Isnin, 18 April 2011

PUISI NYANYIAN BERTASBIH





Waktu diam, duduk dan berdiri
hanya orang beriman melakukan
ucapan puisi nyanyian bertasbih
kerana bertasbih bagaikan pagar
dan dinding mengukuhkan hati
terlalu sukar untuk ditembusi
dari godaan syaitan dan iblis.


pokok,burung,rumput,ikan dilaut
semua bertasbih pagi dan petang
cuma kita sahaja pekak dan tuli
terlalu engkar dan angkuh diri
enggan memuji  kebesaran llahi
sebagai hamba di bumi Allah ini.


subehanallah walhamdulilah hiwala
illah haillallah wallah huakbar
orang beriman bila terdengar saja
bacaan ayat-ayat al Quran hatinya
menjadi gementar kecut dan takut
bagaikan menyerang seluruh tubuh.


Oleh: Nurimanja,
catatan sajak lagenda,
tujuh rabiul awal 1430 hijjrah
terbit semula 18hb, April, 2011ms.





50 ulasan:

Nurimanja berkata...

BERTAJUK: JIKA ADA KEYAKINAN/ DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH SDRA NURIMANJA.
______________________________________________________________________


Siri ke lapan


Abul Hassan menjadi cemas dalam pelihatannya . apakah akan terjadi bila dua gambaran makhluk orang tua alim dan anak muda berwajah kenabian itu seperti mencurigakan, Sedangkan anak muda belasan tahun semacam anak orang-orang kenamaan atau pembesar dalam negara itu sedang asyek bermain di tepi pantai yang agak terpencil jauhnya daripada orang ramai.

Anak muda berwajah kenabian itu juga turut terharu apakah yang hendak dilakukan oleh tuk guru orang tua alim itu terhadap anak muda belasan tahun terlalu muda , dari wajahnya nampak dia adalah seorang anak yang mendapat kasih sayang secukupnya yang tidak berbelah bagi. Dia juga bukanlah anak orang sebarangan kerana gaya pergerakan dan bentuk muda dan badannya juga apabila besar boleh jadi seorang pemerentah sebuah negara.

Setibanya orang tua alim itu berhampiran dengan anak muda belasan tahun itu dia memengang tangannya , tanpa banyak bicara dengan pantas dia mengewluarkan sebilah pisau dan memotong dan mengkelar urat lengan dan leher anak muda belasan tahun yang berwajah kacak dan tampan itu sehingga mati.

Apabila peristiwa ngeri , kejam dan menyanyiat hati itu berlaku dihadapannya .Anak muda berwajah kenabian itu belum sempat untuk menghalang, tetapi apakan daya kejadian berlaku begitu pantas, anak muda belasan tahun itu telah rebah di tepi pantai dicelah batu, darahnya membuak-buak keluar bercampur Dengan air laut menjadi hitam berputar dibawa ombak.

Dengan segera orang tua alim itu mengajak anak muda berwajah kenabian itu segera bergegas pergi meninggalkan tempat kejadian itu, anak muda berwajah kenabian itu menjadi serba salah, sama ada ingin meneruskan berguru dengan orang tua alim ini atau sebaliknya. Kekalutan fikirannya bermain di kepala. Ingin bertanya takut dimarahinya , atau melanggar syarat pula..

“Aku tidak faham dengan cara tindak tanduk orang tua alim ini? Dia membunuh sesuka hatinya? Ahh amat kejam dan menyedehkan. Aku tidak boleh diterima dengan cara dan gayanya orang tua alim ini.”
Bentak hati kecil anak muda berwajah kenabian itu. Kenapa dibunuhnya manusia yang tidak berdosa, dan maseh mentah dalam usia yang maseh muda lagi belasan tahun. Amat tidak menasabah.

Apakah dosanya budak itu ? Apa pula kata kedua ibu bapak anak muda belasan tahun itu nanti, bila mereka mencari anaknya hilang dan tidak pulang? Akhirnya sudah mati ditemui mayatnya telah dibunuh dengan kejam di tepi pantai tasek ini.

BERSAMBUNG.

Hantu Raya berkata...

Penasihat PKR didakwa guna pelbagai taktik bersih imej (BH)

2011/04/18
KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim menjangkakan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan pelbagai taktik untuk membersihkan imejnya selepas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikaitkan sebagai pemimpin pembangkang yang terbabit dalam video seks.

Zamil, bekas Setiausaha PKR Kedah berkata, isteri dan anak Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Nurul Izzah juga dijangka memainkan peranan untuk membersihkan imej Ketua Pembangkang itu dengan menggunakan semula taktik menangis dalam ceramah sambil mendakwa Anwar difitnah.

“Selepas polis mengesahkan yang identiti lelaki dalam video seks itu sudah dikenal pasti, kita semua sedang menunggu reaksi daripada Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah mengenai tindakan mereka.

“Saya percaya Anwar akan menggunakan taktik lama, mendakwa ia konspirasi UMNO, Barisan Nasional (BN) dan polis untuk menjatuhkan beliau. Tidak mustahil juga Anwar guna taktik kononnya beliau sudah tidak siuman sebagai pelan untuk menyelamatkan diri.

“Wan Azizah dan Nurul Izzah pula akan berlakon menitis air mata untuk meraih simpati rakyat seperti mereka lakukan selepas Anwar ditangkap pada 1999 kerana tuduhan liwat dan taktik ini berjaya menarik sokongan golongan wanita dan pengundi Melayu,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Polis kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan, termasuk menunggu laporan daripada pengedar jam tangan jenama Omega yang didakwa milik Penasihat PKR itu sebelum menyerahkannya kepada Peguam Negara dalam tempoh terdekat.

Zamil berkata, semua taktik yang beliau nyatakan itu dilakukan Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah ketika beliau menjadi Ketua Angkatan Muda PKR Kedah sekitar 1999 serta terbabit secara langsung bagi menjayakan taktik berkenaan.

“Sebelum ini Anwar sanggup mempergunakan ibunya Mak Yan untuk dibawa ceramah ke kampung-kampung untuk meraih simpati dan taktik ini berjaya. Dia (Anwar) jangan nafikan sebab saya sendiri pernah terbabit dengan taktik ini,” katanya.

Zamil berkata, beliau tidak akan terkejut jika Anwar mengheret dan mendakwa syarikat jam Omega turut terbabit dalam konspirasi menjatuhkan beliau dengan memberi alasan syarikat jam berkenaan bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia bagi mengelak lesen jualannya di negara ini ditarik balik.

“Anwar akan berkata kepada umum kononnya syarikat jam ini dipaksa pihak kerajaan supaya memberi kerjasama. Beliau akan tuduh semua pihak dipergunakan UMNO dan BN secara langsung atau tidak langsung termasuk pakar forensik. Ini semua tidak mustahil Anwar akan lakukan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penyokong pembangkang termasuk yang fanatik daripada PAS supaya tidak terpedaya dengan sebarang taktik atau strategi digunakan Anwar bagi membersihkan imejnya yang semakin tercalar kebelakangan ini.


bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia bagi mengelak lesen jualannya di negara ini ditarik balik.

“Anwar akan berkata kepada umum kononnya syarikat jam ini dipaksa pihak kerajaan supaya memberi kerjasama. Beliau akan tuduh semua pihak dipergunakan UMNO dan BN secara langsung atau tidak langsung termasuk pakar forensik. Ini semua tidak mustahil Anwar akan lakukan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penyokong pembangkang termasuk yang fanatik daripada PAS supaya tidak terpedaya dengan sebarang taktik atau strategi digunakan Anwar bagi membersihkan imejnya yang semakin tercalar kebelakangan ini.

Ustaz Rahman berkata...

MENGINTAI SATU

Dalam terlena jaga tak terasa.
Musim berganti masa
langit biru menjelma jingga.
sampai di sini perjalanan
berdekad rasa sesaat.
Satu tempat berdiri nama Ahadiat.
Tempat mengintai rasa hebat,
hebatnya Dzat Antara Kau Aku
ada satu rahsia dah terbongkar.
Namun terkunci kata selamanya.
Terkadang membawa senyum
atau bisa juga tangis semalaman.
Pabila melihat tinta kabur surah.
Bila andang surah terlupa tinta
Kala membaca, huruf yang bercerita.
Dan kala berkata ada bunyi mencela.
Selepas satu kuketemu kosong.
Selepas sejuta baru munculnya dua.
Ada nuktah seluruh sastera
angka. Berkalam baris baaa
Andai jasad pecah seribu.
Masih tak mampu mengintai SATU

Ustaz Rahman
sajak simbolik

Hamba Allah berkata...

TAK HIRAUKAN

aku tidak hiraukan
pertolongan engkau dan dia
engaku tidak peduli
tangisan aku dan dia
dia tak risaukan
jeritan aku dan engkau...
aku pasti tidak kuat
untuk mencengkam tanah...
engkau tak mampu lagi
berdiri teguh, lemah dan reput...
dia pula sudah hampir layu...

Hamba Allah
sajak jiwa2

Pak Ngah But berkata...

TUHAN TAHU

melayang jauh mata melihat,merasa
kembali menemukan serpihan rasaku
dibalik congkak berkilau
didasar hatiku
Tuhan tahu aku tak kembali
memenuhi hasratku dambakan cinta
mampu mempersembahkan nirwana untukku singgah di dalamnya..
aku hanya kembali untuk hati
mengenang semuanya
lalu melenyapkannya
menyelimutinya dengan kain putih
milik diri untuk menyedari bahawa semua memang seperti apa terjadi

Pak Ngah But
sajak simbolik

Ustaz Majusi berkata...

BIAR MATI ANAK

kuat sekali kau pegang
panduan sejak berzaman
biar mati anak jangan mati adat
bukalah mata seluasnya
bukalah minda selebarnya
di mana kamu berpijak
di mana kamu menjunjung
di dunia mana kamu hadir
di abad mana kamu lahir
adat apa kamu ikut
adat ciptaan akal
jika jalannya tuju syurga
pasti aku ikut
jika jalannya menyongsang arus
pasti aku tentang
ikutlah adat ciptaan tuhan
ikutlah adat tinggalan rasul
itu sunnah bahagia nanti menjelma

Ustaz Majusi
sajak bidalan lama

Tinta Azimad berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Ustaz Rahman dengan sajak MENGINTAI SATU tajuknya saja kami terpaksa membuang masa untuk mencari maksudnya. Apa tak lagi isi penceritaannya? sajak bagai luas skkopnya, tetapi pengucapnnya bagi tidak terikat satu pra ke satu praghrap yang lain, kerana kedudukan tidak berkaitan dengan bait ke-bait yang lain, terasa penceritaanya menjadi lompat. Jadi kami ternyata gagal dapat menangkap maksud apa yang tersirat dan tersurat. Bayangan bawahannya sekadar simbolik tidak dapat membantu untuk menghuraikan isi cerita.Jadi kami terpaksa memilih sajak yang mudah dan dapat ditangkap maksud dan isi ceritanya oleh pembaca. Harap maklum. Usaha lagi Cuma di sini terpaksa berhenti (TK)

Tinta Azimad berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Hamba Allah dengan sajak bagaikan mengingau deman malayria TAK HIRAUKAN, Penceritaannya bagai kecewa saja bunyinya, keaatas sikap yang mungkin tidak perduli atau tidak perihatin, menjadikan dirinya rasa bagai tidak diperlukan, lantas tidak ada kepentinganApa pun sama ada kau ada atau pun kau tiada. Aku seperti biasa sahaja.lantas tidak perlu diperdulikan, walaupun kini kau kelihatan hamper runtuh atau hilang kekuasaan. Cuma andain saja. Sajak agak lemah dalam menyampaikan banyang maksud isi yang hendak disampaikan. Harap maaf Cuma samapai di sini sahaja. Usaha lagi. (TK)

Tinta Azimad berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Pak Ngah But dengan sajak yang mengelirukan bertajuk TUHAN TAHU, simbolik pada pengucapan keagamaan, kerana dalam hidup ini mungkin bukan semuannya kita dapat mencapaikannya, dalam kehidupan mesti ada kegagalan untuk menguji keimanan, jasteru itu kita tidak perlu melawan takdir tuhan, apa yang kita cari sekadar itulah yang kita dapat dan akhirnya kita semua akan kembali jua kepangkuan Illahi. Cuma andain. Apa-apa diberi peluang untuk sajak seterusnya, jika kami gagal menangkap maksud terpaksa disingkerkan (SM)

Tinta Azimad berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Ustaz Majusi dengan sajak bidalan lamanya bertajuk: BIAR MATI ANAK. Kami memelih sajak yang mudsah faham dan ada sadikit penerangan atau sinosis dibawahnya pengucapan Ini ternyata melibehi adat dari segalanya. Sehingga mungkin meninggalkan agama dan syariatnya. Mana mungkin kita boleh ikut. Lantas bagi si penulis terpaksa disanggah atau di tentang. Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

Simsalabin berkata...

cerita ni dia tgh tgk drama ke?

Pahlawan Melayu berkata...

pelik la laki muda kenamaan tu

Tetamu Malam berkata...

bunuh mcm tu je! kejam btol

Geletek Malam berkata...

pegang tangan terus kerat!!!

Pak Haji berkata...

kejam btol pembunuhan tu!

Bos Kacak berkata...

eh! xkn snang2 dia ambik nyawa bdk tu!!!

Salina berkata...

erkk... kejam btol org alim tu!

Seri Suri berkata...

x layak panggil orang alim sbb dia kejam!!!

Saizul Maizav berkata...

eh! xde sapa perasan ke anak muda tu mati dibunuh?

Kembara Budiman berkata...

kalau aku mmg aku xkn ikut orang alim tu

Ali Conan berkata...

mati katak la anak muda tu

Mozaire berkata...

selamat anak muda tu xde nama? klu x naya

Danial berkata...

eh! anak muda tu x sempat nk thu nama dia?

Wasiril Aswad berkata...

eh! anak muda mati mcm tu je?????

Malik Wariya berkata...

trajis la dia mati mcm tu jer...

Julia berkata...

kejam btol orang laim tu

Nasruq Haqq berkata...

aku rasa orang alim tu orang gila la

Cikgu Zuki berkata...

orang alim tu waras lagi ke?

Mona berkata...

orang tu betol ke x betol ni?

Malik Wariya berkata...

rasanya orang tu dia khayal la...

Nuri Jaguh berkata...

entah2 orang alim tu pembunuh bersiri agaknya?

Abang berkata...

cerita ni mcm cerita nabi khindir jer....

Brader Joe berkata...

aku rasa lps ni msti dia bunuh abul plak

En Sanusi berkata...

cara dia mati mmg agak kejam la...

Qalam Musoffa berkata...

orang alim tu hilang akal ke?

Tan Sri Yunus berkata...

kalau x salah ni cerita nabi tp sy x pasti nabi yg mana

Salam berkata...

rasanya msti orang kmpung jmpa dorg cari orang alim tu

Ustaz Rahman berkata...

cerita ni ada unsur politik x?

Datuk Hasbi berkata...

kalau aku msti nak tanya kenapa bunuh orang sewenang-wenangnya

Bob Kuli berkata...

kalau aku sah aku blah tinggalkan orang tua tu

Pendekar Sakti berkata...

orang tu rasanya jelmaan setan kot?

Datuk Murad berkata...

orang tua tu nyanyuk kot dia nak bunuh nyambuk terbunuh bdk tu?

Lagenda Pulau berkata...

bru belasan thn dh kena bunuh dgn kejam!

Ibnu Siddiq berkata...

kalau kena tangkap abul pun kena di tuduh bersubahat

Petualang Tig berkata...

kenapa la bangang sgt sbb ikut lagi orang tua tu

Mak Mah berkata...

rasanya lps ni dia bunuh abul plak sbb abul kan saksi

Tok Mahat berkata...

kenapa bunuh orang tanpa usul periksa?

Jalil Janggut berkata...

naya bdk tu x berdosa mati katak

Mia Safiyah berkata...

cerita ni mcm kisah nabi khidir jer...

Jalal rafzee berkata...

abul ni dia nampak je ke 2 orang tu tp x boleh buat apa2???