Perjalanan kereta api baru,
si kepalanya mestilah lurus
semoga gerabak tidak gelincer
jika ada ketua gerabak menegur
si kepala sepatutnyalah mesti akur
agar prinsip si kepala jangan berubah
hati penumpang gerabak juga tidak gelisah
dimanakah perjalanan perjanjian kita selama ini?
Perjalanan kereta api baru,
jika ada gerabak yang gelincer
si kepala jangan ghairah melepas kata
gerabak yang lain tidak perlulah persenda
bagaimana pula jika gerabak kedua gelincer?
perjalanan si kepala kereta api kelihatan kudung
penumpang pastinya kecewa melihat gerabak-gerabak
tertinggal di pertengahan jalan tidak sampai ke distinasinya.
Oleh ; Nurimanja,
Alor Star ke B ,worth, ke Kuala Lumpur,
kereta api malam singah jam 9.00
tarikh 19/6/1977.
38 ulasan:
sumber inspirasi
INFO AGAMA ; JANGAN PERSENDA ORANG TUA , KITA JUGA AKAN TUA.
____________________________________________________________________________________________________________
Wahai gendarasi muda, jangan terlalu celupar dan ghairah melontar kata pada ketidak kesetujuan minta anda dengan rangtua yang lebih dahulu makan gram.
belajarlah mengenang budi pada pihak pemerentah , jangan jadi gendarasi yang bukan membina negara tetapi menghancurkan masa depan rakyat 1 Malaysia.
Jangan cuba menegak sesuatu yang batal disisi syariah atau adat perudangan negara kita, belajar dengan bangsa lain yang lebih rasional berpolitik menegak
agama bangsa dan negara, bukan menegak kepentingan diri dan keroni.Allah tidak akanmerastui. masa akan menceritakan waktu akan menentukannya.
Sesiapa yang mempermainkan orang yang lebih tua , satu hari nanti bila dia pula tua , Allah akan mengantikan sepuluh orang anak muda yang akan permainkan
dirinya pula. seorang pemimpin yang dikenang zaman, bukannya dinilai kepada kepetahan bercakap tetapi pada ketulusan dan keikhlasan hati yang berharga.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________\
SIRI PERTAMA ALAM MESTERI BERTAJUK : USTAZ GHANI DENGAN HANTU-HANTU BOTAK ; OLEH : NURIMANJA 4/8/1982
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Sebelum menjadi seorang ustaz atau guru agama. Abdullah Sani pernah menuntut di salah sebuah sekolah atau madrasah di negeri cik siti wan kembang pondok Tok Guru Lebai Fakir, Tanah Hitam. Setelah tamat tiga senawi. Abdullah sani pun menyambung pula pengajiannya di madrasah Wafaf Baru untuk nya mengambil sijil 4 sanawi, kerana di madrasah Tok Guru Lebai Fakir cuma setakat tiga
Bila berada di madrasah wakaf Baru Abdullah sani terpaksa tinggal di sebuah pondok di antara beratus buah pondok di sekitar
pondok di kawasan Madrasah itu. Pondok tempat kediaman Abdullah Sani berdekatan dengan tanah perkuburan orang mati dibunuh
pada zaman Jepun dahulu. Disebabkan tiada pondok lain lagi Abdullah Sani terpaksa juga duduk di pondok itu.
Beberapa orang kawan-kawan ditemui Abadullah Sani ada memberi tahu kepadanya, sebagai peringatan disebabkan dia pelajar baru di madrasah itu.
"Kalau mu menghafal kitab hingga jauh-jauh malam, berhati-hatilah sikit Ni, " kata Leman jogang kepadanya .
"Kenapa? mukata begitu?" Tanya Abdullah Sani, ingin tahu.
"Kawasan pondok mu itu berdekatan dengan kubur orang mati dibunuh!"
"Apa takutnya, kita kan ramai ini." jawab Abdullah Sani.
"Bukan apa, di bawah pokok jawi besar itulah tempatnya, kalau mu terbau sesuatu, mu jangan tegur. nanti mu lari tak cukup tanah pula,"kata Leman Jogang kawannya itu.
"Ahh! Mu percaya dengan hantu ke? Sangah Abdullah Sani, menapikan tuduhan itu, "Karut semuanya tuu." tambahnya lagi.
"Aku tu, ingatkanmu saja Ni, sebab mu tu orang baru di sini, agarmu tidak terkejut nanti," kata Leman jogang lagi.
"Aku selalu dengar orang kata ada hantu, tapi aku tak pernah tengok pun, kalu betul ada hantu aku nak jumpa." Sangah Abdullah Sani bunyi
bagai mencabar.
"Jangan Ni, dah ramai kawan kita yang jumpa, lari tengah malam, deman seminggu tak kebah." Sambuk Mat Junus Tepung Talam pula:
kerana suka makan kueh tepung dalam.
"Ahh! Aku tak percayalah! Sangah Abdullah Sani, lagi menapikan semua kata-kata kawannya itu.
Kini lebih setengah bulan Abdullah Sani tinggal di pondoknya itu, tidak ada pula perkara yang menakutkan di pondoknya berlaku.
Setiap malam dia membaca ayat Quran, surah yasin, ayat qursy, tiga qul, sebelum tidur, malah setiap malam menghafal dan membaca
kitabnya hingga jauh malam dan kadangkala hingga ke pagi.
Di satu malam hujan turun renyai-renyai, kawan-kawan di pondok berdekatan telah lama tidur, jam menunjukan satu pagi, Abdullah Sani
masih lagi asyik membaca dan metelaah dan menghafal ayat mantiq dan ballaghah, tiba-tiba Abdullah Sani terhidu bau hanyer tengek
seperti bau ikan belukar air tawar...
BERSAMBUNG.
sajak keretapi macam sajak saya jer en nuri x pcya cuba check nurkilan sahabat citra rasa saya ada jgk buat sajak kereta api????? en plagiat ker????
sajak ni psl apa? keretapi pun ada sajak?
sajak mmg menarik tp x phm,.... hehehehe
sajak en keretapi berkenan ape? susah gak nk tangkap mksud dia...
sajak aku xphm tpi yg pasti ada maksud tersirat sikit.....
SAJAK KALI INI SAYA DAPAT MENANGKAP ADA BERBAUR POLITIK SEDIKIT,MINTA MAAF KALAU SILAP TANGKAPAN SAYA INI TAPI KEBAYAKAN SAJAK EN SAYA DAPAT TANGKAP ADA BERUNSUR POLITIK TPI DALAM BENTUK KIASAN,KERETA API KALI NI MENGAMBARKAN PEMENRINTAH? JIKA SALAH DIA MENGEMUDI KERETA API ITU SEMUA ANAK2 BUAH AKAN TERASA IMPAKNYA SMA SEPERTI YANG BERLAKU SEKARANG DI NEGERI YANG TAK DIKEMUDI DENGAN BETOL...
geletek pagi xde aku ganti? hehe tp nnt aku letak cte2 lawak mcm geletek pagi... hahahah jgn marah yer abg besar..
ha! ni mmg betol qalam sbb sy jgk masa kecil ske mengejek org tua? skrg sy terima akibat bdk2 plak mengejek saya bila sy menegur mereka melepak di tepi jalan...
betol saya sokong!!! ape2 pun hormati org tua...
aku tgk jer org tua aku anggap dorg mcm bapak aku jer jd x sampai hati nk mepersenda ni....
ape2 pun org tua jgn dipersenda.. aku mmg menghormati org tua2 ni...
org tua mmg lebih makan garam.. jd hormati mereka...
sapa plak guna nama aku kat chatbox!!!!!!!!!!!!! panas betol! ni klu aku maki kang takut dia org tua plak? tp aku rsa ni msti keje bdk2 ni....
ape senawi tu??? confius la...
seram plak aku dok sebelah org mati kena bunuh? berani giler dia ni....
abdulllah sani ni org kelate ker?? siap ade mu?
ade senawi plak? ape tu? smpai 3 ade 4 pun ade plak?
hu... seram tu malam2 ade bau mcm2... x sabar nk tunggu cerita sambungan....
seram plak cte ustaz ghani ni.... mcm mne nk smbungan nanti?
seri nnt ko teman aku tido takut la cte en nuri ni.... hantu plak tu?
cte ni cte betol ke en nuri? pengalaman sape ni? kwn en nuri ker?
seram plak baca intro pun naik bulu roma ape dia nmpk?? x sabar nk tunggu sambungannya.....
aku baca sekerat je dh seram tak sampai hbsi lagi.... ape2 pun aku xnk ikut cte ni seram.........
alamak! saya xnk baca la cte seram en nuri ni... sbb sy tinggal sorg housemate sy keluar....
hantu botak tu toyol ke en nuri?
baca episod 1 pun dh seram mcm mna lah episod 2 nnt....
kisah benar ke en nuri? cerita dari sapa?
cerita ni mmg menyeramkan... tu la bahaya org bercakap besar....
alamak! ade cte seram!!!!!! arghhh!!! xnk baca takut...
apa jd kat abdullah sani ni? x sabar nk thu jgk......
cerita yg menyeramkan.... eh! tapi tajuk ustaz ghani tp ni nama abdullah sani? mne 1 betol ni....
ha! ade bau? tu tanda2 dia nak datanglah tu...
hrp2 la abdullah x nmpk hantu... seram plak...
AKU TERDAMPAR
Memang bukan yang pertama..
Tapi sakit yang dulu
Aku kembali terlempar
Menghujam...Kejam...
Tertinggal...Jauh....
Kau tertawa...Gila...
Aku meradang...
Tak sanggup memandang...
Dan rembulan merayap...
Tak ada jalan...
Semua terhempas jadi butiran mimpi
Aku lupa menulis...
Sudah terlanjur Maaf
Harus kuhadapi Sanggupkah
Kini harus kulalui malam-malam dengan cumbuan bimbang
Putera Damien
Pulau Langkawi
2petang
ULASAN?
Putera Damien sajak bertajuk AKU TERDAMPAR, pengucapannya agak
bagai terperangkap di antara dua persimpangan dan cuba mencari sesuatu yang benar dannyata.jangan biarkan dia berulang, jika orang lain cuma ketawa lalu kita yang terhukum. Masakan tiada jalan untuk kita keluar dari mimpi–mimpi di malam yang tidak berbintang.
Catat Ulasan