Isnin, 18 April 2011

PAHLAWAN DULU



sajak pilihan ahli Cr.

Untuk bukti peluh menitik gencang.
Darah yang membuak deras.
Sedikit-sedikit peluru sesat.
Dan luka sepanjang zaman.
 
Mari kita berjuang.
Bukan nya untuk siapa.
Untuk negara yang kita pijak.
Untuk agama yang kita duduki.
Untuk bangsa yang kita puja.
Untuk kelahiran zaman berzaman.
 
Tapi mereka ramai.
Mereka ada senapang.
Bom tangan malah lebih dari itu.
Jangan gundah kita ada semangat.
Kita ada darah. Itu bukti nya.
Lebih baik darah menitis di sini.
Dari memuji pengganas sejati.

 

Oleh:Pendekar Waja
Ketika menjalani latihan komando bersama qalam musoffa
/2010 Oktober 24 03:02
Diterbitkan semuala tarikh: 19hb April 2011.





50 ulasan:

Viger berkata...

1 ulasan:

Qalam Mutiara berkata...

Kopi Susu (nama banyak lagi kopi susu yang kau bubuh) Dengan sajak barunya bertajuk PAHLAWAN DAHULU kini bersemangat dengan perjuangannya. walau bagaimanapun
kopi Susu anak saudara kepada Osman komando yang telah terkorban demi sahabat untuk menyelamatkan sahabatnya yang tidak pulang dari rondaan dalam hutan. Akhirnya dengan dia sendiri tidak kembali (Kenyataan keberanian seorang komando yang ada (bery hijau) Kini anak saudaranya pula akan terus menyambung perjuangan,
demi bangsa, agama dan Negara. Amin, Sybas kopi susu kurang manis tambah gula.


Oleh; Qalam Mutiara.
23 Oktober 2010 5:03 PM

Hantu Raya berkata...

Umi Hafilda tekad dedah salah laku Anwar (BB)


2011/04/18 (Petekan dari blog Duke)

UMMI HAFILDA menyampaikan ceramah di depan lebih 1,000 penduduk di Kompleks UMNO Jeli, malam kelmarin.
JELI: Saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, Umi Hafilda Ali, menegaskan beliau tidak akan berundur daripada mendedahkan segala salah laku ketua pembangkang itu demi menyelamatkan maruah bangsa dan agama walaupun beliau terus diugut dan dihina.

Umi Hafilda berkata, beliau berbuat demikian kerana mendakwa Anwar sudah lama menipu dan menyusahkan rakyat dan negara demi mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

“Ancaman ugutan dan penghinaan sudah biasa, malah dulu lagi teruk ketika beliau (Anwar) berkuasa. Dulu, saya berjuang berseorangan tetapi sekarang semakin ramai yang tampil mendedahkan perkara sebenar.

“Pada tahun ini, saya berazam untuk 'menguburkan' Anwar menerusi pendedahan salah laku penyelewengan serta kemungkaran dilakukannya termasuk di mahkamah dan jangan biarkan beliau menipu rakyat lagi,”katanya selepas menyampaikan ceramah perdana Membongkar Segala Rahsia di depan lebih 1,000 rakyat Jeli yang membanjiri Kompleks UMNO bahagian itu di Bukit Nangka, malam kelmarin.

Umi Hafilda pada mulanya dijadualkan menyampaikan ceramah itu bersama bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mohd Fairuz Khairuddin, yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan di luar negara.
Turut hadir, Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, bagi mewakili Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Azmi Setapa.

Sementara itu, Umi Hafilda menafikan dakwaan pembangkang kononnya kemunculannya di pentas ceramah kerana diupah menjelang musim pilihan raya. Katanya, beliau tidak pernah terbabit dalam sebarang ceramah sejak 13 tahun lalu, termasuk ketika pilihan raya umum 2004 dan 2008.

“Kemunculan saya ini atas rasa tanggungjawab untuk menyelamatkan maruah agama, bangsa dan negara selepas mendapati Barisan Nasional (BN) kehilangan lima negeri kepada pembangkang pada pilihan raya umum lalu dan ini membimbangkan jika Anwar berjaya menawan Putrajaya,” katanya.

KOMENTAR:

Begitulah kehidupan jika kita memelih jalan untuk hidup dan naik dengan kerja putar belit dan menjatuhkan orang. Maka tidak hairan hari ini ada kawan dan lawan akan cuba mencari jalan pula untuk menjatuhkan kita mengikut keadaan semasa .

Nurse Lisa berkata...

MENUNGGU NSET BERBUNYI

kamu tahu kosong sangat
bila menjeling telefon bimbit
seolah berhalusinasi
kerlipan kuning tanda ada pesanan
sedangkan semua mainan ilusi semata
bosan sangat bila mata pena menulis
segala macam jenis penyakit
sedangkan dalam hati
cuma ada satu penyakit
rindu membawa ke demam
rasa mahu padamkan nset itu
biar aku sedar diri kamu
itu sibuk sekali hari ini
aku ini pendatang baru menyinggah
tumpang teduh menumpang kasih
aku masih tunggu setengah jam lagi
sebelum aku padamkan telefon ini
sebab aku masih menunggu

Nurse Lisa
menunggu panggilan dari tunang

Inspektor Halim berkata...

MENUNGGU TAHUN BARU

Insaf lahir dari dukalara
tak mengapa walau apapun
kita tinggalkan masa lalu
dalam perjalanan kini
membuka peta ingatan
memandu jalan ke hala tujuan
Berpindah ke alam sedar
tanpa perlu menunggu hujung tahun
menanti hari jadi hembusan lilin
disaksikan rakan sekeliling.
meninggalkan sisa-sisa buruk
membawa harapan baru tabiat baru
dengan fikirasa baru
hidup di alam sedar
segalanya indah bagai
merayau-rayau segenap
pelusuk indah di kota taman
Terang cahaya benderang mata fikir
Bagai terangnya siang lepas
Subuh berlabuh

Inspektor Halim
sajak simbolik

Hadi Hamzah berkata...

AKU CINTA PUISI

aku cinta puisi meluah segala isi.
aku tidak pandai menyanyi.
hanya puisi temani sunyi hari.
kenapa seperti bingung?
melihat aku ke sini ke sana,
berteman kata-kata yang remeh saja,
yang kadang buat kau terpinga.
atau kau tak suka?
sayang dengar sebelum mengenalmu,
hingga kehilanganmu,
puisi tetap berdamping denganku
mana mungkin
darah mengalir di luar tubuh,
begitulah aku sangat memerlukan
darah itu adalah puisi,
yang sentiasa mengalir
di setiap inci urat dalam tubuh
dengarlah lagi puisiku ya sayang,
puisi dan kau, sama-sama ku sayang.

Hadi Hamzah
sajak simbolik jiwa2

Syeikh Iqbal berkata...

MENTAH MALAM

dalam mentah malam
yang tiada berdua
terlukis rupa sendiri,
sunyi dan sepi
memanggil jiwa merapati ke hati
mengangkat tinggi melodi suara
merangka sebuah irama bernada
sendiri menghayun mengikir memancar

Syeikh Iqbal
sajak simbolik

Viger berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

MENUNGGU NSET BERBUNYI sajak oleh Nurse Lisa dengan cerita menunggu nset berbunyi, tunggu punya tunggu penggung naik kematu. Malah pesanan pun tak dipesan. Apalah punya jadahnya menunggu bf di nset x juga bersuara? Tak kan sebuk sangat kut? Sudah berjam-jam menunggu harap tak berbunyi? Ini buat sesiapa pun boleh terbakar di api yang x bernyala.Nak padam rasa kesian. Nak menulis dah rasa bosan dengan mencatat berbagai penyakit yang tidak keharuan dan berkesudahan. Tunggu sajalah terus tunggu,jangan sampai berbulu.Usaha lagi nurse Lisa. Harap maaf Cuma di sini pohon berhenti (TK)

Viger berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Ini sajak bila Inspektor Halim? Menunggu Tahun Baru, kini dah lebih 4 bulan Jalal baru nak siar. Lepas pandang agaknya. Apa–apa pun biasanya menjelang tahun baru azam pun kena baru. Lupakan segala yang berlalu. Kira ada yang baik jadikan ukuran yang kurang baik jadi saja kekecewaan. Apa yang penting semoga tahun ini lebih baik dari tahun lalu. Seperti terangnya hari siang selepas subuh. Minta jangan hujanbiarlah panas sampai kepetang. Amin
Nasib baik tuan Inspektor sajak yang lain lagi teruk daripada sajak ini . Maka tuan layak lagi diteruskan ke sayembara seterusnya (SM)

Viger berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

AKU CINTA PUISI oleh Hadi Hamzah Apa punya melalut ini hadi? Kau karang cerita ke, atau tulis puisi? Aku pun pening tenguk bait-bait puisi kau yang berserabut? Hang jangan duk buat kalut, nanti makan sabut. Cerita hang ini sampai gf hang pun kata hang gila sasau apa. Berjalan tak tentu hala, kesana kemari, gila puisi sampai pergi kemana, nah sampai dalam darah pun puisi hang mengalir, masuk dalam urat sarap pula, hebat!. Mana gf hang tak jeluis, hang samakan dia dengan puisi, mana gf hang tak jauh hati, kasih sayang pun kongsi bersama puisi .Gila sasau gf hang, Aku sendiri pun tak dapat menangkap dan tak tahu dimana isi cerita? Maaf usaha lagi, kali ini sajak hang banyak lari, jauh!! .kalau Qalam baca dia pun boleh jadi gila babi. (TK)

Viger berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011
Syeikh Iqbal dengan sajaknya bertajuk mentah malam ke malam mentah? Apa yang kau cerita ini Syeikh? Tak ada kwan atau gf kau melukis muka sendiri lalu memuja diri sendiri, dengan lagu irama puisi ke? Dimana pula datangnya menghayun, mengikir dan memancar. Apa punya petutup. Aku pun jadi haru biru pengucapannya sudah baik pada mulanya, tapi di tengah sudah Tergelencer, tiba dihujung langsung hanyut. Apa yang hendak kau cerita mentah malam, mungkin malam yang maseh muda agaknya. Apa pun usaha lagi , maaf cuma disini sahaja. Aku pun pening x dapat tangkap maksudnya (TK)

Warga Emas berkata...

rasanya orang alim tu jelmaan kot?

Yusmanira berkata...

boleh jadi orang alim tu malaikat?

Ai Kutubudin berkata...

orang alim tu xde nama ke?

Brader Joe berkata...

kenapa anak muda tu x bunuh balik orang alim tu hehe

Bob Kuli berkata...

pelik la dia buat mcm tu sbb apa?

Ustaz Rahman berkata...

kalau orang alim tu jawab dia buat sbb sajak suka sah dia gila

Saudagar Emas berkata...

sajak ni kalau nak pegi perang boleh la baca

Qalam Musoffa berkata...

sajak ni mcm lagu inilah barisan kita

Nahul Hidzar berkata...

sajak nak pergi berjuang ni

Salina berkata...

sajak yg mencetuskan semangat

Guest berkata...

rupanya pendekar waja kopi susu ke?

dam catur berkata...

eh! bukan ke ni sajak kopi susu ke?

Harimau Berantai berkata...

sajak yg menaikan semangat! tahniah!

Orang Lama berkata...

orang alim tu umur dalam berapa puluhan?

Muhamad Rabbi berkata...

rasanya orang alim tu nynyuk la

Jalil Janggut berkata...

aku rasa orang tua tu tersilap bunuh orang rasanya mngkin

Lelangit Biru berkata...

kalau aku jadi abul mmg aku lari minta tolong orang lain

Mona berkata...

dia x repot kat orang lain ke orang tua ni bunuh bdk?

Zain Issac berkata...

rasanya orang tu sakit jiwa la

Richard Sirosa berkata...

orang tu bgithu x kenapa dia buat mcm tu?

Raja Muda berkata...

mngkin sbb dia thu masa dpn sbb tu dia bunuh bdk muda tu

Ustaz Majusi berkata...

mngkin dia bunuh bdk tu sbb dia thu bdk tu akan bunuh dia 1 hari nnt

Ungku Zubir berkata...

rasanya mngkin dia nek menyelamatkan orang sbb tu dia bunuh bdk tu

Abang berkata...

msti ada sbb dia buat mcm tu xkn xde sbb?

Pak Ngah But berkata...

sepatutnya bunuh la cara lain dia bunuh tu kejam sgt la

Nasruq Haqq berkata...

mngkin bila besar bdk tu jadi orang jahat sbb tu dia bunuh awal2

Julia berkata...

mngkin kalau dia x bunuh bdk tu bdk tu akan bunuh anak muda yg ikut dia tu

Ziarah Makrifat berkata...

rasa mcm cerita nabi khidir tp x apa kita tgk dulu mcm mana

Balqish berkata...

pelik apa motif dia bunuh bdk tu?

Atuk berkata...

mngkin dia nak balas dendam kat bdk tu kot?

Datin Maimun berkata...

rasanya sbb dia bapak bdk tu bunuh bapak orang tua alim tu kot?

Geletek Malam berkata...

ni msti bermotifkan dendam ni sbb dia bunuh bdk tu

Siti Hajar berkata...

abul jadi pak pacak ke dalam cerita ni?

Dayang berkata...

watak abul langsung x bcakap ke?

Mat Toopa berkata...

dia msti nak menuntut bela agaknya sbb tu dia bunuh bdk tu

Pak Awang berkata...

mngkin bdk muda tu ada rahsia dia? sbb tu dia bunuh siap2

Puteri Bunian berkata...

bdk muda tu spy kot sbb tu dia bunuh?

Sarah berkata...

rasanya bdk muda tu ada simpan rahsia orang alim tu kot sbb tu dia bunuh nk tutup rahsia

Angker 13 berkata...

apa agaknya jawapan kpd dua perbuatan dia tu

Sarah berkata...

jawapan apa orang alim tu bgi nnt x sabar nk thu jgk