sajak pilihan ahli Cr.
Memang bukan yang pertama..
Tapi sakit yang dulu
Aku kembali terlempar
Menghujam...Kejam...
Tertinggal...Jauh....
Kau tertawa...Gila...
Aku meradang...
Tak sanggup memandang...
Dan rembulan merayap...
Tak ada jalan...
Semua terhempas jadi butiran mimpi
Aku lupa menulis...
Sudah terlanjur Maaf
Harus kuhadapi Sanggupkah
Kini harus kulalui malam-malam dengan cumbuan bimbang
Oleh:Putera Damien
Pulau Langkawi /2petang
Pulau Langkawi /2petang
Diterbitkan semua tanggal 01/04/2011.
50 ulasan:
Catat Ulasan TINTA AZIMAD;
Sajak Putera Damien semacam kecewa di atas apa yang telah berlaku ke atas kelancaran
dan keterlanjuran kata bicara dan gurau senda kini dia kembali terdampar di pulau sepi untuk menilai diri, mungkin buat entah kali yang keberapa sebelum ini. Kini cuma malam yang hitam untuk menemaninya bersama bintang yang tidak terhitung, sebagaimana derama
lakunannya yang telah banyak dilakonkannya di atas pesta dunia ini..
Isu video gugat Pas (B)
Oleh Zulkiflee Bakar
pengarang@utusan.com.my
KETIKA generasi muda Pas begitu teruja untuk mengetahui kedudukan sebenar rakaman video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang, kepimpinan kanan parti itu bersikap sebaliknya.
Ketegasan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan yang bersetuju supaya sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat skandal rakaman berkenaan mendapat respons dingin daripada pemimpin-pemimpin atasan Pas.
Bermula dengan kenyataan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap penubuhan suruhanjaya itu mengarut, ia disusuli pula dengan pandangan sinis Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali yang menganggap negara ini tidak mempunyai cukup orang yang berintegriti untuk menduduki suruhanjaya itu.
Lebih mengecewakan apabila Dewan Ulama Pas yang diharap akan bertindak tegas dalam soal mencari kebenaran turut membuat ulasan dengan menganggap rakaman video seks itu suatu permainan (politik) yang kotor. Ia sekali gus bermakna perjuangan Dewan Pemuda Pas yang mahu kebenaran diserlahkan dalam isu berkenaan tidak ke mana.
Sudah pastilah selepas ini, Nasrudin akan dianggap membelakangkan pendirian parti biarpun beliau hakikatnya menyatakan perkara benar. Tambahan pula Nasrudin dalam kenyataan telah memberikan syarat bahawa apa pun situasi yang berlaku, ia perlu kepada penyiasatan yang adil, telus dan tidak bermaksud untuk memerangkap.
Mungkin pendirian Nasrudin tidak begitu disenangi oleh mereka yang taksub kepada kepentingan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, tetapi keberanian beliau menyatakan apa yang sepatutnya dilakukan harus diberi pujian.
Sebenarnya tindakan kepimpinan kanan Pas yang dilihat terus berdolak-dalih dalam menggesa satu tindakan tegas bagi mencari kebenaran berhubung isu rakaman video seks tersebut telah mewujudkan gelojak di peringkat akar umbi. Kelompok generasi muda Pas yang terdedah dengan pelbagai sumber maklumat terutamanya daripada blog-blog semakin meragui apakah tindakan pemimpin-pemimpin Pas dalam menangani isu itu betul atau tidak.
Mereka keliru kerana sebelum ini dalam pelbagai isu yang berlaku terutamanya melibatkan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN), Pas akan menyerang habis-habisan, malahan mana-mana pemimpin UMNO yang didakwa terlibat dalam sesuatu kes akan didesak meletak jawatan.
Beberapa pemimpin muda Pas yang dihubungi penulis mengakui mereka gelisah dengan sikap kepimpinan Pas yang tidak tegas dalam menangani isu tersebut.
''Kita tidak boleh buat spekulasi mengatakan ia konspirasi politik atau mempertikaikan penubuhan suruhanjaya diraja.
SAMBUNG. Petekan Akhbar *(UM)
sajak politik ke ni?
sajak nasihat ke ni?
sajak peringatan plak nampaknya
sajak simbolik ke?
sajak apa plak kali ni?
krisis keyakianan plak?
sajak perli sapa plak ni en nuri?
sajak mengisahkan tentang apa ni?
sajak berkenaan pasal anuar ke ni?
sajak kecewa dalam bercinta ke putera damien?
sajak psal putus cinta ke?
sajak apa la plak putera damien kali ni
mcm marah je putera damien/...
ni msti baru putus cinta ni
sajak mcm kecewa dalam bercinta jer...
cerpen xde plak ke?
eh! mana cerpen kali ni?
cerpen xde plak nampaknya
en nuri lupa nak letak cerpen ker?
sajak mcm sedih je putera damien
sajak tentang kekecewaan ker hehehe
sajak pasal bercinta nampaknya
aduh sajak jiwa2 lagi anak muda zaman skrg ni
sajak simbolik jiwa2 ker>
sajak mcm sindir anuar je ni? hehe
sajak mcm bunyi politik jer..
cerpen mana tinta?
apesal xde plak cerpen
cerpen xde plak kali ni tinta lupa ker?
cerpen semalam bukan ada lagi ke?
cerpen burung bulbul xde sambungan ker?
burung bulbul mana? tiba2 bertukar pasal burung risau plak?
kenapa burung risau semalam kan bulbul?
cerpen bulbul mana? skrg ni burung risau la plak?
cerpen xde plak semalam kan tulis sambung?
ni cerita psal burung risau plak????
kenapa bertukar jd burung bulbul ke burung risau?
xkn dh hbis burung bulbul semalam?
mana pasal burung bulbul en nuri?
tiba2 bertukar burung plak?
JANGAN MEGAH
jangan kau megah
berdiri menongkat langit
Kau berlari ke langit dengan bangga
walau kau punya emas tujuh lautan
Kau himpun wang setinggi gunung
Tapi kau lupa pada yang berhak
Tidak sekali kau cium tanah
malah panjat syukur
tiada kau letak dalam kamus diri
Kau fikir kaulah segala
Kau kira kaulah tuhan pada dirimu
Kau lupa ada datang menjemput
Bila saatnya sampai,
Binalah tembok sekuat manapun
Sembunyilah walau sedalam manapun
Kau kan kembalikan pada pencipta
Ustaz Majusi
sajak peringatan
PANDAINYA DIA
kita semua terpedaya sebab
dia pandai susun kata
dia pandai anyam aksara
dia pandai gubah bicara
hingga semua terpesona
walau dia berdusta
tapi kamu semua percaya
licik sungguh kata dia
Ustaz Muda
sajak sindiran
HAMBA ALLAh
cuba lihat langit di sana
cerah tergambar warna ceria
tanpa mendung awan gelap
damaikan pandangan mata
apa mungkin selamanya begitu
tidak mungkin kekal
entah esok atau lusa
pasti kan berubah jua
cuba lihat hidup kita
apakah selamanya cerah
atau selamanya gelap
pasti ada saat ceria
pasti ada saat duka
itu ketentuan dari-Nya
coraknya kita tentukan
warnanya kita coretkan
ceritanya kita kisahkan
ketentuan tetap milik tuhan
dia tetap penguasa
rabbul alamin kita tetap hamba
moga kita dikasihi-Nya…
Hamba Allah
kebetulan tajuk sajak saya sama dgn nama sy plak? hehe
UFUK
di ufuk timur
terangi aku dengan sinarmu
biar tak pekat gelapku
Menarilah tintaku atas kertas putih
hiasilah dengan pekat darahmu
Aku hilang arah
temanku pergi kekasihku lari
Angin tiuplah dengan lembut
Terbangkan debu-debu resahku
walau sebesar hama
sekalipun yang hinggap di dada
Damaikanlah aku.
Rembulan Senja
sajak simbolik jiwa2
SAJAK SAYEMBARA CITRARASA APRIL 2011 UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB.
Ustaz Majusi dengan sajak JANGAN MEGAH pengucapannya menceritakan kepada kita manusia setinggi manapun kedudukan jangan mengah dan angkuh. Kerana kita dibawah kawalan dan pemerhatian yang maha kuasa Allah swt. KepadaNya juga kita kembali (SM)
SAJAK SAYEMBARA CITRARASA APRIL 2011 UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB.
Ustaz Muda dengan sajak senisnya mempersendakan kelicikan saseorang, malah sering melakukan kesalahan, tetapi orang lain pula yang menerima akibatnya. Lebih menjadi Anehnya orang yang tertentu bagai memihak kepadanya. Semacam ada habuan pula kesenangan buat beberapa keturunan. Terasa semacam filem Hidustani (SM)
SAJAK SAYEMBARA CITRARASA APRIL 2011 UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB.
Hamba Allah dengan sajaknya bertajuk HAMBA ALLAH juga. Bagai berfalafah dalam pengucapannya untuk mengingatkan bahawa hidup ini bagai langit tidak selalunya cerahada masa dan ketika bertukar menjadi gelap dan mendung. Itulah ketentuan Allah swt. Isinya ada (SM)
SAJAK SAYEMBARA CITRARASA APRIL 2011 UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB.
Rembulan Senja dengan UFUK penceritaannya dengan tajuk agak sukar dan sadikit perbezaannya. Apa-apa pun masih berlegar denagan sajak jiwa-jiwa cerita orang muda punya biasa. Ada-apa pun, kemampuan untuk menyusun kata memang sudah ada dan puitis . Kerana pemilihan dua sajak saja, maaf sajak anda yang bertemakan jiwa-jiwa terpaksa terkeluar (TK)
Catat Ulasan