Tiduritu merehakkan tubuh untuk dipulihkan
kurang tidur otak terganggu merosakan memori
malah boleh memburukan resiko kepada anggota
kerana gangguan pada fikiran, mata dan selera.
Tidur yang cukup menguatkan lagi memori lampau
jika tidak tidur menjadikan hormon kita stres
tidur lina mengabalikan kembali kenormalan kita
jika kurang tidur mungkin kena berisiko tinggi
degup jantong tidak normal rentak perjalanannya
tidur seoarng dewasa tujuh jam sudah memadai
boleh mningkatkan hormon mengantikan imune kita
Jika terganggu tidur membuat deprasi bertambah
otak tidak boleh bertindak balas dengan baik
malah boleh bunuh diri seorang situasi begini.
Oleh: nurimanja
Catatan tidak rasmi
sekadar kongsi bersama
kurang tidur otak terganggu merosakan memori
malah boleh memburukan resiko kepada anggota
kerana gangguan pada fikiran, mata dan selera.
Tidur yang cukup menguatkan lagi memori lampau
jika tidak tidur menjadikan hormon kita stres
tidur lina mengabalikan kembali kenormalan kita
jika kurang tidur mungkin kena berisiko tinggi
degup jantong tidak normal rentak perjalanannya
tidur seoarng dewasa tujuh jam sudah memadai
boleh mningkatkan hormon mengantikan imune kita
Jika terganggu tidur membuat deprasi bertambah
otak tidak boleh bertindak balas dengan baik
malah boleh bunuh diri seorang situasi begini.
Oleh: nurimanja
Catatan tidak rasmi
sekadar kongsi bersama
dua hari yang lalu Julai 2010.
34 ulasan:
__________________________________________________________________________________________________________________
KINI SELESAILAH SUDAH FASA 1.
Iaitu Israk perjalanan di antara Masjidil Haram di Mekkah ..... ke Majidil Aqsa di Baitul Makdis. Plestine.
____________________________________________________________________________________________________________________
KINI FASA 2.
NABI KETIKA DIMIKRAJKAN
Iaitu Mikraj atau dinaikan di Masjidil Aqsa Plestine ... naik ke Sidratul muntaha dan terus tempat paling tingi
sekali iaitu Hadratul Quds dan disinilah nabi Muhamad saw menerima perentah solat. Mengikut pendapat yang masyhur
peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab tahun ke 11 kerasulan brsamaan 621M usia nabi 52 tahun. peistiwa ini berlaku
kira satu setengah tahun sebelumnabi berhijrah ke Madinah.
Nabi Muhamad saw bersama malaikat jibrail yang menemaninya. Ketika dimikrajkan ke langit berbagai peristiwa pula telah pun nabi
alaminya.Diantara peritiwa-perisiwa berikut ialah:-
2.1 Bertemu para Ambia dan malaikat yang menyambut ke datangannya dengan penuh penghormatan dan kemuliaan. Setiap
pintu langit yang dilalui serta mendoakan untuknya.Di antara nabi-nabi yang ditemui oleh Rasulullah saw, Ialah:
2,1.1 langit pertama - Nabi Aadm as
2,1.2 langit kedua - Nabi Isa dan Nabi Yahya as
2.1.3 langit ketiga - Nabi Yusuf as
2.1.4 langit keempat - Nabi Idris as
2.1.5 langit kelima - Nabi Harus as
2.1.6 langit keenam - Nabi Musa as
2.1.7 langit ketujuh - Nabi Ibrahim as.
Nabi Ibrahim berpesan agar umat nabi Muhamad saw memperbanyakan tanam syurga dan membaca zikir
Agar kita dapat berjalan dengan teuh bila pepohon yang kita tanam ini dibkati di akhirat nanti.
brikut:
Senang saja setiap hari kita sebut (SUBEHA NALLAH WAL HAMDULILLAH WA LA ILA HAILLALLH WALA HUAKBAR WALA HAULA WALA QUWATAILLAH BILLAH HIL ALI HIL AZIM)
BERSAMBUNG.
CERPENSIRI 2 : BERTAJUK : MAIL GILA BERISTERI ANAK JANDA KAYA.
___________________________________
TETIBA rumah pintu Mail Gila bagai hendak pecah keketuk orang agak kasar dan keras bunyinya.
“Siapaa??” Tanya Mail Gila dengan perasaan cemas dan hairan, bila pintu rumahnya diketuk orang di tengah malam buta begini.
“Kami Wachtman!” Sahut suara itu dari luar, keras dan kasar bunyinya
“Mail Gila dengan darah panasnya yang mudah naik itu, tergesa-gesa pergi untuk membuka pintu.
Dengan rasa terharu dan tecengan-cengang dia bertanya; Wacthman? Ada apa pula ini, menganggu aku hendak tidur. Berkata Mail dalam hatinya. Bila pintu dibuka
“Ada apa pula malam-malam buta datang ini?” Sergah Mail Gila, mukanya mula naik merah.
“Kami diarah menahan awak!” kata salah seoang dari pengawal estate bernama Pak Awang dan seorang lagi bernama Yusof dia cuma diam sahaja.
“Apa hal pula?” Tanya Mail Gila masih terharu dan tidak mengerti pangkal dan hujungnya.,sebab apa dia ditahan.
“Ikut kami, awak didapati bersalah
mencuri buah kelapa dan koko di estate petang semalam,” Sergah pula Yusof yang tadi cuma diam sahaja.
“Ooo! Jadi encik bedua datang nak tangkap sayalah ? Ahh! Balik. Sebelum saya naik darah. Balikk!!.”
Sergah Mail Gila lagi kuat daripada kedua pengawal estate tadi.
“Kami, Cuma diarahkan!” kata pula Pak Awang pengawal yang lebih tua daripada Yusof kawannya.
“Saya tidak perdulii. Saya kata balik, balikk! Sebelum saya mengeluarkan parang panjang, Cepat merambusss!!”Pekik Mail Gila lagi.
Kedua Pengawal estate itu uba brundur dan tidak brani bertindak, kerana mereka Cuma pengawal sebuah estate, kalau mereka bertindak juga malam itu, mngkin salah
Seorang daripada mereka menemui maut, sedangkan gaji mereka tidak seberapa.
Apabila meeka melihat mata Mail Gila Nampak merah di sinari lampu pelita minyak tanah, kedua pengawal estate itu Pak Awang dan Yusuf mulai berundur dari muka pintu.
BERSAMBUNG.
KERANA SATU KERUSI
kerana satu kerusi
kawan jadi lawan
kawan makan kawan
kawan jadi buta
kawan jadi duri
tiada lagi ketawa mesra
tiada lagi tangisan hiba
tiada lagi sapa menyapa
tiada lagi bicara sesama
kerana satu kerusi
nyamuk di sana jelas
gajah di hadapan kabur sahaja
pantang terkurang pantang terlebih
sejelasnya jadi tontonan
jadi bahan jadi tohmahan
jadi caci jadi tempelak
memang dasar tempayan
mana mungkin ditutup mulutnya
memang adat manusia
mulut pasti menutur kata
kerana satu kerusi
siapa jadi arang
siapa jadi abu
siapa bersinar terang
mana pergi si jebat
mana pergi si tuah
yang ada cuma panglima ketot
pantang nampak hidangan manis
habis dijilat sampai licin
pak kaduk jua jadi ikutan...
Sulaiman Embong
Buat rakan sepejuangan
ULASAN:
Kekalutan musim berbau politik semula lewat dua tiga hari ini, termasuk juga sajak en nuri, walau apa pun lumrah alam , kalau orang yang berjiwa perasa dia sekadar dapat meluahkan apa yang dirasinya. Kalau tidak mungkin hatinya rasa terbuku dikalbu (begitu kata P.Ramlee.Cuma melihat senyum simpul.) Apatah lagi dengan agenda jahan untuk menghancurkan negara.bersekongkol dengan bukan orang Islam. Jadi sejarah lama berulang,panglima ketot nak buka pintu kota Melaka. Syabas! Sajak Sulaiman Embong kali ini bertajuk Kerana Satu Kerusi. Semoga apa yang diperkatakan sdra.Sulaiman Embong; Kita tidak akan menjadi Hamas dan Fatah, bila Obama cuba bermain sandiwara..Amin!
Harap maaf. kesilapan yang tidak disengajakan, langsung tidak perasan
sebenarnya saya ada memasuki Cerpen Bertajuk: MAIL GILA BERISTERI ANAK JANDA KAYA.
Walau bagaianapun : Hari saya masukkan semula seri pertama; dalam sajak TAUBAT YANG SEBENAR
wah! x boleh di terur mail ni...
bahaya dorg ni dtg umah org gila plak?
huh! bahaya klu sembang dgn org gila dia kira nak bawak parang jer...
mmg gila mail ni kena masuk wad klu mcm ni...
selamat la mail x kejar dorg lps tu...
mail gila nak naik syeih plak? bahaya ni...
apa2pun org gila bkn boleh di desak mcm tu? nnt dia mengamuk? parah...
eh! btol ke mail yg curi atau dia kena fitnah?
eh! selamat dia x mengamuk bawak parang kejar keliling kampung pengawai estate tu.....
sian mail ni dh la jadi gila kena tuduh plak mencuri?
eh! mail gila ni mmg sah gila! agak2 la nak bawak parang plak?
selamat dorg pergi klu kena bunuh dgn mail gila? mail gila x kena tangkap sbb kan dia mmg gila....
rasanya org kmpung buat cerita mail ni curi kot?
mail gila ni keja apa?? eh! btol ke dia yg curi?
wah! sampai tujuh langit nabi pergi!
sy selama ni x thu plak pasal kisah ni? smpai tujuh langit! wah! terima kasih en nur berkongsi ilmu...
lagi senang ikut kisah nabi kt blog en nuri tnya org masjid pun sorg pun x mau kasi tahu!
wah! best la baca kisah nabi ni.... terima ksih en nuri...
byk jgk nabi2 yg lain nabi muhamad ni jmpa?
en nuri byk ilmu la... sy pun kdg2 terlupa jgk kisah israk mikraj ni? hehe
kisah yg menarik! boleh buat buku cerita israk mikraj ni...
smoga kisah israk mikraj ni boleh mnjd iktibar kpd org lain... insyaallah...
alamak! semenjak musim bola ni aku mmg x cukup tido...
menarik jgk fakta pasal tido ni...
lps ni kena cukup tido ni... bahaya klu x cukup tido nnt?
sajak yg menarik ape2pun kena cukup tido...
lps piala dunia kena cukup tido balik... hehe
eh! sajak tido pun ade? wah! mmg lain dari yg lain..
eh! sajak ni menarik jgk... sy semanjak piala dunia ni asyik berjaga di kedai awie saja...
Catat Ulasan