Betapa kepintaran akal,
boleh pula diperbodohkan
anak kecil celik diarah
berbaris ditengah panas
cuma memberi tabib hormat
kepada si pendurhaka negara.
Lihat terangganu kini,
dahulu mengkapir di belah sini
sebab kerjasama non-muslim
kini situasi sudah terbalik
kapir ada di dua belah pihak.
Jausteru itu ingatlah,
jangan mudah mahu menghukum
Tuhan pula akan menterbalikkan
hati orang mengeluarkan pattua.
boleh pula diperbodohkan
anak kecil celik diarah
berbaris ditengah panas
cuma memberi tabib hormat
kepada si pendurhaka negara.
Lihat terangganu kini,
dahulu mengkapir di belah sini
sebab kerjasama non-muslim
kini situasi sudah terbalik
kapir ada di dua belah pihak.
Jausteru itu ingatlah,
jangan mudah mahu menghukum
Tuhan pula akan menterbalikkan
hati orang mengeluarkan pattua.
Oleh: Nurimanja,
Mengenang sesuatu yang tidak patut,
mengkhianati amanat haji Yusof rawa,
catatan beberapa bulan yang lalu 2010.
mengkhianati amanat haji Yusof rawa,
catatan beberapa bulan yang lalu 2010.
37 ulasan:
ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 15 29/6/2010
GAMBARAN 10.
Nabi diperlihatkan pula gambaran manusia mengunting lidahnya dengan gunting api neraka, setelah ia digunting bercantum semula, dan begitulah keadaannya.rengkasnya:
Ramai orang yang bercakap tidak serupa bikin.Cuma pandai bercakap tetapi tidak dapat melaksanakannya,
janji kosong, banyak dusta atau banyak auta sahaja. kata pepatah "Sungguh pandai bermain lidah atau tanam tebu di bibir sahaja".
Iktibar dari gambaran peristiwa ini:-
1. Islam mengutuk orang yang pandai bercakap tetapi tidak dilaksana apa yang diucapkannya.
(jangan cakap tak selpa bikin.)
2. Setiap orang Islam mestilah bercakap benar dan melaksanakan apa yang dikatakannya,jangan
cuba main putar belit, manusia benci Allah mengutuknya.
3. Orang yang bercakap dusta adalah
ciri-ciri orang yang munafik, umat manusia sepatutnya menjauhkan diri dari orang-oang yang seperti ini, dikhuatiri bersubahat dan saja juga berdosa.
Dalil Al Quran, dalam surah As Sad ayat 2 dan 3. kira maksudnya;
Wahai orang yang beriman , Mengapa kamu memperkatakan apa yang tidak dapat kamu lakukan, Amat besar kebencian Allah kepada orang yang berkata sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan atau dilakukannya.
BERSAMBUNG.
CERPENAKHIRBERTAJUK; MENCERI KETENANGAN OLEH : NURIMANJA
____________________________________________________________________
“Tolonglah! Benarkan saya tinggal di sini , saya ingin mencari ketenangan, bimbingilah saya ke jalan yang benar, selama ini saya telah banyak berdosa kepada Tuhan” Dia menangis lagi, aku semankin bertambah terharu dibuatnya.
Tiba-tiba mak tercegat di belakangku,di tangannya menatang se gelas air sejuk sambil dia
menghulurkan gelas itu kepada Puteri Syahadah “Minum air penawar ini nak!” Kata mak , aku lihat Mak begitu bersimpati dengan anak gadis itu.
Aku berkira-kira dalam hati, Ada rupa juga anak gadis ini, bertuah jika sesiapa dapatmenjadikannya isteri atau pun teman hidup.Walau pun aku belum lagi mengenali siapa mama dan papanya dengan lebih dekat, tetapi aku yakin dia . mungkin anak tunggal.
Setelah meminumnya , Puteri Syahadah tiba-tiba bangun memeluk Mak dengan erat sekali. Aku betambah terharu, “Sebenarnya Mak telah mendengar semua perbualan
kau orang berdua tadi, “kata Mak tenang.
“Makcik, benarkanlah saya tinggal di sini buat sementara waktu, mama dan papa saya telah keluar negara, saya tidak mahu tinggal di rumah mak saudara yang bukan beragama Islam, walaupun mereka sepupu mama berketurunan Siam di selatan negeri Thailand, papa pula berketerunan serani, Mereka telah memeluk Islam , tetapi mereka tidak mengamalkan seperti apa yang diharapkan,” katanya sambil menangis pilu.
“Jangan bersedih nak, makcik telah beri anak minum air zam-zam dan penawar selawat nabi, semoga Allah buka pintu hati anak, dengan memberi taufik an hidayah kepada anak, agar mendapat ketenangan nanti, Insyaallah,” kata Mak tenang saja.
“Saya ingin belajar dengan makcik tentang agama Islam, ajarlah saya makcik, sembahyang dan baca quran, saya ingin mencari ketenangan makcik,” kata Puteri beria-ia bunyinya.
“Esok, kau bawalah dia pulang ke rumahnya, dan ceritakan apa yang telah pun berlaku kepada mak saudaranya,jika mereka membenarkan anak saudaranya belajar di rumah kita, Mak sedia memberi bimbingan kepadanya,” kata Mak dengan rela hati.
Aku melihat Puteri Syahadah begitu sedih sekali. Air matanya begitu banyak mengalir, sedu sedannya tidak juga berhenti, seperti ada sesuatu penyesalan yang terpendam dalam hidupnya selama ini.
Namun aku tetap yakin: Kewibawaan Mak sebagai bekas seorang guru agama akan dapat membimbing Puteri Syahadah ke jalan yang direhai Allah. Aku juga berdoa kepada Allah:Semoga anak gadis ini segera menedapat ketenangan daripada Allah. Amin! Amin! Ya Rabbal Alamin!!
S E L E S A I.
KAMU UMPAMA GEMPA BUMI
tahu tak?
kamu umpama gempa bumi
kamu singgah tanpa kuundang
kamu pergi tak bilang
kamu tinggalkan
dalam hatiku cuma sekotak tissue
untuk menyapu air mataku
biar tak jadi bah
Comel
2.6.2010
kota damansara
ULASAN:
Sajak Comel buat pertama kali ,
berkepalakan KAMU UMPAMA GEMPA BUMI, meluahkan sebuah cerita memori yang lalu, bila seorang yang tidak diundang datang dalam hatimu kemudian bila kemesraan mula berbunga. Dia pergi pula tanpa meninggalkan pesan atau diberi tahu, Cuma meninggalkan satu kisah mungkin suka duka yang memilukan dan melukai hati, Dan mungkin pergi dia ditakqirkan oleh Ilahi, Agar yang tinggal ini, tidaklah terlalu bersedih dan perpanjangan, amin.
wah! seram plak aku dgr gambaran yg nabi tgk ni...
keseluruhan brapa gambaran nabi nampak????
seram dgr klu brcakap bohong ni... kena gunting lidah plak?
smua mengerikan btol gambaran nabi nmpk ni..
harap2 org insaf bila baca gambaran nabi nmpk mcm en nuri ceritakan ni...
insaf baca israk mikraj ni naik bulu roma...
byk jgk gambaran nabi tgk ni? bila dia nak turun ke bumi plak? panjang lagi ke cte ni...
ape2pun smoga kita smua dapat iktibar dgn gambaran yg nabi nmpk ni...
best jgk baca israk mikraj ni... apa lagi seterusnya akan berlaku...
wah! menarik cerita israk mikraj ni.... mmg insaf baca... sumpah xnk ckp bohong lps ni...
wah! siap merayu lagi pmpuan tu kat jalil? hehe
minum air penawar? bkn air yassin ke org pggl???
wah! jalil berkenan plak kat syahadah??? hahahha
jalil tergoda dgn cinta pandangan mata pertama! hehehe
wah! jalil tergoda plak dgn pmpuan ni??? aisyeh jalil! hahahhaa
wah! syahadah pun dh anggap makcik tu macam mak dia? beruntung jalil...
sian syahadah ni jd mangsa keadaan plak?
hrp2 jalil dgn mak dia boleh bimbing syahadah ni? hhehe
patutlah pun mak dia org siam? harap2 jalil boleh tolong syahadah ni... sian dia...
wah! akhir cerita ni mmg menarik....
smoga syahadah temui hidayah dan kembali ke pangkal jalan?
mmg cerpen ni yg terbaik bagi sy! tahniah en nuri!
smpai ke akhir cerpen ni syahadah x bagithu kenapa dia lari dr umah?
cerpen ni mmg bayk pengajaran mmg best cerpen kali ni...
eh! habis mcm tu je ke? sambung la lagi en nuri cerpen kali ni best plak sy baca...
mmg menarik cerpen kali ni.... seronok baca....
wah! mmg tuhan bagi hidayah x kira org wlpn syahadah ni sosial pun ada niat nk berubah...
rasanya cerpen kali ni yg terbaik pnh aku baca... heheh enjoy je jalan cerita yg santai...
tahniah! 10 bintang sy kasi kt en nuri!!! hehe cerpen ni mmg best!
la..dh hbis ke? ingatkan ada lagi td? ape2pun cerpen ni kalau panjangkan lagi best jgk...
cerpen kali ni mmg seronok baca? mmg bila baca nak baca smpai hbis...
menarik plak jalan cerita cerpen kali ni.... mmg sy tertunggu sampai hbis...
cerpen ni mmg menarik... byk pengajaran tp apa plak cerpen esok agaknya????? hehhe
Catat Ulasan