Angin malam membesekkan cerita
pada pasir, batu, kayu dan pantai
tentang derita hidup seorang nelayan
menangkap ikan menyara anak-anaknya.
ikan di laut tidak selalu menjanjikan
tentang rezeki yang lumayan darinya
cuma sekadar hari yang tertentu sahaja
bisa menambahkan pendapatan harian.
Kemiskinan dan kesusahan satu ujian
hanya orang beriman menyakinkannya
kerana kekerasan tangan yang kematu
membawa bukti tanggungjawab dilaksana
seorang ayah mencari nafkah untuk anaknya.
Oleh : Nurimanja,
Telok Bahang, Pukau Pinang.
Tarikh; 11hb, Mach, 2010.
pada pasir, batu, kayu dan pantai
tentang derita hidup seorang nelayan
menangkap ikan menyara anak-anaknya.
ikan di laut tidak selalu menjanjikan
tentang rezeki yang lumayan darinya
cuma sekadar hari yang tertentu sahaja
bisa menambahkan pendapatan harian.
Kemiskinan dan kesusahan satu ujian
hanya orang beriman menyakinkannya
kerana kekerasan tangan yang kematu
membawa bukti tanggungjawab dilaksana
seorang ayah mencari nafkah untuk anaknya.
Oleh : Nurimanja,
Telok Bahang, Pukau Pinang.
Tarikh; 11hb, Mach, 2010.
21 ulasan:
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
SIRI SERAM ; OLEH NURIMANJA ; SIRIke EMPAT BERTEMU ROH : MASYARAKAT INDIA 1 MALAYSIA
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Gunalan ter-pinga-pinga melihat keadaan itu, beberapa titl air mata Lingam mengalr berlenangan dari dua kelupak mata dan membasahi
pipinya, seperti air embun di hujung rumput di pagi itu.
"Kenapa Lingam? Kenapa kau menangis?"
"Saya.. saya terkenangkan kak Lakchmy."
"Kenapa dengan dia?"
Lingam mendongakkan mukanya melihat muka Gunalan, nafasnya sebak, seperti orang menanggung sedeh,pilu dan resah. Gunalan
memengang bahunya, dengan kejap, minta dia menceritakan perkara sebenar yang berlaku.
"kakak Lakchmy sudah pun meninggalkan dunia ini,"
"Apa kau kata Lingam! Kak Lakchmy sudah meninggal.....Oh, tidak.."
"Benar bang .."
"Ohh Tidakkk! Tidakkk!!!"
Gunalan menjadi cemas, fikirannya berkecamuk, Apakah perkara ini benar-benar berlaku, atau aku cuma mimpi sahaja. oh tuhann. Gunalan inginkan kepastian.
"Benar bang. kira-kira dua bulan yang lalu, semasa dia sakit, dia selalu menyebut nama abang, dia juga ada berpesan.."
"Apakah pesannya Lingam?"
"Kalau abang pulang ke kampung, dia meminta saya menemani abang menziarahi kuburnya,"
Gunalan bagai tidak sabar lagi, dia memengang kedua belah bahu Lingam dengan ke dua-dua belah tangannya dan mengoncang-goncang
bahu Lingam yang masih berwajah muram itu.
"Dimana ..Kuburnya , mari kita pergi ziarah sekarang juga?"
Gunalan mengangkat beg besarnya dan menyembunykannya di bawah pokok getah tua, lalu mencapai basikal Lingam yang terbalik
itu menunggangnya menuju ke arah jalan kubur lama, Lingam dengan pantas melompat di atas pelantar tempat duduk di belakang basikal itu.
"Kakak Lakchmy sakit apa Lingam?"
"Saya tak tahu.. kakak Lakchmy banyak bermenung,"
"Ohh! Lakchmy."
"Kenapa abang tidak membalas surat-surat kakak?"
"Abang terlalu sebuh dengan kerja kontrak, lagi pun tempat duduk abang tidak tetap, di Singapore itu."
"Kakak benar-beanr putus asa bila tiada surat dari abang, lalu dia jatuh sakit,"
"Oh! Lakchmy, aku berdosa padamu,"
"Kakak lebih tenat sakitnya bila papa menerima penangan sepupu kami yang tinggal di Jin Seng Estate yang kakak angap bagai
abang kandung sendiri,"
"Lakchmy telah pun ditunangkan?"
"Tetapi kakak menolak, dia berkata kepada papa dan mama dia mencintai abang. Biar dia mati jika dipaksa berkhawin dengan orang lan,"
"Ohh! Lakchmy. Aku telah berdosa denganmu..." Tidak sedar air mata Gunalan mengalir membasahi pipinya.
Hati Gunalan bertambah terharu, bertambah sedih bila mendengar cerita itu. Penyesalannya begitu menebal sekali. Cita-citanya
hancur musnah. Sia-sia selama ini dia pergi ke Singapore bekerja kontrak binaan mengumpul wang untuk melamar Lakchmy. tetapi Bila pulang ke kampung Doraisamy ini, kecewa bakal tunangannya sudah tiada lagi.
BERSAMBUNG.
Bagaimana kesudahannya sri seram misteri ini? Esok siri akhir, tiada seorang pun rakyat 1 mlaysia berketurunnan India mengikutinya...
ISU SEMASA MENGAPA KUBUR ORANG MELAYU SELALU SEMAK?
____________________________________________________________________________________________________________________
Sesuatu yang menyedihkan, bila saya lihat dalam tv, malah di tempat lain pun begitu hampir 95 % kubur tempat persemadian datuk nenek kita memang mengerunkan dan
menyakitkan mata dan hati. lihat kubur orang kristian, china,india, lebih baik daripada orang kita. setenganya ada pagar pula. tidak percaya anada lihat sendiri, bandingkan!
Di kawasan perkampungan pula cuma setahun sekali gotong royong untuk membersihkan.tok siak perlulah sama mengelola kawasan masjid
dan perlu ada jadual sepanjang tahun, tidaklah tertumpu dalam masid dan luar masjid sahaja. naiklah sikit gaji tok siak, atau tambah seorang dua lagi. kerana kutipan jumaat, kalau masjid besar ratus ringgit seminggu.
Amat menyedehkan, ada adik beradik ke yang datang dari jauh hendak menziarahi tempat persemadian datuk nenek mereka, duk diluar baca yasin tepi jalan masuk kubur. takut nak masuk jumpa ular. AJK masjid perlu beri perhatian. bila kena komplen nak marah.tak kata sesungguhnya. kena kata jugalah, kalau tak kata tak sedar orang melayu kita. (bekatalah benar walau
pun pahit)cuma renungan bersama
btol qalam! sy sokong! kubur mlyu mcm x dijaga jer?? adoi..
berbeza sngguh kubur islam dgn bkn islam! adoi...
apa nk jd dgn tok siak dan tok iman dn AJK msjid biarkan kubur tok nenek kita semak??? hrp ade pihak ambil tindakan...
aku pun dh setahun x pergi kubur atok dgn nenek aku sbb semak sgt! mne org yg jaga??
kubur yg paling semak kebykan di selangor la! siap kluar TV! malu org tgk.. korg tau2 sendirilah selangor kan?? semenjak sipolan tu pegang habuk pun takdak!!!
la.. laksmi meninggak ker? sbb kecewa ker?
eh! india pun tahu berdosa ker? ingatkan istilah tu utk islam jer..
eh! terus dia pergi serbu laksmi? sempat ker? rasanya laksmi dh meninggal....
linggam ni adik laksmi brapa thn? bdk kecik lagi ker?
huh! kuat sungguh penanggan cinta snggup mati kerna cinta! adoi...
sian kena kwin dgn spupu sendiri ker??? smpai kecewa laksmi...
apela gunalan ni! keje 2 keje jgk? kekasih jgn la lupa sama....
sajak psl nelayan ker???
sajak yg menarik...
sajak pasal ape plak ni? x phm la....
mmg puitis! sgt menyentuh hati sajak ni....
PISTOL
Tembak Sajalah Aku
Ini Dengan Pistolmu
Yang Maha Berkuasa
Agar Aku Ini
Bisa Hidup Dengan Bidadari
Surga Yang Sangat Cantik
Inspektor Halim
Balai Polis Sungai Buluh
8 pagi
semua sajak-sajak yang dihantar akan diterbitkan dalam nukilan sahabat CR2
mengikut keadaannya. Insyaallah!
Kepada sahabat semua diucapkan bayak
terima kasih, sajak ini mmgkin tidak
dapat diulas oleh en nuri. harap maklum. tetapi sesiapa yang berminat
untuk mengulasnya. silakan di dalam PNSCR2.
ULASAN
Sajak pertama Oleh Inspektor Halim bertajuk PISTOL agak mencabar! Bagai terasa pengucapan ini agak membebankan, kekadang membuat hati jadi bosan dan diluar dugaan bunuh saja aku dengan tugas ini.wahai tuhan.Malah mengharapkan hidup dengan bidadari syurga yang cantik moliklebih bahagia. Cuma beban tugas.
Insyaallah! Apa saja kita buat dengan ikhlas, Allah akan beri ganjarannya nanti, tidak didunia ini akan dapat balasannya di akhirat Amin.
Catat Ulasan