Khamis, 25 November 2010

NAH! SIAPA YANG MELUDAH?






 Nah!
Kalau dulu ada orang meludah,
kini tertimpa atas batang hidung sendiri.

Nah!
Kalau dulu ada kerja  berkeroni,
kini  berlaku dalam keluarga diri sendiri.

Nah!
Dimana lagi mahu muka diletak?
paling keji kita menghina negara sendiri.

Nah!
Mengapa lagi anda tidak berfikir?
tinggalkan luncai dengan labunya sendiri.


Oleh: Nurimanja,
Dengar kata mantan Tun. Dr. Mahatdir.
23hb, November, 2010 tv malaysia.





50 ulasan:

nurimanja berkata...

___________________________________

CERPEN LAGENDA SIRI KE 5 : BERTAJUK : PENYEKSAAN OLEH ; Nurimanja, Lembah Belut Pahang. 1983.
______________________________________________________________________

Hingus Pak Ngah Arif keluar bercucuran, dia mengesat lagi dengan tuala kecilnya. Lalat-lalat hitam berterbangan di sekitar Pak Ngah Arif, kemudian hinggap di cawan kopi dan pering ruti, sisa serbuk ruti bertaburan di atas lantai, air kopi Pak Ngah Arif tiada lagi cuma cawannya yang terbalik, sadikit daripada serbuk kopi itu tumpah ke lantai, lalat-lalat hitam bagai berpesta berterbangan, lalu turun hinggap dan menjilatnya.

Bau air kencing dan ludah Pak Ngah Arif dari lubang tempat dia membuang najis menyerbu masuk dibawa angin , kemudian menyucuk ke lubang hidung Ustaz Kamal, sesekali menjadikan Ustaz Kamal susah hendak bernafas.

"Pak Ngah dahulu bersekolah dimana?" Tanya Ustaz Kamal. Agak lama baru Pak Ngah Arif menjawabnya.

"Sekolah Agama Simpang Bukit," Jawab Pak Ngah Arif, bagai benar-benar dia pernah bersekolah bersama dengan aruah ayah ustaz Kamal, setahu Ustaz kamal, ayahnya tidak pernah pula menceritakan hal tersebut.

"Aku bersekolah sama ayah kau, setelah tamat tiga senawi di SASB, kami berdua menyambung pelajaran di sekolah menengah agama Pekan pula." Pak Ngah Arif, mengaru-garukan kepalanya, seperti sedang berfikir.


"Ha ha ha haa..:" Pak Ngah Ketawa,
"Aku masih ingat lagi, waktu sekolah dulu, Musa dengan Berahim dua orang anak Tuk Mudin kampung ini, bodoh sesungguh, tak boleh jawab lansung, waktu pereksa, mereka meniru aku, ha ha ha balik nanti minta duitlah sebagai upah....ha ha ha.."Pak Ngah Arif ketawa lagi, geli sungguh hatinya.

Ustaz Kamal menggeleng-gelengkan kepalanya, dia tahu penyakit Pak Ngah Arif ini semakin teruk, bukan sahaja penyakit lumpuh sekerat pinggang yang dialaminya, malah otaknya juga telah terganggu. Cakap-cakapnya banyak yang tidak betul lagi, Hati ustaz Kamal kini, kian bertambah terharu.

"Kenapa Musa, Jali, Jusof dan Munah, membiarkan Pak Ngah menderita begini teruk?", bisik hati kecil Ustaz kamal sendirian.

"Pak Ngah, maafkan Kamal, Kamal nak balik ini...." kata ustaz Kamal sambil bangun menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Pak Ngah Arif sebelum memohon pergi.

"Kamal...Emmm...Emmmm.." Pak Ngah Arif menangis lagi.

"Aku pun begitu, Mal... Hai entahlah, jika aku mati tak berjumpalah kita, aku ini seksanya hidup, bagai dalam neraka rasanya, aku tahu, aku dulu sombong, angkuh dan .... emmm.. emmm" Pak Ngah Arif menangis lagi.

"Bersabar sajalah Pak Ngah... Ingatkan Allah selalu. berastaffar banyak-banyak Pak Ngah ....."

"Yalah, selamatlah kau di negeri orang tu ...emmm.. Ayah kau dengan aku dulu kawan baik. macam adik beradik..emmm.." Pak Ngah Arif terus menangis lagi .

"Bersabarlah Pak Ngah... Kamal balik ni.."
"Yalah,, yalah .."
"Asalamualaikum Pak ngah!"
"Waalaikummussalam..." Jamab Pak Ngah Arif, kemudian menangis lagi sekuat hatinya. Sesekali Ustaz kamal terdengar Pak Ngah Arif merunggut sesuatu yang tidak menentu hujung pakal kata-katanya itu.

BERSAMBUNG.

ANJ berkata...

.Tandas lambang peribadi rakyat sesebuah negara
KUALA LUMPUR 19 Nov. - Jika tidak mahu dilabel sebagai masyarakat yang selekeh dan pengotor, rakyat Malaysia perlu memberi tumpuan kepada aspek kebersihan tandas terutama tandas awam kerana ia melambangkan peribadi rakyat sesebuah negara. (petekan akhbar UM)


Ada lagi manusia tahu guna tak tahu nak cuci tandas. Mahu tangkap kurung dalam bilik jamban sehari dua. Baru dia sedar sikit. Tidur dengan ketul tahi sendiri. GP.

Ustaz Rahman berkata...

SAJAK UNTUK BANGSA MELAYU

Ini amuk dalam jiwa
Ada kecewa dalam rasa
Nafas aku seolah terkandas
Cetek benar otak-otak berfikir
Marah bila dikata tidak maju
Melenting bila dikata malas
Meraung meludah bila ditindas
Tapi tak ganjak merentas perubahan
Ini Melayu? Enak bermain kata
Enak memberi makna
Enak menabur janji dusta
Ini dunia Melayu
Sinonim dengan subsidi
Pijak semut pun tak mati
1 Malaysia cuba direaliti
Tapi Melayu bertikam
sesama sendiri ini Melayu?

Cina kaya
Melayu biasa-biasa
Mula tercetus perang bangsa
Melayu gaduh Cina gembira
Kerana tak lama lagi
Malaysia mereka punya
Bukalah mata bukalah minda
Apa guna bersengketa
Kita masih pijak pada tanah sama
Rasa aku ini Pasti ada yang sangsi
Tapi aku tak peduli
Kita sering berbeza pendapat
Hanya kerana aku Melayu minoriti.


Ustaz Rahman
Penang
8malam

Ummu Akilah berkata...

KERTAS PERTAMA

siang malam bersengkang mata
demi kertas pertama
hidup bercatu segala
hinga badan lembik tak berdaya
semuanya demi kertas ni
kerana ia si kertas pertama
dengan harapan segalanya berjaya
tapi punah di minit pertama
dimana silapnya?
kurang menelah
kurang berserah?
Entahlah semuanya
semoga markah ku penuh
tapi cuma bergantung kepada Allah


Ummu Akilah
ketika menjawab soalan SPM

Bumi Hjiau berkata...

PERHIMPUAN HARAM

Pedih. seluruh mata dan hidung.
Air memercik keluar.
Sakit. asap yang gatal.
Seluruh wajah ku bukan kebal.
Bagai nangis menunjuk rasa sebenar.
Sehingga ke hari ini.
Aku janji takkan ke situ lagi
Dulu aku tersesat dengan harapan
Semua tipu belaka!
Sekarang semua lepas tangan
Aku di tinggal keseorangan
Di tangkap diseksa!
Ni semua kerana dia
Dialah sesumpah punya angkara
Kau berlakon rentak hidup
Kau khabarkan konon serupa.
Segambar dengan cereka.
Tapi kau tidak tahu.
Arus zaman yang telah ditinggalkan
merubah segala minda cetek.
dan satu lagi sekarang semua
orang tahu kau si bangsat Negara!
Dan kau tak pernah memahami sesiapa


Bumi Hijau
kuala lumpur
2.11.2010

Qalam Mutiara berkata...

Ustaz Rahman dengan sajaknya Khas bertajuk: SAJAK UNTUK BANGSA MELAYU . Pengucapannya meminta merenung dan berfikir sejenak. Muhasabah diri dengan sikap orang melayu sendiri. Hentilah sikap busuk dan iri hati ini. minta yang pecah itu eloklah bersatu bubarkan parti yang menyusahkan, tinggalkan si luncai dengan labunya. Antara lain sajak yang bersemangat rasa hendak marah dan sedeh pun ada dari Ustaz Rahman. Renungilah untuk anak cucu masa depan , tahu salah kita tikut dan buat juga 10 dosa, mahukah anda diheret bersama? Semoga kembali sedar. Amin! Dan hanya orang beriman kembali sedar…semoga mereka dapat pertunjuk.Amin.

Qalam Mutiara berkata...

KERTASA PERTAMA ummu Akilah. Kau tak tanya petua en nuri, walau pun en nuri pernah tolong bantu seorang cikgu BM di st Xavier ajar karang saja 40 orang yang dapat A, kebanyakkan budak cina dan india, melayu tak ramai. Harap pilih tajuk yang ada kemampuan untuk menulis, yang pentingnya isi. pembukaan dan penutup. Kalau kemas Insyaallah lulus dalam tangan. Jika dah berusaha kita berdoa dan berserah kepada Allah. Ada satu petua, Waktu duduk pereksa. Minta ibu atau ayah tolong baca yasin di rumah, beberapa kali sehingga habis pereksa. Insyaallah anda akan nampa jawapannya. Ini petua orang banjar sewaktu en nuri di kerian Perak dulu.Amin. semoga sukses! Amin!!

Qalam Mutiara berkata...

Sajak Bumi Hijau bertajuk: PERHIMPUNAN HARAM . ternyata pengucapannya ada
Rasa kesal kerana melibatkan diri dengan kecelaruan minda mendengar cerita dan hasutan dari kuncu-kuncu petualang negara. Kesalahan yang tidak tahu rasa tidak rasa
Berdosa, tetapi apa yang Allah murka buat mereka yang tahu, tetapi masih juga ingin bersekongkul, azablah padahnya. Tak usah kata rakyat Malaysia Bush pun dia perkena…Tak perlu lagi bagi dunia. Orang sudah tahu siapa kita sebenarnya. Siapa yang meludah kelangit…kini sudah terkena tempiasnya. Semoga Bumi Hijau kembali Subur. Amin.

Tanpa Nama berkata...

fgjgfkjgfjgf

Tanpa Nama berkata...

gfjjerrehretg

Emily Bayans berkata...

alamak! geli plak baca sajak pasal ludah ni...

Budak Rap berkata...

sajak psal ludah plak? tiba2 teringat kahak? hehe

Sarah berkata...

sajak ludah plak? eee.... geli plak...

Brader Joe berkata...

sajak ludah ni yang kembang tekak aku baca ni...

Seri Suri berkata...

sajak ludah??? berkenaan psal apa plak ni?

Badrolshah berkata...

ingatkan sajak lama rupanya sajak bru ludah ni...

Ustaz Majusi berkata...

sajak ludah ni mcm di tujukan kepada sesorang jer...

Pak Bostamam berkata...

sajak ni umpama mengata org paku serpih....

Bulan Terang berkata...

sajak ni en nuri perli sapa plak? hehe

Bumi Hijau berkata...

sajak sinis yg agak tajam ni... hehe

Jalil Janggut berkata...

alamak! baca sajak ada pasal ludah cerpen plak ada hingus??? x lalu nk makan plak pagi ni...

Danial berkata...

kesian tgk pak ngah terbiar dia...

Ku Danian berkata...

sian pak ngah hidup melarat....

Tengku Anita berkata...

alamak! najis pun ada!! eee.e...

Ustaz Rahman berkata...

byk pahala ustaz kamal sbb wlpn tmpt tu bau busuk dia tetap nk singgah jgk...

Ummu Akilah berkata...

pak ngah ni skola agama rupanya????

Ustaz Muda berkata...

pak ngah sekola agama tp x reti agama masa muda2 dulu asyik nk kutuk org jer...

Mat Noh berkata...

patutlah pak ngah baik dgn ustaz kamal sbb ayah ustaz kamal kwn pak ngah....

Saizul Maizav berkata...

cis! nak meniru pun kena upah ker??? hahhaa

Ustaz Sahzan berkata...

pak ngah ni 1 sifat x baik bila dia buat jahat dia ketawa plak?

Angker 13 berkata...

mana anak2 pak ngah ni??

Syeikh Al Habib berkata...

tu la sombong sgt jgn kata masyarakat anak sndiri pun benci...

Abang berkata...

sian pak ngah duduk kat tenmpat kotor plak?

Tetamu Malam berkata...

mmg menyedihkan baca kediaman pak ngah ni...

Adi Cana berkata...

xde sapa ke kesian dgn nsib pak ngah ni?

Nuri Ketitel berkata...

kencing? perak dan ludah semua 1 tampat ker???

Kembara Budiman berkata...

kenapa x ambik ustaz kamal jd anak angkat dia...

Petualang Tiga berkata...

mana anak bini ustaz kamal?

Madah Pujangga berkata...

ingatkan cerpen dh hbis? rupanya ada lagi...

Atuk berkata...

sian pak ngah tu la dulu muda2 riak dan takbur sgt...

Orang Lama berkata...

ni la yang di katakan hukum karma oleh pak ngah...

Nik Aziman berkata...

patutlah busuk semua berak dan kencing x bsuh....

Mr Casanova berkata...

eh! pak ngah ni masa muda ligat jgk? hehe

Bob Kuli berkata...

semoga aku x jd mcm pak ngah dh la aku jaga pub malam ni...

Zuraifah berkata...

semua ni pembalasan tuhan oleh pak ngah,.,

Mat Glamor berkata...

pak ngah ni adik pak ngah but ke? hahaha

Julia berkata...

ada lagi ke sambungan? ke mana plak ustaz kamal ni pergi?

Karim Ghani berkata...

sdih plak baca cerita pak ngah ni...

Salam berkata...

pak ngah ni skola agama rupanya tp kenapa dia ckp mcm org x skola agama jer...

Mak Mah berkata...

semoga kita semua xjd mcm pak ngah jgk...