Jumaat, 15 April 2011

LANGKAH BARU



sajak pilihan ahli Cr.


Terjebak di antara pekat malam
Seperti kembali menyelami masa lalu
Saat tapakku begitu sunyi hentak
Meski tak pernah kesunyian meretak
Ingin ku segera memeluk mimpi
Namun perkataan selalu selubungi
Kau kembali hadir dirimu…
Terus melintas dan menyergap
Dan aku tak tahu lagi harus kemana
Semua tempat yang ku datangi selalu ukirkan pedih
Semakin lama,jalan semakin sempit
Dan sepasang kaki juga telah letih
Apa sekarang saatnya berhenti?
Baiklah aku tak mungkin sembunyi
Mungkin sekarang saat ku lepas
Dan segera mencuci tapak kakiku

 
Oleh: Jupri Helmi
10.3.2010 Sungai buluh, Selangor.
Diterbitkan semula 15/04/2011.






50 ulasan:

Hantu Raya berkata...

Thursday, 7 April 2011
Terbaru..!!! Pencacai PAS biadap pada rakyat Sarawak..!!! (BB)

Nampaknya, ada orang dari puak-puak PAS Semenanjung yang bodoh dan bengap, yang "tidak faham", tapi tunjuk macam "faham". Dan sudahlah "tak faham", dituduh dan dikutuknya pula rakyat di Sarawak ini tidak faham!
Memang kurang ajar! Datang tidak dijemput, masuk tidak dihalau, salam tidak diberi, masuk "rumah orang" tapi bawa perangai hodoh dan busuk jijik. Sila rujuk di sini untuk kebiadapan blogger PAS terhadap rakyat Sarawak.

Seorang blogger PAS menunjukkan kemarahannya kepada rakyat Sarawak apabila penduduk sebuah kampung pro-BN di Bumi Kenyalang ini bertindak memasang kain rentang bagi menghalang mana-mana pembangkang masuk ke kampung mereka untuk berkempen.
Namun, kerana politik dan geram dengan tindakan penduduk kampung yang menolak pembangkang, terutamanya PAS di Sarawak, maka blogger PAS ini telah bertindak "mengedit" gambar banner tersebut untuk memuaskan hatinya yang marah. Mungkin dia di antara pembangkang yang gagal masuk ke kampung tersebut!

Blogger ini mempertikaikan mengapa UMNO tidak masuk ke Sarawak dan bertanding di Bumi Kenyalang ini. Lihatlah betapa bodohnya soalan dari pemikiran jumud penyokong tegar PAS ini! Soalan begitu pun dia tak boleh nak fikir sendiri?
Sebenarnya, UMNO tidak masuk ke Sarawak di atas dasar parti UMNO sangat menghormati rakyat Sarawak. Rakyat Sarawak mempunyai identiti dan budaya politik yang sangat berbeza dengan politik Semenanjung. UMNO berasaskan Melayu, khususnya di Semenanjung. Dan UMNO percaya bahawa rakyat tempatan Sarawak sendiri lebih layak untuk memerintah Bumi Kenyalang ini.

Di Sarawak, Melayu bukanlah kaum majoriti seperti di Semenanjung. Mungkin blogger PAS ini tak pernah datang ke Sarawak, mungkin? Di sini, semua kaum bersatu di dalam parti-parti komponen masing-masing yang terdiri dari kepelbagaian kaum tanpa mengikut kaum atau etnik. Namun, mereka sangat bersatu di dalam satu payung, iaitu BN.

Mungkin blogger PAS ini buta sejarah dan tidak tahu menahu tentang Sarawak sehingga menuduh rakyat Sarawak tidak faham tentang apa itu Kerajaan. Sebenarnya, blogger PAS itulah yang tidak tahu tentang erti sebuah Kerajaan. Sepatutnya, dia perlu belajar lebih lagi untuk mengetahui tentang latar belakang dan sejarah Sarawak sebelum datang dan menulis tentang negeri ini.

Pada penulis, blogger ini sangat kurang ajar pada rakyat Sarawak. Sewajarnya, dia harus tahu bahawa Sarawak mempunyai budaya budi pekerti yang sangat tinggi. Namun, jika orang sepertinya bertindak kurang ajar, pastinya orang Sarawak tahu bagaimana nak "mengajarnya".

Mujurlah Sarawak kini adalah Sarawak moden dan maju, jika blogger PAS ini bersikap begini dahulu, tentunya pahlawan ngajat Iban sudah "mengajar"nya berbudi bahasa di negeri orang! Memalukan saja blogger PAS ini, biadap!

Hantu Raya berkata...

Thursday, 14 April 2011
Anwar beri gaji pada Shamsidar RM30,000 tapi tak payah buat kerja???

Malam tadi, Ummi Hafilda "telanjang"kan Anwar, Azmin dan Shamsidar habis-habisan pada satu majlis ceramah di N.49 DUN Nangka, Sibu. Sekitar 300 orang penduduk Kampung Bandung dan masyarakat setempat membanjiri medan selera di kawasan tersebut.

Ummi antaranya memberitahu pada penduduk di situ bahawa dia telah mengumpul bukti-bukti kukuh dan turut mencuri beberapa dokumen "original" yang mengaitkan penyelewengan Anwar dan "rompakan-rompakan" besar yang dilakukan oleh Anwar, Azmin dan Shamsidar.

Antara yang didedahkan Ummi ialah pemberian berjuta-juta saham kepada Azmin dan Shamsidar ketika Anwar menjawat Timbalan Perdana Menteri dulu.

Menurut Ummi lagi, Anwar turut melantik Shamsidar sebagai Executive Director di salah sebuah bank yang bergaji RM30,000, sebuah kereta berserta pemandu sekali, tanpa perlu datang ke pejabat!
Maknanya tak payah buat kerja lah tu. Tak buat kerja pun dapat RM30,000 sebulan? "Sayang" betul Anwar pada Shamsidar, isteri Azmin! Ada "apa-apa" ke ni?
Ummi berkata, Shamsidar dilantik bekerja di bank rakan baiknya yang bernama "Mr. Tong". Kiranya, Anwarlah yang suruh "Mr. Tong" tu ambil Shamsidar bekerja di bank tersebut. Entah berapa juta yang diberi pada "Mr. Tong"? Tentu projek juta-juta turut diberikan pada rakan karibnya itu sebagai "token".

Memang betul-betul dajal si Anwar ini. Baru jadi Timbalan Perdana Menteri dah berjuta-juta di"kebas"nya. Belum lagi jadi Perdana Menteri. Kalau jadi Perdana Menteri, tentu berbilion-bilion di"rompak"nya.

Macam itu pun DAP dan PAS nak angkat jadi Perdana Menteri? Pakatan pembangkang asyik bercakap pasal rasuah dan penyelewengan. Tapi mereka menyokong "bapa rasuah" dan "bapa penyelewengan" untuk jadi PM? Ternyata PAS dan DAP memang bodoh!

KOMENTAR:

MACAM MANA nik aziz tak bermurah durja. Lihat ketua yang diharapkan semacam menempah jalan ke neraka Haji ke lebai semua kena tebai . siapa penyokong kemungkaran dan kerja onar mesti ada Habuannya nanti , sebagai orang Islam nampaknya Iman YB Bandar baru dengan YB Bayan Baru lebih tebal dari nik aziz dan hadi Awang, kerana mereka keluar dari PR tidak mahu bersekongkol. Kenapa Pemimpin pas lagi sayangkan PR.

Nampaknya dunia lebih bukan akhirat kerana takut kekuatan hilang, Allah yang menentukkan jatuh naiknya sesuatu parti itu, Akhirnya penyokong akan bertanya dimana ciri parti Islamic? Percayalah anak muda kini sedang membuat perhitungan untuk meninggalkan anda semua. Jika membiarkan kesilapan berpanjangan.

Marjinah Markonah berkata...

TERKEJUT

malam itu terkejut
jantung berdegup
kata-kata amat membisa
menikam sungguh perit
aku mampu menitiskannya
tanpa menahan sedu
selama ini aku ingat kau gembira
dalam saat suka bersama
rupanya ada yang terluka

Marjinah Markonah
sajak kesedihan

Denilson Fata Fat berkata...

HAMPIR MEMILIKI

sangat berharga dalam hidup aku...
kini aku hampir dapat miliki...
cuma selangkah lagi dari sini
dan kini kau masih lagi
menari seperti dulu...
sangat indah di mata ini...
ingin selalu aku bersamamu...
setiap musim dan waktu...
semoga aku juga dapat
jadi bintang di hati mu...
mengisi bongkah yang kosong...
yang akan membentuk corak indah...
yang akan membimbing dirimu...
memandu arah walau dalam gelap..
yang akan menghias ruang hati...
agar kau tak sunyi selalu...

Denilson Fata fat
sajak simbolik

Sulaiman Embong berkata...

PEMBELA

sekarang kamu hebat
punya kuasa milik segala
ramai sibuk jadi pembela
asal tembolok penuh terisi
asal poket tebal sendat
mampu kamu adakan segala
benang basah mampu ditegak
benang kering apatah lagi
yang hitam tetap putih
yang haram tetap halal
yang noda tetap suci
nantikan roda hidup berputar
apa selamanya kamu di atas
apa selamanya kamu di sini
jika benar begitu
teruskanlah permainanmu
moga kamu terus berjaya
jaga munkar nakir sedang bersedia

Sulaiman Embong
sajak sindiran atau politik pun boleh

Petualang Tiga berkata...

BERANI BENAR

tunjukkan pada mereka
sifat warisan keturunan
sifat beranimu itu
tunjukkan sejelasnya
walau tanpa otot pejal
walau tanpa kumis melintang
walau tanpa pedang tajam
kamu ada kuasa itu
kamu ada kudrat itu
hasil didik gurumu
hasil pandu rasulmu
hasil percaya imanmu
hasil teguh taqwamu
berani kamu kerana benar
berani kamu kerana hak
pertahankan seteguhnya
pasti hilang daya mereka
kerana kamu tidak seorang
kamu ada kami tapi kami ada tuhan…

Petualang Tiga
sajak bangkitkan semangat

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

MALAM TERKEHUT oleh Marjinah Markonah dengan sajak menyentuh hati.Begitulah rasa penceritaannya kekadang kita sering melihat sesaorang itu pada zahirnya riang gembira setiap waktu bersama keluarga atau orang tersayang, tetapi kita tidak dapat membacanya apa yang berlaku dan di alaminya di dalam hatinya. Sesekali kita akan terkujut bila berlaku perselesehan faham hingga bercerai berai. Cuma andaian . Apa-apa diberi peluang untuk sajak seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

HAMPIR MEMILIKI sajak Denilson Fata Fat pengucapannya bagai meluahkan perasaan dan menyentuh jiwa-jiwa juga lagaknya. Bila ada saekor merparti jinak yang cuba dipikatnya hamper-hamper dapat makan di tapak tangan. Semoga rajin-rajinlah menjinak merparti agar dapat diisi di sangkar yang kosong atau setidaknya dapat bermain bersama mengisi kekosongan hati dan memberi panduan dalam hidup di kala sunyi.Usahala lagi penceritaan yang terlalu biasa buat kisah si orang muda, Maf setakat ini pohon berhenti (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

LAGAK PEMBELA sajak Sulaimana Embong berbau politik dengan sini tajam, buat ketua umun lagaknya. kebarangkalian sudah lama mendengar cerita trela yang sering berputar belit. Malah badan kehakiman pun boleh main surung sentap, malah bukti polis pun selalu saja tidak lengkap. Hai ya! Selupa celita ali baba. Wang dan linggit, ana tata helan, Cuma jalan tutup mata anak tak tentu jalan. Rakyat sepatutnya boleh saman atau ajar hamba Allah ini. Kerana guna nama rakyat untuk berpakat, sedangkat rakyat tidak berapa kerat yang menyokongnya. Malah lebih ramai yang meluat melihat mukanya. Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

BERANI BENAR? Sajak Petualang Tiga ini terasa semacam ada dua maksud yang sering kita dengar , apabila seorang ibu memarahi anaknya. Sudah tahu api iyu panas dimainnya juga, lalu dia berkata, permain lagi! Untuk menyedarkan. Satu lagi bagai membakar semangat orang yang terjerumus akan terus terjerumus dengan memberi semangat jika kamu fikir kamu benar teruskanlah Cuma yang sedeh DNA, jam omega dan sumpah laknat takut pula untuk dia melaksanakannya. Kalau seorang dua mendedahkannya, mungkin kurang percaya, kini sudah Lebihan dari yang diduga, malah semua sahabat karipnya yang dia pura-pura tidak kenal pula, Ini bukan sadiwara atau filem hindustan bila YB boleh permain siapa saja. Layak diberi anda peluang untuk sayembara seterusnya. (SM)

Mei Ling berkata...

pencacai tu bnda apa?

Datuk Hasbi berkata...

PAS biadap kat sarawak??

Jalal Rafzee berkata...

eh! ada jgk penduduk buat kain rentang nak halang pengundi?

Lukiee berkata...

jumud tu apa plak?

Saudagar Emas berkata...

PAS wujud ke kat sarawak tu?

Hamba Allah berkata...

PAS kalau nak berkempen kat sarawak silap byk la...

Nuri Jaguh berkata...

ada ke penyokong PAS kat sarawak tu?

Salina berkata...

ada jgk penyokong pro BN kat sarawak?

Panglima Ketot berkata...

UMNo xde kt sarawak ke?

Mona berkata...

kalau UMNO xde kat sarawak UMNo guna nama parti apa?

Sharifah berkata...

UMNO guna nama BN kot masuk kat sarawak?

Nurse Lisa berkata...

rasanya blogger PAS tu x pnh ke sarawak kot?

Ziarah Makrifat berkata...

sarawak mmg byk parti kat sana

Saizul Maizav berkata...

eh! sarawak x guna parti UMNO rupanya

Sharifah berkata...

rasanya blogger pas tu x reti kot?

Abul Hassan berkata...

eh! UMNO mmg xde parti ke kat sarawak?

Nahul Hidzar berkata...

kenapa sarawak pakai byk parti?

Abang berkata...

sarawak walaupun byk parti tp semua bawah naungan UMNO

Dayang berkata...

kat sarawak kdg2 susah nak beza mana pembangkang dan BN

Mozaire berkata...

kenapa semua x mhu bergabung je?

Hadi Hamzah berkata...

kenapa parti lain2 tp tetap BN?

Seri Suri berkata...

rasanya blogger pas tu x selidik dulu la

Nasruq Haqq berkata...

memalukan la sepatutnya dia siasat dulu sebelum tuduh melulu

Mak Mah berkata...

kat sarawak byk parti kdg2 pening tgk

Pak Ngah But berkata...

pilihanraya hari ni pun tgklah byk parti yg bertanding

Adi Cana berkata...

kenapa smua x bersatu parti kat srawak?

Salam berkata...

sarawak mmg parti dia berselerak ke?

Jengking Perak berkata...

hbis kalau terlalu byk parti mcm mana nak beza yg mana BN dn pembangkang?

Haji Khali berkata...

agak pening jgk bilangan parti di sarawak

Harimau Berantai berkata...

kenapa srawak byk parti sgt?

Roy Rashiq berkata...

pening aku dgn bilangan parti di sarawak

Satria Juragan berkata...

berapa ratus bilangan parti di sarawak?

Muhamad Akmal berkata...

parti komponen tu apa?

Lagenda Pulau berkata...

kenapa la blogger pas tu memalukan diri sndiri jer..

Ummu Akilah berkata...

buat malu la blogger pas tu

Ustaz Saad berkata...

apa nama blogger pas tu?

Bob Kuli berkata...

bodo btol blogger pas tu

Pendekar Waja berkata...

org x keliru ke byk sgt parti?

Tinta Bayu berkata...

kenapa buat parti byk2 sgt?

Brader Joe berkata...

kt sini senang je kat sarawak pnya byk parti