Rabu, 9 Mac 2011

LIHAT KEKUASAAN ALLAH SWT.





Jika kamu lihat cermin muka
bayangkan wajah kamu cuma tengkorak
tanpa kulit, isi, darah, urat dan tulang
tanpa dibei Allah pancaindera yang lima
pada jasad, roh, perasaan , nafsu dan fikiran.

Jika kamu tengkorak kering
yang berjalan tidak punya apa-apa
kosong, bergerak tanpa otat dan sendi
tentunya mejadi susah untuk mengenal
jalan pulang ke rumah,anak,isteri keluarga kita.

Lihatlah kekuasan Allah swt
membekal otak yang beribu bilik
demi untuk menyimpan segala ingatan
sama seperti laptop menyimpan data
bila diperlukan secara sepontan dikeluarkannya.


Oleh: Nurimanja,
sajak lagenda yang lalu
akhir penghujung tahun 2009








50 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

BERSAMBUNG.CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA NEGRI CINA BERTAJUK PAPAN MERAH. OLEH: NURIMANJA.
Dicerita dan ditaipkan semula secara bebas Oleh: TINTA MUTIRA
Siri ke lapan.
___________________________________


SUATU HARI di musim bulan tenkujuh. Cuaca di dada langit agak muram beberapa hari, Ramai pertain Tidak dapat mengerjakan bercucuk tanam di kebun mereka . Burungburung juga tiak Nampak keluar dari sarang, Hujan boleh dikatakan sehari untuk, stiap hari lewat keblakangan ini.

Semua pergerakan seharian menjadi lemah di pekan kecil dan kampong itu . Ah Ling dan Ah Hook masing-masing menghabiskan masa di rumah dengan kerja-kerja kecil. Seperti mengasah parang dan cangkul, ataupun memelih biji bineh tanaman, jagung, labu, bendi dan kacang panjang.

Kerana hujang telah berlalu beberapa hari, hati Ah Ling mejadi gelisah, dia tunggu peluang untuk menanti hujan reda sadikit, Apakah telah terjadi anak benih dan kebun sayur dan buahannya. Mana mngkin boleh dijual, kalau sah berhari tengelam tentunya mejadi busuk.

Kayu api di rumah juga telah kehabisan, matahari masih juga belum menjengokan mukanya. Kesejukan yang mencengkam tubuh juga sudah tidak tertahan lagi, semua penghuni di pekan kecil nampaknya bermenung panjang. Hasil barangan dari perkebun mereka juga gagal dijual i ke pekan kecil.

Satu pagi Ah Ling bertkat untuk keluar juga melihat kebunnya bila hjan agak reda sadikit, dan mentari pun nampak sebek wajahnya, sesekali bertukar pula menjadi muram, Ah Ling melangkah dengan laju menuj ke kebunnya, walaupun dihalang olh isterinya yang sang sarat mengangdung anak sulung mereka.

“Lu jangan pergi kemana , nanti tengah hari atau petang , wa pulang, bawa buah dan sayuran,” Pesan Ah Ling kepada istrinya. “Lu jangan susah, nanti tengah hari wa masak sama lu, nasi bubur ubi lobak dan ikan masin,” kata SweeLing kepada Ah Ling , sambl melepaskan satu ciuman sayang ke pipi suaminya.Ah Ling memalas dengan menjentek batang hidung Swee Ling yang kecil mogel itu.Kemudian melepas satu ciuman balas kepipi isterinya yang berlesung pipit itu. Lalu pegi.

BERSAMBUNG.

Sekadar andaian:
Apakah musibah yang akan berlaku kepada keluarga pasangan suami isteri ini? Dimanakah tajuk Papan Merah yang belum terjawab Apakah Apek Liew dan Noya belum pernah dengar cerita rakyat negeri cina…..

Srikandi Juwita berkata...

LAMBAIAN

pada hembusan membuai
indah kelam itu
derap menenggelami
kedasar desir halus
mendepan aku mahukan
langit diatas sana
menerewang membiar
sampai ke destinasinya
hanya ingin menoktahkan
pencarian si akal ini
ada bersama aku dalam
penghayatan malam itu
membual jauh bersimpang
ke penghujung jalan
jalan yang dicanang
membawa kepada kehidupan
ianya ada ditempat
yang satu menanti kita
dan dalam kedinginan
yang memeluk alam itu
menari bersama pukulan
lembut air pantai
yang tiada siapa mengerti
omelan luahan kecil
suara tentang keberadaan dalam hati

Srikandi Juwita
harap menang sajak ni sy cuba buat puitis

Yusmanira berkata...

PELIK

Ku meniti sayup-sayup hari lari
Bukan anugerah tapi lumrah
bukan punah tapi susah
merangkak sampai lemas,
namun belum pernah puas
mana pergi kelip-kelip siang hari matahari cari tapi bila dinihari semua habis ragut tali,
kata orang jangan tangisi
ysudah pergi walau hati
tak henti lari-lari.
Lihat dunia kini tak padan usia
Untung tangga ditimpa acap kali,
makin suka makin lagi jauh
tak terkata pernah kira apa tiada,
namun tak sampai punah dunia.
Ketawa Bisu sudah semua mergastua,
ada mata tak serupa ada,
ada apa pun tak serupa ada
jangan mimpi ada apa,
Kurung lagi cantik,
kalau kebaya undang bahaya,
boleh jadi merana mana boleh
kasi boleh sampai boleh.
Puas lari-sampai sini aku henti


Yusmanira
sajak agak simbolik sedikit

Mawar Harum berkata...

TUNGGU

pukul satu pagi Panas
itu buat aku tersedar.
itu perkara biasa cuma kali ini
ditambah rasa bingung mula meraja.
duduk terfikir adakah
dia tinggal aku atau apa?
tadi kau suruh aku tunggu.
aku ikut aku akur aku tunggu.
lama lagi? tunggu biar bertahun tak apa tapi sumpah aku sakit mata.
langsung tidur lena bila jaga. masih tak ada berita.
itu buat aku bingung.
terus kurang minat pada tidur.
mana kamu wahai budak?
langsung hilang kau buat aku fikir.
bingung itu memang sajian ruji.
Waktu itu masa berhenti kaku
peluk sejuk salju
Masa itu malam meminggir sinar
segala benar malam
hanya kamu aku seribu hariku.

Mawar Harum
sajak tentang ketidakpuasti

Tuna Tatiati berkata...

BAYI

Macam ubi kentang badannya
Ketul-ketul macam kuih pau pipinya
Gebu, merah-merah lembut.
Cuba teka bibirnya seperti apa?
Ulas limau madu! senyum sekali, alahai manisnya tidurnya
dibedung Berkelambu
berteman teddy bear putih gebu.
Sesekali rengek kecil
Ditepuk-tepuk didodoi-dodoi
Tidur Lena Alahai Baby sayang, comel betul!

Tuna Tatiati
apabila menerima anak buah yang baru

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

Sajak Lambaian oleh Srikandi Juwita , walaupun ada kemampuan pada pengucapannya, tetapi masih tercari-cari penceritaannya yang sebenar dalam lambaian ini. Rengkasnya mungkin cerita pejuangan kehidupan yang diharapkan penulis agar ada kejayaan yang diharap menanti di hujung perjalanan dan perjuangannya di akhir nanti. Perlulagi dipebetulkan daya pengucapan yang sepatutnya benar-benar puitis.Layak untuk ialunkan seterusnya (TP)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

Bukan saja PELEK tetapi mengelirukan buat pembaca untuk menghayati sajak bertajuk pelet ini.Sesiapa yang membacanya terasa semacam tengelam timbul dalam air dalam, untuk menarik nafas dan mencari isi dan maksud penceritaannya.Saya tidak tahu dimana pelik yang si penulis dimaksudkan? Pengucapanya pada mula okey, bla dipertengahan dan hujung untuk penutupnya cerita sudah menjadi darca murba.Tnyata penucapannya mngeliukan. Harap maaf terpaksa (TK)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

TUNGGU sajak oleh Mawar Harum penceritaannya sudah ada tetapi cara pnyampaiannya masih lagi tercari-cari untuk diterjemahkan kepada pembaca, pada permulaannya sudah okey, petngahannya ada Kacau sadikit, malah ihujung penutupnya lebih kacau bilau pula jadinya.Ternyata meagkan isi penceritaannya. Maaf kerana ada dua sajak perlu dipilih,anda terpaksa ditolak (TK)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

Sajak Tuna tatiati terasa lebih menyakinkan dari dua sajak Tunggu dan Pelek, pengucapannya sudahlah kabur bukanya simbolik, lebih mengharu birukan pada penutup pencritaannya. Oleh sebab itu cerita bayi lebih ada kesanya pada pembaca Syabas! Layak untuk dicalunkan buat sayembara seterusnya (TP)

Panglima Ketot berkata...

eh! tiba2 cuaca pun berubah?

Ai Kutubudin berkata...

rasanya sebelum mak dia mati mak dia bersumpah suruh bagi hujan kot?

Budak Surau berkata...

padan muka ah ling sbb x boleh bertani sbb hujan! hahahha

Salina berkata...

kenapa tiba2 hujan lebat plak?

Angker 13 berkata...

sian berkurung dalam rumah je sbb musim hujan plak?

dam catur berkata...

itulah msa kaya sombong skrg musim tengkujuh baru padan muka dia

Nuri Jaguh berkata...

nampaknya balasan tuhan sbb semua kerja ah ling terbengakalai

Ustaz Nasarudin berkata...

tuhan hukum sbb ah ling byk dosa dgn ibu dia

Emily Osman berkata...

sian bila hujan smua bnda x jadi? hehe

Harimau Berantai berkata...

sian ah ling apa pnya nasib la? heheh

Madah Pujangga berkata...

eh! kenapa tiba2 hujan lebat plak?

Sharifah berkata...

tiba2 hujan lebat ni msti ada makna ni

Mr Casanova berkata...

siap ada cium2 plak? hahahahha

Raja Muda berkata...

eh! boleh plak ada adegan cium mencium selamat suami isteri? hehhee

Puteri Salju berkata...

romantik btol ah ling ni dgn isteri dia... hehe

Danial berkata...

huh! kenapa dia x bagi isteri dia ikut sekali?

Nyonya Ah Shui berkata...

ini cerita belum sy pernah dgr lagi mana en nuri dapat? menarik juga sebab ada pengajaran sikit

Apek Liew berkata...

ini celita ka? wa lasa ala denga sama itu wa punya ama wa kecik dulu 5thn,wa lasa ah ling punya bini ala kapak itu papan kalau tak silap nanti papan tu ala dalah kula nanti papan tu jadi naga bsar punya...

Sayembara Muzik berkata...

mana papan tu? hilang ker?

Abul Hassan berkata...

rasanya lps ni msti en nuri tukar tajuk sbb xde papan dah

Diana Sanubari berkata...

papan tu mana? dia jual ker?

Olie Pajutdy berkata...

rasanya ah ling ni kaya sbb dia jual papan kot?

Petualang Tiga berkata...

papan tu dia tanam agaknya

Kembara Budiman berkata...

ada musibah lagi ke? ingatkan dah nak tamat cerpen ni sbb harmoni je hidup dorg ni

Jeffry berkata...

papan tu hilang ke mana? lama en nuri x cerita pun

Ustaz Sahzan berkata...

msti papan tu ada kena mengena dgn bini dia jgk? rasanyalah

Mozaire berkata...

papan merah tu dah bertukar jadi warna lain kot? hehe

Karim Ghani berkata...

rasanya papan tu bini ah ling pergi jual kot?

Vijay Kumar berkata...

ah ling pergi bertani pun nak cium2 jgk ker? hehe

Seniman Jalanan berkata...

sajak yg menarik! pinjam nk buat lagu

Busur Berduri berkata...

menarik sajak ni....

Teksi Manaf berkata...

sajak en nuri ni buat kita rasa bersyukur sgt

Putera Damien berkata...

btol sajak en nuri kita patut bersyukur

Tetamu Malam berkata...

syukur sbb kita dilahirkan normal

Zain Issac berkata...

terima kasih byk kpd Allah bila baca sajak en nuri ni

Lebai Noh berkata...

eh! sajak yg menarik smoga kita ambik iktibar

Puan Rosnah berkata...

sajak yg amat menarik! terima kasih en nuri!

Bos Kacak berkata...

xdpt nk bayangkan kalau tgk cermin xde smua tu?

En Sanusi Rostam berkata...

btol en nuri klu tgk cermin nmpk tulang je mmg pelik!

Thai Tham berkata...

mmg indah ciptaan Allah kpd kita

Jalil Janggut berkata...

smoga kita jaga sebaik mngkin Allah bagi ni