Rabu, 10 Mac 2010

BILA KAPAL PERANG BERANGKAT


Bila saja angkatan kapal perang mulalah bergerak
pastikan anak-anak buah setia jangan cuba bergolak
jika berlaku kapten kapal perang terpaksa bertindak
kerana tidak mahu ada si luncai hendak terjun ke laut
kalau ada juga biarkan dia terjun dengan labu-labunya
 singkerkan saja dia dari ikut serta buat menyemak sahaja
kapten tidak mahu melihat kapal perang cuba dihalang
atau menggangu melepaskan serang tanpa sempadan.

Jika terdapat dalam kapal perang ini  ada petualang
pastikan segala sepakatan keputusan akan terhalang
maka menjadikan anak buah sukar mengatur strategi
malah boleh mencabar segala prensip perjuagan ini
oleh itu hapuskan siapa saja  yang cuba menghalang
ataupun yang mahu membunuh semangat perjuangan
kerana demi matlamat kita untuk menawan pulau PJ.
sebagai objektif  memastikan kapal perang berkuasa.

Oleh : Nurimanja,
BBPBL, Pulau Pinang,
cuma renungan 1 Malaysia. 2008.

34 ulasan:

nurimanja berkata...

ALAM MESTRI CERITA KE 2/SIRI 3. BERTAJUK : WAK KARDI OLEH : NURIMANJA
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

ESOK Wak Kardi ke kebun lagi sehingga petang baru dia pulang. Sewaktu bertemu dengan orang-orang kampung, mereka sering bertanya dengan soalan yang sama, seperti hari semalam. Sesekali tersirap juga darah Wak Kardi dengan soalan menyentuh akan keperibadian luar dan dalam rumah tangga.
"Besok, Wak akan cuba ngintip!" Jawab Wak Kardi agak tercabar. Orang-orang kampung telah menduga Wak Kardi tidak sedayus apa yang disangka.

Petang itu Wak Kardi terasa malas
ke kebun, dia mencari pengertian tentang pertanyaan orang kampung itu, dia akan membuat perhitungan
esok, jika benar ada saekor musang berkepala hitam yang mencuri masuk ke rumahnya di siang hari, kita akan tahu, siapa jantan atau pun betina. begitu bunyi perhitungan dari hati kecil Wak Kardi.

Esok seperti biasa, bila Wak Kardi turun ke kebun, Suminah masih lagi tidur terpungking batang tubuhnya. Wak Kardi menggeling-gelingkan kepalanya, dalam hati dia berkata; anak-anakkan.Sebilah parang lading tajam diperkejapkan disisip di pinggangnya. Sekali lagi Wak Kardi memandang kepada Sutimah, kemudian dia turun ke kebun. Dalam hatinya masih memekirkan siapa musang kepala hitam yang datang ke rumah
nya di siang hari itu.

Wak Kardi menghayun langkah dengan tenang, kemudian memandang ke arah mentari merah yang sedang naik memancarkan sinarnya,Dalam kotak pemikirannya, terbayang batang tubuh Sutimah digauli lelaki lain. Wak Kardi memegang hulu parang ladingnya yang tersisip kemas di pinggang. Di pertengahan jalan ada saekor biawak jantan mengejar pula biawak betina di hadapannya, dia terhenti seketika di atas batas jalan menuju ke kebunnya.

Hati Wak Kardi berdebar-debar, dia terasa ada sesuatu yang kurang menyenangkan menyelubungi segala perasaannya. Dia cuba berastaffar
beberapa kali. Dia menunggu bila matahari naik segala, melintasi puncak gunung yang kabur-kabur dilindungi kabus pagi .
"Sutimah! Aku meminang kau dengan wang tiga ribu ringgit, kaulah yang merupakan anak gadis yang paling mahal menerima wang
hantaran pinangan dalam kampung ini. Jika kau berlaku curang, memang kau menempah maut!" Bentak hati Wak Kardi.

Saekor pikat yang berbentuk lalat besar berdengung-dengung terbang mengelilingi betisnya, kemudian hingap memgigit, Wak Kardi
menamparnya, tetapi tidak mengena. Wak Kardi terus melangkah, seketika pikat itu datang lagi mengellingi betisnya hinggap dan
memgigit, Wak Kardi menamparnya, tidak kena , si pikat terbang terus menghilangkan diri.
"Kalau berita baik tolong khabarkan, kalau berita buruk, tolong hindarkan!" Kata Wak Kardi, dia mengaru-garu tempat digigit oleh si
pikat itu tadi.

Wak Kardi berhenti seketika, kakinya berat untuk melangkah, dia bertekat untuk membatalkan segala pekerjaanya di kebun, dia menunggu
kabus pagi menghilang. Dia juga menunggu biar matahari tinggi segalah melintasi gunung hijau di sebalik bukit tanah kebunya itu.
"Sutimah! Aku tidak pernah sentuh atau menjamah tubuhmu. Jika kau benar curang, kau memang menempah malang!" Gerutu hati Wak Kardi lagi.

Wak Kardi mengumpul tenaga, bertekad untuk meredah hutan belukar, mencari jalan terdekat untuk berpatah balik ke rumahnya.
Dia ingin melihat dengan mata kepalanya sendiri, bagi menentukan satu kepastian,semoga aku dapat menyelesaikan satu perhitungan yang perlu dilangsaikan.Wak Kardi menarik nafas panjang, kemudian melepaskannya pelahan-lahan seperti ingin melepaskan kekusutan di kepalanya.

BERSAMBUNG.
Drama kian panas! Tunggu apakah tindakan seterusnya. esok ....
Sila buat andaian?

Suara Pulau berkata...

ISU SEMASA DENGAN MANUSIA BERTERMA KASIH.
___________________________________________________________________________________________________________________

Penat aja kempen belajar terima kasih melalu TV. tetapi apa sudah jadi budaya itu yang cuma diarah kepada kanak2, orang dewasa, dan sesama manusia berbagai bangsa 1 Malaysia.

Di Baling ada AJKK mereka pakat baling budaya itu. bunga pula mahu disuntingkan perdu diberakannya.
lihat kosmo semalam 9/3/2010. Inilah budaya kita, mempunyai kerajaan yang paling baik didunia.
Kalau di Jepun anda kerja dengan syarikat dia, anda pakai jenama lain , esok anda out.

Mat Salleh yang datang kat penang, kalau boleh dia cari kereta jenama depa dulu, kalau tak ada baru dia guna jenama negara lain seperti proton.

Saya masih teringat beberapa orang guru mengajar di sekolah menanam semangat tidak berapa tepat atau
betul, katanya kita tidak perlu berterima kasih kepada manusia, kita cuma dengan tuhan saja boleh.
Sepatutnya bersyukur kepada Allah, dan berterima kasih sesama manusia atau kerajaan atau pemerentah, selagi ianya tidak bertentangan dengan agama atau tidak menyalahi syariat Islam.

PENYAIR AGUNG berkata...

SAJAK KALI NI PUN PADA AMATAN SAYA ADA JUGA UNSUR2 POLITIK DIDALAM.... TAPI BAGI SAYA SAJAK EN MEMANG MENARIK KERANA BANYAK BERMAKSUD SIMBOLIK DAN KIASAN...

Ali Conan berkata...

sajak ni psl perang dunia ker?

Halilintar berkata...

sajak menarik tp x berapa paham la?

Ambuyak berkata...

sajak ni mcm ada mksud tersiratlah..

Olie Pajutdy berkata...

sajak ni mngkin tentang memperingati mangsa perang dunia...

Kota Gersang berkata...

sajak mmg puitis wlpn aku x phm langsung... hehehe

Petualang Tiga berkata...

haiwan2 tu mcm bg petunjuk plak? suspen ni..

Mentari Senja berkata...

sah! mampus dorg nnt! tu la padan muka!!!

Nuri Jaguh berkata...

habis la dorg nnt... aku rasa wak sembelih dua2 sekali..

Sharifah berkata...

confrim dorg dibunuh kejam nnt! suspen jgk ni..

Richard Siriosa berkata...

aku rasa wak bunuh itu org bah... suspen juga ya..

Lagenda Pulau berkata...

eh! kenapa en letak cerita alam misteri? tapi rasanya wak bunuh bini dia lps tu msuk penjara kena hukum gantung? mne misterinya?

Brader Joe berkata...

habis la dorg msti kantoi pnya la! haha

Madah Pujangga berkata...

sama ada wak tu bunuh dorg dua atau wak tu ceraikan sutimah...

Lelangit Biru berkata...

rasanya dorg bunuh wak sebab kalau nk kata wak bunuh dorg wak dh tua msti tak larat...

Tetamu Malam berkata...

sah! wak tu bunuh org tgh marah boleh buat mcm2...

Kakiku Kaku berkata...

suspen ni tpi rasanya wak nmpk dorg lps tu msti wak mati sebab serangan jantung...

Guruh Gempita berkata...

sepatutnya dorg bunuh wak dulu skrg? ha! ambik masti mampus dorg ni...

PENYAIR AGUNG berkata...

SAYA JUGA INGIN BERKONGSI TENTANG ILMU LADUNI... HARAP EN NURI TIDAK KISAH DENGAN PENGKONGSIAN SAYA..


Ilmu Ladunni adalah pancaran nur Allah kepada hati seseorang.Ia ilmu yang dianugerah Allah kepada hambanya yang bertakwa dan beramal dengan ilmu yang dipelajarinya dari al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.. Oleh kerana ia adalah pemberian Allah,maka tidaklah perlu dipelajari,sebaliknya ia merupakan hasil amalan dan taqarrub kita.Ilmu Ladunni akan membawa seseorang lebih mengetahui tentang Allah,rahsia diri,hakikat,penciptaan dan jalan-jalan taqarrub kepada Allah dan halangannya.Berkata Imam al-Munawi; ilmu Ladunni anugerah dari Allah dengannya hamba mengetahui kehendak diri dan kehendak Allah,lalu meninggalkan kehendak dirinya untuk melaksanakan kehendak Allah. Sebahagian ulamak berkata;Ilmu Ladunni ilham dari Allah kepada seorang hamba untuk lebih mengenali Allah,tipuan diri dan syaitan,tipu-daya dunia,perkara-perkara merosakkan amal (seperti riya’, ujub dan takbur), latihan jiwa dan asuhan terhadapnya,kesabaran berhadapan dengan qadha Allah,mensyukuri nikmatnya,keyakinan terhadap janji Allah,tawakal kepadaNya dan sanggup menghadapi kesakitan makhluk Allah Jadi,yang utama bukanlah ilmu ladunni,tetapi amalan dan ketakwaan kita kepada Allah. Dari amal dan takwa akan datang ilmu ladunni. Jika seseorang itu tidak beramal dan tidak bertakwa, mustahil ia akan mendapat ilmu dari Allah. Apa yang kita bimbangkan ialah seorang itu merasakan ia mendapat ilmu ladunni, namun sebenarnya bukan ilmu ladunni, tepai ilmu dari syaitan atau iblis menambahkan kesombongan perasan diri hebat. Biasanya orang soleh tidak akan memberitahu kepada orang lain bahawa ia mendapat ilmu ladunni, namun tanda kewujudan ilmu itu pada dirinya disedari oleh anak-anak muridnya atau oleh orang lain yang bergaul dengannya. Adakalanya ia sendiri tidak menyedari kewujudannya hanya disedari oleh orang lain. Halnya sama seperti karamah para ulamak dan auliyak. Ramai para ulamak dan auliyak tidak menyedari karamah pada mereka, hanya disedari oleh orang lain yang bergaul dengan mereka. Sebaliknya ramai orang-orang fasik mendakwa memiliki karamah, namun sebenarnya bukan karamah, akan tetapi sihir, istidraj atau sebagainya yang datang dari iblis dan syaitan.

INI MAKLUMAT TENTANG ILMU LADUNI SMOGA DAPAT MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN ANDA SEMUA...

nurimanja berkata...

Terima kasih buat Penyair Agong!
kerana sudi berkongsi ilmu dengan
sahabat CR di ruang ulasan ini.Dalam
Info Agama (sebagai renungan semua)

Bila cerita pasal ilmu Ladunni ini.
baru saya teringat aruah ustaz Idris
Anang (al Fatihah)dia mengajar saya
di Tanjung Piandang, Perak. cerita
bagai mana seorang askar pencen dia
dapat ilmu ladunni (insyak Allah).

Saizul Maizav berkata...

lmu laduni? ade ke ilmu mcm n x balaja pun boleh dpt?? klu ade mcm mne nk buat aku nk thu jgk?? hehehe

Nik Aziman berkata...

en nuri pun pnh jmpe ke org mcm ni? bila nk cerita plak?? lps hbis wak ker?

Danial berkata...

tak pnh aku dgr pun x balajar ape boleh pandai? ape la penyair agung ni...

Petualang Tiga berkata...

huh! mcm mne x buat ape pun dpt ilmu?? magk tu..

Leonard Abdullah berkata...

semua org kena slalu menuntu ilmu la xkn x buat ape pun leh jd pandai? pelik la... sapa boleh terangkn aku pun x brapa nk phm?

Apek Lui berkata...

olang cina pun ala boleh lapat jgk ka ilmu laduni en nuli? atau olang melayu saja yang ala lapat?

Syeikh Iqbal berkata...

tahniah kpd penyair agung! anan jgk ada bercadang nk ceritakan pasal ilmu laduni tp penyair agung dh ceritakan terima kasih...

Seruling Kelana berkata...

ilmu laduni ni mcm mne? mcm mne tak belaja ape pun boleh tahu mcm2? pelik la...

Tengku Anita berkata...

ilmu laduni ni kira tuhan kasi tanpa kita buat apa ker? mcm mne???? pelik la... confius sy...

Seri Suri berkata...

ilmu laduni ni perempuan boleh dpt jgk ker? atau laki jer?

Ustaz Saad berkata...

PINTU TUTUP

Sewaktu aku perlahan membuka pintu,
kau kulihat melangkah rumah lain,
cuma sekali kau tegur rumah ini,
bertanya khabar bercerita panjang,
selebihnya lebih gemar bersama dia,
pintu yang terbuka sedikit,
perlahan-lahan aku tutup kembali,
kerana rumah yang itu lebih menanti.


Ustaz Saad
di pejabat sekolah sewaktu rehat
10pagi

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN


Ustaz Saad sajak PINTU TUTUP , agak sembolik pengucapannya,
Apakah pintu dimaksudkan.Jalan yang baik atau pun mungkar, Cuma
andaian sahaja; jika kita terasa usia bonos yang tinggal eloklah kita mengetuk pintu akhirat, jangan lagi kepintu yang kian jauh lupa mati. Sebelum pintu ditutup rapat.