Keberkatan bila kita bersungguh
begitu juga waktu-waktu kita berdoa
malah tidak bermain dengan agama
cuba hadirkan dirimu sepenuhnya
pada setiap kali solat lima waktu
ketika doa sedang dibaca atau dipohon
nescaya Allah sedang mendengarnya
dan akan mengkabulkan segala hajat
bersama niat hati seorang yang ikhlas
Allah itu amat maha mengetahui segalanya
apa sahaja yang ada di dalam jiwa ragamu
maka hadirkanlah diri diwaktu berdoa kamu.
Oleh: Nurimanja,
Cartatan dua hari lalu jam 5 pagi
Tanggal 26/03.2011
50 ulasan:
CERITA RAKYAT NEGARA BURNEO
BERTAJUK: NAGA GUNUNG KINABALU OLEH: NURIMANJA, DICERITAKAN SEMUALA SECARA BEBAS
----------------------------------------------------------------------
Siri kedua.
SETELAH BEBERAPA LAMA mereka pun sampai di kaki Gunung Kinabalu. Setengah daripanya menunggu di kaki gunung kinabalu dan setengah daripanya mulalah mendaki mememanjat dan meredah hutan dan batu di kaki gunung itu.
Namun belum pun sampai ke kumuncak gunung kinabalu itu. Naga yang bersarang di gua Gunung Kinabalu telah pun mengetahui akan kehadiran bala tentera maharaja cina itu. Dengan bengis dan marahnya, Si naga gunung kinabalu ini telah terlebih dahulu menyerang dan membunuh bala tentera Maharaja Cina itu.
Akhirnya bala tentera yang kedua pula niak dan ingin membantu, tetapi ternyata kekuatan naga gunung Kinabalu itu lebih kuat dan ramai pula bala tentera maharaja Cina itu yang terbunuh. Akhirnya mereka terpaksa berpatah balik dan kembali ke negeri Cina.
Maharaja Cina itu tidak berputus asa bila menerima kekalahan bala tenteranya melawan naga di Gunung Kinabalu itu, malah ramai pula yang terbunuh. Akhirnya banginda maharaja Cina mengambil keputusan untuk mengutuskan ke duaputeranya. Wee San dan Wee Ping ke gunung Kinabalu itu.
Kedua putera maharaja Cina itu pun berlayarlah dengan dua kali ganda lagi besarnya bala tenteranya dengan 20 buah tongkang yang penuh dengan senjata dan alat peperangan menuju ke Sabah untuk berperang dengan naga yang bersarang di gua Gunung Kinabalu itu.
Apa sesampainya sahaja ke kaki gunung Kinabalu, seorang putera raja itu Wee San mencari akal untuk sampai ke puncak gunung kinabalu itu, Wee San bercadang untuk menipu naga yang bertapa di gua di puncak Gunung kinabalu itu.
BERSAMBUNG.
SAMBUNGAN
"Malah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau," katanya di dalam blog
http://novandri.blogspot.com.
Katanya, Wan Azizah sendiri tidak menyatakan sama ada beliau bersama Anwar ketika itu malah kenyataan Anwar yang menyatakan bahawa dirinya sedang mengakses laman sosial Twitter pada hari dan waktu itu juga menimbulkan persoalan besar.
Dr. Novandri turut mempersoalkan kebenaran Anwar menggunakan Twitternya pada waktu video seks tersebut dirakam berdasarkan pada akaun Twitternya yang didapati 'senyap' kira-kira dua jam iaitu dari pukul 9.20 malam sehingga 11.39 malam pada tarikh berkenaan.
"Jika kita perhatikan Twitter Anwar, beliau adalah pengguna Twitter yang aktif dan seringkali men'tweet' serta menjawab soalan-soalan pengikutnya. Jika Twitter yang dimaksudkan adalah pada tahun ini, yang menimbulkan tanda tanya besar ialah ke manakah 'hilangnya' Anwar selepas pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam daripada Twitter pada 21 Februari?," katanya.
Dr. Novandri turut menyiarkan chat di antara Anwar dan pengikutnya itu yang menunjukkan kali terakhir Anwar menulis di laman sosial itu adalah pada pukul 9.20 malam yang berbunyi: "Blog: Kabinet bayangan "PM tak faham Istilah-Tian Chua:Dari TV Selangor Cabaran Datuk Seri Najib Razak..."
Anwar didapati hanya menjawab semula pertanyaan yang diajukan oleh rakan Twitternya bermula pukul 11.39 malam selepas itu yang berbunyi:Inshaallah @a_sufi DS, bila nk mai #Guar Chempedak ni...lama sangat dah sy rasa DS x mai..."
SEDUTAN AKHBAR UM dari blog tertentu,
BERTUDUNG PINK BAJU KURUNG
hari ini kau bertudung pink
duduk bersilang kaki
di hadapan cantik.
aku pula berseluar jeans,
jauh duduknya di belakang malas.
kata-kata pensyarah
masih menarik minat kau
tapi bukan aku
nota-nota pelajaran
masih khusyuk kau tatap
tapi tidak aku
lelaki itu masih setia
yang dulunya aku di tempat itu
rindu pada kau kepada gadis
betudung pink, berkurung cotton.
Khairul Azwan (adik jalal)
sajak terpandang kekasih lama yg skrg di ambil org
PERGILAH
Pergilah saja ke mana kau mahu
teroka setiap inci dunia ini
jangan risau aku
bawa rindu ini sama
pergilah kaut sebanyak
mana kamu mampu
aku di Malaysia saja jauh mana kita
ukhwah itu ada walau tak ada jisim
jauh mana kita pada zahirnya
dalam hati kita sebelah-menyebelah
kalau kamu rindu aku
mari kita skype ym pun boleh
sambil ber-webcam
buat mimik muka pelik dan ketawa
Lisa Hanny (adik nur atikah)
sajak terkenang
AKU INSAN LEMAH
sebelum aku kesatnya,
sebelum aku biarkannya gugur,
biar aku jelaskan disini
seorang anak risau akan ayahnya,
seorang kawan cemburu kawannya,
seorang hamba bersalah Penciptanya,
seorang lemah ditimpa musibah hati,
seorang lelaki hancur harapannya,
seorang makhluk hilang megahnya,
terbentuk embun air jernih mata
sangat sayu, sangat ikhlas,
aku mengaku aku insan biasa,
insan biasa menulis di malam hari,
basah pipinya di malam hari,
tapi menyamar tersenyum di siang
lemah hati ini. hilang keyakinan.
tiada arah. tak berdaya.
tak berubah. kosong.
tak berbunyi. tanpa faedah.
lemas sendiri lemahnya
Abdul Salim (abang zainal arifin)
sajak terkenang
RASA
Apa yang aku kata,
itu yang aku rasa,
apa yang aku rasa,
tak sama dengan kau punya cerita,
aku macam ni saja,
berkata dengan puisi cerita,
peduli apa orang kata,
aku punya idea,
kau ambik kisah kenapa?
melihat orang lain dengan caranya,
takkan aku nak ikut sama,
aku bukan duduk statik saja,
aku manusia, hanya hamba Nya,
mana boleh lawan kuasa Nya,
jadi pasti ada cacat celanya,
minta maaf buat semua
yang pernah aku sakiti.
Muhamad Arshraf (anak haji hamdan)
sajak ketuahanan
Sajak Khairul Azwan bertajuk Bertudung Pink Baju Kurung. Kau ini nak belajar atau nak mengerat, bacalah sajak gf atau bakal jadi kaka ipar kau bertajuk WRNA PELANGI, ada Pengajaran disebaliknya. Apa-apa pun syabas! Korang masih belajar lagi, semoga sampai Hajat dihati, untuk sejuk hati ayah ibu. Amin. Sajak Selingan sahaja.
Sajak PERGILAH! Oleh Lisa Hanny Ini lagi satu sajak orang muda zaman kini masih muda sudah banyak memory dan kenang mengusik jiwa, Kebarangkalian bf belajar jauh agaknya tinggal diri terkatung keseorangan , tanpa perhubungan agaknya. Anih sedangkan segala kemudahan terkini ada. Walaupun korang pergi hingga ke hujung dunia akanboleh dicari. Apa-apa pun syabas! Cuba mengasah bakat. Amin! Sajak selingan saja.
Nah! Ini satu lagi asyik terkenang saja bila nak jadi kenyataan ini? Abdul Salim dengan tajuk sajaknya AKU INSAN LEMAH. Apa yang kau cerita ini semacam kecewa saja . mungkin kisah lama atau dahulu barangkali, kini mungkin tidak lagi. Sebab kau lebih tua dari Zainal tentulah tanggung jawab lebih berat lagi terhadap keluarga. Biasalah jika kita terasa kita kuat pasti ada sombong dan angkuh, Kepahitan dan keinsafan dan menagis di malam hari itu, citarasa orang yang berzuhud, semoga diredhai Allah swt. Amin. Sajak selingan saja.
Muhamad Arshraf tajuk sajak RASA: Budak ini baru nak belajar menulis sajak agaknya ni? Cerita ada tapi bertabur isinnya. Apa-apa pun kena rajin menulis selalu. Banyak banyak baca sajak penulis yang lebih matang lihat pengucapannya dan maksud yang tersirat dan tersurat, apa mesejnya atau pengajaran yang hendak disampaikan apa yang kita dapat. Amin. Sajak selingan saja.
apa cerita pasal mati je anis ni/
kenapa sajak pasal mati plak ni?
sajak mcm nk mati je anis ni
sajak anis ni kecewa sgt ker?
eh! xkn mcm nak mati je anis ni?
sajak mcm nk bunuh diri je bawak mengucap anis
kecewa dlm bercinta ke ni?
eh! sajak bertukar plak?
sajak kenapa lain plak????
sajak tersiar 2 kali ker?
sajak kenapa lain plak td lain?
sajak ni bukan dh siar ker?
sajak pasal berdoa? menarik jgk
sajak yg best smoga kita selalu berdoa
berdoalah setiap hari....
sajak yg menarik! tahniah en nuri!
sajak ketuhanan plak ke?
xphm la sajak ni
sajak ketuhanan ni yg susah nk phm
xphm sjak en nuri kali ni
bodo la dorg ni ada plak nk lawan dgn naga?
x logik la nk lawan naga sbb naga besar
mmg keja bodo la dorg nk menentang naga
sia2 jer serangan dorg tu
mati mcm tu je? kesian?
manusia mana boleh lawan naga
mmg serangan bunuh diri la dorg semua tu
2 org putera tu boleh ke kalahkan naga?
akal apa plak dorg nk guna tu
nk tewaskan org besar kena guna otak bukan guna otot....
benda apa yg 2 org putera tu nak lakukan nnt?
mustahil la 2 putera tu boleh tewaskan naga
rasanya 2 putera tu pun mati la akhir sekali
kena guna akal baru boleh kalahkan naga
dgn menggunakan tenaga manusia msti kalah pnya
naga tu besar mmg x boleh dikalahkan la..
kena tunggu naga tu mati dgn sndiri la...
ada ke cara nak tumbangkan naga besar tu?
nmpknya smua cara x boleh la sbb naga tu besar
naga tu nk mati rasanya xde cara la sbb besar sgt
Catat Ulasan