renungan dinihari
Lihat golongan munafikun!
Hidup dalam kepura-puraan
Depan nabi islam belang lain bicara
Sering saja berjanji dan memutar belit fakta
Melihatnya seperti kuda liar dalam ketakutan
Mereka cinta pada harta dan pangkat kedudukkan
Berbeza dengan orang mukminun percaya Qada dan qadar.
Lihat golongan mukminun!
hidup berkeyakinan pada ketentuan
Allah akan memberi ganjaran sebenarnya
Rezeki yang dikurniakannya ada ketetapannya
Mesti ada ganjaran atau ada penilaian daripadaNya
Sifat orang munafikun selalunya tamakkan harta benda
Hatinya mereka telah buta pada kedudukanjuga pangkatnya.
Sebenarnya orang munafikun
Sedang diserang penyakit gatal-gatal
Lagi kena garu, lagi sedap dan menyasikkan
Seolah-olah mereka dalam kelalaian amat sangat
Lalu allah akan membuka tembelang mereka selama ini
Tentang kepuraan dan penipuan serta putar belit mereka
Awas! Walaupun golongan ini sudah tiada tetapi ada pengikutnya.
Oleh: Nurimanja.
Catatan penceramah bebas di udara.
Tanggal terbitan hari ini 7 pagi 21hb. April, 2911.
50 ulasan:
BERTAJUK: JIKA ADA KEYAKINAN/ DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH SDRA NURIMANJA.
______________________________________________________________________
Siri ke dua belas. siri akhir
SEKETIKA Abul Hassan seperti nampak skrim besar seperti TV belum wujud lagi di ketika itu. Namun dia nampak orang tua alim berserban putih dan berjanggut panjang berwarna putih seperti pelakun latif Bogeba sedang mengatakan sesuatu kepada anak muda berwajah kenabian itu.
“Pertama: Kau ingin tahu kenapa aku pecahkan perahu layar yang kita naiki untuk menyeberangi tasek in ? . Kerana di satu masa nanti perahu ini akan digunakan oleh orang yang tinggal di tasek sebelah ini untuk menyerang perkampungan penduduk kampung Islam di sebelah tasek sana yang kuat beragama dan mengamalkannya.
“Ke dua: Kau hairan kenapa saya bunuh anak muda belasan tahun itu? Kerana saya telah nampak bahawa anak muda belasan tahun ini , bila dia dewasa mempunyai pengaruh yang kuat, kerana kedua ibu bapanya adalah pembesar di negara ini, malah besar kemungkinan dia akan mengkapirkan kedua ibu bapaknya untuk keluar daripada agama Islam.
“Ke tiga: Kenapa saya cuba memperbetulkan tiang menara masjid atau surau di kampung kita tompang sembahyang yang orang kampungnya sering mencurigai pendatang luar? Kerana saya sudah tahu suatu hari nanti tiang menara itu akan runtuh, di bawah menara itu ada tersimpan harta orang kaya yang diamanahkan untuk membantu anak yatim, jika tiang itu patah atau tumbang , tanah dibawahnya akan terpongkah, harta karun itu akan diperait oleh orang kampung yang kedekut itu, jadi sebelum tiba masanya seorang guru agama yang alim datang mengajar disini, sehingga dia terjumpa harta karun dan surat wasiat orang kaya itu, aku memperbetulkannya dahulu.
Anak muda berwajah kenabian itu menganguk-angokkan kepalanya. Kini barulah dia mengerti akan apa yang telah dilakukan oleh orang tua alim itu selama pengembaraannya ini, Lantas dia meminta maaf dan memeluk orang tua alim itu kerana menyesal ke atas kelantangan keterlanjuran dan kebiadapabnnya terhadap orang tua alim itu.
Dengan tangisan sedeh dan pilu anak muda itu pun terpaksalah berpisah dengan orang tua alim itu, seketika sahaja orang tua alim itu ghaib dan hilang daripa pandangan mata anak muda berwajah kenabian itu,.
Ayam berkokok beberapa kali, subuh kian menjelang tiba. Abu Hassan mengeliat beberapa kali. Dalam hatinya terdetewk ingatannya: Esok aku akan berangkat mendaftarkan diri ke sekolah pondok Tuk guru Wan Kembang.
Sewaktu dia mandi di tepi perigi belakang rumahnya, Abul Hassan terkenang kembali rakaman mimpinya malam tadi. Betapa aku dapat menguasai ilmu mengetahui masa depan dengan apa yang terjadi. Kini aku perlu belajar mengikhlaskan hati nurani. Barulah cahaya Illahi dapat menyusuk di hati. SELESAI.
CERITA INI PERMULAAN DARI CERITA BERJALAN DI ATAS AIR.
PAS nekad akan bertanding kubu kuat DAP Sarawak pada PRU-13..?!!!
Adoi laaaa...! Kasihan saya melihat PAS. PAS sangat berjiwa besar, namun tidak mampu mengukur kekuatannya di Sarawak. Ustaz Hadi baru-baru ini mengumumkan bahawa PAS akan turut bertanding di Sarawak pada PRU-13 nanti untuk merebut kerusi Parlimen!
Astagfurillah Al-Azim. Ukurlah baju di badan sendiri. Kalau kail panjang sejengkal, Laut China Selatan tak payahlah diseberangi! Pilihanraya DUN Sarawak baru-baru ini menjadi ukuran bahawa PAS tidak diterima di Bumi Kenyalang. Terimalah kenyataan itu.
Saya risau PAS akan dimalukan lagi di Sarawak. Tempohari, dah berapa juta tabung derma PAS yang dikutip dari penyokong PAS totok dihabiskan membiayai kempen parti itu di Sarawak. Hasilnya? Habuk pun tarak! Satu kerusi pun tak sangkut! Tapi duit tabung PAS habis jugak!
Tapi kalau nak bertanding jugak, saya sarankan agar PAS mendesak DAP Sarawak memberikan Parlimen di kawasan bandar besar dan berpenduduk majotiri Cina DAP seperti Parlimen Kuching Selatan, Miri, Sibu atau Bintulu untuk PAS tandingi.
Kawasan-kawasan bandar majoriti Cina DAP itu kawasan "gerenti menang" untuk pembangkang. PAS bertandinglah di situ, mungkin ada kemungkinan untuk menang. Minta pada DAP, gunakan alasan "setiakawan" dan kita tengok adakah DAP sanggup berikan kubu kuat mereka kepada PAS!
Posted by DukeOfUMNO at 4:00 PM 2 comments Links to this post
KOMENTAR
DIMANA kita dengar dahulu : kapir kata pemimpin PAS jika siapa berkerjasama dengan orang bukan Islam. Kini nampaknya dunia sudah terbalik atau orang yang berkata itu yang sudah pun tuhan telah menterbalikan hati dan kata-kata ucapannya? Dunia hari ini apa-apa pun boleh jadi baca sajak sajak en nuri Bertajuk menilai golongan Munafikun! Mengaku islam tetapi ada kepentingan harta benda dan pangkat dan kedudukan.
Semoga penyokong Pas nilai sendiri.kalau kerja cuma membangkang. Bolehkah negara kita maju? Tanpa memikirkan sesuatu untuk bangsa, agama dan negara ke arah lebih daya maju?
aku simpan seranahmu
dalam liang telinga
dengan harap aku gunungkan
dari sebutir zarah hati,
KUNYAH
semoga diciptakan tuhan
suatu hari nanti
aku ambilkan semula
dan paksa kau ambil kembali.
aku pegang cacianmu
dalam salur kerongkong
dengan mimpi aku dari secebis ngilu
semoga dikenankan tuhan
suatu hari engkau dapatkan semula
kunyah setiap satu persatu.
Sufian Al Zahri
sajak simbolik
DALAM BASAH HUJAN
aku melangkah longlai
dalam kebasahan
dalam kesejukan
engkau berjalan tersenyum
memegang payung dan merenungku
tiap titisan dari awan gelap
Mengalir tanpa henti
di setiap inci tubuhku
Menggigil kesejukan
Memeluk tubuh sendiri
Engkau cuma memandangku
Dengan lirikan mata tajam
Seolah benci Seolah marah
Mei Ling
sajak memori dulu
kerana bahasamu kau pinjam dari iblis
LIDAH SEWA DARI NERAKA
terlalu indah bunyinya
sehinggakan aku mahu sekali
simpankan pegangkan
sehingga suatu masa
kau jilat kunyahkan dengan hina.
kerana aku tidak reti mati,
semata untuk lidah yang kau
sewa dari neraka.
kerana tidak akan mahu mati,
selagi tidak memberi kau syurga
Karim Ghani
sajak kemarahan
SEMOGA ESOK AKU CELIK
Semoga esok aku celik
Harap esok aku cerdik
Di atas landasan suratan
Di awangan titian bunian
Ku tahu kamu tak mengerti
Dan ku tak harap kamu mengerti
Padamu aku tiada
Padaku,tiada kisah disebaliknya
Teksi Manaf
sajak simbolik
SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011
KUNYAHKANLAH! Sajak Sufian Al Zahri pengucapannya bagai menahan dendam dan marah yang amat sangat terhadap sesaorang yang pernah permainkannya.Kini Cuma berserah kepada tuhan yang esa, suatu hari jika tersilap langkah sumpah hamun itu akan kembali kemuka sendiri. Apa-apa pun boleh berlaku kini. Layak sayembara seterusnya. (SM)
SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011
DALAM BASAH HUJAN sajak drp Miss Mei Ling berapa banyak sajak hujan da? Nanti mungkin boleh kumpul buat antologi sajak bertajuk HUJAN, Pengucapannya menarik dan bagai minta simpati Bila tubuh basah kuyup di basahi dan disirami air hujan , tentu ramai mata yang mencuri memandang.Apa yang hendak dimarahkan, niat saja sedekah buat siapa yang hendak memandang. Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)
SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011
LIDAH SEWA DARI NERAKA Sajak oleh Karim Ghani Maaf pengucapannya bagai hilang iramanya, terlau sempoi dan ada pula yang bagai tidak ada rasa hubung kait dengan bait-baitnya. Kehilangan ilham nampaknya, penceritaannya juga longar bila ayat pada baitnya sukar di terjemah mencari maana. Apa pun ada unsur berbau politik, tetapi rasa bagai tidak kesampaian. Harap usaha lagi, maaf kata Qalam terpaksa pohon berhenti (TK)
SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011
SEMOGA ESOK AKU CELEK sajak sdra. Teksi Manaf sadikit ada penonjolan yang rasanya Boleh diteruskan sayembara Cr, bulan ini jika kekal prastasi begini. Apa pun penceritaannya boleh di tapsirkan dengan berbagai, Tentang politik pun boleh, jiwa-jiwa pun boleh, ada berbagai andaian, justeru itu dapat mengatasi sajak persaingan terdekat daripada cikgu Karim Ghani. Lidah sewa dari neraka/ Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM),
la..ingatkan mcm nik aziz rupanya latof bogiba ke? hehe
latif bogiba tu sapa?
ada ke pelakon nama latif bogiba?
abul mimpi ke tgk TV yg sebenarnya ni?
eh! kenapa x kata mcm nik aziz je snang? hahahaha
eh! ada sebab rupanya ingatkan orang tu saja2...
diperait ni benda apa?
oh.. orang tua tu baik rupanya
nampaknya orang tua tu bkn gila la...
nmpknya msti ramai yg tersalah sangka
rupanya orang tua tu buat perkara baik tersalah sangka la nampaknya
rupanya smua perbuatan dia ada sbb
oh ada pengajaran la cerita ni
silap sangka ingatkan org tua tu gila
orang tua tu sebenarnya menyelamatkan orang islam la
patutlah dia buat semua tu td
dia buat semua tu sbb dia thu masa depan
mcm mana dia thu 10 thn ke depan???
dia menuntut ilmu apa sampai dia thu masa depan?
semua dia lakukan bersebab rupanya
dia buat semua tu utk menyelamatkan islam rupanya
semua tersalah sangka rupanya orang tua tu baik
aku rasa orang tu wali Allah la
orang tu msti jelmaan malaikat
kalau mcm tu aku sokong apa yg dibuat oleh orang tua tu
mmg patut mati pun bdk tu sbb dia nak serang org islam
btol2 ke apa yg akan terjd? entah2 dia tersilap ke?
patutlah mcm pnh dgr je cerita ni..
abul bermimpi ke ingatkan btol td?
ingatkan dia gila rupanya orang tu penyelamat
x sangka rupanya ada bgusnya org tua tu buat mcm tu
patutnya kita kena berterima kasih dgn orang tua tu
selamat orang tua bertindak kalau x? xthu la jadi apa
sampai hbis x thu nama orang tua tu?
org tua tu umor brapa?
orang tu dia orang bunian ke?
eh! hilang mcm tu je orang tua tu?
org tua tu bukan manusia la sbb dia hilang mcm tu jer...
rasanya oang tu keturunan orang kayangan kot
- Kalau jalal kata pilih 6 (sm) sah sajak Karim Ghani dan Lagrnda pulau atau Geletek malam akan tercalun.
-Perait sama pewaris bahasa Arab/ pembahagian harta di jumpai atau harta karun.
-Cerpen kena rehat sekejap, sehari dua lagi.sebenarnya tiada salinan
catatan, en nuri taip terus dalam
laptop dan lepas. Kalau tidak Tinta
yang tolong taip.
Catat Ulasan