Ya! Khairul-sani, yang bermaana dua kebaikkan,
hajatnya sungguh murni tetapi disalah ertikan
malah dituduh membuat fitnah dan pembohong
tokoh ini bukan calang-clang berpengetahuan
pernah jadi khadi dan juga mukti di dua negeri
niatnya cuma kebaikan dunia dan juga akhirat
demi perpaduan orang melayu dan agama Islam.
Hari ini mungkin ulama dikira ada dua kategeri
ulama untuk duniawi atau ulama untuk akhrawi
ulama tulen bukan kerana parti yang dipegang
bercakap pula seorang sorong seorang sentap
malah ramai orang biasa pun dapat menilainya
buat kebaikkan di dunia dan kebaikan di akhirat
mana ada ulama boleh menolak dua kebaikkan?
Oleh: Nurimanja,
Fatah dan Hamas bersengketa
Melayu pula pecah tiga, julai 2010.
malah dituduh membuat fitnah dan pembohong
tokoh ini bukan calang-clang berpengetahuan
pernah jadi khadi dan juga mukti di dua negeri
niatnya cuma kebaikan dunia dan juga akhirat
demi perpaduan orang melayu dan agama Islam.
Hari ini mungkin ulama dikira ada dua kategeri
ulama untuk duniawi atau ulama untuk akhrawi
ulama tulen bukan kerana parti yang dipegang
bercakap pula seorang sorong seorang sentap
malah ramai orang biasa pun dapat menilainya
buat kebaikkan di dunia dan kebaikan di akhirat
mana ada ulama boleh menolak dua kebaikkan?
Oleh: Nurimanja,
Fatah dan Hamas bersengketa
Melayu pula pecah tiga, julai 2010.
18 ulasan:
CERPEN RUMAJA SIRI KE 4 : MENGHARAP KASIH TUNANGAN ORANG.
___________________________________
SEBUAH Quaters milik pemerentah yang mempunyai dua bilik luasnya besar sadikit dari sekangkang kera itu, tetapi cukuplah dengan alat keperluan. Adalah selesa untuk tempat tinggal mereka berdua yang punya jawatan yang sama dari satu pejabat.
Salmy adalah teman baik Maisarah, seorang gadis pendiam, berwajah hitam manis,punya tahi lalat di pipinya berlesung pipit, punya sifat ketimuran dan patuh pada ajaran agama. Dan kini baru saja bertunang.
Maisarah, sekarang sudah pukul sembilan ini! Kata Salmy kepada maisarah yang masih lagi mengeliat ke kiri dan ke kanan di atas katilnya seperti ikan keli kepanasan kekeringan air di kolam.
“aku nak keluar pagi ini….” Kata salmy sambil berjalan menghampiri Maisarah. Kemudian menghenyakkan pinggulnya di birai katil , disisi Maisarahkedua kakinya terjuntai ke lantai.
Maisarah yang masih tertiarap itu membuka kedua matanya kemudian memusingkan badannya , dan melulih ke arah Salmy.
“Hai! Cantek benar pagi ini , kemana Sal?”
“Oh ya! Maafkan aku Maisarah, lupa pula nak bagi tahu kau semalam.”
“Beri tahu apa pula?”
“Hari ini tunang aku nak datang ke mari.”
“Bila? “
“Sebentar nanti, mungkin simbilan setengah ataupun sepuluh pagi,”
“Tadi kau kata nak keluar?”
“Ialah, keluar bersamanya, dia datang menjemput aku di sini…”
“Oh begitu.. Hai! Bertuahlah kau Sal, orang ada tunang. Kebetulan pula hari ini ahad,”
“Kebetulan saja, dia datang ke pulau Mutiara ini, mengikuti kursus penulisan kriyatif
di USM selama seminggu.”
BERSAMBUNG.
KARI KEPALA IKAN
sedap sungguh menyelerakan
kari kepala ikan
air liur menitik
terdampar atas meja
semua sekali diam
asyik layan hidangan
hidangan sangat eksklusif
kari kepala ikan
selera tiba-tiba hilang
jenguk si tukang masak
tangan penuh berbulu
jambang penuh di muka
peluh menitis-nitis
ketiak nampak basah
baju putih warna coklat
bau hapak terus mati selera
tinggal kepala ikan
sepi atas meja ternganga...
Mat Noh
Ketika berkunjung di pulau pinang bersama menantu mkn di restoran
ULASAN:
Mat Noh agak bertuah juga ada menantu bawa makan – makan di resotran ke pulau Mutiara, tak berselera kari kepala ikan , sedut saja udara angin di padang kota. Sajak Mat Noh Bertajuk KARI KEPALA IKAN. Walau pun bentuknya bunyi iramanya bersahaja, tetapi ada maananya yang tersendiri, tersurat dan tersirat. Seperti kata orang tua-tua dulu kala, Tong yang dipalu kuat bunyinya tetapi di dalam sebenarnya kosong tidak berisi . Begitulah gambaran sdra Mat Noh. Cuma andaian sahaja.
kesian ulama yg dituduh tersebut..
ulama yg x bersalah dituduh demi kepentingan peribadi....
smoga Allah menunjukan kebenaran yg mana betol dan salah...
kesian sipolan tersebut dituduh pihak tertentu....
apa nk jd dunia skrg? mcm2 kes berlaku...
lama xde isu semasa????
bila cerpen kentut nk disiarkan ni?? hehee
cerpen hantu ada lagi x?
panjang jgk cerpen kali ni....
wah! salmy pegi dating dgn tunang plak? hehe
Maisarah jeles la salmy dah ada tunang dia msih bujang,..
salmy dh ada tunang? sian maisarah bila jodoh dia nk sampai...
sian maisarah... hehe mngkin dia jual mahal kot?
aku rasa msti maisarah jeles tgk salmy dgn tunang dia sedangkan maisarah masih bujang lagi... hehe
apa jd lps ni? x sabar nk thu...
Catat Ulasan