sajak pilihan ahli Cr.
Aku ingin terbang..
mernari gaya kepulan asap
rokok yang kau hembus..
Meluncur dari bibir
Terserap ke awan..
Bagai Meliuk bergemalai..
Melentuk selendang
hingga terburai...
Aku mahu khayal dari aku..
Ketagihkan aku...
Nikmat datang untuk aku..
Wang dibakar rela kerna ku...
Aku ingin berada
di celahan jemari telunjuk...
Oleh: Dam Catur
ketika rehat di tempat kerja
12tgh hari 2010 Mei 19 12:10
Diterbitkan semula tanggal 02/04/2011.
50 ulasan:
Sajak Dam Catur dengan sebatang rokok. sajak ini dahulu mungkin telah diulas oleh en nuri, tetapi kerana tidak dimasukan didalam simpan dalam npcr2 . sajak sebenar diruang utama telah terdelek akhirnya hilang semua, tinggal sajak sahaja.
Kini terpulang pada ahli untuk mengulasnya. Biasanya menjadi sebatang rokok seperti membakar diri sendiri dengan kenekmatan orang sukar menilainya.
Ada orang kata tiga kali (3X) makroh. 1 isap rokok makroh. 2 sambil berdiri berjalan makroh. 2 membazir wang pun makroh.
membazir wang
KPN sahkan video seks tulen
Oleh WAN RAHIMAH DRAMAN
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 1 April - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar) hari ini mengesahkan rakaman video seks didakwa melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang yang didedahkan baru-baru ini adalah tulen.
Katanya, pengesahan itu dibuat oleh pakar profesional yang dilantik oleh pihak polis minggu lalu untuk membuat kajian terperinci.
Menurutnya, hasil siasatan rakaman video itu yang kini di peringkat akhir akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.
"Saya telah mengarahkan pasukan penyiasat yang ditubuhkan itu agar menjalankan siasatan secara menyeluruh dan terbuka," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini hari ini.
Pihak polis, tegas beliau, akan memanggil sesiapa sahaja bagi membantu siasatan dan setakat ini tiga individu ditahan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.
Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini, Ismail berkata, pihaknya menimbang menghantar rakaman video tersebut ke luar negara untuk dianalisis pakar asing.
Sedutan akhbar (UM)
SUNGAI ITU
Aku berkata padamu....
langkah itu semestinya teratur...
dari hari ke hari semua tahu....
sehingga aku datang...
dari sedikit demi sedikit
waktu kan menggapai...
kemudian aku memenuhi ruang
Aku telah mengajari semua....
tentang sebuah perjalanan
yang penuh liku dan berkelok
Aku sarang perjalanan sang air
mengantarkannya ke lautan
supaya semua dapat melihat
besarnya keluasan cakrawala
Pak Ngah But
sajak simbolik
ABSTRAK
unik ciptaan tuhan
makhluk bernama manusia
penuh sifat abstrak
subjektif sukar ditelah
terkadang lahirnya ketawa
wajah terpamer ceria
dalamnya penuh luka
langsung tiada terduga
terkadang zahirnya menangis
wajah penuh tragis
dalamnya penuh tawa
berpesta suka ria
terkadang wataknya pemalu
penuh santun pekerti
pijak semut tak mati
dalamnya penuh bengis
hati penuh kudis
terkadang sifatnya ganas
baran tiada terlawan
bikin semua terkilan
dalamnya penuh mesra
hati penuh berbunga
sejuta rasa bahagia
uniknya manusia…
Ustaz Rahman
sajak simbolik
BICARA TUHAN
Matahari bersinar terang....
tak ada awan di langit....
menebarkan kesejukan
harga diri sejati
Tak ada lagi penghalang hambatan
kerana terang di kepala hati
Memaafkan kenyataan
jika bicara tengah hari penuh
keadaan berbicara dengan Tuhan
langkah mantap takkan pernah goyah
Simsalabin
sajak ketuhanan
TERCARI-CARI
adakah ku kenal diriku?
kamu kenal dirimu?
dirimu kenal aku?
dicari-cari tak berakhir
namun juga tak mati
namun aku tahu
aku bukan bermimpi
untuk mengabur matamu
lalu bangkit dari tidur
tidak sempurna tidurku
dengan hadir bayang dirimu
meracau akal fikirku
mengusir mimpi-mimpi ku
menabur racau igauku
namun aku tetap tahu
bukan mudah bagimu
malah aku juga
mendapatkan mimpi sempurna
selagi dirimu dalam diriku
Srikandi juwita
sajak jiwa2
sajak pasal rokok pun ada?
bodoh la dam catur ni rokok membahayakan kesihatan la
bangang btol sajak pasal rokok plak?
sajak pasal hisap rokok pun ada?
kenapa megnagungkan rokok dam?
membazir la beli rokok dam
gila la ko ni mengahambakan diri dgn rokok plak!
tgh berkahayal pun boleh buat sajak?
sajak pasal rokok pun ada? gila la ko ni
jgn kerap hisap rokok nnt mati muda
apa yg best hisap rokok dam?
asyik hisap rokok je buang masa la
buang duit la hisap rokok tu dam
xde faedah la hisap rokok tu dam!
pmpuan benci lelaki yg suka hisap rokok
sesungguhnya hisap rokok ibarat membakar duit
bangang la org yg suka hisap rokok ni
aku rasa sampai ke tua la org xnk kat ko sbb ko suka hisap rokok!
bukan kenyang pun hisap rokok tu
buang masa xde faedah la dam!
apa yg ko dpt hisap rokok tu dam?
apa la x boleh pikir ke hisap rokok tu bahaya!
hisap rokok tu boleh memudaratkan kesihatan la..
hisap rokok plak dam ni? tp jgn hisap dadah
xde sajak lain ke nak buat dam?
jd btol la anuar si pelaku seks tu?
sy x berapa nak pcya sbb x tgk nk tuduh sembarangan pun bahaya
sepatutnya hantar ke luar negara sbb teknologi dorg canggih sikit
bila dia nak tayang dalam paper video tu
nak percaya dgn x percaya pun susah
eh! pelaku seks tu anuar ke???? biar btol!
x sangka anuar pun ribut jgk
wah! habis la anuar pecah tembelang dia
kenapa x tunjuk dalam paper video tu nk percaya pun susah
kdg2 was jgk nak percaya atau x sbb xde bukti
pelaku seks tua anuar??? pening2
kdg2 kesian plak kat anuar ni
rasanya datuk T yg slah sbb mengedar video lucah sbb ikut akta hukuman lagi berat
anuar ni mmg mencemarkan imej pemimpin
X TAHU NAK TUDUH ANUAR NI BETOL ATAU SALAH SEBAB HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI..
SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011
Pak Ngah But dengan sajaknya bertajuk SUNGAIKU. Punya falasafah tersendiri, bagaimanaSungai yang yang airnya mudek dari hulu ke heler dengan melalui liku dan berkelok merentasi teluk dan tanjung jika direnung dengan mata hati memang membawa pengajaran dalam kehidupan kita seharian. Belum melihat sampah sarap yang mudik kehulu dan ke hilir bila air pasang dan suruh, sama seperti orang gila.. Layak untuk seterusnya (SM)
SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011
Ustaz Rahman dengan sajak simboliknya bertajuk: ABSTRAK. Sukar ada orang yang mahu atau sanggup melihat sesaorang itu dengan renungan dari luar hingga dalamnya. Tetapi itulah Abstraknya. Bagai keadaan cuaca kita sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan pula turun ditengahari. Kekadang manusia juga sama dengan ramalan cuaca. Tidak semestinya tepat sangkaannya. Layak untuk seterusnya (SM)
SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011
Simsalabin sajaknya bertajuk: BICARA TUHAN thema ketuhannan. Apa-apa pun jika engkau engan berbicara dengan tuhan tanda kau lupa lima waktu. Sebagai seorang Islam kena keraplah berbisik dengan tuhan untuk mendapatkan sesuatu. Orang yang mendekati tuhan ianya tidak akan gentar dengan sesiapa melain Allah saja yang memeliharainya. Layak untuk seterusnya bersama sayembara April ini (SM)
SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011
Srikandi Juwita dengan sajaknya bertajuk TERCARI-CARI. Agak berat penyakit yang anda Hadapi ini . Sehingga terbawa-bawa dalam mimpi tidur yang tak lena, begitu kuat fantasi anda demi mencari seorang yang benarkah ada dalam hati anda. Sajak jiwa-jiwa adalah cerita
Biasa buat kisah hidup seorang anak muda dara. Maaf usaha lagi dengan thema lain pula (TK)
Catat Ulasan