kategori sajak negara jiran 2009.
Andai kau kenali aku
kau temui kehampaan
dalam setiap langkahku
andai kau kenali aku
kau terpaksa jelajahi
setiap ruang sepi hatiku
andai kau kenali aku
kau temui penyesalan
dalam setiap denyut nadiku
andai kau kenali aku
kau memperjudikan rasa
bagi menyingkap tabir rahsiaku
andai kau kenali aku
kau kenali kecewa
kerna aku tak punya apa
Andai kau kenali aku
kau temui kehampaan
dalam setiap langkahku
andai kau kenali aku
kau terpaksa jelajahi
setiap ruang sepi hatiku
andai kau kenali aku
kau temui penyesalan
dalam setiap denyut nadiku
andai kau kenali aku
kau memperjudikan rasa
bagi menyingkap tabir rahsiaku
andai kau kenali aku
kau kenali kecewa
kerna aku tak punya apa
OLEH: EMILY BAYAN.
Nagara Singapore
23.11.2009
23.11.2009
50 ulasan:
SETAPAK
Setapak aku melangkah
Terhenti diam bisik tentang kamu
tentang dulu jadi
mustahil tidak menoleh
Serba terburu meluah tangis.
Tapi sekarang aku sudah gagah.
dalam langit ligat bersembunyi
warna warna pelangi indah
menanti isyarat bait-bait tersusun
membias di langit
buat tatapan makhluk segala di bumi
sambil bulan di balik bumi
menanti senja berlabuh
mengikat sauh malam
bersambut sorak pekik
burung - burung pulang ke sarang
esok selepas hujan ia kembali..
Ustaz kamarudin
sajak simbolik utk di pertandingkan
DALAM
Dalam cinta bunga bersemi
Dalam sakit bunga mengadu
Dalam suka bunga alpa
Dalam duka bunga berlindung
Dalam satu dekap bunga berbintang
Dalam satu harap bunga meminta
Dalam satu ikat bunga menyatu
Dalam kesendirian kumbang
Dalam berharap bunga tak hilang
Dalam Mimpi kumbang dalam pusara
Dalam Catatan kumbang air mata
Dalam kumbang bersua cinta bunga
Dalam kumbang berharap bunga
Nur Atikah
3pagi
8.1.2011
TAK DI SANGKA
muncul tak disangka!
terjelopok kau kerana bodohku
atas dasar kecewa atas dasar amarah
atas dasar bosan
rasaku kau sempurna
dari atas hingga bawah
tiada penghalang lagi kali ini
muka ada poket ada body ada.
cukup sempurna!
tapi kau pergi.pergi.pergi.
aku sendri lagi
Kalau aku baca sebutir perkataan.
Bernama sajak tentang sesuatu
yang aku kau luluh hati
ke lantai berderai tangis nurani
airnya berjurai merembes kelam
cinta terlerai rangkanya musnah
tapaknya terbengkalai reput.
tinggalnya cuma bangkai
Nasir Hamdi
percubaan sajak pertama untuk sayembra
MENGANTUK
Pernah aku bagi puisi.
Seindah irama menjadi seni.
Petik gitar seumpama bumi.
Diam bising gemersik sekali.
Gunung Sarawak beruntung.
Muncul matahari,seindah pagi.
Lagu bunyi tidak berhenti.
singgah dengan rasa yang ingin
meluah kata-kata tapi buntu
macam mana aku hilang idea
sia-sia aku singgah
rasa tercangah-cangah
pagi menjelang
Yang gelap tadi,biar kan.
Seluruh warga membuka segala derita
Biarlah ianya indah juga.
Kerana sudah pasti.
Hari ini akan cerah
cuma bulan tetap malap
selamat tinggal aku pun mengantuk
Muhamad Zafri
percubaan sajak sy tak pandai menulis sajak sekadar mencuba nak masuk pertandingan
qulbai Laghe tok serupo denge suroh
Hok comey bakpo pakat kato hudoh
Saye sohh doh laeng denge beci,
Jerok mamey tok supo jerok celagi
Takot ado keno denge ketar gegar,
Supo dahago ado sabit denge lapar,
Ngiga sebenarnyo sabit denge kemama
Selok tak dok bezo denge tok kaba.
Sapo kato buluh tu galoh,
Sapo kato tekeng tu tok bekekoh,
Naka laeng sikit denge jahat,
Dawa pun oghe duk pangge krawak.
Kalu tunggo tok serupo turuh pagar,
Sengoti tolo tok srupo denge panda,
Lagu mana gadoh jugoklah lorat,
Toksohlah wak loloq tok kena hok mano dakak Hok mano krabak.
Demey tok keboh bezo denge leloh,
Senyung semeweh
tok serupo denge sengeh
Baling tu laen denge kipah angin,
Bereng abe sikit jah pado kerah
Kito tok leh wak tok tetu kalu,
Oghe serabuk ngeleh kito tok tahu,
Kito duk rberembah badi cah keting,
Oghe laeng gi seruh-serah..
Kito duk pakat reboh teguling.
Ulat kekek jange wi tuka
denge ulat belucah,
Jale bejeket jange kato srupo denge hungga derah,
Kalu karak buleh lagi kito peteri,
Hok gelonggong lagu mano pakat kato tokleh nok isi?
Payoh sengoti bekecek nok bekiro
Culah lagu laeng tok supo celiko
Payoh jugk nok bezo
mano lakoney mano sandiwaro
Hok sengotinyo, manih leting tu belung tetu ibu gulo!
Bulan Terang ni bukan sajak tapi sindiran utk qulbai hahaha
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
MENGANTUK tajuk sajak daripada PB sdra. Muhamad Zafri belum buat sajak telah dicalun ke sayembara puisi. Macam cerita raja lawak pula. Apa pun ada kemahuan ingin mencoba. Pengucapannya maseh teraba-raba mencari kekuatan.pertama kalinya.
Tidak mengapa, lama kelamaan anda akan berjaya. Rengkasnya, ada isi dan ada maksudnya yang tersendiri. Semboliknya penceritaan pada situasi keadaan semasa. Perjalanan hidup yang dilalui si penulis terasa getil pada mulanya, kini mungkin agaknya, sudah terlepas bebas, bersama sinar cahaya matari pagi untuk meraikan kegembiraan hari depan. Semoga sukses! Amin (B)
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
TIDAK DISANGKA sajak PB baru sdra. Nasir Hamdi pengucapannya boleh terima.Walaupun buat kali pertama, telah dicalum dalam sayembara puisi, angaplah pekara ini bagai langkah pertama untuk langkah seterusnya. Isi maksud sajak si penulis ini menceritakan sesaorang yang tidak perlu dinilai dengan lagak gaya dan cara ataupun kedudukkan. Terasa si penulis ingin melepaskan paku buah keras. pastinya akan rasa lulus hati nuranimu, terlerai segala keangkuhanmu, segala ungapan ini, kehidupanmu menjadi relai, terbengkalai dan menjadi bangkai. Ada kemampuan jika anda susun dengan baik. Isi dan maksudnya. Usaha lagi Amin (TB)
Ustaz kamarudin dengan sajaknya bertajuk SETAPAK kaki melangkah. Terasa isi pengucapannya bagai menyatakan perjalanan hidup yang ada berbagai kepincangan dan hiruk pikuk jadinya . Kini telah dapat meluluskan diri terasa bagai bebas dan lepas dari rasa kesebakkan kekalutan didada, bagai tidak mahu lagi hidup dalam rasa kemarahan dan kebencian, sesame kita, ingin bebas sebagaimana burung –burung yang bebas pulang ke sarang menekmati kehidupan dini hari. Amin. anda ada rasa kemampuan mengeloh sajak lebih baik lagi. Semoga sukses. Kali tiada yang baik lagi,diberi kedudukkan sajak Terutama.
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
Nur Atikah sering bermain dengan jiwa-jiwanya.Dengan sajaknya bertajuk DALAM Ada penceritaannya yang tersendiri, di antara sang bunga dengan sang kumbang ada
kemahuan dan kehendaknya yang tersendiri, sajak perbandingan dalam bentuk kiasan makhluk alam,
pada bunga dan juga kumbang ini berkait rapat dengan lumrah kehidupan manusia sejagat. Begitulah seorang pendatang baru PB yang rajin mencari, menilai dan meneliti puisi ilhamnya yang sesekali ingin meluahkan untuk keluar dari denyutan citrarasa hati dan nuraninya. Harap perlu lagi cari kekuatan dalam usaha pengucapannya.Amin. (U)
saya sekarang sudah keluar puak tuan ghamidi? en nuri menerima lagikah org??? saya rasa bersalah bila baca tentang sjak serapah Allah sbb menyokong kuat tuan ghamidi
sajak ketuhanan plak kali ni? hehe
btol tu mengapa manusia enggan sujud?
sajak yg bila baca rasa rendah diri
sajak yg menarik utk di kongsi bersama
sajak tentang kehidupan ke?
langsung xphm 1 pun sajak en nuri ni.. maaf
agak pening baca sajak en nuri sapa quran? sapa adam dan hawa?
kenapa Nya huruf besar plak?
hehehehe terima kasih en nuri!! ni sajak lama sy pun dh lupa...
sajak jiwa2 la emily ni
sajak emily jiwa nampaknya?
sajak utk boyfriend ke emily? hahaha
jiwa2 sungguh sajak emily ni
banyak khayalan dunia remaja emily ni
apa bahasa ko tulis ni bulan terang?
bulan terang jgn la loklaq aku xpham la...
aku rasa bulan terang ni tulis dia saja yg paham... hahhaa
en nuri patutnya jangan siar sbb xphm langsung bahasa bulan terang ni
terima kasih en nuri sbb siar! ni bhasa kelatan hulu punya... hehe
nak komen apa pun x thu kat bulan terang ni
baik en nuri letak pasal politik lagi bgus dari bulan terang tulis ni kangsung xphm
lama xde isu pasal politik?
selalunya suara bebas hantar isu semasa skrg xde plak?
x best la bulan terang ni xphm
baik sy hntr resepi lagi baik dari bulan terang ni langsung xphm
en nuri buang pun xpa bulan terang ni sbb langsung xphm bahasa kelatan
rasa mcam jadi org kelantan plak bila baca bulan terang tulis ni
aku xphm apa yg bulan terang tulis ni tapi aku sokong dia sbb dia kata kutuk qulbai...
nnt letak smula isu semasa bulan terang ni xphm!!
apalah punya bulan terang tulis je bahasa melayu
terbelit lidah baca bulan terang tulis ni
apa benda yg di bebelkan oleh bulan terang ni
sajak en nuri kali ni kretif jgk
sajak en nuri lagi menarik
esok sajak siapa plak?
harap2 esok sajak aku! hehe
sajak2 anak didik en nuri xnk siarkan ker?
sajak yg agak ringkas tapi menarik
sajak yg best!
JAWABAN RENGKAS SAHAJA
-Bulan terang punya bahasa ulu dia, saya pun faham sikit-sikit
saja. minta dia terjemah ke dalam Bm yang sempurna. susah juga nak tulis ini.
-Quran kitab suci yang dibawa oleh nabi muhamad saw. sama juga nabi isa, musa, daut, bawa kitab injil , zabul, taurat, utuk fahaman agama masing-masing. buat Rossa
-Nya huruf besar pada akhir ayat itu menyatakan ganti nama
pada Tuhan (Allah). buat Raju
-umur saya lebih setengah abad, boleh panggil pak cik tak lama
lagi orang tua atau Apek
-Di Serawak, masih muda, masih terang tang- tang kata orang
-Boleh lihat biodata di atas blog Citra Rasa ini.
-Cikgu Kana lelaki hamper pencen waktu itu. budak tidak tahu
peraturan barang kali, dia langkar saja peraturan majlis perhimpunan.
-Kuaters ini sebuah macam banglo zaman dulu, mungkin peninggalan
penjajah, 3 bilik 2 ruang tamu, ada veranda tinggi, ada tangga dan
tiang batu, di bawah rumah tiada siapa duduk lembu tumpang tidur
-capricorn banyak duit dalam sms cosmo selalu saja nama naik rajin
melaporkan berita, mai buat ulasan dalam blog ini, percuma sahaja.
Catat Ulasan