sajak pilihan ahli Cr.
pandang bintang kelip kelip.
dalam berjuta kecil itu,
ada satu bintang bersinar
sampai butakan hati aku,
bukan mata tusuk panah sampai hati
kadang nak lari biarkan rasa
julung ini tapi tak boleh lari
sebab dia ikat hati aku.
dan segala apa yang aku punya.
cuma kini biar rasa ini kekal
sebab aku tinggikan rasa
makin terasa ini untuk aku makin terasa
sampai rasa terasa
Oleh: Hajjah Jamilah
saya isteri kepada tuan haji abkam2011 Januari 5 15:33
Diterbitkan semula 27hb April. 2011.
pandang bintang kelip kelip.
dalam berjuta kecil itu,
ada satu bintang bersinar
sampai butakan hati aku,
bukan mata tusuk panah sampai hati
kadang nak lari biarkan rasa
julung ini tapi tak boleh lari
sebab dia ikat hati aku.
dan segala apa yang aku punya.
cuma kini biar rasa ini kekal
sebab aku tinggikan rasa
makin terasa ini untuk aku makin terasa
sampai rasa terasa
Oleh: Hajjah Jamilah
saya isteri kepada tuan haji abkam2011 Januari 5 15:33
Diterbitkan semula 27hb April. 2011.
50 ulasan:
Qalam berkata...
Sajak daripada isteri tuan haji abkam , Puan Hajjah Jamilah dengan
sajakanya bertajuk: TERASA YANG RASA. Pengucapannya bagai ada sesuatu yang telah terikat atau telah pun bersama dalam perjanjian terasa diri bagai terperangkap dan hati ingin lari, tetapi apakan daya kerana hati telah pun merasa apa yang telah dirasakan. Untuk menunggu sampai bila untuk tidak mahu merasa, menyeksakan diri, untuk bebas perlulah ambil tindakan untuk membebaskan keadaan.
Jika tidak anda terus merasa apa yang sedang anda rasakan. Semoga
keadaan yang sedang anda rasakan, boleh menyakinkan.Fikirlah yang baik jika perlu diteruskan. Amin.
oleh: Qalam mutiara.
5 Januari 2011 1:55 AM
CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA
__________________________________________________________________________________
Siri Ke dua.
PADA keesolan paginya mereka dua beradik berlari ke tepian kolam di tasek itu. (agaknya kolam itu berbentuk tasek atau ada kolam kecil di tasek itu atau memang namanya kolam tasek).Dari kejauhanMereka berdua telah kelihatan dua ekor kuda dan sepasang pakaian anak-anak raja serba lengkap berserta dengan Sebilah petang dan perisai.
Kedua adik beradik yang telah lama ketiadaan kedua ibu dan bapanya itu, amat berasa gembira bila menerima hadiah dari anak ikan mas itu . ternyata janji nya tepat sekali (berbeza pula dengan kita manusia selalu putar belit dan menipu) Maka mengambillah Syahir dan Syakir seorang satu persalinan yang seba lengkap itu.
Mujurlah kedua anak muda ini telah pandai bermain senjata dan menunggang kuda sewakti ada kedua ibu bapa mereka dahulu, hasil usaha dan keberberkatan bapanya mengajar mereka dua beradik dahulu. (berbeza kita hari ini mengajar atau menyuruh anak mengerjakan solat pun malas. Bila ibu bapa meninggal anak-anak bercempera tidak tahu hal agama, bila sudah dewasa nak belajar pula malu. Jadilah jahil murakap)
Saban hari mereka berlajar atau berlatih untuk menambah kepakaran sesama mereka dua beradik berlatih menonggang kuda dan berlawan pedang. Sehingga si abang Syahir tidak boleh langsung menikan adiknya Syakir dan begetulah sebaliknya. Mereka punya kemahiran menunggang kuda, sesama tidak mahu mengalah nampaknya beberapa kali ada sayembara di kampungnya atau daerah dan negerinya kedua-duannya akan ditabal menjadi juara bersama.
Malah kedua adik beradik ini semacam serasi jika abang senang hati si adik juga turut senang , dan begitu jugalah sebaliknya. Tidak ada rasa cemburu, iri hati dan perasaan ingin jatuh dan menjatuhkanDi antara satu sama yang lain. (Berbeza dengan kita hari ini dengan adik beradik lawan Bertoka, tarik rambut, berparang, sembelih, bunuh semacam anjing dengan kucing. Tidak boleh duduk berdekatan)
BERSAMBUNG.
SAPA GURU KAMU?
hebat sekali ilmu kamu
pasti hebat gurumu
pasti bukan syaitan
pasti dia ilmuwan terhebat
pasti dia cendikiawan agung
walau tanpa tinggi nama
walau tanpa pangkat harta
martabatnya pasti tinggi
di mata kamu di sisi tuhan
mana mungkin ada ilmu
jika tiada gurunya
mana mungkin ada amal
jika tiada ilmunya
kamu pelayar hebatangkasawan negara
kamu pemimpin ulung orang biasa
kamu pasti ada guru yang pasti
syaitan bukan guru kamu
Ustaz Saad
sajak sindiran
KELAHIRAN SEBUAH KOMEDI
mimpi adalah sebenarnya realiti
walau hati cuba untuk menafi
keindahan ciptaan sengsara pedih
pernah juga terdetik
keberadaan segala
adalah semata fantasi
titisan hujan adalah airmata
sang bidadari dari kayangan
mengalir menyuci kotoran keji
si bajingan kapitalis meraja diri
di rimba kebatilan moden ini
sebuah tragedi kelahiran
sesungguhnya sebuah komedi
Mak Cik Senah
sajak simbolik
HAQ DAN BAITIL
aku adalah aku siapa pun aku
kau segalanya maujudmu syahadahku
zahir batin bersatu dalam wujudku
bukti penyaksian haq tiada batil
kita bertemu dalam syahadah
kita memuji dalam syahadah
zat memuji sifat sifat memuji zat
maka bertauhidlah aku
dalam mencari sir
dalam sir ada rahsia
rahsia wahdatul wujud
Syeikh AL Habib
sajak ketuhanan
BUAT ISTERIKU
bila marah bukan maksud aku benci
itu tanda aku sayang tanda kasihku
wahai isteriku aku ini suamimu
aku takkan mampu lihat kamu jatuh
lihat kamu menangis kelak
lihat kamu terperosok di bawah
apa aku mahu kamu gahmerentas badai
kamu hebat di dunia dan akhirat
kamu capai bulan bintang
kamu gagah membesarkan anak kita kamu dokong amanah rasul
kamu patuh tuhanmu satu
yang paling aku mahu
kita bersatu di sana nanti
Orang Lama
sajak buat isteri semperna hari lahir yang ke 57
SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011
Ustaz Saad dengan sajak SIAPA GURU KAMU? Pengucapannya terarah kepada sinis tajam juga.. Bertanya tentan siapa guru kamu, kerana kebarangkalian terlebih pintar. Sehingga hakim dan polis negara, doktor, penyiasat di raja kekadang gagal menunjukkan bukti yang tidak meragukan. Itulah satu kepintaran yang Allah beri , tetapi telah disalah guna kepada jalan yang diredhai Allah, tetapi ramai kita lihat dan tenguk, bila kepintaran itu Allah berikan, Mereka telah tersalah guna. Melaksanakan kerja onar dan mungkar. Malah sannggup pula memutar belitkan fakta demi untuk menegak benang yang basah, Apa yang lebih menyedehkan lagi. tuhan lebih murka. Sudah buat salah, berbangga pula dengan kesalahannya.Minta dilindungi Allah. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)
SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011
Mak Cik Senah kali ini dengan sajaknya yang bertajuk KELAHIRAN SEBUAH KOMEDI. Pengucapannya ingin menceritakan kalau dikenangkan kelahiran dalam kehidupan umpama kita menonton filem komedi dan fantasi. Apakah tidaknya. Bukan semua yang kita harapkan tidak sesampaian. Menangislah kau air mata darah sekali pun, jika tuhan tidak mengizinkan, tidak akan berjaya, contoh mudah apa yang kita lihat. Seorang lelaki yang kacak jarang dapat perempuan yang cantik untuk teman hidupnya. Jika jadi pun tidak kekal lama. Begitu juga sebaliknya, contoh kris diyanti. Dln. Begitu juga yang berada akan mempermainkan kemewahan nya dalam kehidupan dengan gaya dan cara kepalsuan. Lantas jadilah dia sebuah cerita kelahiran kemedi kata Mak Cik Senah.Masih diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)
SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011
HAQ DAN BATIL oleh Syeikh Al habib dengan sajak thema mentauhidkan ilmu ketuhanannya,kebarangkalian si penulis ingin menceritakan tentang kebenaran dan kesalahan: Setiap kewujudan manusia lahir daripada kehendak Allah swt. Sepatutnyalah kesempatan yang kita ada ini sebagai manusia dan siapa saja yang bernama makhluk patut memuji kebesaran Ilahi. Tegakanlah apa yang benar, jauhilah apa yang mungkar, bersyaksikanlah langit dan bumi yang dijadikan , keyakinan diri seorang itu dengan adanya Allah swt. Menjadikan seorang itu takut melakukan kemaksiatan, kerana keimanan atau ketauhidan yang sebenar sering mencari dan merenung rahsia kewujudan Allah yang satu. Tidak ada masa untuk melakukan mungkar dan kemaksiatan. Itulah iman. sekadar andaian saja. Layak untuk sayembara seterusnya Ya Syeikh Al Habib. (SM)
SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011
Orang Lama dengan sajaknyabertajuk: BUAT ISTERIKU yang dikasihi . Ternyata si penulis kekurangan ilham agaknya. Sekadar meyelit memori lama untuk sayembara kali ini sewaktu baru berumah tangga dulu agaknya. Sebenarnya siapa yang tidak sayang bini? Binatang pun ada kalanya sanggup membunuh jika ada orang yang menceroboh ketenteramanan anak bini mereka..Apa-apa pun mesej Orang Lama kali ini banyak pengajarannya. Cuma penceritaan ini
Merupakan perkara biasa dalam kehidupan kita kini, semuanya ingin membentuk keluarga misali. Selamat dunia dan akhirat. Kerana sajak lain lebih mengemukankan isu yang lebeh berat dan bermakna. Orang Lama terpaksa terkeluar. Usaha lagi Harap maaf dan maklum! (TK)
kolam tasek pun ada?
=Mona
kolam tasek tu mcm mana la rupa?
Roslan Bidin
mcm mana kolam boleh jadi tasek plak?
Muhamad AKmal
kolam berbentuk tasek mcm mana ni?
Ali Conan
dorang dpt kuda ke?
Geletek Malam
mcm mana boleh ada kuda plak?
Sarah
pedang dgn kuda tu dtg dari mana?
Malik Wariya
mcm mana ada pedang dgn perisai plak?
Ustaz Rahman
ikan tu nak suruh dorg berperang ke?
Ustaz Muda
eh! mcm mana ada kuda plak dekat situ?
Nuri Jaguh
dorang nk kena pergi berperang ke?
Ustazah Janariah
kelengkapan tu mcm nak pergi berperang jer?
Jalil Janggut
ada bahaya ke yg mendatang sbb semua kelengkapan perang ada?
Harimau Berantai
nak buat apa la kelengkapan perang semua tu
Salina
jahil mukarap tu apa?
Mona
dalam cerpen pun en nuri selitkan politik nampaknya
Pak Kassim
wah! siap dapat baju utk perang tu!!!
wah! siap dapat baju utk perang tu!!!
Tetamu Malam
kelengkapan perang tu utk perang ke?
Raja Muda
dorang kena perang dgn sapa plak ni?
dorang kena perang dgn sapa plak ni?
Umar Haslam
byk btol brang ikan emas tu bagi?
inspektor Halim
cempera tu benda apa plak?
Mei Ling
dorang berdua ni anak yatim rupanya..
Abul Hassan
kalau dorang anak yatim sapa yg jaga dorang?
Danial
cerpen ni psl apa sebeneranya?
Mat Noh
mcm cerita hikayat merong mahawangsa plak cerpen ni
Nabil Quldi
pelik la kenapa ikan emas tu bagi semua tu?
Mawar Harum
ada sebab ke ikan emas tu bagi semua tu?
tok mahat
utk apa ikan emas tu bagi pedang???
Ustaz Sahzan
ingatkan ikan emas tu bagi emas?
Qalam Musoffa
utk apa dorang berdua dapat semua tu?
Brader Joe
eh! ada musuh akan dtg ke nnt?
Abang
msti ada sbb kenapa ikan emas tu bagi barang tu?
Tan Sri Yunus
setakat ni cerita ni nampak biasa2 jer...
seri suri
nampaknya cerita ni xde apa2 pun watak jahat yg ada?
Putera Damien
watak baik je yg ada watak jahat mana?
Dayang
nampaknya cerpen ni xde apa2 pun yg pelik?
saudagar Emasa
cerita ni masih belum dpt tangkap psl apa?
Nasruq Haqq
misteri la cerpen kali ni
Adi Cana
Catat Ulasan