Bila senja berlabuh
malam mula menyapa
angin pun berbisik
kesunyian merayap
merakul benak sepi
hatiku dipangut resah
melihat kegelapan
bagai terkapar dan alfa
bila wajah diselubungi
ketuaan di hujung usia.
Oleh ; Nurimanja,
BBTK, catatan malam,
Tanpa tarikh/akhir tahun2009
50 ulasan:
CERPEN SIRI KE 3. BERTAJUK ; MAT BAT Oleh ; Nurimanja Pulau Mutiara.
_____________________________________________________________________
Di celah-celah gulungan asap rokok itulah Mat Bat dibuai berbagai andaian yang mengasyikan, sehingga membunuh selera makan dan nafsu selera berkeluarganya. Ramai kawan-kawannya berpendapat Mat Bat mempunyai bakat semula jadi. malah
kumpulan yang dipimpin oleh Mat Bat, sering dijemput bermain di RTM Pulau Mutiara .
Di Pulau Mutiara, kumpulan Mat Bat bukanlah calang-calang punya kumpulan yang boleh dipersendakan. Sebut saja nama kumpulan Mat bat ramai orang yang datang. Mat Bat juga tidak pernah menolak sebarang jemputan bermain boria, sama ada di majlis hari ulang tahun, perkhawinan, pesta atau pertandingan semuanya semacam memberi kepuasan bagi Mat Bat.
Mat Bat meluruskan kedua kakinya untuk menghilangkan rasa lengoh dan kebas, kemudian Mat Bat menyedut puting rokok yang tinggal sadikit itu, kemudian Mat Bat menjentek-jentek abu rokok ke dalam mangkok abu rokok di atas meja didisinya.
"Haii! Biola! Biola!!..." Mat Bat mengeloh panjang
"Biarlah diambil oleh Cikgu Mat Cik Nun, aku dah tua, tidak ada anak yang hendak aku turunkan warisan untuk bermain." Kata Mat Bat sendirian.
Mat Bat sedar keupayaannya bermain telah lama pudar, malah teman-teman seangkatan dengannya dahulu telah lama berhenti, dan ada setengahnya telah pun pergi meninggal dunia yang fana ini.
P.Ramlee adalah peminatnya yang paling muda yang sering mengikutinya mainan boria Mat Bat di Bukit Dambar, Kampung Melayu, Padang Kota, Padang Brown dan Petani Road, kini telah lama dijemput kepangkuan Ilahi.
Sesekali Mat Bat terfikir; Agak anih budak muda senakal P. Ramlee boleh jadi penyanyi, pencipta lagu, kemudian pelakon dan pengarah filem pula, sehingga mengatasi nama Mat Bat sendiri .
Mat Bat terasa mulut dan tekaknya kering, Mat Bat mencapai se biji cawan yang berisi air teh suam, kemudian meneguknya, terasa pahit dan kelat menerejun masuk ke dalam rengkongnya.
kemudian Mat Bat mencapai kotak rokok dan mancis api, sebatang rokok dikeluarkan dari kotak, diselitkan di celahnya, mancis dihidupkannya, rokok dihisap, asap dilepaskanya, Mat Bat rasa puas.
Tiba-tiba Mat Bat senyum sendirian bila dia terkenang kisah lucu, sewaktu Mat Bat bermain boria menyambut awal Muharam di Padang Kota Lama.
BERSAMBUNG..
4.PETUA HILANGKAN JERAWAT
•
petang ni atok nak cerita sikit pasal jerawat..ye la..masa remaja ni la kene jaga kulit muka...tp masa remaja juga la jerawat naik...aish...camne ni..."aku nak pikat girlfren@boyfren, tapi muka dah macam kulit biawak" keluh cucu2...hahaha..bukan cucu yang tengah baca entry atok ni la..cucu lain..hehehe..jangan salah faham..
bab jerawat ni satu masalah..sebenarnya ia berpunca dari ketidakstabilan hormon dalam badan cucu2 apabila menigkat dewasa..satu lagi disebabkan kurangnya penjagaan wajah serta masalh peluh dan muka berminyak..
yang atok nak pesan..JANGAN PICIT JERAWAT MENGGUNAKAN KUKU..sebab di kuku cucu tu ada banyak kuman..soo, kuman tu akan memasuki tempat jerawat yang dipicit seterusnya menyebabkan jerawat bertambah..ini FAKTA bukan FATWA...hehehe..satu lagi..selalu basuh muka..supaya sentiasa bersih...
satu lagi yang atok penah cuba..try pakai bende yang kaler biru tu..atok pun xtaw ape namanya..dia mcam plastik, tp bukan plastik..guna benda tu, tuk cuci kan muka dari minyak..camne atok taw? atok taw sebab masa sekolah dulu atok penah selongkar maja pompuan..hahaha..jahat atok ni..pastu jumpe bnde tu lam kotak kecik..atok pn tnye la tuannya..dia ckp buat sapu muka la...hampeh~~..atok igt pe..atok pun amik satu..hahaha..sape2 taw nama benda tu bgtaw atok..letak url gmbrnya skali..atok akan bg reward..
SANG PENCINTA
di hujung takungan kerikil ini
sang lelaki tak upaya tunduk
kutip daun resah
antara tatapan dan senyum
perawan duka itu
adalah nafas getir dan gusar
ketika melangkah memasuki kapal mulakan pelayaran
menuju pulau zaman abadi
maha besar Tuhan
mempertemukan sepasang kehidupan
maha besar pula Tuhan
menjarakkan sepasang harapan
pelabuhan terus menghirup sunyinya
setelah kapal berangkat
jauh ke pulau asing
irama tidak akan lagi mendayu
lagunya telah mula dipadamkan
terbenam abadi di pusara
seorang pencinta.
Lakodja Akum
kelantan
4pagi
GUGUR MENGERING
bakar aku ceraikan sayap
cincang lumat tubuhku
pasung aku ke bumi
lakukan segala pekakkan lolong aku
butakan titis mata aku
kecaikan jiwa celakakan aku
aneh tidak sedetik dalam waktu
benci bernanah pada kamu
manusia yang tak mahu mengerti
dikumpul titisan embunan pagi
disiram dibaja agar berputik
si tunggul mati yang tumbuh
menyubur hanyalah rerumput
menjalar yang melilit
membalut kosong menopeng hidup
dedaunnya tetap mempunyai hijau
tapi gagal mengekal kesegaran warna
akhirnya pasti layu gugur mengering
Fisabililah
kelantan
7pagi
hretertyeryeryer
hfghgfhgfh
ukhkhjkhjk
bila masa saya hantar pasal jerawat ni???????
nnt nk try la petua atuk ni... hehe
boleh hilang ke jerawat klu ikut petua atuk ni?
atuk ni btol2 atuk ke? hanya nama je atuk???
petua atuk ni kena cuba ni...
patutlah jerawat tumbuh lagi byk sbb picit?
atuk ni mcm mna thu petua ni? atuk ada jerawat ker?
plastik kaler biru?? apa bnda tu?
patua atuk ni cara tradisional pnya ker?
nnt nk cuba petua atuk sbb blum cuba blum thu...
atuk ni hebat jgk tahu bab2 perubatan tradisional ni...
jerawat??/ menarik jgk ni....
lps ni klu jerawat tumbuh kena lebih berhati2...
wah! best petua atuk ni mmg sy mngalami masalah jerawat jgk ni
plastik biru?? kertas pelembab kulit ke?
dulu aku ada jgk pakai kertas kaler biru tu tp skrg kulit dh ok lama x pkai jd lupa la...
dpt hadiah ke klu dapat teka kertas kaler biru tu?
atuk ni x sangka tua2 pun selongkar meja perempuan jgk? hehe
atuk ni jahat jgk ye? sanggup geledah meja pmpuan? haahhaa
geledah meja perempuan? atuk ni cikgu ker?
wah! mat bat kluar TV ke???
mat bat masuk RTM?? yg mana 1 mat bat ni?
mat bat siap masuk RTM!! hebat jgk mat bat ni...
mat bat x trunkan ilmu biola dia kat anak2 ker?
mna mat bat blaja main biola ni?
mak cik nun ni sapa plak?
cerpen maat bat ni cerita pasal kenangan dia jer...
byk jgk kisah2 kegemilangan mat bat dulu...
eh! mat bat ni start main biola umor brapa?
apa bnda la kisah lucu mat bat tu?
best jgk baca cerita mat bat masa dulu2...
mana anak2 mat bat?
dlm cerpen ni mat bat tinggal rumah org tua2 ker?
sian smua kwn mat bat dh meninggal....
mat bat ni sapa? p ramlee xpnh cerita pun?
mat bat ni x kwin ke? xde anak ker?
mat bat ni mmg asal org penang ker?
sian mat bat sdih pun ada cerpen ni...
mat bat ni org kaya ke miskin?
mat bat ni nama btol apa?
(BACR) Sajak dari Lakodja Akum, bertajuk: SANG PENCITA , Pengucapannya terasa bagai menerima ketentuan Tuhan yang telah menetapkan akan jodoh dan pertemuan sesaorang itu. Tidak pula dikira jarak usia. Walaupun si perawan agak rasa kecewa dan resah, tetapi setelah mengenal hati dan budi dan menekmati hasil pelayaran pertama menuju ke pulau endah bersama kejantan seorang lelaki, lalu sepi tidak terucap lagi, Itulah anugerah dari sang pencita. Semoga kekal abadi Amin.
(BACR) Sajak perjuangan oleh Fisabilah bertajuk: GUGUR MENGERING , ternyata isi pengucapannya mengukuhkan apa yang sepatutnya dipertahankan selama ini. Tak perlu diperhitungkan lagi perjuangan dan pemujaan kepada sesuatu itu patut di teruskan, Biarpun orang lain sengaja tidak mahu mengerti, atau ada perbezan pendapat. Tetapi semangat kekitaan yang menebal tetap tidak akan berganjak. Walau apa pun yang terjadi. Biar pun wujud generasi baru (aqidah ketuhanan tetap sama) tetapi pemujaan yang agak fanatik tidak akan berubah kerana telah ditarbiahkan selama ini begitu. Terlalu sukar untuk keluar dari kepompong fahaman zaman bahri itu. (Cuma andaian) semoga tidak begitu. Amin.
Catat Ulasan