku cuma menompang, kalau dia halau aku terpaksa keluar dari situ, kini malas pula hendak berpindah di kawasan taman perumahan yang jauh daripada kemudahan asas yang lebih selesa.
Apatah lagi anak-anak aku yang telah lama menekmati kemudahan di bandar, pasti mereka susah menjalani kehidupan di perkampungan. Mereka bukan seperti aku yang mempunyai banyak pengalaman bertani, nelayan, dan kerja-kerja kampung.memang agak jangkal dan perik kalau mereka tinggal di kawasan pendalaman .
Walaupun sesekali hati aku terjentek untuk mengharuangi hudup di kampung semula, bila aku fikirkan , terasa berat. aku sepikan saja hajat hati kecilku itu.
Kakak pula telah menuntut di Banggi melewati kota mopolitan kuala lumpur, sudah tentu mindanya lebeh terbuka, negeri sebesar Pulau Pinang ini lambat laun akan menjadi tidak tertambat hatinya untuk menetap di pulau ini. Cuma Adiknya yang maseh menjadi konta kente untuk melanjutkan pelajarannya di mana belum ada minat agaknya.
Terpulang kepada ketentuan Ilahi Kalau nasibnya baik mungkin berhijrah pula seperti kakaknya. Aku cuma dapat berdoa sahaja selepas solat tahajut dan hajatku selama hampir dua puluh tahun lebih kita cuma merancang Allah SWT. yang menentukanNya.
Aku sudah pun beberapa tahun jadi pesara wajib kerajaan kini,setiap tahun mengharapkan,bonos atau kenaikan 5 atau 10 peratus dari kerajaan,maklum sajalah hidup di Bandar Baru Perda Pulau Pinang ini,semuanya memerukan wang,kalau tidak ada wang semua pergerakan kita akan terhad juga.
Agak perik juga bila gaji aku yang selalu aku teima lebih dua ribu tinggal tidak sampai setengah, disebabkan perkhidmatan aku selama ini dengan JPA tidak cukup 25 tahun bersara wajib .sedangkan aku cuma bekhidmat selama 22 tahun lebih sadikit, maka aku cuma layak terima bawah daripa seribu sebulan ,
BERSAMBUNG.
AKU ADALAH
aku adalah bayang bayang yang kau lihat pada waktu malam
aku adalah bentuk
kau lihat dalam cermin
aku adalah kata dari seorang musuh
aku adalah penipu yang hebat
aku adalah orang banyak berdosa
aku adalah hamba yang derhaka
aku adalah insan yang selalu lupa
aku adalah makhluk yang hina
aku adalah segumpal darah
aku adalah setitis air mata menitis di malam hari
aku adalah tangisan menyesali
aku adalah tangan yang menadah doa
aku adalah dahi yang ingin bersujud
aku adalah jasad
tak ingin merasa neraka
aku adalah diri tak layak
untuk ke syurga
aku adalah mengharap kasih dariMu
Tinta Bayu
sajak keinsafan
UMPAN APA YANG MAHU KAU GUNA?
pening rasa berpusing
berpinar bebola mata
serba tidak kena
umpan habis dimakan
mata kail tiada terusik
apa umpan mahu diguna
umpan anak gelama?
umpan duit?
umpan bunga?
umpan apa mahu dipakai
umpankan saja projek berjuta
pasti cepat tersangkut
menderu si ikan datang
sampai tak cukup tangan
pasti penuh habuan
tak habis makan
sampai hujung penggal…
Wasiril Azmi
Sajak simbolik sikit.. hehe
BUNGAKU TERBANG
Untuk kamu terbang
Teringin menjadi ubat
Agar kamu tenang
Teringin menjadi api
Yang membakar di dalam jiwa
Tapi hati teringin sekali
Untuk lihat kamu ketawa
Engkau bungaku semakin layu
di jambangan itu kan ku siramkan
dengan air mataku agar kau
kembali mekar seperti dulu
Ya seperti seperti dulu Bisakah?
Oh Datanglah cahaya
pancarkanlah sinaranmu..
kepada bungaku agar ia
bisa mekar selamanya..
Razak Abu
sajak utk sayembara
GULAI IKAN MASIN
demi terpandang sahaja
hati berdegup kencang
seakan tiada tertahan
mahu segera diredah
demi tercium baunya
terus menusuk ke jiwa
seakan tiada tertahan
mahu segera diratah
nostalgia klasik tiba menjelma
pantas roda hidup berputar
dan wajah tua itu
senyum dibalik kedut seribu
wajah ibu segera dirindu
dan pada saat ini
rindu seakan terubat
oleh enaknya hidangan
gulai ikan masin
suatu kisah klasik…
Panglima Ketot
sajak sayembara
RESEPI KACANG DHAL
* 1 cawan kacang dal
* 3 cawan tepung gandum
* 1 labu bawang besar - dipotong dadu
* 2 tangkai cili kering- ditumbuk ( i pakai 1/2 sudu besar serbuk cili malas nak tumbuk cili kering)
* 1 1/2 cawan air
* segenggam ikan bilis atau udang kepal
* garam secukup rasa
* minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Kacang dal dibersihkan dan direbus hingga empuk,
2. tos kan air rebusan, semasa kacang dal masih panas masukkan tepung gandum, bawng besar, ikan bilis, cili dan garam
3. gaul rata bahan2 tadi. panaskan minyak dan goreng seperti menggoreng cucur udang atau jemput2
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
AKU ADALAH sajak daripada sdra. Tinta Bayu pada pengucapanya ternyata bagai ada Penyesalan yang amat sangat telah merangkumi hidupnya selama ini, bagai tidak tertanggung lagi. Dosa-dosa bagai tidak terampun pada pemikirannya begitu banyak dan membebankan. Terasa resah gelisah jika dirinya dihumban ke dalam neraka. Kini dia cuma menyerah kepada kehadratMu dan keangunganMu. Ya Illahi. Amin (TU)
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
UMPAN APA YANG MAHU KAU GUNA? Sajak dari sdra. Wasiril Azmi wartawan hiburan tempatan. Pengucapannya tepat walaupun bersimbolik. Dibayangkan pada seorang pemancing ikan yang bagai kehilang modal untuk memancing lagi. Kini cuba yang kedua sebelum PRU13. Hanya dengan umpan projek progam 100 agenda untuk mengumpan janji. Nasib baik 16 september tidak menjadi, itu pun janji 3 keturunan hidup dalam kemewahan, makan tidah akan habis jika sudi melompat parti. Tetapi janji dimulut bukan di hati, terlalu sukar untuk dipercayai. Akhirnya menjadikan ramai rakyat tidak percaya lagi. Hanya mereka di atas sebuk menari. Hasil daripada tarian syok sendiri. (U)
GULAI IKAN MASIM sajak daripada Panglima Ketot. Penceritaannya bagi mengenang kisah lama. Bila saja terhidu bau gulai ikan masin atau kering.ini mungkin cerita sewaktu alam kanak-kanak lagi agaknya. Begitu sayu bila kita cuba mengenangkan waktu kita lapar pulang sekolah, buka tudung saji, Ibu cuma mempu sekadar menyediakan makan tengah hari nasi putih dengan gulai ikan masin. Sebenarnya itulah yang ibu ada dan ibu mampu menyediakannya. Hari ini cerita itu Cuma tinggal kenangan dan cerita klasik yang menyentuh hati. Semoha hari ini tidak begitu lagi Amin (TB)
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
BUNGAKU TERBANG sajak oleh Razak Abu kau tak main bola sekarang ? Dulu kau yang selalu jaga gawang pintu gol sekolah? Pengucapnya rasa bagai kehilangan sesuatu bunyinya? Adakah gf kau telah lari atau terbang jauh di awan meninggalkan Kau berseorangan? Ini pasti sajak jiwa-jiwa yang patah hati jiwa melara. Kalau kau tak pandai jaga dan ambil hati pastiklah dia lari. Berharap cubalah pujuk dia kembali.Carilah sesuatu yang yang amatdigemarinya, bukan yang dibencinya. Amin. (B)
ada sambung lagi ke ingatkan dh tamat?
eh! en nuri tinggal penang ke skrg? ingatkan perak lagi
sdih plak baca kisah riwayat hidup en nuri ni
eh! bandar baru teluk kumbar ke en nuri tinggal? bukan tinggal kondo ker???? suspen jgk en nuri tinggal blok brapa? 1 ke? atau 2 sampai 7?
en nuri tinggal teluk kumbar kos rendah? bukan tinggal kondo? jd en nuri ni siapa??? esok kena siasat la...
en nuri tinggal flat bandar bru teluk kumbar??? flat blok berapa? yang pasti msti bukan blok 2 sbb sy xpnh jmpa plak org seni kat sana...
semakin suspen plak sbb en nuri tinggal di kalangan penduduk bandar baru teluk kumbar!!!!
eh! en nuri tinggal telkuk kumbar jgk ke?? kat mana plak? flat blok berapa?
en nuri tinggal rumah kos rendah? ni msti flat ni tp kat mana??????
en nuri pesara ke? bukan masih mengajar ker? rasanya mcm pnh tgk en nuri ni...
en nuri tinggal di flat mana plak ni?? blok brapa? jd jangkaan kami salah ingatkan en nuri tinggal kondo....
en nuri msti tinggal flat baru mngkin....
kos rendah? en nuri tinggal flat ke? eh! hbis saizul kata selama ni kondo?
EPF bnda apa plak ni?
rumah pun isteri punya ke en nuri??
eh! rumah en nuri skrg nama isteri ke? isteri en nuri msti org kaya ni
isteri en nuri anak datuk agaknya sbb rumah pun nama dia...
eh! kenapa letak nama isteri bukan nama en nuri rumah tu?
eh! en nuri kena queen control ke sbb rumah pun nama isteri...
sayang sungguh en nuri kat isteri sampaikan rumah pun nama dia sama la mcm sy.... hehehe
la..ingatkan en nuri tinggal rumah banglo rupanya flat ker?
rupanya en nuri tinggal flat? selama ni kami kena tipu sbb saizul kata rumah banglo
wah! en nuri ada 2 rumah ker?
kenapa tak tinggal rumah teres ke kenapa pilih flat?
en nuri dh pencen???? ingatkan en nuri ni 40an..
eh! ustaz dah pencen ke? ingatkan mengajar lagi sbb masa kat skola nampak ustaz muda mcm 40an
teluk kumbar kat mana tu en nuri?
kenapa pelik sgt nama dia teluk kumbar....
eh! en nuri dulu tinggal rumah teres? en nuri bagi sewa ke jual?
rumah flat ke en nuri tinggal? kat mana plak ni???
sian en nuri bukan org senang rupanya
sedih plak baca biodata en nuri rupanya en nuri ni org pencen? jd selama ni kami dipaksa memfitnah org lama? hmm... rasa bersalah plak sy selama ni asyik kutuk blog en nuri ni pun qulbai yg batu api dia kata blog ni byk tarik org dia.... sy pun terikut sekali anti blog ni tp bila pikir balik en nuri x ada apa2 dgn kami tp kami plak lebih? jd sy mohon maaf kepada en nuri maafkan sy dunia akhirat ke atas perbuatan sy yg mcm setan hari2 kutuk blog en nuri... maaf byk2!!!! di harap kalian terima sy semula sy janji sy akan terbalik kan semula sy nak ajak rakan2 sy hentikan buat tomahan ke atas blog ni... en nuri maafkan sy,..............
rupanya en nuri bukan seperti kami sangkaan kami terpegaruh dgn tuan ghamidi!!! terima kami en nuri....!!!!
sy org yg ke berapa puluh sy xthu tp terima sy jgk en nuri di blog ni... en sanusi! abdullah gadafi terima sy kembali..... jd tukang sapu di office pun x mengapa dari jd pak turut tuan ghamidi
en nuri ni org yg susah rupanya bila baca biodata en nuri ni... bru kami thu selama ni kami sokong si syaitan! mampus la tuan ghamidi! hari2 hasut kami kata en nuri ni org berpegaruh nak panjing org dgn politik tp sangkaan kami meleset en nuri x begitu tuan ghamidi yg celaka!
esok kami nak berkempen supaya 100 org lagi di bawah tuan ghamidi masuk puak en nuri! sbb tuan ghamidi pun xde msih koma jd kami nak buat gerak gempur! en nuri adalah yg benar tuan ghamidi haprak!!!!!
dulu msa tuan ghamidi masih ada dia melarang kami semua pekerja dia masuk blog en nuri katanya blog en nuri ni pembohong? syok sendiri! sebar berita palsu? sombong? tp bila sy dh ada beberapa rakan sy msuk blog en nuri x rasa pun mcm mana mana yg tuan ghamidi kata bagi kami blog ni benar! en nuri bukan jugak kaya dan sombong ternyata kami kena kencing selama ni.... kami kluar puak ghamidi yang Buzybody!!! blah la tuan ghamidi!!!!!!
eh! tempat en nuri bandar ke kampung?
sikit btol 1000 sebulan???? sian en nuri...
1000 sebulan je pencen en nuri??? rasa mcm nk buat kutipan derma saja kepada en nuri...
Catat Ulasan