Tiada siapa pun rasa hairan dan pelek
manusia hari ini lebih ramai yang bebal
jika memberi satu suara kepada pengasut
daripada mengenang budi pemberi bantuan.
Sesugguhnya itulah yang telah pun berlaku
mendewa-dewakan orang yang tidak buat apa
membantu dan menghidupkan kemewahan mereka
cuma memancing undi umpannya tabur kebencian
Amat berbeza dengan zaman Asri dan Yusof
mereka memang berjasa lakukan perkhidmatan
bolehkah kita hidup dengan terima hasutan?
membantu menghidupkan demoterasi dijalanan.
Bagi menyambung talihayat yang kian tercabar
daripada pemimpin pelapis rangmuda bercelebar
bukan bertopeng mempergunakan ilmu keugamaan
dengan propaganda demi mengekalkan kedudukkan.
Oleh ; Nurimanja,
Melihat kebebalan manusia,
Perlu mencegah sebelum lebih parah.
pada beberapa hari yang lalu june, 2010.
manusia hari ini lebih ramai yang bebal
jika memberi satu suara kepada pengasut
daripada mengenang budi pemberi bantuan.
Sesugguhnya itulah yang telah pun berlaku
mendewa-dewakan orang yang tidak buat apa
membantu dan menghidupkan kemewahan mereka
cuma memancing undi umpannya tabur kebencian
Amat berbeza dengan zaman Asri dan Yusof
mereka memang berjasa lakukan perkhidmatan
bolehkah kita hidup dengan terima hasutan?
membantu menghidupkan demoterasi dijalanan.
Bagi menyambung talihayat yang kian tercabar
daripada pemimpin pelapis rangmuda bercelebar
bukan bertopeng mempergunakan ilmu keugamaan
dengan propaganda demi mengekalkan kedudukkan.
Oleh ; Nurimanja,
Melihat kebebalan manusia,
Perlu mencegah sebelum lebih parah.
pada beberapa hari yang lalu june, 2010.
31 ulasan:
CERPEN LAGENDA SIRI AKHIR :TAJUK :SEORANG TUA DENGAN WARNA SENJAKALA.
Jimat amat sedar keadaan ini, dia terpaksa melarikan diri dari rasa kejijikkan ini, agar jangan ada manusia lain yang terpaksa pula menutup hidung untuk menghindarkan diri dari terhidu bau yang kurang menyenangkan di tubuhnya itu.
Jiman bercadang untuk tidur di kaki lima sahaja, atau pun di lorong-lorong rumah batu di bandar PP ini, tetapi Jiman tidak mahu peristiwa maki hamun dari orang ramai berlaku lagi.. Terlalu susah Jiman memikirkan untuk mencari tempat sebelum dia meninggalkan warna senjakala di tepi pantai yang permai ini.
Jiman sering membayangkan: dirinya seperti saekor anjing kurap yang sering diusir oleh tuan-tuan punya kali lima di kedai-kedai di dalam bandar itu. Mereka semua tidak ketahui, Jauh sekali unuk menilai siapa Jiman, dahulu dia sebagai seorang ketua kerani, berkhidmat dengan sebuah syarikat perkapalan demi untuk memajukan negeri juga di bandar PP ini.
Pelahan-lahan Jiman menghayunkan tongkat dan langkahnya untuk segera beredar dari pantai yang permai bersama warna senjakala. itu: tetapi dia tidak tahu dimana tempat yang hendak dituju?
Jiman melangkah pelahan-lahan, dia amat khuatir dengan pemergiannya itu, kerana lewat kebelakangan ini, di mana-mana saja dia pergi, dia akan menerima maki hamun, dan sumpah seranah, tiada lagi belas kasihan dan peri kemanusiaan padanya.
“Ehh…Orang tua busuk! Merambuslah kau dari sini,. Buat mengganggu saja. Tempat ini tidak sesuai lagi untuk orang tua seperti kau ini… Hey! Cepat merambus!! Sementara aku masih bersabar ini,”
Jiman semakin cepat menghayun langkah-langkahnya yang sekian hari semakin tempang. Dengan perasaan sedih dan sayu dia mengharung warna senjakala yang kian menghilang di sebalik runtuhan suasana tirai malam.
“Dimana aku mesti pergi?” Keluh Jiman dalam hati kecilnya. Dia terus berjalan melewati di satu persimpangan jalan dia berhenti: Jiman terdengar satu suara syahdu menyebut dan menyeru -menyeru nama kebesaran Illahi, dia terasa bagai terdurung ke arah satu pintu pagar bangunan yang di puncaknya bentuk berkubah besar dan di atasnya ada lambang bulan dan bintang
“Alahuakbar Alahuakbar! Alahuakbar Alahuakbar!!” Suara itu sayup kedengaran berulang kali. Dalam hatinya bersa sayu pilu dan sedih.
“selama ini orang bersolat, aku tidak, orang berpuasa aku tidak, aku memang insan tidak berguna. Tidak tahu apa-apa. Oh! Tuhan Islam apakah aku ini..?” Jiman terus menangis sendirian.
SELESAI
ISRAK DAN MIKRAJ;
Peristiwa ini berlaku dalam bulan Islam apabila tibanya bulan Rejab berbagai program diadakan bagi mengingati dan mengambil segala pengajaran daripadanya.
Peristiwa ini telah berlaku satu setengah tahun sebelum nabi kita Muhamad saw berhijjerah ke Madinah.
Israk erti perjalanan nabi Muhamad saw pada waktu malam hari dari Masjidil-Haram di Mekah ke
majidil- Aqsa di Baitul- Makdis, Palestine.
Cuma dengan menaiki buraq, satu keinderaan yang pantasnya seperti kilat.(kalau Alah sayang pada seorang itu diberi kenderaan baik)
Daripada sinilah masjidil Aqsa Baitul Makdis, nabi dinaikan (dimikajkan) sehingga sampai
ke Sidratul muntaha dan tempat paling tinggi sekali Hadziratul-Quds .
Dan disinilah nabi Muhamad saw. menerima perentah solat lima waktu sehari semalam ke atas orang-
orang Islam sehingga kini.
peristiwa ini berlaku pada malam isnin 27 Rejab, tahun ke 11 kerasulan, juga bersamaan dengan 621M, dalam usia 52 tahun.
BERSAMBUNG ESOK.
ANTARA KATA TENGAH,AKHIR DAN AWAL
awal kata
saat mengenal memahami makna
membenarkan kata cemburu
lebih lembut lidah menyusun kata
kucing pandai menyembunyikan kuku
harimau juga pandai menyisir bulu
tengah kata
cemburu itu dua makna
sayang dia benci pun juga
ini saat waspada
tatkala kucing tiada
tikus menjadi raja
akhir kata
katamu kau tau maknanya
tetapi dengar sini berikan erti;
semalam disini
ada secangkir susu
namun ketika aku bangun pagi ini
susu membeku menjadi keju
seekor tikus mati terperangkap
didalam keju itu.....
Nuri Jaguh
Seberang Prai
10pagi
ULASAN;
Nuri Jaguh menyisip puisinya yang bertajuk Antara Kata Tengah, Akhir dan Awal.
Sepatutnya tajuknya bebunyi: Pengucapan kata Awal, Tengah dan Akhir.
Untuk mencari erti dan maksud agak sukar ditangkap. Namun sekadar cari andaian cuma, KATA awal: atau permulaan ada niat dalam hati rasa cemburu, mungkin rasa tidak senang hati, buat baik ada maananya dan tujuan tertentu. KATA tengah: Biasanya bila sudah ada kemesraan bermulalah diantara rasa sayang dan benci, di saat ini kita kena berhati-hati, malah ada pasangan suami isteri pun masih mencurigai, khuatir ada permainan udang diebalik batu.kekadang bila tiada helang , belalang pun mungkin mengaku dirinya helang.KATA akhir; Tidak semestinya kita terus mempercayaai janji penamat, kerana apa saja yang diucakap belum tentu benar dan betul seratus peratus.jadi berwaspadalah kepada situasa pengucakapan kata-kata ini baik dari ahli politik atau pun siapa saja.
Saya setuju dngan nuri jaguh. kalau org janji nak kasi kopi atau keju, belum tentu menyenangkan hati. Belum minum atau makan, tikus dah mampus. Ini mesti ada racun tersembunyi di dalamnya!
ape2pun mmg menyayatkan hati cerita jiman ni...
sian jiman... ape2pun masyarakat x boleh la buat mcm tu..
sdih membaca cerita jiman ni....
xde ke sedara mara jiman yg dtg membantu???
jiman ni sebatang kara ker?
ni mngkin balasan tuhan sbb jiman ni sombong sgt...
jiman ni xde isteri ker????
jiman ni kena masuk umah org tua2 sepatutnya...
sdih mengenangkan nasib jiman ni...
kenapa semua org x tolong jiman? rasa mcm hina je jiman ni...
teruklah anak2 muda kat pantai tu x reti hormat org tua...
cerita btol ke jiman ni?
ape2pun harap ada org yg bersimpati dgn jiman nnt...
smua org x berperikemanusian! sian jiman...
smua org x simpati ke kat jiman? halau mcm tu je... adoi...
wah! dapat gak info pasal israk mijraj ni... terima kasih en nuri!
semenjak dah tinggalakan alam persekolahan aku dh lupa pasal israk mikraj ni? terima kasih en nuri berkongsi ilmu...
wah! ada israk mikraj plak? apa itu? sy pun bru tahu saja..
cepatnye masa berlalu dh msuk bulan rejab dh pun....
eh! ade pasal istak mikraj plak? dh msuk bulan rejab ke?
israk mikraj? sekejab je dh nak puasa plak???
mcm ada maksud tersirat je dalam sajak ni...
menarik jgk sajak kali ni.....
sajak kali ni sukar nak dimengerti....
menarik sajak en nuri ni... tapi seakan berkisar tentang politik? pendapat saja...
zaman asri dan yusof??? sapa dorg tu?
Catat Ulasan