Gulungan yang disukai Allah
tidak mencari helah atau alasan
bila mengerjakan badat berkira
sebaiknya sentiasa luhur dan ikhlas
tidak mencari helah atau alasan
bila mengerjakan badat berkira
sebaiknya sentiasa luhur dan ikhlas
Jika kita sering mencari helah
bagaimana anak kita buat helah
isteri, pekerja, dan majikan kita?
daripada itu jangan cuba cari helah.
bagaimana anak kita buat helah
isteri, pekerja, dan majikan kita?
daripada itu jangan cuba cari helah.
Belajarlah sebuah erti leluhur
tidak perlu alasan dan berhelah
kerana Allah tahu dalam hatimu
tidak perlulah bermain dengan helah.
tidak perlu alasan dan berhelah
kerana Allah tahu dalam hatimu
tidak perlulah bermain dengan helah.
Olrh : Nurimanja,
Bila mata melihat satu muslihat,
pertengahan tahun 2009/6/12
Bila mata melihat satu muslihat,
pertengahan tahun 2009/6/12
44 ulasan:
SIRI SERAM ; OLEH NURIMANJA ; SIRI PERTAMA BERTEMU ROH : MASYARAKAT INDIA 1 MALAYSIA .
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________
MALAM semakin tua. Hujan turun renyai-nyai, jam menunjukkan 12.30 malam. Dari kejauhan kelihatan ada cahaya merah membelah warna hitam pekat yang menghantui suasana itu.
Sebuah teksi berhenti di hadapan papan tanda buruk yang masih tetera tulisannya; JALAN KUBUR LAMA. melalu kampung Doraisamy.
Seorang anak muda bernama Gunalan turun dari teksi, setelah dia membayar tambang, dia mengangkat se buah beg dari buntut teksi.
Sewaktu enjin teksi itu lenyap di hujung telinganya, Gunalan sudah pun separuh mengharung jalan kecil yang becak menghala arah kampung Doraisamy.
Gunalan terpaksa melipat kaki seluarnya hingga ke paras luntut, dari cahaya kilat yang sesekali menyelinap di dada langit dapat membantu Gunalan meneruskan perjalanannya itu.
"Terlalu semak jalan kampung ini?" Bisik hati kecil Gunalan.
Tiba-tiba langkahnya terhenti, dia terasa seperti ada orang memengang bajunya dari belakang,bulu rumanya berdiri tegak dengan serta merta. Gunalan menunggu akan tindakkan seterusnya , tetapi sepi. Waktu cahaya kilat menyelinap di dada langit Gunalan cepat-cepat dia
menolih kebelakang, tiada sesiapa. cuma ranting duri bunga kertas yang mengait bajunya. Gunalah terus melangkah.
Sedang dia berfikir tentang kampung Doraisamy yang telah lima tahun ditinggalnya itu, tiba-tiba langkahnya terhenti lagi. Gunalan
merenung lama, ada satu lembaga sedang membelakangkannya. Duduk di atas seketul batu besar, serta berpakaian serba putih. Seorang
perempuan sedang menangis terisak-isak,Gunalan cuba menghampirinya.
Waktu cahaya kilat bersinat wajah perempuan itu kelihatan jelas kepanya.
"Seorang anak gadis...?" Bisik hati kecil Gunalan , penuh dengan tanda tanya, lalu dia memberanikan diri.
"Kenapa seorang diri di sini?" Gunalan memulakan pertanyaan , gadis itu masih diam, seperti tidak menghiraukan pertanyaanya itu. Gunalan cuba mengulangi pertanyaannya. "Kenapa seorang diri di sini? Kenapa saudari menangis?" gadis itu masih juga diam.
Tangisannya sudah mula berhenti, tetapi kepalanya masih tertunduk ke bawah, Gunalan bertanya lagi.
"Kalau saudari takuthendak pulang, marilah ikut saya. Kebetulan saya pun hendak pulang ke kampung Doraisamy juga ..."
Gadis itu mengeleng-gelengkan kepalanya,kemudian mengangkatkan tangannya, lalu menunjukkan ke satu arah .
Gunalan memerhatikan ke arah yang ditunjukkan oleh gadis itu. Dari kejauhan kelihatan ada sebuah rumah batu kecil dan indah rupa bentuknya, di kawasan itu agak cerah sedikit. Gadis itu lalu bangun dan berjalan berlahan-lahan menghala ke rumah batu itu.
Tangannya melambai-lambai Gunalan dari belakang,Gunalan rasa bagai tertarek hati untuk mengikutinya.
Gunalan meninggalkan beg besarnya di tepi batu besar tempat gadis itu tadi termenung, sewaktu dia melangkah cahaya kilat di langit
bersinar lagi , Gunalan ternampak sebuah pintu gerbang tua yang condong, seolah-olah rasa pernah dilihatnya lima tahun dahulu. Tetapi Gunalan tidak menghiraukan semua itu, dia terus mengekori gadis berpakaian serba putih itu dari belakang.
BERSAMBUNG
BERSAMBUNG.
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Setelah hampir lima enam bulan anak gadis ini kelihatan berlainan bentuk badannya, dia sering saja ke bilik tok guru di waktu malam,
tok guru mulai merasa cemas. iblis enting keidan syaitan telah pun berjaya merobohkan bmanan tok guru pondok itu, kini dia cuba pula
menghasut tok guru itu. Bagaiman budak ini aku bunuh saja.
Pada satu malam yang tidak diduga. tok guru telah menyediakan sautas tali, kini bukan anak gadis yang datang ke bilik tok guru tetapi
tok guru itu sendiri yang datang , setelah mereka bermesra, anak gadis itu tidak sedar lehernya dijerut dengan seutas tali belati oleh tok guru yang telah mengkhanati amanah abangnya.
Setelah anak gadis itu tidak bernyawa lagi dia membungkusnya dengan guni dan mengurek lubang di belakang bilik tempat simpan kitab lama dan barang keperluan pondok dan ditanam di situ . Tidak ada siapa pun yang mengetahui hal keadaan ini kerana dlindungi pagar papan yang di buat khas untuk penginapan tok guru.
Selang beberapa bulan si abang pulang dari bandar membawa berbagai hadiah dan keperluan untuk adiknya yang tersayang dan juga hadiah untuk tok guru. tetapi apabila sampai sahaja ke tempat penginapan pondok tok guru. Bila dia bertanya kepada tok guru, dengan sahaja
tok guru menjawab adik kamu telah melarikan diri dari penginapan pondok ini.
Iblis dan syaitan ketawa besar melihatnya, kerana telah berjaya mengoda tok guru yang bergelar alim ulamak itu, dengan perzinaanya,
pembunuhannya, dan pembohongannya. Bla sebelah malam si abang tidak dapat tidur dengan lina, jika dia terlena pun , dia masih juga
terbayang wajah adiknya yang terjelur lidah keluar dan berdiri di tepi bilik pondok penginapannya.
Satu hari si iblis dan syaitan mengerakan hati si abang ini, dia mencari alasan bila di dapati tok guru tiada, si abang menyelinap masuk ke dalam penginapan pondok tok guru, lalu menuju ke bilik pengnapan adiknya tnggal dulu. dia melihat keadaan sekeliling. dia cuba mencari tempat yang dianampak dalam mimpnya itu.
Setelah dia yakin dia mengalinya . Alangkah terkejutnya dia adiknya dalam keadaan terjerut leher dan perutnya besar mengandung enam bulan setelah dibedah siasat oleh pihak berwajib. Akhir pihak polis telah menjalankan siasatan. suspen utama tok guru yang di amanahkan mengaja adiknya oleh si abang.
Dalam bilik mahkamah belum sempat bersoala jawab tok guru mengaku segala kejadian yang berlaku. dia cuma menangis atas perbuatannya yang tidak amanah. dia mengaku dia kalah dengan godaan dan bujukan rayu iblis dan syaitan.kes ditutup tok guru disebab umurnya sudah lanjut di penjara hingga mati.
S E L E S A I '
Cerita ini cuma petekan sebuah cerita yang saya baca. tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati. atau sesiapa sahaja.
Apa yang penting pengajarannya buat kita yang belum ternoda. jika tok guru pun boleh tergoda , apatah lagi kita manusia biasa.
ISU SEMASA MASYARAKAT KINI PERLULAH MEMPERBETUL MINDA ANDA .
___________________________________
Ada dua tanggapan yang perlu diperbetulkan minda masyarakat terkini dengan situasi yang
boleh mencelarukan minda anda.
Sesekali kita perlu menjadi orang tengah, walaupun jumlahnya agak sadikit, suapa masyarakat yang pro dan kontra membabi buta dapat buka matanya.
Di dewan perleman hari ini ada blok bebas, mereka ini sadikit sebanyak telah mengetahui akan segala tembelang dan agenda parti yang ditinggalkan, jangan angap mereka biawak hidup. Kalau mereka ikhlas menegak hak perjuangan dan kemahuan rakyat isyaallah, Allah
akan bersama orang yang benar.
Tetap jika anda menyokong bukan kepada perkara yang hak (benar) anda tergolong orang yang dikira bersubahat, ingat tidak akan masuk syurga jika ada perasaan hasad dengki dendam dan fitnah, walaupun
sebesar debu bagi orang yang benar beriman .
Tidak kira pembangkang atau pun pemerentah!kita menyekong mereka yang benar ihklas lagi tulus.
RENUNGAN SUARA PULAU.(3PGGAL BEBAS)
huh! dia bunuh pmpuan tu! jahat btol ustaz tu!
kenapa tak kwin je dgn pmpuan tu ni dibunuh plak! giler!!!!!
eeee... kejamnye ustaz tu! dh la tua! jahat plak tu!
klu iblis dh menguasai diri mcm ni la jd nya...
wlpn ustaz yang alim pun digoda iblis? inikan pula yang jahil? ape2 pun smoga kita kuatkan iman...
eh! suara pulau bebas jgk ker? bukan dulu UMNO ker?
bagus suara pulau kita harus sokong bebas! sebab nanti di akhirat kta terlepas di soal sbb dua2 parti belum tentu benar....
suara pulau smoga anda terus berjuang menegakan keadilan!!! bebas sentiasa di hati kami!!!
kuat btol aura en nuri smua jadi bebas termasuk suara pulau yang dahulunya org kuat UMNO...
wah! cerita fantasy la plak! best!
berani gunalan tegur bdk pmpuan tu? seram plak aku baca...
pmpuan tu hantu ker? suspen la plak?
mmg best intro cerita ni x sabar nk tunggu seterusnya..
huh! dia nak ajak gunalan ker mana? suspen ni...
kat kubur tu! sah pmpuan tu roh!!!
seram plak cerpen kali ni...
manusia mana berani nangis mlm2 ni sah hantu!!!!
pmpuan nangis mlm2??? hantu tu...
pontianak la gunalan tu ikut! seram plak..
slalu nangis mlm2 ni pontianak tak pun langsuir...
berani btol gunalan ikut pmpuan tu! seram giler cerita kali ni!
bunian apa yg gunalan ikut tu???
seram cerpen ni! tak sabar nk tunggu episod seterusnya....
huh! berani la gunalan ni! msti kena sorok dek hantu dia lps ni...
lama aku x dtg tetiba ade cerita hantu plak!!!! fuh! intro pun dh naik bulu roma....
cerita fantasi seram ke en nuri? nmpk menarik!
sapa yg tepuk belakang dia? lps tu ade pmpuan plak! seram dh bulu roma aku....
tgh2 malam pmpuan nangis??? mne logik sah hantu! giler la gunalan ni...
roh org mati apa? slalu mlm2 nangis ni roh...
baca episod 1 pun dh naik bulu roma!!! arghhh!!!
sama ada org gila atau mmg hantu! seram...
alamak! seram plak baca cerpen ni...
confrim dia ikut hantu! msti langsuir....
bodohlah gunalan tu! dia ikut hantu la! eee....
kalau aku nmpk pmpuan nangis mlm2 aku buat dek je... gunalan berani btol!
gilak!!! hantu yg di ikut gunalan! aduhh apa jd kat dia????
mampuslah gunalan! msti pmpuan tu ajak g puak dia! mampus ko gunalan....
slumber je pmpuan tu lambai tangan? seram plak aku bayangkan....
cari penyakt btol gunalan tu! ape jd kat dia??? suspen ni..
WARNA YANG AKU GUNA
setiap kita melukis kisah sendiri.
atas kanvas yang Tuhan beri.
kamu, warna yang paling aku gemari.
khas aku mewarna bahagian cinta.
Jadi, aku mewarna dengan hati-hati.
agar nanti kau mampu tersenyum,
melihat lukisan itu
cantik tercorak oleh kamu sendiri.
Golok Buta
di pulau langkawi
12malam
ULASAN?
Warna Yang Aku Guna sajak Golok Buta kali ini cuba mengisahkan
Tentang warna kegemarannya dalam melakar cinta buat si dia. Betapa
berhati-hati melukisnya agar menjaga hati si dia.
Mungkinkah akan ada hasil nilai senyumnya jika melihat seni corakmu..Berwaspadalah jika
cuba melakar corak cinta dengan warna merah hati
Catat Ulasan