Rabu, 20 April 2011

AKU BUKANNYA



sajak pilihan ahli Cr.

aku bukan bodoh
cuma tidak pandai
nak buat dosa
aku bukan takut
cuma tidak berani
lawan arahan tuhan
aku bukan bisu
cuma tidak bersuara
takut bercakap semua dusta
aku bukan pekak
cuma tidak mendengar
kata umpat keji itu
aku bukan lemah
cuma tidak kuat
lawan ketentuan tuhan
aku bukan miskin
cuma tidak kaya
sedekah cuma senyuman
aku bukan sedih
cuma tidak gembira
kenang segala dosa...

 
Oleh: Mat Toopa
Ketika di bazaar ramadan
6ptg/2010 Ogos 27 21:02
Diterbitkan semula tarikh: 21hb April. 2011.





50 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

1 ulasan:

Qalam berkata...

Sajak Mat Toopa kawan sekolah Penyaer Agong seorang yang banyak menyumbang sajak diblog ini.
Dia selalu memeram sajaknya sehingga masak dan matang baru di keluarkan. Seperti en nuri
baru-baru mahu menulis dahulu.

Pengucapan sajak Aku Bukannya ada tanda tanya? Menceritakan berbagai cerita seandainya. Jika aku lakukan , aku akan terima begini. Jika tidak aku selamat. Ini Mengambarkan masih ada kekuatan keyakinan dan kekentalan keimanan, rasa takut dan gentar untuk melakukan sesuatu kerana terasa bagai tuhan ada mengintai dan Merakam semua kelakuan kita.
Dan masih kuat menilai dosa. Amin selamat.

Oleh: Qalam Mutiara
27 Ogos 2010 7:37 AM

Hantu Raya berkata...

Lee Kua Yew "Idola" Kit Siang & Nik Aziz dah berumur 88 tahun, masih lagi nak bertanding...!!!

Meskipun sudah tua & tidak relevan sebagai pemimpin di zaman ini, Lee Kuan Yew dilaporkan di sini masih lagi mahu bertanding pada pilihanraya republik Singapura kali ini. Kuan Yew mula jadi Perdana Menteri Singapura sejak 1965 hingga 1990, dan hingga kini dia masih lagi seorang wakil rakyat. Dah 46 tahun dah!

Mungkin tidak puas menjadi Perdana Menteri Singapura dan orang tua ini masih lagi belum mahu bersara sebagai ahli politik walaupun sudah nyanyuk untuk berkhidmat bagi rakyat di kawasan yang ditandinginya.

Inilah mentor kepada Lim Kit Siang. Kit Siang pernah menjadi setiausaha politik Kuan Yew satu ketika dahulu sehinggalah Singapura terpaksa dipisahkan dari Malaysia dan Kuan Yew menjadikan negara itu sebagai negara republik orang Cina komunis chauvinis!

Sebelum ini, ramai mengecam Tun M kerana minta turun dari jadi PM setelah 22 tahun membangunkan Malaysia. Tapi Lim Kit Siang tidak pula mendesak "boss"nya, Kuan Yew, itu dari bersara. Jenis Kit Siang ni memang sial! Tak suka tengok orang Melayu lebih dari "boss"nya itu.

Kuan Yew tubuhkan PAP, dan Kit Siang pula lahirkan adik PAP iaitu DAP di Tanah Melayu. Dua-dua parti ini memang tak boleh pakai. Dua-dua memang jenis semangat anti-bumiputera dan tak boleh terima bumiputera memiliki hak-hak keistimewaan di negara ini. Kalau pembangkang memerintah Malaysia, nescaya DAP akan ubah perlembagaan dan memberikan keistimewaan yang sama pada non-bumi.

Kini, Kuan Yew turut menjadi idola Nik Aziz Nik Mat, yang juga sudah tua, selalu uzur keluar masuk hospital, tapi masih degil nak jadi waklil rakyat! Masih gilakan kuasa nak jadi Menteri Besar. "Elok" lah tu. Itu yang puak-puak PAS suka tu, pemikiran tak rasional langsung!

Sebenarnya, Lee Kuan Yew, Lim Kit Siang, Karpal dan Nik Aziz adalah sekapal. Ketuanya Lee Kuan Yew. Ketua mereka kat Malaysia ini pula Kit Siang. Anwar lain 'kufu', boss besar Anwar kat US & Israel..!!!
Posted by DukeOfUMNO at 1:23 PM 1 comments Links to this post

KOMENTAR:

PATUTLAH tetiba sahaja masa zaman pemerentahan Pak Lah, Lee Kuan Yew datng ke negeri Kelantan, rupa Nik Aziz nak minta petua bagaimana nak rampas semula kerusi yang tinggal sebuah lagi hamper sama dengan BN, tentu dewan negeri jadi goyah! Siapa penyelamat tentulah sifu ketua mereka bulan depan ada pilihan raya. Zaman pak lah mereka berjaya kelintong semua! Seb Pak Lah keramat hidup. Terlalu baik dengan musuh yang tunggu masa nak telan kita.

Lagenda Pulau berkata...

DUDUK TERMANGU

Duduk termangu,menunggu
Bulan jatuh di depanmu
terkejut Tak ada isi hidup kau
Hidup pun tak elok
Mengata aku bahagian kau
Aku bisu, ingat aku tak tahu
Hasil aku pun bahagian kau?
Aku diamkan, kau takkan tahu
Sebab kau kawan aku,
Aku pimpin kau,kau pimpin aku
Kau tersungkur,aku berdarah juga
Pandanglah aku,pandanglah
Agar kau nampak di depan ku
Aku capai kau penat pandanglah

Lagenda Pulau
sajak simbolik politik

Nakhoda Belantara berkata...

JOLOK BUAH RAMBUTAN

Aku hanya mahu seketika kamu
lama-lama tak mahu nanti jemu
agaknya Mahu kamu ada
kadang-kala main-main mata
pura-pura suka betul pun tak apa.
Kita jalan-jalan bawah jambatan
jolok buah rambutan
tak payah duduk makan

Nakhoda Belantara
sajak kenangan

Geletek Malam berkata...

CACIAN UNTUK KEBANGKITAN

Siapa kata kamu tidak boleh
Siapa kata kamu tidak bisa lakukan
kamu tidak langsung boleh
Pedulikan mulut-mulut itu
Pedulikan kata hina mereka
kamu pedulikan apa saja
caci maki mereka Bangun! bangun!
ludahkan penghina-penghina itu
Rejam kata jijik itu ke muka mereka
Percaya kamu mampu menjadi semua
Yang mereka kata Tidak
mereka nafi Tidak
mereka hina Tidak
Tapi kamu kata Bohong!
kamu boleh sebenarnya.

Geletek Malam
sajak semangat

Saudagar Emas berkata...

HARI INI MENGAJARKU

Hari ini mengajarku
Agar kudapat melihat
Disebalik kebutaan
Agar kubisa bernafas
Didalam kelemasan
Kerana semalam telah mengajarku
Tatkala cinta palsu diagungku
Tanpa sedar ku mengejar kerumitan
Lantas bermain dengan kekecewaan

Saudagar Emas
sajak simbolik

Tinta Azimad berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Lagenda Pulau dengan sajaknya bertajuk: DUDUK TERMANGU. Bagai tangkap muat saja sajak pengucapannya kali ini. Terasa bagai berbau politik, mungkin disebabkan kawasan anda Dikuasai pembangkang agaknya, rasa terheres juga hati bila nak marah. Bagaimana saudagar Perdagang janji membeli undi, walaupun tidak menang, tetapi kerusi serawak mereka bertambah, Apa pun kena beri kesedaran untuk masa depan bumi tersayang. Maaf pengucapannya agak jauh berbeza dengan sajak-sajak anda yang terdahulu sebelum ini. Hilang segala kepuitisannya. Barang kali sebuk dengan tugas.usaha lagi . Maaf cuma di sini sajak anda terpaksa berhenti (TK)

Tinta Azimad berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

JOLOK BUAH RAMBUTAN siapa punya ini Nakhoda Belnatara? Orang punya ke kau punya? Sajak memory lama. Terkenang semasa dulu hatiku merasa rindu, sewaktu kecil dahulu, tidak akan boleh berulang laku.Cerita pada mulanya baik, penutupnya agak bercelaru sikit. Apa –apa pun usaha lagi, penceritaannya terlalu biasa, perlu usaha lagi. cuma di sini saja. Maaf sajak anda terpaksa pohon berhenti (TK)

Tinta Azimad berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

CACIAN UNTUK KEBANGKITAN oleh sdra. Geletek Malam pengucapannya tentang semangat juang. Apa-apa pun mesej yang hendak di sampaikan pendek saja cuma kata ulang, contoh baris 1 dan 2 ,juga baris 4 dan 5 dan seterusnya, penceritaan berbau politik, namun ucapan yang puitis terlalu berkurangan. Usaha lagi, Maaf qalam yang menentukan rasa amanat pengucapannya, seni atau puitis sesebuah sajak, kalau ada pun untuk dicalun perlu lihat pula pada persaingannya siapa lebih utama.Cuma di sini pohon berheti (TK).

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

HARI INI MENGAJARKU sajak ciptaan oleh sdra. Saudagar Emas pengucapannya mempunyai cerita yang berbagai, atau punya skop luas dan berbeza, Biasanya beginilah yang dikatakan pengucapan puisi. Berbagai andaian boleh ditapsirkan. Politik, jiwa-jiwa. Kerana hari-hari telah mengajar kita, tentang kehidupan, kekecewaan dan kejayaan, kesenangan dan kesusahan. Semuanya terletak pada hari- hari yang mengajar kita. Syabas! Layak untuk sayembara seterusnya.(SM)

Halilintar berkata...

sajak mat toopa agak menarik jgk

Faezawatie berkata...

sajak mcm marah je mat toopa

Iman Ali berkata...

sajak berkenaan apa ni mat toopa?

Ezad Emir berkata...

mcm teka teki je sajak mat toopa ni? hehe

Nasruq Haqq berkata...

ringkas dan senang paham la sajak mat toopa

Qalam Musoffa berkata...

sajak mat toopa ni agak menarik lain dari yg lain

Jeffry berkata...

sajak mat toopa plak ke? lps ni sapa

Tetamu Malam berkata...

pelik jgk sajak mat toopa ni

Bob Kuli berkata...

menarik rendah diri jgk sajak mat toopa ni

Ustaz Rahman berkata...

agak menarik sajak mat toopa ni berkenaan dari luaran dan dalaman

Mr Casanovaa berkata...

ringkas je sajak mat toopa ni? hehe

Malik Wariya berkata...

munafikun ni dah siar kan dulu?

Harimau Berantai berkata...

eh! bukan dulu dah siar ke sajak munaifukn ni

Jessica berkata...

xphm la sajak en nuri kali ni

Raju Linggam berkata...

eh! sajak en nuri ni berkenaan pasal apa?

Pak Haji berkata...

menarik sajak en nuri ada tersirat jgk mksudnya

Ambuyak berkata...

ada unsur politik ke dalam sajak en nuri ni

Dewi Sageenta berkata...

munafikun ni apa?

Apek Liew berkata...

sajak en nuli tatak paham la

Tanpa Wajah berkata...

eh! sajak mcm pnh baca je seblum ni en nuri pnya

Bos Kacak berkata...

eh! dah tua lee kwn yue tu masih nak bertnding lagi!

Ibnu Siddiq berkata...

gila pnya lama lee kwn yue jd menteri 46thn!!!!

Petualang Tiga berkata...

lee kwan yue mcm nik azizi jgk la? hehehehe

Brader Joe berkata...

mahatdir 22thn ke! wah dia paling lama sbb dollah x sampai 10thn pun

Sharifah berkata...

lee kwan yew tu tamak la berhenti la dah tua dah pun dia

Raja Muda berkata...

pnya lama lee kwan yew jd menteri hmpir sama dgn mereka di malaysia

Salina berkata...

lee kwan yew baik dgn nik aziz ke?

Muhamad Badawee berkata...

geng lee kwan yew smua tua semuanya

Hadi Hamzah berkata...

pnya la lama dia jd menteri larat lagi ke?

Madah Pujangga berkata...

sampai ke tua pun msih nak bertanding lagi! adoi

Pak Ngah But berkata...

sampai tua nak bertanding bagi la peluang kat orang muda je

Bulan Terang berkata...

rupanya lee kwan yew baik dgn nik aziz patut dia dtg kelantan dulu

Nurse Lisa berkata...

kenapa dia dtg kelatan je negeri lain x pegi jgk ke?

Kevin Khairudin berkata...

patutlah orang boleh syak dia baik dgn nik aziz sbb dia dtg kelatan jer...

En Sanusi berkata...

nik aziz dgn lee kwn yew bincang apa la agaknya

Badrolshah berkata...

dah tua masih nak betanding lagi bagi la peluang kat anak dia plak

Sulaiman Embong berkata...

pelik la apa agenda dia jmpa nik aziz?

Karim Ghani berkata...

sepatutnya jmpa najib bukan nik aziz

Hamba Allah berkata...

pelik la dia hanya jmpa nik aziz tp x jmpa najib plak?

Mata Langit berkata...

ada agenda tersembunyi la nik aziz ni