Ahad, 3 April 2011

APA KORBAN KITA



sajak pilihan ahli Cr.

Korban pertama
tatkala ibrahim diuji
sembelih anaknya ismail
ibrahim akur dengan redha
ismail akur dengan rela
apa pula kita korbankan
korbankan harta jauh sekali
kalau ada sekalipun
cuma seringgit
mengisi tabung kala jumaat
korbankan nyawa
tak sanggup juga
di sini sudah aman
tak perlu angkat senjata
bagaimana palestin?
belum mampu rasanya
korbankan masa
sedikit di jalan tuhan
cuma pinjamkan telinga
dengar majlis ilmu
tak sanggup juga
apa yang kita korbankan?
kambing dan lembu
di hari raya korban
itupun kalau mampu
apa korban kita... 


Oleh: Mia Safiyah
sajak pengajaran
(maaf sy bukan ahli tp sy tunang jalal dia jemput sy)
20 Mac 2011 4:28 PM
Diterbitkan semula 03/04/2011





50 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

Dicatat oleh Nurimanja di 2:32 AM
Label: Mia Safiyah
1 ulasan:

Nurimanja berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Mia Safiyah dengan sajak yang ada kelaianan sadikit daripada yang lain. Bertajuk: Pertanyaan APA KORBAN KITA? Sajak berbentuk pengajaran, dan soal dan jawab. Sesiapa yang telah membacanya akan mendapat jawapannya kembali. Sajak yang paling mudah tidak perlu kita Berfikir dan terus mengerti . Kerana ada pengajaran dan falasafah pengucapannya layak: untuk dicalunkan untuk (SM)

Oleh : Tinta Azimad
21 Mac 2011 2:33 AM

Malik Wariya berkata...

ingatkan sajak pasal raya korban ke td? hehe

Danial berkata...

terpkir jgk apa la korban kita selama ni

Qalam Musoffq berkata...

korban sy hanya utk negara

Ustaz Saad berkata...

sajak mia dulu dh siar ker?

Mona berkata...

wah! 2 kali jgk sajak tersiar nampaknya mia ni

Jalil Janggut berkata...

sajak ketuhanan menarik sajak ni

Puteri Bunian berkata...

sajak yg membuatkan kita muhasabah diri

Tan Sri Yunus berkata...

apa la korban kita nampaknya

Saudagar Emas berkata...

adakah kita jgk sanggup berkorban?

Ustaz Sahzan berkata...

sajak mia lagi nampaknya

Hamba Allah berkata...

wah! seronok la jalal sajak tunang dia 2 kali tersiar

Tetamu Malam berkata...

wah! sajak tunang jalal sampai 2 kali!

Nurse Lisa berkata...

rasanya korban kita xde kot?

Badrolshah berkata...

skrg manusia susah nak berkorban

Tuan Haji Abkam berkata...

apa la korban kita agaknya

Mr Casanova berkata...

agak pedas sindiran mia dalam sajak dia ni

Muhamad Akmal berkata...

korban ingatkan hanya pada raya haji jer...

Teksi Manaf berkata...

skrg manusia susah nak berkorban kpd sesuatu perkara

Mak Mah berkata...

eh! dulu bukan dh siar ke sajak mia ni?

Panah Arjuna berkata...

eh! boleh pilih org yg sama ke?

Rossa Long berkata...

ibrahim dgn ismail dalam sajak mia ni sapa

Lukie berkata...

sajak mia langsung aku xdpt tangkap

Nur Atikah berkata...

sajak peringatan yg baik dlm sajak mia

Muhamad Akmal berkata...

xphm la sajak musang ayam en nuri ni

Pak Haji berkata...

sajak mcm sindirian je sajak en nuri ni

Datuk Hasbi berkata...

sajak ada unsur politik nampaknya

Raju Linggam berkata...

dendalu ni benda apa plak?

Mozaire berkata...

mcm sajak anuar jer...

Pak Haji berkata...

sajak ada sindiran jgk musang berbulu ayam ni

Zainal Arifin berkata...

sajak mcm kena kat anuar je sajak ni

Jengking Perak berkata...

sajak dendalu ni politik kan?

Sharifah berkata...

en nuri perli sapa plak dalam sajak ni?

Nuri Jaguh berkata...

agak pedas jgk sajak sindiran en nuri

Emily Osman berkata...

sajak pasal apa ni? xphm la simbolik sgt

Encik Dasuki berkata...

en nuri perli sapa la dalam sajak ni

Pak Kassim berkata...

sindiran yg agak tajam msti sajak utk anuar ni

Ustaz Rahman berkata...

sajak utk pembangkang nampaknya sajak en nuri ni

Salam berkata...

sajak yg agak menarik jgk mia ni

Atan Yahoo berkata...

sajak mcm perli tp menarik sjak mia ni

Nabil Quldi berkata...

eh! sajak mia lagi? wah! 2 kali sajak dia tersiar jeles ni

Nabil Quldi berkata...

eh! sajak mia lagi? wah! 2 kali sajak dia tersiar jeles ni

Harimau Berantai berkata...

MONYET

kamu masih mentah
masih putik hijau
aksi bagai monyet
jalan masih bertatih
botol susu masih tergantung
suara belum garau
tok mudim masih tak kenal
hitam putih tak tahu beza
halal haram usah cerita
belum mumayyiz
sibuk nak bercinta
konon jadi perangsang
sokong dari belakang
berkepit pagi petang
main pegang-pegang
pantang duduk renggang
usap-usap belakang
tangan satu dah hilang
kena rasuk jembalang
lupa si lalu lalang
mata cuma memandang
mulut tak reti melarang
monyet naik tocang
permata sudah hilang sayang…

Harimau berantai
sajak sindiran

Anis Syahila berkata...

RUGI

jika ada bertanya
siapa kamu sebenarnya
jawablah dengan jelas
aku adalah hamba
jika mereka tanya lagi
apakah rugi jadi hamba
jawablah dengan telus
aku hamba paling untung
rezeki tak pernah putus
perut tak pernah lapar
tubuh tak pernah telanjang
tidur tak pernah diganggu
hati tak pernah celaru
akal tak pernah keliru
untung aku jadi hamba
cuma taat sahaja
ikut semua perintah
tinggal apa dilarang
itu sudah cukup
nescaya nikmat melimpah
tak terhulur tangan
apa mahu lagi tuhan pasti beri
taat sepenuh hati kita semua hamba


Anis Syahila
sajak ketuhanan plak sbb selalu kalah buat sajak jiwa2

Mona berkata...

SAHABAT SEJATI ITU

sahabat adakah kamu rasa
apa yang aku rasa
cuba lihat wajahku
tidakkah kamu nampak
senyumku penuh harmonis
indah sekali kuukir
agar hatimu bergetar
agar hatimu terpaut
sambutlah salam kenal ini
jadilah sahabatku
pasti akrab hubungan kita
kerana kita sealiran
sama tuju pulau impian
sama kejar pelangi indah
sama kutip mutiara suci
sama hidup di bumi tuhan
berilah sedikit ruang
buatku selitkan hatiku
di sudut indah hatimu
ayuh kita kongsi hati
jadi sahabat sejati kerana Allah…

Mona
sajak buat sahabt

Mak Mah berkata...

LUPAKAN KISAH SEMALAM

lupakan kisah semalam
memberatkan fikiran.
kerana hari ini
sedang menanti di isi.
walau sehebat mana
dugaan datang silih berganti.
hanya jasad ini tanggung sendiri.
aku mengerti ujian ini menguji.
waktu reda hujan dan panas tiada.
tersimbah senyum kaku di bibir
memang benar senyuman mahal harga
tapi mengapa ada bisa
mencatas sisa sisa tawa.
bibir itu kembali kelat.
aku membisu dan engkau mengejek.
inilah sebahagian kehidupan
telah aku lalui.
perjalanan kita berbeza.
duri dugaanharus kita tempuh
bergantung kepada waktu
tempat keadaan
kita di ajar untuk sabar
itulah terbaik jika kita mengerti.

Mak Mah
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Sajak Harimau Berantai dengan Pak Kassim pembicaraannya agak berbeza , walaupun penceritaannya bagai bersahaja, namun ada nesej dan sendiran tajam untuk kita sesama merenunginya. Sajak Moyet membicarakan anak hingus sudah pandaian berasmara. Dan sajak BATU MENANGIS kisah keangkuhan seorang dahulu pada masa hidupanya kini cuma tinggal sepi di penuhi lalang : Kedua sajak ini layak dicalunkan seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Anis Syahila dengan sajak bertajuk RUGI tetapi pengucapan atau penceritaanya bagai ada rasa keinsapan dan ada dailog soal jawab pula. tema ketuhanan sudah cukup bagus, Cuma tajuk tidak begitu sesuai, kerana sajak ini ada persaingan dengan sajak Mak Mah yang bertajuk: LKS salah seorang terpaksa juga tersingkir atau keluar. Setelah dilihat beberapa sudut daya mengucapannya ternyata pada sajak Makh Mah yang ada sadikit kelebihan penuh simbolik dan sinis untuk mencabar minda pembaca .Harap maaf cuba lagi dan terkeluar (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Sajak bertemakan persahabatan oleh Mona dengan tajuknya SAHABAT SEJATI ITU Mona cuba membicarakan tentang persahabatan dengan ikhlas dan telus, sesama rasa merasai susah dan senang, tolong menolong , harmonis dan saling hormat menghormati di antara kita sebaiknya rakyat 1 malaysia. Apa-apa pun ini bagai isu semasa yang patut kita amalkan dari dulu hingga kini demi perbatuan bersama. Sajak biasa-biasa saja/ Maaf terpaksa (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Mak Mah dengan sajaknya yang bertajuk LUPAKAN KISAH SEMALAM. Terasa pengucapannya bagai memberi nasihat kepada sesaorang, agar melupakan kisah lalu atau semalam. Angaplah sebagai ujian menghadapi takdir , apa yang berlaku ketepan ilahi namun kita masih punya usaha dan ikhtiar untuk mengatasi segala yang dilakukan oleh takdir ataupun manusia sendiri, bersabarlah mengatasinya. Amin, layak untuk (SM)