Jumaat, 25 Mac 2011

KHAYALAN TIADA YANG NYATA


sajak pilihan ahli Cr.


Dalam tak sedar
dalam khayal
bukan pada mata kasar
bukan pada sentuhan
tangan berpautan
masih erat berpegangan
walau perit berdekat
masih kuat
jalan dilalui
kami berdiri
berlari merentasi
melepasi gelap
mengharungi gelita
dalam khayal semata
dalam tiada nyata


Oleh: Balqish
ketika sy bersama adik di dalam rumah terputus bekalan elektrik
2010 Disember 8 23:14
Diterbitkan semula 25/03/2011





50 ulasan:

Hantu Raya berkata...

BENARKAH PAKATAN RAKYAT TIDAK WUJUD TANPA DAFTAR X SAH BOLEH DIPERTIKAIKAN PEMERENTAHAN MEREKA DI PULAU PINANG SELANGGOR DAN KEDAH

Pengkhianat negara No.1, Anwar Ibrahim pastinya tidak akan melepaskan peluang ini untuk memberi ucapan memburuk-burukkan Kerajaan negara Malaysia. Bukankah itu hobi utama Anwar yang terkini. Kit Siang juga dijangka akan meneruskan ucapan ter”gagap-gagap” dengan bahasa Melayu “pelat Cina bukit baru 2 bulan masuk Malaysia” mengutuk kerajaan yang bermurah hati memberikan kewarganegaraan percuma kepadanya. Begitu juga dengan Karpal yang dijangka akan berucap di dalam bahasa Inggeris kerana Karpal tidak fasih berbahasa Melayu meskipun dilahirkan ketika Malaysia ini masih menggunakan nama Persekutuan Tanah Melayu lagi!

Itulah yang dijangka akan berlaku pada Konvensyen Pembangkang Malaysia. Ternyata barisan pembangkang Malaysia tidak memiliki “standard” pembangkang yang sihat dan berkualiti. Pakatan PKR, DAP dan PAS yang mendakwa mereka “sangat sepakat” sebelum ini ternyata bermain “wayang” pada rakyat Malaysia. Mereka tidak sepakat pun sebenarnya! Itu kenyataan sebenar kedudukan PKR, DAP dan PAS.

Sebab itulah gabungan PKR, DAP dan PAS ini tidak pernah mendaftarkan gabungan jahat mereka ini sebagaimana Barisan Nasional. Mereka hanya mencipta logo gabungan PKR, DAP dan PAS ini semata-mata untuk mengabui pandangan rakyat yang kononnya mereka sepakat dan bersatu. Padahal pakatan itu tidak wujud pun sebenarnya! Tiada “Pakatan Rakyat” kerana pakatan itu sendiri hanyalah “mimpi” dan tidak realistik. Untuk apa kita semua percaya pada perkara yang tidak realistik?

Ternyata PKR, DAP dan PAS hanya ber”main wayang” selama ini. Sesuai sekali dengan sifat semula jadi mereka iaitu “sifat suka menipu rakyat”. Ramai yang sudah tertipu sebelum ini, dan ramai juga yang telah tersedar dan cepat-cepat keluar dari pakatan palsu PKR, DAP dan PAS ini. Sampai bilakah rakyat Malaysia akan terus tertipu dengan pakatan palsu ini? Sama-samalah kita nantikan saat kematian gabungan “wayang-wayang” politik pembangkang ini…

Petekan Duke UMNO

Tinta azimad berkata...

KHAYALAN TIADA YANG NYATA sajak Balqish menceritaka khayalan yang banyak datang bila keadaan dalam kegelapan. Begitulah biasanya hati seorang anak gadis atau perempuan.

Biasanya waktu kecil ketakutan lebih banyak pada kegelapan,
Tetapi bila sudah dewasa akan lebeh gemar pada cahaya kegelapan, malah lebih berani menghadapi cabaran . Itulah satu pengajaran yang perlu diamabil pengajaran dalan menghadapi perjalanan kehidupan. Amin!


Oleh: Qalam Mutiara.

Seri Suri berkata...

TERKHAYAL DENGAN KATA KAU

indah kata terbit darimu
manis sungguh manis amat
kalah gula getah warna ungu
kalah milo ais mamak tepi jalan
indah bicara dari bibir
indah telinga dengar
indah hati menghadam
tapi tak indah otak mencerna
kerna logika tak bermadah
cerna fakta saja
kau retorik khayalan saja semua
bodoh aku percaya

Seri Suri
sajak simbolik

Tan Sri Yunus berkata...

BUAT GENG AKU SEMUA

geng
biarlah mereka
terus berbicara
tentang kita
jadilah kamu semua
jadi diri sendiri
pedulikan mereka

geng
teruskanlah saja
teruskan berbicara
teruskan berkarya
teruskan bercerita
kita tak pandai meminta
kita tak pandai mengampu
kita hanya jadi siapa kita
kita tahu mereka cemburu

geng
selagi kita kawan
tiada siapa boleh lawan
kita pun tak berkenan
nak cari gaduh dengan setan.
jangan kau khuatir
di saat-saat getir


Tan Sri Yunus
sajak simbolik rasanya tinta faham sajak ni

Datin Maimun berkata...

HALUAN MASING-MASING

suasana sepi
seolah kita bersendiri
kita sama kelu pada saat ini
mungkin kerana celaru di hati
antara kita ada lagu yang bernyanyi
seperti bercerita tentang hati
tentang aku kamu
sayang saat ini
erti takut erat memeluk
andai sesaat kelak
tak lagi kita punya waktu sebegini
yang sememangnya aku impi
kerna haluan kita tak serupa


Datin Maimun
sajak jiwa2 semasa belum berkawin lagi

Mia Safiyah berkata...

MEMERHATI BUTIR HUJAN

sepintas lalu memerhatikan hujan.
mengharap juga seperti hujan
sentiasa lebat mencurah
tidaklah membuatkan aku tertunggu
bila tarikhnya tiba hujan
hujan lebat di awal minggu
minggu kedua airnya telah kering
walau besar tempayang di tadah
tapi sayang bawahnya telah bocorkan
air di tempayang itu
cukup untuk makan dan minum
kini musim kering
mentari sana kuat memancar
oh dugaan ini amat hebat sekali
walau setempayang air aku simpan
hanya cukup untuk aku seorang
tempayang dia sudah retak
tempayang aku pun sama
menanti hujan itu sangat menyeksa
ibarat menunggu bulan jatuh ke riba
tapi bila jatuh cuma tinggal habuk


Mia Safiya
terkenang semasa kecil dahulu

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Sajak Seri Suri kali ini agak mengecewakan membicarakan tentan kekecewaan dengan kata manis dan janji palsu yang diibaratkan semuanya bagai permainan lidah sahaja.Walaupun ia boleh diangkap mempunyai dua unsur penceritaan, jiwa-jiwa dan sinis politik. Tetapi terasa Isi pengucapannya telah hilang seni puitis dan kekuatannya dari kemantapan dari sajak-sajak yang terdahulu. Apa pun ia sebagai sayembara selingan biasa . Maaf (SS)

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Tan Sri Yunus dengan sajak pesanannya kepada geng atau sahabat yang bersamanya. Ingin mengingatkan atau membicarakan tentang jangan ambil kisah dengan sandiwara politik yang kini hangat di perkatakan. Kita hidup secara kita, menulis dan mencatat apa yang jelas dan nyata, bukan menyeleng untuk kepentingan sesiapa. Demi agama , bangsa dan negara, kita akan terus berkarya dengan idea yang ada, selagi nadi maseh berdenyut hidung menyedut udara. Syabas! Layak untuk sajak selingan (SM)

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Walaupun sajak memori lama daripada Datin Maimun nostalgia sesekali datang juga menjeguk di kamar hati. Cuba memaparkan kisah lama dalam drama suka duka yang mungkin masih kental bersemadi disudut hati. Atau pun ada kesan yang menarik yang sukar dilupakan. Apa-apa pun yang berlalu tetap pergi , yang terbaru ini perlu dipeliharai. Amin maaf sekadar selingan sahaja (SS)

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Saja memori dari sdri Mia Safiya membicarakan dengan kisah lama sewaktu kecil dahulu. Betapa derita dan sengsaranya buat mereka yang tinggal di pendalaman, yang berbatu dari jalan raya, adalah terlalu biasa mengharap air hujan untuk minuman, selain air telaga yang kurang selesa.Itu pun kalau ada bekas tankungan,jika tempatyang pun retak, mana mungkin boleh menyepan air, lebih dahsat di musim kemarau atau kering, amat menyeksakan. Itulah asam garam kehidupan yang mengajar kita menjadikan diri seorang yang berani menghadapi segala cabaran dan kesusahan demi memburu masa depan. Amin. Layak selingan seterusnya (SM)

Julia berkata...

balsiqgh ni minda bawah sedar ker?

Salina berkata...

haha sajak masa xde elektrik ke?

Harimau Berantai berkata...

sian bergelap la balqish ni

Datuk Murad berkata...

ingatkan pasal mati rupanya xde elekrtik

Bob Kuli berkata...

semalam pun ramai bergelap walaupun ada elekrtrik

Zainal Arifin berkata...

ingatkan pasal mati bergelap ni rupanya pasal xde elektrik ker?

Nurse Lisa berkata...

aku gelap2 ni seram jgk

Abul Hassan berkata...

bahaya klu gelap nk berjalan pun susah

Mia Safiyah berkata...

sian plak sajak balqish ni sy pun merasai xde elektrik bergelap kami bebulan2...

Teksi Manaf berkata...

sajak masa kecik ke balqish

Angker 13 berkata...

sedih baca sajak balqish ni

En Sanusi berkata...

sajak terkenang zaman kecik ke balqish?

Suara Rakyat berkata...

eletrik terpadam e x bayar ni balqish?

Nahul Hidzar berkata...

kenapa bekalan elektrik xde sabotag ker?

Raja Muda berkata...

sajak zaman bila ni thn 80an ker?

Ambuyak berkata...

naga tu xde nama ker?

Datin Maimun berkata...

naga tu asal dari mana?

Zuraifah berkata...

naga tu besar mana?

Nur Atikah berkata...

naga tu masih wujud ke sampai skrg?

Ai Kutubudin berkata...

lidah sapa lagi kalau bukan pembangkang

Pak Awang berkata...

sajak utk anuar ke ni? hehe

Pak Haji berkata...

nampaknya skrg byk sajak utk anuar ni.. hehehe

Atuk berkata...

menarik sajak ni sinis jgk

Tuan Haji Abkam berkata...

smoga org sana baca sajak en nuri ni

Tan Sri Yunus berkata...

ingatkan sajak utk siapa tp bila ada putar belit sy dpt tangkap

Sarah berkata...

ni la cara org disana putar belitkan sesuatu

Mawar Harum berkata...

kalau pakar putar belit sah anuar

dam catur berkata...

mcm mana la nasib naga tu nnt?

Jeffry berkata...

agaknya naga tu mati ke org yg nk bunuh dia yg mati?

Karim Ghani berkata...

naga tu datang dari mana? perut bumi ker?

Penjejak Badai berkata...

naga tu ada nama sndiri x????

Emily Osman berkata...

naga tu umur brapa thn????

Orang Lama berkata...

kenapa org cina saja nak geliga tu org lain xmhu?

Ziarah Makrifat berkata...

kenapa geliga tu penting buat org cina?

Nabil Quldi berkata...

msti org cina nak ambik buat ubat geliga tu

Pak Bostamam berkata...

berharga sgt ke batu geliga tu?

Hadi Hamzah berkata...

naga tu besar mana? padang bola ker?

Hamba Allah berkata...

naga tu asal dari tanah melayu ke atau asal dari tempat lain?

Jupri Halim berkata...

sapa cerita kat en nuri pasal gunung kinabalu ni?

Siti Hajar berkata...

cerita rekaan ke benar ni?