Sabtu, 12 Mac 2011

AKU MAHU DUDUK DI BUCU BILIK



sajak pilihan ahli Cr.

Sekarang aku
Hanya mahu duduk di bucu bilik
Sambil memegang sebatang pen
Bersama sehelai kertas putih kosong
Tulis apa ada dalam jiwa aku.
Mungkin bersama buku buku
Yang boleh buat jiwa aku tenang
Atau mendengar lagu yang sama
Berulang kali sampai aku rasa aman.
Jadi sekarang jangan ganggu aku
Kerana aku mahu berseorangan
Di penjuru bucu bilik.

Oleh: Sarah
Pahang
Di asrama sekolah/2010 Ogos 18 02:09
Diterbitkan semula tanggal 13/02/2011




50 ulasan:

Hantu Raya berkata...

BERSAMUNG EMALAM

Sementara itu, Perancis menjadi negara pertama yang mengiktiraf pihak pembangkang Libya sebagai wakil yang sah dan akan menghantar duta ke wilayah pemberontak.

Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy mengambil inisiatif itu ketika kepimpinan Kesatuan Eropah (EU) masih teragak-agak untuk mengiktiraf pemberontak Libya.

Persidangan pemimpin EU hari ini (Jumaat) akan terus membincangkan krisis Libya.

“Perancis mengiktiraf majlis peralihan nasional sebagai wakil sah rakyat Libya,” kata wakil pembangkang, Ali al Issawi.

“Berdasarkan pengiktirafan ini, kita akan membuka misi diplomatik, yang mempunyai kedutaan sendiri di Paris dan duta Perancis akan dihantar ke Benghazi,” kata pemimpin itu. – AFP
Senarai komen
salehhuddin wasli
Dah terang lagi bersuluh..apa yang jadi pada Iraq,Mesir,Afganistan semua ini adalah angkara US dan sekutunya..Negara Arab lain pun akan menerima nasib yang sama..tunggu dan lihat sahaja

Ariff
ini lah yang berlaku apabila Pemimpin mementingkan diri sendiri dan kuncu2nya.

heikal
mungkin ada yang tidak sedar yang bekalan miyak barat dah semakin kurang...sebab tu barat selalu nak masuk campur urusan negara orang lain seperti Kuwait, Iraq, Iran, Somalia dan sekarang ni Libya....sebab negara2 ini ada kepentingan kepada diaorang...cuba negara yang macam Palestin...kenapa sampai sekarang diaorang tak masuk campur?...sebab negara tak ada kepentingan...tidak mustahil juga satu hari nanti negara kita yang tercinta ini akan dimasuki oleh mereka juga...memandangkan ada diantara kita masih tidak mahu bersatupadu....suka sangat nak pecah belahkan masyarakat....

M Ridzman
Negara Islam kene tolonglah...tgk aje ke OIC

Hanu Raya
Di Kelantan pun Pas nak saman petronas ambil peguam luar negara, nak harap kita nak korek telaga bela ikan pun susah, nak korek telaga minyak, Petronas dah bagi 5 atu 6 peratus pun dah kira okey lah itu, Nak harap kita sampai bila tak buat apo! Asyik duk cari kesalahan orang saja.
Kalau BN pegang Kelantan mungkin jadi anak mas BN buat demo sokmo

Zainal Arifin berkata...

AKU TAK BODOH

apa kau cakap aku ini bodoh?
mana buktinya suka serkap jarang
tunding dalam terang
selak dalam gelap
kita kan pahlawan
kau berguru dengan si tuah
guruku pula si jebat
sama sahaja aliran
namun lain mata hati
kau guna taming sari
aku hanya guna parang kontot
tapi usah kau lupa
tiada guna taming sari
jika kail cuma sejengkal
mana mungkin lautan diduga
jika akal cuma sejemput
usah dibentang hujah berjela
nanti malu sendiri
terkebil-kebil harapkan hebat gaya
isi langsung hampa
kosong tiada makna
ambil pen dan buku belajar dahulu
jangan nak tegur aku kalau
kau belum cukup ilmu

Zainal Arifin
sajak marah terhadap org atasan kerana sy dipulaukan sbb sy parti BN

Sulaiman Embong berkata...

PILIHAN RAYA

bahang dah mula terasa
ceramah dah mula ada
projek lama sudah bermula
pasti dah tiba masa
jentera dah mula bergerak
muka terpendam mula nampak
kedai kopi dah mula sesak
masing-masing sibuk berasak
apa cerita mahu dibawa
apa kisah mahu dijaja
asal sedap mulut berkata
asal semua terlopong menganga
pasti semua manis bergula
jadi bahan halwa telinga
mana tahu jerat mengena
apa kesah benar dusta
si ketua dah mula sibuk
anak buah kena dipujuk
hulurkan semua apa disorok
biar licin tinggal habuk
baru kerusi senang diduduk
yang panas kan jadi sejuk
semua terlentok tersengguk mengangguk ya datuk
kami sokong datuk
pilihanraya besok
semoga BN ambil semula
merliau dan kerdau …


Sulaiman Embong
saja politik

Ungku Zubir berkata...

SUNYI

Sunyi terpisah antara dua ruang
talkin telah berakhir
tujuh langkah telah beredar
sekuntum bunga di hujungan ranting
gugur menemani merah tanah.
ada seketul hati
menyembunyikan wajahnya.
tanpa cahaya gelap kekal begitu
pun demikian cahaya tetap bersifat
diberikan dipulangkan
sesaat tanpa lewat.

Ungku Zubir
sajak tentang kematian mengenang sahabat sy yg kembali ke ramatullah

Lagenda Pulau berkata...

SURAM CAHAYA

Suram cahaya lintasi pancaran mata
Melirik pantas pada mata,
Begitulah juga cahaya
bulan sesuram cahayanya,
Memantulkan biasan tiada rupa.
bermulanya langkah,
mungkin tergamam seketika,
Memikirkan tentang ceritera silam,
Dia mungkin goyah jua.
bermulanya dia bersuara,
Kadangkala dia mungkin juga alpa,
Mana tahu mungkin juga terlupa,
Bahawa patah dibiarkan sahaja.
patut terbiar dibiarkan terlantar.
Mungkin dia terpaksa pergi,
Kerana ramai lagi pengganti,
Yang menanti di sisi ternanti.
Namun dia meniti perihal
peritnya terluka dia mungkin juga
Akan mengisi ruang-ruang tajamnya,
Suatu hari nanti pastinya.

Lagenda Pulau
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011

SURAM CAHAYA sajak oleh Lagenda Pulau, pengucapannya terlalu biasa, hendak dikatakan sembolik pun tidak berapa , hendak dikatakan kabur pun tidak berapa.Apa yang dapat dirasa ada sembol berbau politik. Ternyata terlalu umum penceritaannya walaupun pada kop yang luas. Dan lebih kurang menyakinkan diakhir penceritaan , penutupnya bukan suspen , tetapi bagai sebuah cerita yang tergantung. Maaf ternyata kabur pengucapannya . Harap maaf terpaksa ditolak (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011

Sajak Unku Zubir pada permulamnya ternyata sudah menarik isi pencritaannya, sesiapa pun mudah menangkapnya maksud yang tersirat dan tersurat, tetapi padaAkhir penutup cerita agak mencurigakan, jika dapat digeledah dan mencari pengucapan yang lebih baik dan puitis agar dapat menyakinkan (4 baris terakhir) mencacatkan puisi ini. Harap maaf tidak dapat lagi untuk membantu (TK)

Tinta Mutiara berkata...

Sajak Pilihanraya daripada Sulaiman Embung. Ternyata pemimpin yang mabuk kuasa tidak kira malu atau segan lagi akan cuba menabur gula, cari pengaruh buat mereka yang pegangan rapuh dan mudah terpenaruh. Labelkan saja, dengar boleh, percaya jangan, buktikan dahulu mana janji 2008 sebelum melancar buku baru berbagai wana hijau atau jingga. Ternyata kini mereka kian sakit dan tenat agenda buku telah ditolak rakyat, sekadar mereka sesama mereka untuk cuba kekal dan mempetahankan kerusi dan meja, ingatlah orang di atas bagai pramid jika akar umbi tidak lagi mencengkam kebumi, sekali air bah, sekali pantai berubah, angin tsunami akan memakan diri sendiri. Jika Allah menarik sifat malu seaorang itu, petanda kejatuhan akan meninpa. Layak dicalunkan seterusnya (TP)

Tinta Azimad berkata...

Bagi tahu saja kepada mereka, jika ingin mahu diheret bersama ke api neraka bersekongkollah dan bersubahatlah untuk mndapat panggu diakhirat nanti. Katalah sanggup bersumpah dengan kata wallah billahi aku tetap yakin dan percaya bahawa si pulan itu benar dan aku sanggup terjun sama ke api neraka, jangan terlalu taksup memuja, sehinga kalau si pulau berkata kambing bolh terbang kita juga turut mengaku sama kata Ya! Benar kambing itu terbang. Tentu mereka tidak berani.Sebenarnya mereka ini memang sudah malu, tepaksa menerima apa yang salah dan cuba pula menolak apa yang benar. Ini namanya subahat. Terimalah habuannya nanti di hari akhirat. Cukup full-stop .Senang saja tidak perlu bermasam muka.Jika mereka sayangkan Allah dan rasul, selawatkan keatas nabi, jangan terus bersekongkol dengan kerja yang mungkar . Jangan jadi orang jahiliah yang tidak dapat hidayat Allah. Dicalukan seterusnya (TP)

Emily Osman berkata...

CARA BUAT AIS KRIM MUDAH


* 2 cawan susu perisa strawberry/coklat (ikut suke)
* 2 cawan coffemate
* 1 @ 2 sudu gula (kalo x buh pun x pe.. sbb susu tu dh manis)

Cara-cara

1. blendkan bahan2 tersebut sehingga berbuih (@ masukkan dlm mixer), masukkan dlm bekas.. pastu masuk dlm fridge.. setelah agak beku.. keluarkan semula & blend lagi skali.. then baru masukkan semula dan biarkan beku... pastu leh la makan.. he he

Mona berkata...

wah! ada jgk cara buat ais krim!

Tetamu Malam berkata...

boleh cuba jgk nak buat ni

Olie Pajutdy berkata...

cara buat ais krim! ni yg sedap ni

Madah Pujangga berkata...

thnkz emily! lps ni boleh buat sendiri la

Geletek Malam berkata...

anak aku suka la makan ais krim nnt boleh buat kat dia

Abul Hassan berkata...

mcm mana ko dapat resepi ni emily?

Malik Wariya berkata...

emily ni penjual ais krim ke? siap thu resepi plak?

Lelangit Biru berkata...

snang je buar ais krim ni rupanya

Ali Conan berkata...

eh! ais krim buat sndiri!

Saizul Maizav berkata...

eh! boleh jd ke buat sendiri ais krim ni?

Muhamad Rabbi berkata...

buat sendiri susah la baik beli lagi sennag

Qalam Musoffa berkata...

buat ais krim malaysia lagi senang

Wasiril Azmi berkata...

xkn mcm ni senang je buat ais krim??

Saudagar Emas berkata...

biar btol! snang je buat ais krim ni!

Golok Buta berkata...

klu mcm ni cara buat ais krim au nk buat hari2 la

Raja Muda berkata...

baik beli je lagi senang emily

Halilintar berkata...

peti ais rumah aku susah nak beku? jadi baik beli je snang

Syakila Adnan berkata...

baik buat sendiri lagi jimat? thnkz emily!

Salam berkata...

biar btol! snang sgt nk buat ais krim mcm ni?

Seri Suri berkata...

setahu aku buat ais krim susah kenapa emily bagi ni senang sgt?

Badrolshah berkata...

senang dan cepat! best kena buat ni

Jalil Janggut berkata...

aku lebih suka beli dari buat sendiri

Karim Ghani berkata...

selalunya buat sendiri lebih sedap dari beli ni...

Kembara Budiman berkata...

lps ni boleh la aku makan ais krim hari2

Harimau Berantai berkata...

cara buat ais krim plak resepi kali ni? hehehe

Abang berkata...

perancis memngiktirat pemberontak libya!

Ezad Emir berkata...

perancis ni negara pembangkang ker?

Nurse Lisa berkata...

apa kena mengena libya dan perancis plak?

Muhamad Akmal berkata...

eh prancis dan libya ni kenapa plak?

Pak Bostamam berkata...

arif haikal dan ridzauan ni sapa plak? ahli ker?

Danial berkata...

sapa plak nama lelaki 3 org tu?

Hantu Gigi berkata...

komen pembaca pun hantu raya ambik jgk ker?

Suara Rakyat berkata...

eh! hantu raya dapat di blog mana ni?

Ibnu Siddiq berkata...

bernas komen hantu raya ni

Angker 13 berkata...

x berapa phm la cerita libya dan perancis ni

Ambuyak berkata...

ingatkan politik dalam negara rupanya luar negara ker?

Bulan Terang berkata...

smlm cerita pasal anuar skrg kenapa jadi libya dan perancis plak?

Petualang Tiga berkata...

aku x berapa phm la pasal perancis dan libya ni

Jengking Perak berkata...

mana politik dalam negara?? luar negara aku x minat sgt

Bob Kuli berkata...

alamak! xthu nk kata apa sbb aku x ambik thu sgt cerita luar negara ni