Khamis, 24 Mac 2011

MUSIBAT SI PUTAR BELIT








Sajak pilihan ahli Cr.


 Musibat!
dasar putar belit
dah la kau masok lorong taik,
Kau pijak makanan aku.
Takda akal ker?
Kau bawak segala najis,
Kau lekatkan pada minumku.
Kurang ajar!



Musibat!
Ko jangan hasut kami
Kami setia dengan kerajaan kami
jangan kau curi rezeki dia,
Kau kenyangkan anak-anak bawahmu.
Bila kau nak berubah
Sedarlah umur semakin senja
Jangan jadi pendusta
Menabur janji palsu
Nanti kau.
tuhan tunjukanlah
Hapus lah dia.
si Musibat!! 



Oleh: Keris Sakti
jam sembilan malam
sepetang bersama 2010 April 20 14:33

Diterbitkan semula  pada hb,25/03/2011





50 ulasan:

Tinta azimad berkata...

Dicatat oleh Tinta Azimad 8:21 AM

Label: Keris Sakti
Ternyata ada rasa kemarahan bunyi pengucapannya sajak Keris Sakti ini, Ada juga berbau asap politik. Sesiapa pun akan marah kecuali maknguk yang tak tahu apa yang memberi sokongan membabi buta. Kalau sekali dua tidak mengapa kita boleh maafkan saja, Ini sudah berkali, malah macam-macam cerita, Biasanya sekali terkena sepuluh kali susah orang nak percaya. Ini semua ada Agendanya yang tersendiri. Lihat sajalah berapa ramai orang kuat dia yang tak puas hati. Tinggal nak bergusti saja lagi. Kalau orang kampung dah lama main belangkung. Kalau tidak pedang semurai, salah seorang perut akan terburai.. Ada gelaran raja menipu number 1 di malaysia. Dengar boleh percaya jangan.

Nurimanja berkata...

INFO AGAMA : SIRI 3
KENAPA KITA MENJADI BERAT UNTUK KE RUMAH IBADAT MASJID ATAU SURAU? OLEH: EN NURI

SEBENARNYA tidak ada sesiapa pun yang lahir saja ke dunia ini terus pandai tanpa belajar. Sedangkan nabi juga diajar oleh malaikat jibrail yang membawa wahyu. Mengapa kita mesti segan . buangkan sifat angkuh dalam diri kita, barulah iman akan dekat dan lekat dihati kita. Keegoan yang melampau Menjadikan kita kebodohan yang tidak boleh diajar dan cerdek pula tidak boleh diikut.

Kanak-kanak yang baru lahir juga perlu belajar, buka mata, hisap susu, menguap dan bergerak ibu jari tangan dan kaki dan begitulah seterusnya hinga boleh menyering, meniarap melunjur, merangkak dan berdiri, jalann jatuh dan berlari seterusnya telah menjadi kebiasaan semuanya. Alah bisa tegal biasa Amin!

Jangan dibiarkan diri anda digoda sampai ke tua tidak pernah menjenguk surau dan masjid. Kerana Allah pun bersumpah Demi masa manusia sentiasa dalam kerugian, kecuali bagi mereka bagi mereka yang beriman, dan melakukan amalan soleh dan berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan penuh kesabaran. Amin

Untuk petua menghafal mudah: Ayat-ayat lazim atau muqadam .Baca atau halaf satu hari lima ayat sahaja, jika dapat tambah lagi lima ayat dan seterusnya berulang-ulang sehingga fasih dan lancar. Sebenarnya kerja apa pun jika dilakukan dengan berulang-ulang dia akan menjadi mahir dan fasih. Insyaallah , Amin

Ingat sajalah, Tidak ada siapa terus pandai kecuali perlu merangkak dan berdiri baru berjalan dan terus berlari. Jalan mudah ambil panduan dari anak kecil yang baru lahir , berbulan dan bertahun baru berjala dapat berdiri dan berjalan sebelum boleh berlati. Amin. sebelum di sini pohon berhenti. Eloklah sesekali perlu ikut bersama ahli jemaah tabligh:

Sebaik contoh mendekatkan diri dengan rumah ibadat. Ikut gaya orang tabligh pakistan bermusafir berkumpulan bermalam bermunajat dan berdawah bertarbiah sesama mereka, akhirnya yang tak tahu pun menajdi tahu yang tahu berrtambah pula ilmu mereka, jika tuhan telah memberi hidayat Mereka akan bercakap selama mana tanpa rasa penat. Mereka bercakap dengan mata hati, tanpa pun sadikit merasa bangga diri, kerana nawaitu mereka Cuma kerana Allah swt. Amin,

TAMAT.

Jalal Rafzee berkata...

SELINGAN bulan 3

1 mia sfiyah
2 sabri hakimi
3 capricorn
4 nur atikah
5 seri suri
6 pak haji
7 taib
8 tan sri yunus

1 Yusmanira
2 datin maimun
3 datuk hasbi
4 tuan haji abkam
5 qatarunada
6 atan yahoo
7 tok mahat
8 ambuyak

Seri Suri berkata...

ANUGERAH

Dengan derita engkau ajari aku
Dengan kesedihan engkau buka mataku
Dari kekuatan yang engkau punya
Disuntik sezarah aku terjaga
Bisik padaku jerit di telingaku
Tolong sentuh hati aku
Sedarkan aku ujianMu adalah
Anugerah tak ternilai

Seri Suri
sajak ketuhanan

Ambuyak berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Datin Maimun berkata...

BISIK

Aku perlukan Engkau,
Tetapi sering kali aku gagal,
Mendengar suaraMu,
Kerana titik-titik hitam
telah membutakan hatiku.
Di alam mimpi ini,
Seolah aku akan tinggal selamanya,
Aku sering terlupa bersikap alpa,
Bahawa aku tersedar dari tidurku
Untuk menghadapMu.
Janganlah Engkau mengambil cintaMu,
Dari aku yang fakir ini,
Aku perlukan Engkau,
cahaya yang abadi,
meraih kasihMu selamanya

Datin Maimun
sajak ketuhanan

Ambuyak berkata...

TEMPIK

Dia bertempik kuat.
Aku melihat saja
Konon mahu meraih simpati
Tapi itu semuanya omong kosong
Aku lihat dia asyik bertempik
Habis semua kata-kata,
Tempiknya hilang bicara.
Aku terasa bagai ada satu
Ruang untuk aku bertenang
Semoga bersemadi semua tempiknya
Jangan asyik suka bertempik saja
Kerana masa yang amat berharga,
Jadi pergi ke sana
buat kerja baru dengan nafas baru

Ambuyak
sajak politik

Atan Yahoo berkata...

CIPTAAN TERLALU SEMPURNA

kerana terlalu sempurna penciptaan,
nama apa pun diberi tiada berkenan.
terlalu cantik hingga rembulan bersembunyi malu menatapnya terlalu anggun membuat sang burung
simpan nyanyian tak mahu berlagu.
terlalu sempurna.
sempurnanya buat manusia
takut mendekat rapat.
setiap hari dia menunggu,
sebuah hadiah dari siapa-siapa ;
sehelai kimono sutera.

Atan Yahoo
sajak simbolik

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Sajak Seri Suri walaupun pendek penceritaannya dan penyusunan pengucapannya agak Berhati-hati penyusunan baitnya. Walaupun ingin membicarakan tentang ketuhaanan dan ketentuan Nya. Apa pun penceritaanya tentang ujian Allah ke atas sesaorang kamu mesti ada hikmahnya. Begitu juga dengan jodoh sesaorang itu, en nuri juga khawin lewat 33 tahun umur isterinya 29, tapi dapat cucu lewat dan nampak maseh muda. dan lambat atau cepat pun ada hikmah semuanya. Amin, (SM)

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Dantin Maimun sajak bertajuk BISIK semacam sambung daripa sajak dulu pula. Membicarakan tentang ketentuan tuhan. Mungkin dulu banyak yang lalai dan terlepas , kini mula menyedari dan banyak ses0lapan yang perlu diperbetulkan,. Insayaallah kerana umur berbaki masih ada , pintu taubat maseh terbuka, segala dosa kecil dan besar yang terlalai dan terleka dulu dapat diampunkan Allah swt, kerana ada keinsafan mungkin dari bisikan suara pertunjuk ke hatinya yang telah mendapat taufik dan hidayat Allah swt.. Amin layak sebgai selingan (SM)

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Sajak Ambuyak sebenarnya tengah hangat diperkatakan kini TEMPEK dan terlolong saja kini dibumi kenyalang sedang rancak di perkatakan . malah lebih awal sebelum dewan negeri serawak dibuburkan. Nah begitu tamak dan halobaknya si pembangkang untuk meraih undi. saya rasa Awani pun nampak kerja kuat untuk pihak pembangkang melihat pada lapuran yang agak menekan pihak pemerentah BN. Kita kini perlu berani sebagai mana mereka terlalu Kurang ajar selama ini telah memberi kemenangan kepada mereka. Jika ramai keluar orang yang ageresif ini akan menikam mereka kembali. Lihat berapa ramai kawan dan rakannnya yang telah menghentam dia kembali. Musuh-musuhnya kini dari penipuannya sendiri bukan BN lagi. Layak untuk (SM)

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Sajak Atan Yahoo agak simbolik dan kabur yang menyukarkan untuk ditafsirkan hanya mereka yang kuat imanginasi dapat menagkap maksud penceritaannya, sebagai sajak selingan merupakan pertandingan FA saja bukan Liga Super. Apa pun kami tidak dapat menangkap isi pengucapannya. Sekadar andaian. Sikap mengagungkan sesuatu kekadang boleh merugikan kita kembali jika tidak ada orang beri pujian atau ganjaran hadiah. Terpulang kepada ahli dan khalayak atau pembaca , jika mereka faham,(SM)

Keris Sakti berkata...

eh! kenapa tajuk bertukar plak?

Zainal Arifin berkata...

eh! dari barua tukar jadi musibat? ok sikit barua kasar sgt

Adi Cana berkata...

wah! sajak politik plak keris sakti ni

Tan Sri Yunus berkata...

nmpkny sajak politik byk plak kali ni

Man Pendek berkata...

marah anuar ke keris sakti?

Ambuyak berkata...

putar belit ni msti anuar ni

Atuk berkata...

sajak yg menarik! tahniah keris sakti!

Budak Rap berkata...

bila nak habis selingan jalal?

Budak Surau berkata...

sapalah yg menang agaknya selingan kali ni

Nur Atikah berkata...

nampaknya org x popular plak yg masuk selingan

Mia Safiyah berkata...

semoga kita ambik pengejaran sajak en nuri ni

Mat Toopa berkata...

kenapa x letak gambar anuar je putar belit ni.. hahaha

Pedang Kesatria berkata...

kinabatangan kat mne?

Vijay Kumar berkata...

gabang tu apa?

Raju Linggam berkata...

kartok tu apa en nuri?

Inspektor Halim berkata...

sajak utk kinatabatanghan menarik

Geletek Malam berkata...

wah! kampung pendalaman pun dah maju

Kembara Budiman berkata...

kinabatangan negeri mana ni?

Guest berkata...

kinabatangan skrg dah maju ke?

Roslan Bidin berkata...

sajak baru ke ni? xpnh baca pun lagi

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
nurimanja49@gmail.com berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nuri Jaguh berkata...

semoga kita ambik iktibar

Atan Yahoo berkata...

byk pengajaran ni

Nurul Husna berkata...

ada jgk yg merampas nnt?

Arkenna berkata...

takut plak dgr org yg meramaps ni

Lukiee berkata...

eh! kalau org cina plak sapa yg merampas en nuri?

Atuk berkata...

smoga anak muda ambik perhatian sajak en nuri

Ku Dania berkata...

best sajak 4 perampas ni byk pengajaran

Sadaqallah Azmi berkata...

datuk T rupanya three... ada 3 org...

Lelangit Biru berkata...

lamanya sampai 5 jam ke soal!

Datuk Murad berkata...

misteri jgk anuar ke dalam video tu?

Salam berkata...

bila nak tayang kat tv boleh rakyat menailai sendiri

Karim Ghani berkata...

siap ada jam tangan milik anuar btol la dia

Sayembara Muzik berkata...

50/50 jgk anuar atau bukan?

Mak Mah berkata...

hahaha habis la anuar tembeleang dia nak pecah

Pak Kassim berkata...

kalau smua bukti ada hbis la anuar

Datin Maimun berkata...

kita tunggu keputusan adakah anuar atau bukan?