-buat orang penerima hidayat Allah-
Sebenarnya Allah itu
amat maha mengetahui,
berkuasa dan berkehendak
pada siapa yang amat disukai.
Kalau waktu dahulu
kalian telah hanyut jauh,
kini ada satu sinar keajaiban
telah meresap masuk dalam hati.
Bukan semua insan
boleh dapat pertunjuk,
tergerak rasa dalam hati
mahu mendekati agama Allah ini.
Bersyukurlah kalian
setelah diberi jalan lurus,
dengan taufik dan hidayahNya
terdipilih menerima cahaya dari Ilahi.
Oleh ; Nurimanja,
Catatan memori sahabat CR,
Dari Pulau Mutiara Utara Tanah Air.
25hb, Januari, 2010.
20 ulasan:
ESOK SAMBUNG.
Waktu malam aku tidur dalam kelambu . Badan aku masih panas, ubat apa pun tak makan, mak dan ayah ada tetapi mereka letih balik dari kerja ersawah padi musim menanam. Aku deman pun mereka tak perduli, mereka sangka deman biasa saja.
Waktu tengah malam , aku bangun rasa kering rengkong tekak pula dahaga, Anihnya aku cari ruang untuk keluar tak ada , kelambu tak jumpa. Kebetulan aku gantung kelambu aku di tepi dinding sudut bilik. Bila aku selak kelambu hendak keluar kepala aku trhantuk dinding.
Aku pusing pula kepala aku di sebelah kiri selak kelambu nak kluar terantuk dining juga, dua tiga kali aku cuba, emacam tak ada ruang, aku ingat aku dah mati, lama kau termenung memikirkannya, semacam kena pukau hantu kelambu.
Yang peliknya tidak minta tolong pada sesiapa, senyap saja.
Dalam kepala aku berfikir sudah matikah aku ini?, rasa pula badan masih bernafas, kebetulan pula lampu Pelita malam itu padan, mak dan ayah agaknya letih berkerja di sawah di siang hari, malam tidur mati agaknya, aku deman masih tak kebah. lama aku termenung, aku ambil keputusan tidur semula.
Bila aku terdengar ayam berkokok dua tiga kali, aku pun tersedar, pelahan-lahan aku bangun dan mengharap Kali ini ruang untuk aku keluar ada, Aku hulur tangan aku di dalam gelap cuba menyelak kelampu, pelahan -lahan pula aku menghulurkan kepala. Nah baru ada ruang , lapang dada aku, aku belum mati lagi, aku bersyukur!!
S E L E S A I.
SIAPA BENAR
darah pahlawan terus mengalir
waris kekal sejak berzaman
darah si pitung
darah maharajalela
darah tok janggut
pantang tunduk pantang menyerah
tekad dipegang bulat di hati
walau nyawa jadi taruhan
takkan undur walau selangkah
selak kembali pegangan mereka
sama sendiri kukuh tersimpul
tali silaturrahim tersimpul mati
mereka semua tahu kita juga tahu
menang jadi arang
kalah tetap kan jadi abu
yang juara tetap sang api
adat orang kita
kadang hati penuh taman
pantang tercuit terus merawan
kadang hati penuh batu
tiada kesan apa mendatang
kadang hati penuh api
pantang tersentuh terus membakar
siapa benar
siapa salah
kita sendiri tahu...
Pak Awang
kota damansara
10.7.2010
ULASAN:
Pak Awang dengan sajaknya yang mengacam pemikiran jendarasi untuk berfikir bertajuk; SIAPA BENAR.
Pak Awang orang lama hidup lebih banyak merasai dan mengenali asam garam. Sajak yang penuh dengan peringatan dan pengawasan sebagai pertanda sesetengah budaya orang melalyu, diam dan tunduk bukan kerana takut dan kecut, tetapi diam dan tunduk sedang berfikir menahan sabar dan menilai, setelah sekian lama ditapis dengan semasak dan sematangnya, setelah dirujuk pada adat yang kita pegang dan pada agama yang kita junjungi ini.
Maka jika melayu suadah bertindak, tidak ada rasa penyesalan lagi, baik pada rang lain atau pun buat individu bangsa sendiri. Semoga yang benar tetap benar! Bukan lagi saniwara yang cuba dilalukkan.
en nuri mengelamun kot? pelik jgk...
eh! pelik plak xde jalan kluar??? hehe
mmg aneh! mcm mne x leh jmpa jalan kluar plak?
eh! en nuri kluar kot mne pun ade dinding ker???
rasanya en nuri ke dimensi lain kot?
rasanya en nuri mimpi dlm mimpi kot???
rasanya en nuri mengalami twlight zone kot?
eh! pelik mcm mne keliling en nuri semua dinding jer?
en nuri dipukau oleh hantu kelambu agaknyer??
mmg menyeramkan klu x jmpa jalan kluar...
ada hantu pukau en nuri kot??? hehe
eh! en nuri mungkin bermimpi jgk kot masa tu????
sajak ni mcm pnh baca jer??? dua2 sajak lama ker en nuri???
wah! best sajak ni terima kasih en nuri...
eh! sajak ketuhanan plak? menarik...
sajak best tapi en nuri tersilap agaknyer? dua2 nmpk macam sajak lama sajak hidayat Allah dgn penantian dan penghujung ni....
sajak pasal hidayat allah?? mcm pnh baca jer sebelum ni..
Catat Ulasan